SINGKAT

Other Completed 29964

Aku menjalani hidupku seperti biasa. Perlahan lahan aku keluarkan Ilham dari benakku. Aku sibukkan diri ku dengan kerja. Rumah ku seakan tenang bila hanya dihuni kami bertiga.. aku.. Jes dan Lia. Nombor telefonku aku tukar supaya tidak diganggu Ilham. Dia juga kerap kerumah ku merayu untuk berjumpa namun tidak aku endahkan. Apa yang aku tahu dia pernah dikenakan tindakan tata tertib kerana disiplinnya yang teruk. Aku seperti biasa.. tetap bersimpati tapi itu pilihan yang dia pilih.Aku tidak mampu berbuat apa apa. Aku ke mall untuk membeli barang keperluanku. Sedang aku membelek ramuan troli aku ditolak dari belakang
"sorry" ujar gadis itu.
"it's okay.. " aku menoleh. Ilya. Aku diam dia juga. Didalam troli ada seorang anak kecil.
"hello sayang... "sapa ku. Anak kecil itu menarik minatku
"anak kau ke" soalku
"ha ah.. "balas Ilya
"berapa tahun" soalku
"tiga" balasnya pendek. Mencium pipi anak kecil itu lalu beredar.
"Kid" panggilnya.Langkah ku terhenti. Aku berpaling.Ilya menghampiriku
"Ilya minta maaf.." Matanya berlinang
"minta maaf.. untuk apa" soalku
"sebab Ilya fitnah Kid" ujarnya
"aku dah lupakan hal tu.. kau jaga anak kau baik baik. jangan bagi dia ikut jejak langkah kau"pesanku
"anak tu dah meninggal..komplikasi jantung" sebaknya. Aku terdiam.Seorang lelaki menghampirinya.
"kat sini awak" ujar lelaki itu
"ni husband Ilya.. " ujarnya.Aku hanya tersenyum dan sedikit menunduk.Lalu aku beredar meninggalkan mereka. Aku tumpang gembira melihat perubahannya. Aku...Aku masih begini.. masih mencari bahagiaku. Aku ke parkir. Aku mengisi barang di dalam bonet kereta ku. Aku mahu membuka pintu kereta ku tapi terkena pada pintu kereta yang diparkir bersebelahan keretaku. Tercalar. Aku cuak. Aku menunggu tuan empunya kereta tiba untuk aku memohon maaf. Kereta itu berkelip. Tuannya tiba.
"maaf encik...saya terlanggar kereta encik..tercalar" ujarku. Dia melihat
"owh tak apa" dia seakan terburu buru. Aku sedikit lega. Aku memandu pulang.

Aiman mengajak aku partinya yang di buat di pub Irene. Aku menghadirinya. Aku mengenakan skirt pendek dan t shirt polos dan rambut ku aku ikat kemas. Sudah lama aku tidak ke situ.. banyak perubahan. Tempatnya makin luas. Aku enjoy saja memandangkan esok aku tidak bekerja. Jes dan Lia juga disitu bersama dengan beberapa orang lelaki kenamaan. Aku tidak menghiraukan mereka selagi mana mereka tidak mencampuri urusanku.
"Kid.. jom la dance.. " ajak Damian. Aku menolak dengan baik mungkin kerana faktor usiaku yang hampir menjengah 30an. Seorang lelaki yang duduk di meja ku. Aku diam. Aku menganjak ke sisi.
"chill dia kawan aku" ujar Aiman.
"Izzat ni Orkid.. Orkid ni Izzat.. interior designer" aku hanya mengangguk. Aku tidak berminat untuk berkenalan. Lelaki itu kelihatan sugul. Aku perasan lelaki tadi yang aku calarkan keretanya. Apa aku nak buat ni.. kalau dia perasan mampus aku. Lelaki itu memesan cocktail. Aku diam menikus agar dia tidak menyedari kehadiranku
"awak yang calarkan kereta saya tadi kan" aku menelan airliurku kelat.
"ha ah saya.. maaf saya tak sengaja.. awak amik nombor saya then saya bayar bilnya. " telefonnya diberikan kepadaku lalu aku memasukkan nombor dan nama ku. Dia membaca namaku dan tersenyum. Aiman mengajak aku keluar makan. Irene dan Mika turut mengikut ku. Izzat juga tidak ketinggalan. Kami berhimpun di gerai ditepi jalan.
"babe.. tu" bisik Irene.
"apa" soalku
"ex kau yang tak guna tu" aku menoleh.. Ilham dan beberapa lagi rakannya baru tiba. Dia baru habis duty barangkali kerana baju vest polisnya masih dipakai dibadannya. Aku mengalih pandanganku agar dia tidak perasan.
"wei dia tengok you la.. " ujar Irene.
"sorry aku balik dulu la.. esok aku kerja" pinta ku. Langkah ku kalut menuju ke kereta. Ilham menghampiriku. Pintu keretaku di halangnya dari dibuka.
"Orkid.. boleh kita bercakap sikit" pintanya
"nak cakap apa yang encik polis.. saya ada buat apa apa kesalahan ke" soalku
"Orkid please... "rayunya
"cakap lah dekat sini..apa dia..nak tengok lesen.."aku keluarkan lesen ku.
"nak check kereta" aku membuka pintu kereta ku. Ilham hanya memandangku.
"sayang.. "panggilnya
"apa lagi yang awak nak.. " bisikku keras.
"saya nak awak.. " ujarnya.
"maaf saya dah berpunya.. "aku berasa lega kerana Izzat menghampiriku.
"bie.. drive.. sayang letih" kunci kereta ku aku berikan kepada Izzat. Izzat hanya mengikut.
"thanks sebab sudi tolong saya." ujarku
"eh tak pe.. at least saya boleh balik awal... malas nak lepak lama lama" ujarnya. Aku tertawa kecil. Keretaku di parkir dihadapan sebuah rumah. Izzat keluar.
"thanks.. " ujarnya
"pasal kereta tu jangan lupa call saya.." ujarku lalu kereta ku aku pandu pulang.

Ilham di hadapan rumahku. Aku memintanya mengalihkan motornya agar keretaku dapat masuk parkir.
"nak apa lagi.. " soalku. pintu pagarku aku kunci
"sayang.. tolong la.. kita bincang dulu"pintanya
"tak ada apaa yang nak dibincangkan dan tak perlu bincang apa apa. " ujarku lagi.
"Am takkan pergi selagi sayang tak keluar jumpa Am." aku tak mengendahkannya lalu aku masuk ke dalam rumah dan aku mengunci pintu rumah ku. Ilham masih di pagar. Aku menghantarvmesej kepada Jes dan Lia agar tidak membenarkan Ilham masuk

Hari semakin meninggi. Aku baru terjaga dari tidurku. Aku membelek telefonku. Tiada sebarang notifikasi. Aku mulakan aktivitiku sendiri. Aku ke salon untuk mencuci rambut dan membuaf rawatan kuku. Aku ke panggung wayang. Rata rata yang pergi adalah pasangan tapi aku.. sendiri....Entah kenapa didalam benak ku aku terfikirkan tentang anak.. Aku mahukan anak tapi tidak mahu bersuami. Fikiran ku mula mengarut. Tatkala melihat anak kecil sedang berlari mendampingi ibu mereka aku tersentuh. Reaksi mereka sungguh tulus dan jujur. Aku mula bergerak pulang. Malam ku seperti kelawar.. mula melebarkan sayap. Aku Aiman dan Damian ke karaoke. Aku sudah lama tidak menyumbangkan suara ku yang sumbang.Satu persatu lagu kami alunkan... hingga Aiman menerima satu panggilan. Mereka kalut dan aku yang datang bersama mereka turut mengikut langkah mereka. Aku tidak banyak soal aku hanya menurut. Kami berhenti di rumah Izzat. Aiman dan Damian keluar lalu berlari masuk ke dalam rumah Izzat. Aku mengikut mereka. Aku tersentak melihat keadaan rumahnya berantakan dan tangan Izzat berlumuran darah kerana luka besar di tangannya dan sebilah pisau di pegangnya. Dihujung satu sudut terdapat pasangan yang ketakutan.
"abang dah bagi awak banyak peluang untuk berubah tapi awak tetap buat juga.. kau pun dah tahu dia isteri aku kau masih lagi jumpa dia.. " aku tergamam. Isterinya curang. Berat benar dugaannya. Izzat semakin mengganas apabila mahu menikam pasangan itu. Damian dan Aiman memegang Izzat. Mereka bergelut.
"awak... awak.. dengar cakap saya" aku mengusap pipinya lembut.. rambutnya aku belai lembut. Aku terpaksa dan aku gagahi diriku melawan gementarku agar dia tidak bertindak bodoh.
"awak dengar cakap saya.. kita bincang elok elok ya.. saya ada dengan awak.. " pisau dari tangannya aku rampas. Aku memeluknya lembut lalu aku tepuk belakangnya.
"abang kata saya curang tapi sebenarnya abang yang curang... " tempik wanita itu
"abang curang dengan siapa" tempik Izzat
"tu betina mana tu" tempik wanita itu. Aku meluru ke arah wanita itu lalu menamparnya
"kau dah buat salah jangan nak tunding jari dekat orang lain.. aku baru kenal dia semalam.. kalau aku peluk dia kau dah cop dia curang dengan aku..kau memang bangang.. aku cuba selamat kan dia dari buat sesuatu tindakan yang bodoh.. sebab aku tahu betapa sakitnya dicurangi" ujarku. wanita itu terdiam.
"Aku ceraikan kau dengan talak tiga" aku tergamam.
"berambusss" tempiknya. wanita itu beredar bersama kekasihnya tanpa sekelumit penyesalan. Dia duduk disofa. Aku mengambil tisu dan mengambil kotak ubat yang di beri Aiman kepada ku. Aku mencuci lukanya lalu aku balut.
"saya bawa awak ke klinik"ujarku.Dia hanya mengikut. Aku menunggu sehingga urusannya selesai. Aku membawanya makan. Aku tidak bertanya apa apa. Dia masih sugul. Aku bertembung dengan Ilham ketika mahu pulang. Ilham mengenggam tangan ku.. Aku bergelut mahu dia melepaskan.
"bro.. dia tak nak sudah lah" ujar Izzat.
"siapa dia ni Orkid" soal Ilham.
"bakal suami aku.. why.. " tipu aku.
"no way.. " dia tidak percaya. Aku mencium bibir Izzat secara tiba tiba.. Izzat membalas ciuman ku. Aku tergamam tapi aku lakukan juga.
"ok.. puas hati.. please.. kisah kita dah tamat" ujar ku. lalu aku masuk ke dalam kereta Izzat. Kereta itu meluncur laju.
"siapa tadi" soal Izzat
"ex fiancee saya.. " ujarku. Aku palingkan wajah ku keluar. Tiba tiba aku terasa sebak. Airmataku menitis laju. Izzat membawa ku ke rumahnya. Aku duduk disofa manakala Izzat mengemas rumahnya. Aku mahu membantu tapi di tolaknya. Dia hanya mahu peneman ketika ini. Selesai dia berkemas.. dia memasang movie tapi aku tahu dia tidak memberi tumpuan pada filem itu. Suasana suram kerana semua lampu di matikan..hanya cahaya dari lampu meja yang menerangi.
"awak nak share apa apa dengan saya" soalku. Dia meraup wajahnya dan menghela nafas panjang.
"kami kawin hampir enam tahun.. kami bercinta dekat empat tahun.saya dapat tahu dia curang dengan saya hujung tahun lepas.. waktu tu saya ada projek di johor... kami pjj dalam setahun. tapi saya tiap tiap bulan balik jenguk dia.. tak pun dia datang dekat saya... one day dia tersilap hantar mesej.. dia kata dia tunggu saya dekat rumah sedangkan saya baru balik johor sehari sebelum tu...saya diam saya tak tanya.. saya fikir mungkin kawan bisnes dia sebab dia buat bisnes online.. tapi makin lam makin kerap dia tersalah hantar mesej.. sampai ada satu masa tu saya balik diam diam saya nak tengok kegiatan dia.. tup tup dia bawa balik lelaki dekat rumah.."dia terdiam. Airmatanya mula menitis. Aku memeluk belakangnya erat. Aku tepuk perlahan bagi menenangkannya.
"saya terkejut bila tengok dorang bercium.. awalnya saya bagi amaran dan saya lepaskan sebab dia janji tak nak buat dah.. saya bagi dia peluang.. saya balik semula ke johor dia ulang balik.. kawan kawan saya kata nampak dia bermesra dengan lelaki lain. Saya tahu mesti dengan lelaki yang sama. habis saja projek saya dekat johor saya terus balik dekat sini.. hari awak tercalarkan kereta saya tu saya baru keluar dari hotel tempat dorang berasmara. Malam tu saya tak balik rumah saya tidur dekat rumah Aiman" ceritanya
"tapi kan saya hantar awak balik.. " soalku
"ya tapi saya keluar semula dengan kereta saya. then hari ni saya tangkap dalam rumah saya dorang sedang berasmara.. patut ke saya simpan dia lagi.. saya sayang dia sepenuh hati tapi apa dia buat.. " tangisnya berderai. Aku turut menangis..
"awak.. kenapa putus dengan ex awak.. nampak dia masih sayang awak" aku mengesat airmata ku.
"mungkin dia.. tapi bagi saya cukup.. dia dah beri saya erti perit dicurangi" airmataku yang aku seka menderu laju.
"dia curang...polis tu" dia seakan tersentak
"ha ah.. dengan house mate saya... argghhh saya tak nak cerita pasal dorang.. aibkan.. atleast saya faham perasaan awak sekarang.. " ujarku. dia mengesat airmataku
"he so dumb cause cheating on you.. you arw to precious for person like him" aku hanya tersenyum.
"thanks.. " bisikku. Apa yang merasuk kami hingga kami bercumbu asyik.Dan aku seakan merelakan tubuhku dibelai lelaki yang baru aku kenali. Kami ketiduran selepas kepenatan beraksi disofa tanpa pakaian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience