TRUTH

Other Completed 29964

Aku bersiap untuk pulang. Langkah ku terhenti apabila melihat Ilham berdiri dibelakang ku. Aku mula tidak selesa kerana dia kerap menghampiri ku ketika dia menanti isterinya pulang. Aku tidak mahu menimbulkan syak wasangka yang buruk lagi terhadap diri ku. Aku...bahagia...tipu andai aku kata ya... Izzat sudah sebulan tidak mesej atau menelefonku. Mungkin dia sibuk kerana Fifi sudah melahirkan anak perempuan. Rindu.. ya aku rindu suamiku.. dan kehadiran Ilham sedikit sebanyak membuat aku ralat. Aku tidak mahu dimalukan seperti mana isteri Zaimi malukan aku tanpa usul periksa. Lagipun kami pernah punya hubungan masakan tidak akan timbul walaupun sekelumit perasaan di hati nanti. Aku masih isteri Izzat yang sah walaupun aku bergantung tak bertali.
" Am...lepas ni jangan jumpa Orkid macam ni.. Orkid tak nak cikgu cikgu sebar rumor yang tak baik... " pintaku.
"kita bukan buat apa apa pun.. kita sembang je kan" jelasnya
"ye.. itu yang kita buat.. tapi orang tak tahu.. nak pula tiap tiap hari Am datang jumpa Orkid.. nanti apa pula cikgu nadia fikir. " ujarku
"ah lantak la dia.. malas nak fikir.. " aku tersentak. Bicaranya seakan dingin.
"apa cakap macam tu..dia isteri Am.. kena jaga hati dia.. bukan sakitkan hati dia" ujar ku lembut
"dia tu payah bincang... semua dia betul.. " aku tertawa
"pernah dengar tak orang kata.. dalam dunia ni.. orang memang kita tak boleh nak kalahkan ialah perempuan... mau dia kata selalu nak menang. "kami tertawa.
" Tapi Am cakap betul.. Am tak bahagia dengan dia.. kami dah kawin hampir empat tahun.. Am nak anak tapi dia taknak lagi.. belum capai target katanya..lepas tu bila Am habis operasi..kami lepak sebelum balik dia kata Am jumpa perempuan lain.. pernah Am naik satu kereta dengan pegawai wanita time tu kami baru habis duty nak balik ke balai..Am singgah rumah hantar makanan yang dia pesan..bila Am balik dia marah Am.. dia tuduh Am ada hubungan dengan pegawai tu" aku diam. Aku tidak tahu mahu berkata apa.. urusan mereka terlalu sulit untuk aku nasihatkan.
" bila dia buat perangai macam tu.. Am teringatkan Orkid.. kenapa dia tak boleh faham kerja Am.. diri Am macam mana Orkid faham Am" ujar Ilham.
"sorry Am kisah kita kisah lama berlalu.. kita sama sama silap.. sekarang kita dah ada kehidupan masing masing...jangan samakan kehidupan kita dulu dengan yang sekarang.. kalau kita masih dengan kenangan dulu kita takkan rasa sempurna.. "aku tidak mahu dia masih hidup dalam bayangan ku
"maksudnya korang pernah ada hubungan" kami tersentak apabila melihat Nadia keluar dari koridor dibelakang ku. Aku menoleh
"cikgu jangan salah faham.. itu kisah lama.. "aku cuba membetulkan keadaan
"ya.. kami pernah bertunang..lima tahun kami bertunang dan kami putus sebab saya curang dengan dia.. " aku merenung Ilham tajam.
"jadi awak nak bagitahu awak masih ada hati dengan dia lah" marah Nadia
"ya memang saya masih sayang dia dan takkan lupakan dia" aku tersentak
"Am.. kisah kita dah lama berakhir Am.. "marahku
"tapi Orkid tak bahagiakan.." aku merenung Ilham tajam
"siapa kata Orkid tak bahagia.. kehidupan Orkid takde kena mengena dengan Am.. "marahku. Pipiku ditampar Nadia.
"kau...tak malu ke kejar suami aku.. kau tu isteri orang sedar sikit...ingat kifarah Allah bagi sebab tu anak kau cacat" hati ku seakan diragut.
"nadia.. orkid hormat nadia sebagai guru.. tapi tak sangka fikiran nadia terlalu cetek.. Ya anak Orkid cacat tapi tidak bermakna maruah dia boleh diinjak injak.. kita yang sempurna ni pun belum tentu perfect... hal korang takde kena mengena dengan aku apatah lagi dengan anak aku... aku dah ada kehidupan aku.. dan kau Am.. stop jumpa aku.. stop cari aku... " aku mahu beredar tapi tangan ku disambar Ilham.Aku menoleh lalu menampar pipinya.
"tolong hormat keputusan aku dan jaga wife kau baik baik.. "aku beredar. Airmataku sudah kering. Tiada lagi tangisan. Rizki tidak sihat. Demam. Aku menelefon Izzat namun tidak berjawab.. Aku menempah grab untuk ke klinik. Rizki demam panas yang melampau hinggakan dia terkena sawan. Dia terpaksa dipindahkan ke hospital. Aku menelefon Izzat berkali kali tapi tidak berjawab. Aku buntu. Kaki ku seakan tidak dapat berdiri.

Rizki dimasukkan ke wad. Lia dan Jes melawat kami di hospital. Kehadiran mereka sedikit sebanyak menceriakan hatiku.
"Kid.. lately ni aku kerap nampak izzat dekat club.. drank weh... korang ada masalah ke" aku tersentap. Aku tidak tahu akan kisahnya. Kerana sudah agak lama dia tidak menghubungiku.
"wei wei.. aku ada story.. " ujar Lia tergopoh gapah menghampiri kami setelah keluar membeli air.
"kau diam sikit.. ramai orang tengok ni" bisik Jes
"aku jumpa Izzat.. dia admit ward..accident katanya.. eh takkan kau tak tahu laki kau accident" soal Lia.
"kau jumpa dia dekat mana.. "soalku
"dekat bawah.. dia pakai baju hospital.. pegang besi kantung air.. kepala dia berbalut" aku bingkas bangun lalu beredar keluar. Aku ke kaunter pertanyaan di ward lelaki. Aku mencari namanya.
"sayang.. "panggilnya. Aku menghampirinya yang berbalut dikepala dan tangan.
"kenapa dengan awak.. "soalku.
" jom masuk bilik dulu.. saya letih nak rehat" aku memimpinnya masuk ke biliknya. Aku duduk disisi.Tangannya aku genggam lembut.
"apa yang jadi.. kenapa awak dekat sini" airmataku mula bergenang. Ya aku sedih melihat keadaannya.Walaupun kehidupan aku dengan dia tidak seindah yang disangkakan.. tapi dia suami ku yang sah.. tetap ada perasaan sayang dihatiku walaupun sayang itu tidak dihargai.
" saya hilang kawalan" ujarnya
"mabuk" teka ku. Dia mengangguk
"kenapa sampai macam ni.. kenapa perlu mabuk.. awak ada masalah ke.. kenapa tak cerita dengan saya" soalku
"saya tak nak susahkan dan beban kan awak dengan masalah saya.. awak dah cukup menderita" ujarnya
"tapi saya isteri awak.. saya perlu tahu.. tak guna kita kawin kalau awak tak nak kongsi masalah dengan saya" ujarku.
"saya ada baca diari awak...awak terlalu banyak memendam rasa.. saya tidak dapat menandingi Ivan dalam hidup awak" aku tersentak. Ya dairi ku tertinggal dirumahnya.
" istimewanya Ivan pada awak sampai setiap diari yang awak tulis ada tandanya. Baru saya perasan lukisan dirumah tu milik Ivan.. patut lah awak sayang sangat lukisan tu" aku diam. Sebab dia rasa tercabarkah dia bertindak begitu ataupun dia sudah membenciku.
"saya memang takde dalam hati awak ke" soal Izzat
"saya sayang awak.. kalau saya tak sayang awak saya takde dekat sini.. "ujarku
"walaupun saya dah sakiti awak" apa yang harus aku ucapkan
"saya dah bertindak kejam dengan awak.. " ujarnya
" saya sayang awak sebab awak suami saya.. perbuatan awak pada saya itu kesilapan kita..saya ada salah awak pun ada salah.. Ivan kisah lama saya.. maaf kalau saya kata dia istimewa bagi saya sebab dia lah lelaki pertama yang ajar saya erti sayang dan rindu.. dia ada dengan saya saat saya memerlukan bahu untuk bersandar. tapi itu kisah lama yang dah terkubur bersama dia.. sekarang kisah saya dengan awak.. kisah kita"aku cuba mengukir senyuman.
" awak masih sayang dia" soal Izzat
" sayang.. mana mungkin saya sayang pada orang yang dah tak ada.. cuma kadang kadang bila saya sedih saya rindu tindakan dia.. saya rindu bahu dia yang selalu saya sandar untuk lepaskan duka" entah mengapa airmataku mula bergenang. Aku teringatkan saat saat derita hatiku.. hingga aku tidak dapat berfikir waras.. aku perlukan pelukkan seseorang tika aku dalam kesedihan teramat.. namun tiada.. hanya bayangan Ivan bermain diminda. Hangat pelukannya terasa. Aku tenang. Saat aku mencederakan diri sendiri agar hilang rasa perit hati.. wajah Ivan menjengah.. terlalu kuat kenangan kami.. ya dia mengajar aku erti kehidupan.
"maafkan saya.. sepatutnya saya yang mendamaikan awak tapi saya menyiksa awak. " pintanya sambil menghapus airmata ku.
"saya baru tahu yang ibu dah sihirkan awak agar saya membenci awak.. dari awal penceraian saya dengan Fifi.. fifi dah ceritakan pasal awak dekat ibu.. lebih lebih lagi bila fifi tahu kita dah kawin..fifi lagi sakit hati.. maaf sebab tindakan saya diluar sedar.. saya betul betul minta maaf" ujarnya. Nadanya bergetar. Aku tidak menyangka sejahil itu ibu mertua ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience