RIDICULOUS

Other Completed 30495

Aku tidak dapat tidur semalaman kerana siapkan hantaran ucu. Kepalaku mula biol. Orang kampung sudah mula memenuhi kawasan rumah. Aku sudah bersiap awal. Rizki juga aku sudah siapkan. Minum pagi untuk bentara kenduri sudah aku siapkan seawal 6 pagi. Bihun dan mee goreng telah aku goreng. Kopi O dan teh O aku siapkan. Hanya tunggu untuk di makan. Hantaran telah aku pindahkan ke dalam. Entah kenapa aku boleh terlelap di kerusi.
"Ya Allah mak labu ni.. terlena dekat sini... pi masuk lena dekat dalam..takpe yang ni biar kami buat" ujar makcik makcik di situ.
"takpe makcik...kita buat sama sama ya.. maaf terlena" aku tersenyum
"bertuahnya Izzat dapat isteri Macam Orkid..rajin.. pandai serba serbi.. bini dia dulu sombong.. anak tu orang kaya tu" aku hanya mendenngar saja. makin lama makin sakan gossip mereka.
"maaf makcik.. walaupun saya menantu.. tapu orang yang makcik katakan tu mertua saya.. dan fifi tu madu saya.. saya tak selesa.. kita sembang pasal lain boleh" ujarku lembut
"hah madu.. bukan dah cerai ke.. " Mereka tersentak.
"ha ah.. tapi saya bagi izin sebab dorang masih sayangkan.. Fifi pun dah mengandung anak sulung dorang.. " senyumku
"Allahuakhbar... kamu ni takde hati ke Orkid... orang layan kamu macam hamba.. kamu masih lembut dengan dorang" ujar mereka
"mana ada... semuanya yang baik datang dari Allah.. yang buruk baru saya.. " tawaku.
"kami ni kalau tak sebab ayah kamu...kalau tak sebab kamu kami tobat lahum tak nak datang.. tapi fikir kamu dan ayah kami je" ujar mereka
"eh kenapa pula saya.. saya menantu je pun" soalku
"sebab kamu tak serupa dorang ni.. berlagak sangat.. " aku diam. Hari ini Rizki aku upah pengasuh untuk sehari agar tidak menganggu kerja kerja memasak. Aku hantarnya ke rumah Anak Anak Autism. Petang baru aku ambilnya semula
"Jah menantu kau tu tak sihat ke.. dari tadi duduk je.. " tanya salah seorang mereka. Aku menggoreng ayam untuk makan malam ini bagi acara akad nikah.
"fifi mengandung.. anak sulung.. Baru 3 bulan." ujar ibu.
"owh.. Orkid dah berapa bulan" soal mereka pada ku
"6..minggu depan tujuh bulan.. tunggu hari dah" tawaku
"cergas ya" aku terdiam. Aku tidak menyangka mereka mahu memerli ibu. Raut wajah muka ibu berubah.
"dia anak nombor dua... ni anak sulung.. lagipun mengandung tak boleh aktif sangat kan dah dapat anak cacat" herdik ibu. Aku tersentap.
"laillahaillallah... apa kau cakao macam tu yah.. cucu kau juga" marah mereka.
"keturunan aku takde yang cacat.. datang dia...keturunan tak baik...sebab tu jadi macma tu.. macam monyet ke anak tu aku tengok" herdik ibu. Aku menahan mereka dari terus bertegang urat dengan ibu.
"ibu.. bukan ibu nak masuk dalam ke tadi.. " aku mengalih pandangannya. Ibu masuk ke dalam
"tergamak dia kata macam tu... aku minta minta cucu dia yang itu cacat.. lagi teruk dari si Rizki tu.. geram aku" aku menenangkan mereka
"jangan cakap macam tu... seolah olah kita sama macam dorang.. doakan yang baik baik saja..tak rugi kan.. " selorohku menutup duka dihati
"kamu bercerai jelah dengan Izzat tu...makcik amik kamu jadi menantu... anak makcik doktor kat kolumpo tu duda anak satu.. kamu mahu" aku tertawa
"astaghfirullah.. saya isteri orang makcik.. lagipun semuanya ketentuan Allah.. kalau Allah kata satu hari nanti saya akan bercerai buat la apa pun saya akan bercerai juga.. kalau jodoh kami panjang... tetap kami berjodoh.. minta la cerai berapa kali pun.. tetap kami berjodoh. Mungkin orang nampak saya bodoh sebab bertahan tapi ini ujian Allah untuk saya.. siapa taknak bahagia kan tapi kalau dah Allah kata bahagia saya dengan dia.. tetap dengan dia.. "aku tersenyum
"kuat betul kamu orkid.. "aku tersenyum lagi. Tapi hatiku menangis.

majlis akad nikah berlangsung dengan sempurna. Jamuan juga. Aku gembira ramai yang memuji pencuci mulut yang aku buat tapi tidak fifi. Aku tidak tahu apa dan di mana silapnya aku dimarahi ibu dan disuruh aku berkurung didalam bilik sehingga tetamu pulang. Aku membawa Rizki keluar dan malam itu aku tidak pulang. Aku tidur dihotel berhampiran. Aku penat..
penat kerana membahagiakan semua orang tetapi hati aku sendiri terluka. Aku sedih kerana membohongi diriku sendiri..aku kejam pada diri aku sendiri.. ya jujur aku sayang dia tapi dia... aku kejar cinta dan sayangnya sudah bertahun tapi benteng yang aku bina dari awal tidak dapat aku pecahkan. Seakan kukuh dan semakin kebal hingga sayang dan ikhlasku untuk lelaki itu tidak dapat ditembusi. Rizki ketiduran. Bantal disebelah ku aku usap lembut. Aku rindu dia..aku rindu suami ku sekarang. Aku menangis hingga aku tidak sedar bila aku tidur. Aku terkejut mendengar tangisan Rizki.
"Ya Allah sayang umi.. "aku terkejut Rizki berlumuran darah. Dia jatuh di bilik air hotel. Aku bergegas ke hospital dan aku menelefon Izzat tapi tidak berjawab
"maksu tolong bagi Izzat..Rizki ada dekat hospital.. dia jatuh bilik air" ujarku kalut. Aku menanti sehingga urusan Rizki selesai. Kepalanya mendapat 8 jahitan kerana lukanya yang dalam. Aku pulang sendiri ke rumah mertua ku tanpa Izzat. Kenduri masih berlangsung. Semua mata tertumpu pada ku. Aku masuk ke dalam rumah dan menyalin pakaianku.
"awak ke mana.. awak janji nak masakkan lauk pengantinkan.. " marah Izzat selepas melihat kelibat ku memasuki bilik.
"saya tidur dekat hotel semalam.. saya letih awak.. Rizku jatuh bilik air.. awak tengok ni.. " alu menunjukkan kepala Rizki yang berbalut.
"kau yang cari bala.. elok elok tidur dekat rumah habiskan duit tidur dekat hotel." aku menyinga.
"awak habiskan duit say untuk benda lain takpe pula.. dah la saya habiskan duit saya.. saya pula dapat layanan macam ni.. tidur dianjung.. tak tidur seharian siapkan hantaran..saya buat semuanya.. saya pun tahu letih.. ada awak peduli.. saya tahu awak dah berbini baru tapi tak boleh ke beri sedikit je perhatian untuk saya.. untuk Rizki.. " luahku.. airmataku berlinangan.
" awak yang nak saya kawin sangat kan" aku tersentak.
"ya saya nak awak kawin supaya dapat elakkan dari maksiat.. saya nak awak bahagia walaupun bukan dengan saya.. tapi itu bukan tiket untuk awak tipu dan guna gunakan saya.. kalau awak memang takde hati dekat saya..anak tu... kesiankan lah dia.. " luahku lagi.
"saya korbankan hati dan perasaan saya untuk bahagia awak cuma satu je saya minta tolong bahagia dan gembirakan anak.. sebab itu je harta saya yang saya ada untuk bagi pada awak.. " tangisku mengalir lagi.
"kira sekarang ni awak menyesal la kawin dengan saya" dia mula menyalahkan ku
"saya tak menyesal...saya bersyukur sangat sebab kawin dengan awak Allah uji saya macam ni.. supaya saya jadi seorang yang kuat.. tapi saya juga manusia yang punya hati dan perasaan...saya ikhlas dan sayangkan awak tapi awak tak endah... kalau awak terus nak sakiti saya.. saya minta secara baik.. lepaskan saya.. biar saya hidup dengan Rizki dan baby ni.. " pintaku. Izzat terdiam lalu keluar dari bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience