NEW HOPE

Other Completed 29964

Hari hariku aku lalui seperti biasa. Tiada apa yang istimewa. Penyeri hidup ku belum terisi. Ayah meminta aku pulang ke kampung untuk majlis pertunangan Ain. Aku akur. Tapi pulang ku ditemani Ilham kerana ketika itu dia juga bercuti. Hubungan aku dengan Ilham agak baik.. Dia satu satunya orang yang berada disisiku ketika susah dan senang.
"kau cuti berapa hari" soal ibu.
"empat je bu.. tak boleh cuti lama lama..ada crew nak cuti pula" balasku.
"kau cari lah kerja elok sikit.. restoran makanan segera.. lama mana nak kerja.. esok kau dah tua..orang mesti dah taknak.. muda muda ni dorang nak lah.. " ujar ibu. Aku diam. Di mata ibu aku sentiasa tidak bagus...tidak elok.. aku malas nak berbeta.
"jantan tadi tu siapa.. " soal ibu
"owh tu.. kawan orang..dia nak ikut..orang ajak la dia balik" terang ku.
"itu sebab nak duduk jauh dari aku tu.. sebab mak menjalang" aku diam lagi. Aku bangun mahu bersiap kerana aku mahu keluar bersama Ilham yang belum pernah sampai ke kampung ku. Aku membawanya menikmati suasana malam. Kereta yang dipandunya diparkir di tepi pantai.
"arghhh...lamanya tak ke pantai" jawabku. semenjak aku bermastautin dinegeri orang.. aku tidak menjejakkan kaki ke pantai...apatah lagi sejak pemergian Ivan aku juga tidak ada masa untuk keluar makan angin. Bagi ku kerja kerja kerja.
"ramai orang malam ni.. "ujar Ilham.
"sini memang.. nak pula dah up tempat ni.. banyak restoran dulu ada dua je.. itu pun gerai kuno.. sekarang.. nah.. plaza terus" jelasku. Dia tertawa.
"Am tengok Orkid macam tak selesa dengan ibu Orkid.. " dia bertanya
"ha ah...sebab ibu dan ayah dah ada family sendiri.. so Orkid taknak ragut kebahagiaan dorang.. so I live by my own..my rules.. my flow.. " ujarku. Dia hanya mengangguk.
" life Orkid tak sama dengan yang lain.. struggle nak built up diri sendiri dalam keluarga sendiri.. buat lah apa saja.. I'm still a bad person.. ada ke tak ada ke sama ja bagi dorang.. so better buat hal sendiri.. sebab sakit sendiri.. sedih sendiri..." aku mula sebak apabila mengingatkan kehidupan kanak kanak ku hingga aku remaja.. terasa amat tidak adil untukku. Anak yang cantik yang pandai ditimang timang lebih aku yang buruk.. yang bodoh dibiarkan saja. Orang lain berpakaian cantik aku hanya kutip bekasan orang.. makan...orang lain makan sepuasnya aku hanya serdak dan sisa.. orang lain boleh ikut ke mana saja ibu atau ayah aku pergi.. aku.. ditinggalkan dengan alasan tidak muat kereta.. aku terlalu mengalah untuk kakak kakak dan adik adik ku dan aku pendam semua. Aku langsung tidak berhak bersuara kerana aku pembawa sial pada mereka...itulah kehidupanku.. Tatkala anak gadis remaja melakukan aktiviti dengan sahabat.. aku sudah mula bekerja mengambil upah timbang garam,beras,tepung dan gula di kedai kedai hanya untuk membeli kelengkapan sekolah. Perit dan duka ku tiada siapa yang tahu.. akhirnya bila aku tamat sekolah aku mahu berhijrah semua mengatakan bahawa aku tidak boleh diajar dan tidak boleh ditegur.. sedangkan ketika anak lain menikmati masa indah mereka aku sudah mencari duit untuk poket sendiri. Ketika adik adik dan kakak kakak ku kesekolah dengan duit poket yang mewah aku harus tahan perut dan minum air paip kerana wang saku ku hanya untuk tambang bas.. tapi aku tidak pernah mengungkit dan mempersoalkan itu kerana bagi ku aku seorang anak tidak harus berkecil hati.. ibu dan ayah ku adalah syurga ku..
"Maaf Am tak tahu hidup Orkid teruk sampai macam tu.. " aku mengesat airmataku dan mengukir senyuman untuk menutup duka
"sebab tu Orkid tak boleh tengok orang yang rapat dengan Orkid susah atau sedih.. sebab Orkid tahu rasa bila keseorangan.. " ujarku
"tapi Orkid...kebaikan Orkid tu yang selalu orang nak tindas Orkid" ingatnya
"kalau dorang nak ambil kesempatan pada pertolongan Orkid.. itu terpulang..tapi ini lah Orkid.. selagi Orkid mampu Orkid tolong.. bila tengok orang yang Orkid tolong tu tersenyum gembira.. Orkid tumpang gembira. "ujarku.
"kalau macam tu..Am nak minta satu pertolongan boleh.. serius ni .. Am betul betul dalam masalah.. " ujarnya
"apa dia...masalah apa pula.. jangan macam macam sudah.. " ujarku
"Am ada masalah. Am suka dekat sorang ni tapi Am tak berani cakap.. tapi Am betul betul tak nk hilang dia.. " aku menoleh.. sejak bila pula mamat ni ada crush.. dia tidak cerita apa apa pun pada ku.
"wait... amboi ada crush tak share..sapa dia.. polis jugs ke... " siasatku.
"tak orang biasa je.. bukan tak nak bagi tahu.. Am ingat kalau kami dah declare baru nak bagitahu. "terangnya.
" la apa susahnya bagi tahu je la.... awak i love you hah gitu" seloroh ku
"ish.. segan la.. " mukanya tampak merah menahan malu.
"hah tak pun awak saya suka awak..awak suka saya tak" gurau ku. Ilham memandangku geram. aku tertawa
"apa la abang polis pun takut nak luah perasaan.. tengok Ivan.. rileks je.. tau tau couple.. Ivan.. ermmm rindu pula"airmata ku menitis lagi. Kami diam.
"nanti Am dah ada awek nanti kita dah tak boleh keluar macam ni.. " ujarku agar kami tidak terus berdiam
"kenapa cakap macam tu" soalnya
"dia jeles kejap lagi..macam mana..bahaya oo.. perempuan ni complicated..rumit dia tak boleh bawa bincang"seloroh ku. Ilham tertawa.

Hari pertunangan Ain tiba. Tapi malangnya majlis itu tidak berlangsung seperti yang dirancang kerana Tariq membatalkan pertunangan mereka disaat akhir. Dan aku yang dipersalahkan dalam situasi itu. Aku pulang ke rumah ibu dengan kecewa. Aku harap ibu dapat berkongsi duka ku tapi ibu juga tidak berpihak padaku. Apa salah aku. Apa kaitan aku dengan kejadian itu. Aku mengajak Ilham pulang kerana aku tidak mahu menambah duka mereka. Cuti ku yang berbaki dua hari kami habiskan di Genting Highland. Aku tidak mahu memikirkan akan duka dihati kerana aku takut akan berkecil hati dengan ibu dan ayahku. Mereka syurgaku. Kami menghabiskan masa di Genting dengan berseronok. Lega.. aku puas..
"Orkid ingat tak Am ada bagitahu yang Am suka sorang perempuan ni" ingatnya. Ikan yang aku bakar aku balik balikkan. Kami bermalam di Tapak perkemahan awam di Janda Baik. Bunyi sungai mendamaikan dan menenangkan.
"ha ah.. ingat.. dah purpose ke.. dia kata apa" aku teruja.. aku berharap Ilham juga akan berjumpa dengan pasangannya.
"belumm baru nak purpose" ujarnya
"la ishh... lambat la abang polis ni" seloroh ku
"Ok Orkid dengar ni" dia menarik nafas dalam dalam dan menghembus lembut. Aku tahu dia gugup dan aku cuba menenangkannya.
"ok.. Am ready.. "ujarnya
"ok cakap.. kalau tak ok Orkid bagitahu" ujarku.
"ok.. Orkid dengar ni.. "tangannya dikibas kibas.. Aku tertawa
"I love you" ujarnya.
"la apa ke benda la simple sangat.. orang bagi la tahu.. awak.. saya suka awak..saya dah lama suka kan awak..awak sudi jadi girlfriend saya..hah macam tu.. baru dia.. oh.. i like.. gituuu" ujarku. Ilham diam. Dia memandangku. Aku membalik balikkan ikan ku.
"ok dengar ni.. dengar baik baik tau.. " ujarnya. Aku mengangguk.
"Orkid... Am suka Orkid..dah lama Am suka Orkid..Sudi tak Orkid jadi kekasih Am" ujarnya
"hah macam tu.. ok cun...settle.. lulus.. " merit ku berikan untuknya
"hah lulus.. "soalnya
"lulus la.. bila Am nak bagitahu dia" soal ku
"dah..dah bagitahu dah tadi" aku hairan.. bila pula mamat ni purpose kat awek dia
"tadi.. Am cakap dah" ujarnya
"tadi tu Orkid.. takkan nak purpose guna nama Orkid" balasku
"Orkid la orang tu" aku tergamam. Aku menoleh.
"Am dah lama suka Orkid tapi Ivan masuk daun dulu. Am harap kali ni Am ada peluang" rayunya. Aku diam tiada jawapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience