VICE VERSA

Other Completed 29964

"Orkid fikir dulu pasal malam tadi.. Am tak paksa.. cuma Am harap sangat Am akan dapat peluang dan tempat dihati Orkid. Rayunya. Aku masih berdiam. Aku keluar dari keretanya dan masuk ke dalam rumah tanpa sepatah kata. Terlalu cepat bagiku. Ivan baru setahun meninggalkan aku dan kali ini sahabatnya meluahkan rasa cintanya. Aku baring dikatil. Kipas syiling aku tatap hingga aku ketiduran. Telefon ku berdering. Nombor yang tidak dikenali.
"hello...manja.. abi ni" aku tersentak.. Tariq..
"mana kau daoat nombor aku" tanya ku kasar.
"Dari laili.. " laili rakan sekelas ku..
"kau nak apa" balas ku kasar.
"nak jumpa " pintanya
" untuk apa.. aku rasa antara kita dah takde apa apa urusan pun kan.. " tolakku. Apa lagi yang dia nak dari aku..
" abi nak minta maaf" ujarnya
"untuk apa.. apa yang kau dah buat dekat aku.. kalau dengan adalah" aku mengingatkan.
"kita jumpa dulu.. baru abi boleh terangkan " pujuknya
"aku sibuk ni.. " tipuku.
"abi ada dekat depan rumah manja.. abi tahu manja ada dekat dalam" aku tersentak.. macam mana dia tahu rumah aku sedang tak ada siapa yang tahu aku tinggal dekat mana. Aku mengintai dari dalam rumah.. ya dia ada didepan rumah ku.. dia berdiri di motor Rxz nya. Aku matikan talian. Aku mati kutu.. apa yang harus aku buat.

"Manja... abi tahu abi salah.. tapi jujur abi cakap abi sayang manja" ayat seekor buaya
"otak kau dah rosak?? atau akal ku Allah dah amik balik..?" sinis ku
"abi minta maaf... abi nak tebus kesalahan abi pada manja. "rayu nya
"kau takde salah pun dengan aku.. kau bersalah pada Ain. Kau dah rosakkan dia tiba kau nak turn back dengan aku balik.. walawehh... memang tak la" ujar ku. Aku menoleh tidak memandang wajahnya walau seinci.
"manja... jangan macam ni.. please abi sayang manja" mual...loya berada di tekakku
"dah la.. back off.. kita masing masing dah ada hidup sendiri... aku dah bahagia dengan hidup aku. kau...hal kau settel sendiri.." aku mahu masuk ke dalam rumah tapi dihalang Tariq. Dia menggenggam lengan ku kemas. Aku meronta untuk dilepaskan namun tidak diendahkannya.
"abi tahu manja saja nak sakitkan hati abi..kita lupakan kisah lama.. kita buka buku baru" aku mula naik angin
"senang kau cakap kan... kau sedap dengan adik aku.. tapi aku difitnah bersekedudukan dengan jantan lain... kau langsung tak bela aku bila aku difitnah... apa kau buat waktu tu.. kau ignore call and mesej aku.. tiba sekarang kau boleh kata nak buka buku baru.. kau gila ke apa.. akal kau kau bagi kucing kat rumah kau pakai ke" marah ku
"abi tahu abi salah.. bagi abi satu peluang lagi.. "rayu nya tanpa henti. Telefonku berdering. Juwita.. adik Ilham menelefon ku.
"hello akak.. "suara gadis itu kedengaran ditalian
"hello Am.. nak keluar makan.. hah boleh...bila.. sekarang.. ok kejap Orkid bersiap"tipu ku
"apa akak mengarut ni" ujarnya..aku diam
"Bagi abi satu lagi peluang please... abi janji abi akan berubah" rayunya
"kepala hotak kau.. please la.. aku dah ada hidup aku sendiri.. kau balik la weiiii.."tempikku
"akak akak ok ke" ujarnya.Aku mati kan talian
"kau pergi balik.. aku nak keluar" pinta ku. aku masuk ke dalam rumah tanpa mengendahkannya. Aku kunci pintu rumah ku. Aku duduk diruang tamu. Tariq masih disitu tidak berganjak. Telefon ku berdering lagi.. Ilham
"ish yang ini pun time ni la nak call" aku abaikan panggilannya. Aku tertidur dan tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.

Aku terjaga hari sudah malam. jam hampir pukul 9 malam. Lama aku tidur.. Mujur esok aku tidak bekerja cuti ku berbaki sehari lagi. Aku bangun dan bersiap untuk keluar makan perut ku sudah berkeroncong. Tariq sudah pulang agaknya. Motornya suda tiada. Skuterku aku bawa tanpa tujuan.. perut ku yang beroncong sebentar tadi sudah hilang muziknya kenyang berisi angin malam. Tiba aku teringatkan Irene. Berita yang aku terima dia kemalangan dan terlantar beberapa hari di hospital. Aku ke pub miliknya. Aku duduk di kerusi paling belakang. Aku hanya memerhati gelagat manusia disitu.

IRENE ADA DEKAT MANA.. KID ADA DEKAT PUB

Mesej ku. Tidak lama kemudian gadis itu muncul dari sesak orang.Dia sudah bertatu. Antara 4 tatu yang berada di tubuhnya aku tertangkap namaku di dadanya.
"Orkid?" aku menyoalnya
"ya.. "balasnya pendek
"kenapa Orkid" soalku lagi
"sebab.. Kid lah orang yang ajar I how to be loved..being love and in love" aku menelan air liurku kesat.
"tak faham" sasteranya menakutkan aku
"yelah.. semua orang yang dekat dengan I bukan nak berkawan dengan I sangat tapi sebab dengan apa yang I ada.. tak jujur dengan I.. tak macam Kid.. Kid kawan dengan I mengisi kosong hati I so since you been gone.. I rindu you sangat sangat.. So I letak nama you dekat sink.. dekat dengan hati I" aku hanya menggeleng.
"sejak bila bertatu ni" aku terkejut dengan perubahannya. Bertatu..pakaiannya sudah mula sedikit seksi dari sebelumnya dan dia mula merokok.
"sejak you hilang..we lost contact" aku mula rasa bersalah.
"sorry babe" ujarku. Dia tersenyum
"babe... lama dah tak dengar..nobody can call I dengan panggilan tu.. only you" cocktail di hadapannya di minumnya perlahan
"sorry.. Aku tal bermaksud nak jauhkan diri or abaikan kau.. tapi aku rasa hubungan kita terlalu jauh" ujarku
" I yang salah.. I tak patut buat you macam tu.. sebab salah I.. I hilang satu satunya kawan dan teman baik I" Dia memelukku erat. Aku membalas pelukannya
"can we be friends again" ujarnya
"kau tetap dan masih kawan aku" senyumku. Irene sikap nya yang manja dan keanak anakkan membuatkan aku rasa aku harus lindungi dia. Keluarganya tidak pernah melarang perbuatannya. Mungkinkah kerana meraka berketurunan cina atau memang keluarganya terlalu open minded.
" I janji I takkan paksa you buat yang bukan bukan tapi I nak kiss you... rindu you.. nak gigit bibr you" rengeknya. Sudah lama aku meninggalkan perbuatan itu.. Agak janggal bagiku untuk berbuat demikian semula.
"please.. "rayunya
" sorry babe not tonight please." pintaku tapi Irene tidak mengendahkan kata kata ku. Di rampas bibir ku dan diciumnya lembut. Aku terkejut tapi seakan terpukau.. sudah lama aku tidak rasa seperti ini. Aku membalas ciumannya dan kami berpelukan seperti pasangan kelasih.

Aku pulang ke rumah hampir dua pagi. Ada sebiji motor yang aku tidak kenali berada dihadapan rumahku.. pemiliknya terbaring di motornya.
"Ducati ooo.. sapa punya" bisik hati ku. Aku masuk ke dalam kawasan rumahku lalu aku parkir skuter ku di garaj. Aku menuju ke arah motor itu. Aku tidak perasan siapa pemiliknya kerana ber helmet full face. Aku berdiri ditepi motor itu dan aku mencuit bahu tuannya berkali kali. Dia bangun menoleh. Visor diselak ke atas.
"Am.. buat apa dekat sini" soalku.
"naik." suruhnya
"nak ke mana.. Orkid baru balik je.. tak mau..
nak tidur" pintaku. tanganku di pegang.
"naik.. Am nak cakap something" balasnya lembut
"cakap dekat sini je" pinta ku. Dia turun dari motor dan helmetnya dicabut.
"betul nak cakap dekat sini" soalnya
"iyeee... apa dia.. Orkid nak masuk tidur" dalih ku. walhal aku sedang mengelak dari bertemunya.
"betul ni.. " ujarnya lagi
" iye.... " Ilham mencium bibirku secara tiba tiba. Aku terkejut

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience