AGAIN

Other Completed 29964

Aku tidak tahan dengan herdikan mertua dan iparku. Tidak tahu hujung dan pangkal mereka menuduh aku menundukkan Izzat dengan guna guna.. Izzat tidak mengendahkan ku kerana marah pada ku kerana menceritakan hal kami kepada ayah mertuaku.
"hello..mak.. mak sihat" soalku ditalian
"aku sihat ke tak ke apa kau peduli.. kau tunggu aku mati baru nak tanya khabar." marahnya. Suaranya yang nyaring memecah hawa telinga ku.
"maaf mak...orkid tak berniat macam tu" balas ku. Aku bukan sengaja tidak mahu menelefon mak atau abah.. tapi aku cuba mengelak dari berkecil hati... setiap kali aku menelefon mereka.. mereka seakan mengelak untuk berbual dengan ku.. apatah lagi kesilapanku.. ada saja yang tidak kena
"Orkid masukkan duit dekat mak.. 5k.. mak guna lah untuk mak.. " jelasku. Emak kedengaran sedikit teruja. Dan itulah kali pertama emak berbual lama dengan ku...walaupun hanya 15 minit.. Abah juga begitu..bicaranya lain setelah aku memberitahuaku telah memasukkan duit untuknya.Aku hanya balaci untuk kemewahan saja kah.
"Orkid.. kamu balik la sana.. ayah tak sanggup tengok kamu sugul macam ni.. "ujar ayah.
"Orkid ok ayah.. lagipun kalau Orkid balik Izzat macam mana.." soalku
"Izzat tu biarkan dia.. yang penting kamu tu.. kamu boleh drive lagi.. kalau tak boleh ayah minta tolong jiran hantarkan" soalnya. Aku diam.

Dua pagi tatkala semua sedang diulit mimpi. Aku bangun dan membawa begku keluar.Aku capai kunci kereta.
"orkid bawa kereta elok elok" aku tersentak. Ayah mertuaku terjaga dari lenanya. Dia yang tidur diruang tamu aku santuni sebelum pulang.
"ni untuk Orkid" ayah mengehulurkan beberapa keping wang bernot 50.
"untuk apa ni ayah" soalku
"untuk orkid dan cucu ayah" aku menolak tapi dipaksa ambil oleh ayah. Aku sebak. Sebak untuk meninggalkan insan yang aku rasakan ikhlasnya menyayangiku..Aku memandu pulang sendirian tanpa ditemani sesiapa..
Alhamdulillah aku selamat sampai dirumah walaupun lambat. Aku melepaskan lelah ku.Hatiku tergerak untuk memeriksa bilik kerja Izzat. Laptopnya aku cuba buka namun gagal. Aku membelek event notesnya. Esok.. tercatat birthday sayang.. birthday ku masih awal..birthday ku lagi Empat bulan. Siapakah dia.. Aku turun dan mula memasak kerana perut ku berkeroncong.

Aku mula kan pagi ku dengan harapan aku peroleh ketenangan. Aku membeli barang bayi untuk persiapan terakhir. Aku bertemu Ilham dan tunangnya. Aku tidak menyapa tapi Ilham lebih dulu perasan akan kehadiranku. Dia menghampiriku.
" sorang je ke" sapanya.
"ha ah.. Izzat kerja.. " tipu ku. Gadis itu melirik kearahku.
"Orkid.. "aku menyantunnya
"khadeeja" ujarnya.
" dah berapa bulan.. "soalnya
"tunggu due.. " aku tersenyum. Kelihatan wajah kelat di wajahnya apabila melihat Ilham membelek barang baby yang ku beli. Aku mengundir diri agar tidak menjadi pertengkaran. Aku keluar dari mall. Dalam perjalanan pulang hatiku tertarik dengan sebuah cafe. Aku berhenti. Aku memesan secawan vanilla latte dan sepotong kek. Mata ku tertangkap satu hiasan di satu sudut didalam cafe. Ada sambutan harijadi. Aku tersenyum. Kenangan parti harijadiku yang di sambut di pub Irene bermain di benak ku. Gila.. Jahilnya aku. Aku tersenyum sendiri. Selesai aku menikmati makananku aku mahu beredar dan aku melihat kehadiran pasangan yang amat aku kenali. Izzat dan bekas Isterinya. Aku yang tadi mahu bangun dan beredar membatalkan niat ku. Aku duduk kembali. hiasan sambutan harijadi itu untuk wanita itu. Sambutan bermula. Hati aku sakit apabila melihat Izzat memeluk dan mencium pipi wanita itu dikhalayak ramai. Aku bangun dan memberanikan diri.
"maaf abang sayang lambat... happy birthday" ucapku. Semua mata tertumpu padaku.
"owh saya isteri Izzat....Orkid." ujarku lagi lalu aku duduk disebelah Izzat. Suasana bertukar suram. Izzat menghulur kek dan air.. tidak satu pun dijamahku.
"kenapa nak balik tak bagitahu" soal ku
"saya balik tumpang..." aku pintas katanya
"abang jom teman sayang kejap.. sayang craving something.." rengekku. Aku menghulurkan tangan ku lalu disambut Izzat terpaksa. Wanita itu merenung kami tajam. Aku merangkul kemas lengan Izzat.

Didalam kereta aku diam. Pandanganku aku lemparkan keluar. Izzat juga tidak berbicara. Kami pulang dan aku duduk di meje makan..mengumpul semangat untuk berbicara. Izzat duduk disofa sambil menonton tv.
"awak nak balil semula dengan ex awak...saya izinkan" ujarku. Izzat menoleh.
"saya denga dia takde apa apalah.. kami berkawan je" ujarnya
"kawan..takkan sampai peluk cium.. kalau macam tu cara berkawan awak so saya dengan Ilham boleh la.. " provok ku
"awak tu isteri orang... Sedar sikit" dia sudah mula mahu berang.
"habis awak...suami orang elok ke.. elok buat macam tu" balasku.
"lantak awak la..malas saya nak layan gila awak" ujarnya lagi
"ya saya gila.. gila sebab tahan hati saya untuk awak.. awak ingat saya tak tahu awak facetime dengan dia setiap malam... dia tunjuk benda yang tak sepatutnya pada awak.. hari ni sambut birthday dia.. berpeluk sakan.. kalau awak msih sayang kan dia kawin...saya rela.. saya sanggup dan redha.. " ujarku. badan ku mengigil menahan perit dan sedih.
"saya tak ada apa apa hubungan dengan dia.. saya taknak dia....saya sayang awak.. saya tak mampu nak ada dua isteri" balasnya
"takpe.. kawin dulu.. bila awak dah tak sanggup bela sampai dua.. ceraikan saya.. sebab yang tua sudah tak berguna.. dah takde manis... dah jadi hampas" ujarku.
"sayang... jangan cakap macam ni....saya janji saya takkan ulang lagi.. saya takkan jumpa dia lagi" pujuknya sambil memelukku.
"kau ingat aku nak balik semula dengan kau ke jantan.. sial... kau yang terhegeh hegeh dekat aku bila depan bini kau..kau burukkan aku.. babi punya jantan. " Izzat tersentak mendengar suara bekas isterinya di talian. Aku menelefon wanita itu terlebih dahulu sebelum aku berbual dengannya. Aku tidak mahuendengar sebelah pihak dan aku mahu selesaikan secara baik. Izzat terdiam.
"maaf akak...akak dah dengar dari mulut dia.. Orkid harap lepas ni benda ni settle sini... habis sini" aku mematikan talian. Aku naik ke atas dan masuk ke bilik baby.

Hari yang tunggu sudah tiba. Aku bersalinkan bayi lelaki seberat 3.4 kg secara normal. RIZKI iman telah melihat dunia untuk kali pertamanya tapi malangnya azan yang dilaungkan ditelingannya adalah dari Ilham...bukan dari Izzat.. Saat aku mengerang kesakitan dirumah Izzat tiada.. dia ke utara tanah air membawa ibu dan ucu ke kenduri saudara mereka. Aku terpaksa menelefon Ilh untuk bantuan. Kelahiran Rizki telah aku war warkan padanya namun dia seakan tidak mengendahkan. Gebu kulit bayiku aku usap. Aku sudah menjadi seorang ibu.
"tahniah.. Orkid dah jadi ibu" ucapnya.
"hei babe... " Irene yang baru tiba dari sarawak menjengah ku dihospital
"kau baru sampai ke" soalku
"baru touch down terus I datang sini" ujarnya. Rizki yang sedang tidur di dukung Irene.
"baby.. mommy coming...hei wake up.. hei baby.. " pipi Rizki di usiknya. Pasangan itu tampak gembira. Rizki juga tampak selesa dengan dakapn itu. Aku berpantang sendiri dirumah dengan cara ku sendiri tanpa ajaran dan perhatian siapa siapa. Aku perlu survive untuk diri aku sendiri.

Aku sudah memasuki minggu ke dua. Izzat perlu keluar daerah atas urusan kerja. Aku tidak memberi reaksi. Walhal ketika ini aku amat memerlukan dia.
" Orkid.. husband orkid ada dekat rumah" soal Lia
"takde.. dia outstation" balas ku.
"owh yaka.. " balasnya
"kenapa Lia tanya. " soalku.
"Lia hantar gambar Orkid tengok ya" balasnya. telefonku berdetak. Aku terkejut melihat foto Izzat yang sedang bergadingan bekas isterinya di sebuah hotel. Dia tidak keluar daerah tapi sebaliknya berada didala daerah tapi diluar rumah bagi menelempiaskan nafsu. Aku memandu keretaku jam 11 malam bersama Rizki yang aku bedung kemas. Aku membawa Rizki ke bilik yang dikatakan Lia. Aku menelefon pejabat agama.Pegawai agama dan beberapa orang polis tiba. Aku menyatakan suami ku didalam dan aku sedang berpantang dua minggu. Pintu bilik mereka diketuk. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat Izzat yang memakai tuala dan bekas isterinya sedang tidur dalam keadaan bogel. Luluh hatiku. Aku ditenangkan pegawai agama agar tidak bertindak melulu. Dipejabat agama aku menceritakan semuanya namun mereka tidak boleh membuat apa apa kerana kami berkahwin dia thailand dan masih belum membuat pengesahan di dalam negara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience