END

Other Completed 29964

Aku ke tempat kerja seperti biasa. Aku masih bekerja di pub itu. Kelibat Ilham kelihatan didalam. Sedang operasi barangkali. Aku tidak mengendahkannya. Aku bekerja seperti biasa. Aku masuk dengan irama lagu.. Aku mengambil pesanan.
"awak yang dekat market tadi kan" soal pemuda itu
"ha ah..." ya pemuda yang aku langgar pagi tadi dan keretanya double park.
"keje sini ke.. " soalnya
"yup.. ada apa apa lagi yang nak di pesan.. "aku beredar. Suasana semakin riuh apabila lagu sudah memasuki eclips.. aku keluar mengambil angin di luar.. Rokok aku nyalakan sebatang lalu asapnya aku hembus ke udara. Rokok ku dirampas Ilham yang mengekori ku.
"jangan please.. " disedut rokok yang diramoas dari bibirku.
"buat apa dekat sini.. operasi" soalku
"tak.. datang tengok sayang lah" ujarnya. Aku diam. Aku menguis kaki ku bermain dengan kerikil halus.
"nadia sihat" aku mulakan bicara
"entah" balasnya. Aku menoleh
"aih.. wife sendiri pun tak tahu" balasku
"kami dah divorce" aku tersentap
" sebab... " soalku
" sebab kami tak sefahaman" dia meraup wajahnya. Aku hanya memerhati tingkahnya.
" apa.. "ada tawa dibalik soalan itu
"jangan kata sebab Orkid" soalku
"no.. sebab kami dah tak boleh nak teruskan itu saja" ujarnya. Aku beredar. Aku meninggalkan Ilham sendiri. Aku tahu aku punca penceraian mereka. Aku minta untuk pulang awal. Aku tidak mahu bertemu Ilham.

Aku termenung di hujung katil. Rasa bersalah ku pada Nadia membengkak.
" kenapa kau sanggup runtuhkan rumah tangga kaum kau sendiri.. "aku mengetuk kepala ku berkali kali. Aku merenung kesilapan ku. Telefon ku berdetak.

HAPPY ANNIVERSARY DEAR

Mesej dari Izzat aku baca. Aku terlupa hari itu ulangtahun perkahwinan kami dan ini kali pertama aku menerima ucapan darinya.Aku tersenyum sendiri. Aku menyalin pakaianku dan aku keluar mencari makan kerana perut ku berkeroncong. Aku mahu mengajak Izzat tapj aku tidak mahu menganggu ketenangannya. Aku sendiri. Seseorang duduk di mejaku dan aku menoleh.
"hai.. ingat saya lagi tak" soal pemuda itu
"ermm.. "balasku malas.
"sorang je" soalnya
"kau nampak aku dengan orang lain ke" balasku
" uishh.. cengeyy.. let's short our conversation...saya Bani.. " aku diam. Mee gorengku aku habiskan. Aku mahu beredar namun dihalangnya.
"sorry aku isteri orang.. excuse me.. please move your hand.." pintaku
"motor awak pancit" ujarnya. Aku menghampiri motorku.
"damn.. "tayar depan motor ku leper.
"saya hantar awak balik.. Orkid" aku tersentak.
"mana kau tahu nama aku" soalku.
"name tag awak tadi" apa punya bongok la kau ni Orkid.
"jom saya hantar awak.. motor tu kejap.."dia mendorong motorku ke tepi gerai dan berbual bual dengan pemilik itu.
"ok jom." pintu keretanya dibukakan untuk ku. Aku akur. Hatiku bercampur..
takut dan risau.
"tu gerai kawan saya.. esok dia tolong baiki.. dia ada bengkel moto.. " aku mengangguk. Dia banyak celoteh aku hanya mendengar.
"kau umur berapa ya.. "soalku.
"28..kenapa" soalnya
"aku empat tahun tua dari kau tau.. so minds your word" ujarku.
"umur bukan apa apa sekadar angka.. kawan tak kira usia" balasnya
" tapi aku isteri orang" ujarku
"saya tahu.. " argghhh pehal bebal sangat budak ni. Aku tidak selesa sembangnya seolah mahu memikat ku. Aku menunjukkan jalan rumah ku. Kereta izzat terpacak disitu. Aku gugup.
"Kau hantar aku dekat sini je..suami ku dah balik" aku keluar dari keretanya lalu mendapatkan Izzat yang tertidur didalam kereta. Bani masih belum beredar.
"sayang baru balik ke" soal Izzat
"ha ah..awak buat apa dekat sini.. "soalku
"rindu sayang la" dahi ku dikucupnya lama. Kereta Bani mula hilang dalam gelap malam. Kami masuk dan Izzat terus ke bilik untuk sambung tidurnya. Aku mandi kerana terasa melekit. Usai itu aku berbaring disebelah Izzat. Aku menatap wajah itu yang disambar cahaya bulan. Mata kami bertentang. Izzat tidak melepaskan peluangnya untuk menyentuh setiap inci tubuhku ketika kami bercumbu. Kali ini dia memakai kondom. Dia tidak mahu aku mengandung jika aku belum bersedia. Permainannya membuaiku hingga kami terlena tanpa pakaian. Aku terjaga..Izzat tiada di tepiku. Dia sudah ke tempat kerja. Aku bangun dan mencapai tuala. Usai aku menyarungkan pakaian.. aku ke meja makan. Ada nasi goreng yang digoreng Izzat dan sekeping nota.

JANGAN LUPA MAKAN YA.. THANKS FOR LAST NIGHT.. LOVE YOU SAYANG

Aku tersenyum. Tika aku mahu menjamah nasi goreng pintu rumah ku di ketuk. Aku membukanya.
"kau buat apa dekat sini" soalku. Bani terpacak dihadapan rumah ku.
"awak tak nak ambil motor ke" soalnya
"oh.. kejap aku nak makan dulu "ujarku. Dia menantiku didalam kereta. Aku mendengar dia berbual dengan seseorang. Aku meletakkan pinggan disinki. Rambutku aku sepit kalut.
"pakcik.. " pengutip duit sewa ku berbual dengan Bani.
"Orkid..ni tuan rumah ni kalau Orkid nak kenal" aku tergamam. Bani tersenyum.
"pakcik kami pergi dulu ya.." aku masuk ke dalam perut keretanya.
"aku tak tahu tu rumah sewa kau" Bani tersenyum. Aku diam.
"teman aku makan.. " pintanya..aku diam. Kereta yang dipandunya berhenti disebuah cafe. Aku hanya memesan secawan latte panas. Perutku masih penuh dengan nasi goreng yang digoreng Izzat. Aku tersenyum sendiri apabila mengingatkan tingkah Izzat semalam. Manja kali dia.
"ah sudah..senyum sorang sorang pula" ujarnya aku diam. Aku menunggunya menghabiskan makanannya. Aku menerima mesej dari Ilham dan dia kini dihadapan rumah ku.
"hantar aku balik sekarang."pintaku kalut kalut. Bani turut kalut. Kereta yang dipandunya meluru laju pulang kerumah ku. Ilham duduk diatas motornya. Aku turun dari kereta Bani dan mendapat Ilham
"siapa tu" soal Ilham.
"tak perlu tahu" ujarku
"buat apa dekat sini"soalku
"cari Orkid la" balasnya. Bani keluar dari keretanya dan menghampiri kami
"untuk apa...cari Orkid buat apa lagi.. "ujarku.
"Am nak bagitahu yang penceraian Am dengan Nadia takde kena mengena dengan Orkid" ujarnya
"ha ok ok.. boleh balik tak" pintaku
"kenapa..kita sembang sembang dulu tak boleh ke" soal Ilham.
"saya isteri orang.. tak manis orang tengok nanti" ujarku
"habis keluar dengan... ni... boleh pula" tangannya ditunjukku kearah Bani.
"dia tuan rumah saya la" ujarku
"nak kencing pun agak agak la" Ilham tidak percaya.
"aku Bani...tuan rumah ni" Bani memperkenalkan diri. Ilham tidak menyambut jabat tangannya. Belum selesai kecoh tentang mereka Fifi muncul bersama ibu mertuaku. Aku mula serabut.
"laki aku tidur sini kan semalam.. kau tak habis habis nak rosakkan kebahagiaan aku..." rambutku ditarik lalu dikeronyok. Aku cuba melawan.
"dia suami Orkid juga.. selama ni Orkid diam je..tapi kali ni Orkid takkan mengalah." pipiku ditampar oleh ibu mertuaku.
"kau sedar malu sikit.. kalau tak Izzat kutip kau.. kau takkan dekat sini sekarang.. entah entah engkau dah duduk jual body tepi lorong" tempelak mertuaku
"makcik..saya taknak masuk campur tapi kata kata makcik tu dah melampau" ujar Ilham
"nah.. laki takde dua jantan tunggu.. tunggu kau servis ke" herdiknya
"makcik saya tuan rumah ni.. ini kawan dia" jelas Bani. Tidak semena Fifi mengeronyokku hingga aku terjelepok ke tanah.
"kalau korang tak berhenti saya akan ambil tindakan. "Ilham menunjukkan kad kuasanya.
"senang kau kan.. siap ada polis back up lagi" perli Fifi.
"sayang" kedengaran suara Izzat memanggilku. Dia memeriksa badan ku
"apa yang ibu dengan Fifi dah buat ni.."tengkingnya
"kau tanya lagi.. kau tannya bini kau.. kau tengok takde kau dia orang jantan tunggu.. macam ni kau kata bini kau baik" herdik mertuaku.
"Izzat tanya apa korang buat dekat sini" tengkingnya
"berani Jat tinggikan suara pada ibu sebab perempuan ni" mertua ku berdrama queen.
"yang korang pula buat apa dekat sini" soalnya pula pada Bani dan Ilham
"dorang datang nak jumpa saya.. ni tuan rumh saya...Ilham datang nak jumpa saya pasal isteri dia" jelasku.
"datang nak tunggu nak sodok la apa lagi" fitnah Fifi.
"kau mulut sedap sikit" Bani mula melenting.
"woi dia isteri aku"marah Izzat apa bila Bani berkata begitu.
"kau kalau tak mampu bela sampai dua tak payah berbini dua.. kau dah sakit kan hati dia tau.. dorang yang datang terjah tak tentu pasal kau nak salah kan kami.. kau buta ke.. tak nampak Orkid ni cedera" marah Ilham
"tengok tu Jat.. berani dia"..
"sudah.. sudahhh.. aku yang jadi jahat dekat sini.. aku yang bersalah.. korang semua maksum.. dah berambus semua.. berambus... "tempikku
"biadap perempuan ni" mertuaku mengeronyokku. Lengan baju ku terkoyak akibat tersangkut dawai pagar. Izzat kaku disitu.
"jantan dayus" Bani menumbuk pipi Izzat.
"kau boleh tengok mak kau aniaya dia" Bani menumbuk Izzat berkali kali. Aku bangun dan menghalang Bani dari terus mencederakan Izzat.
"stop.. ni hal aku..hal rumahtangga aku.. awak balik dulu..korang pun gerak la.. "tengkingku kearah Bani dan Ilham. Ilham menghampiri Izzat.
"kau kalau tak boleh jaga dia.. lepaskan dia bro.. jangan jadi bacul" marah Ilham. Aku menarik Ilham
"sudah aku kata.. kau blah.. sekarang" ujarku.
"dasar sundal" aku tergamam kata kata itu terpacul dari mulut Izzat.
"awak..saya minta maaf... awak salah faham ni" airmataku mula mengalir. Tanganku ditepis keras Izzat.
"awak balik dulu..nanti saya explain.. awak bawa ibu dengan fifi balik dulu ya" pujukku
"tak perlu.. aku tak perlukan penjelasan kau.. aku percayakan kau.. tapi kau tipu aku.. kau senang senang bawa jantan datang rumah..sebab ni kau nak duduk jauh dari aku kan" tengkingnya
"Awak...awak salah faham ni.. saya tak buat apa apa pun.. saya sayang awak" pipinya aku pegang. Mata kami bertentang. Anak matanya bergegar.
" orkid.. aku ceraikan kau dengan talak satu.. ini yang kau nak selama ni kan.. aku dah tunaikan hajat kau. "tanganku dipegang kemas dan perlahan dilepaskan. Aku dapat melihat matanya bergenang. Izzat beredar meninggalkanku yang rebah ke bumi. Tangisan ku berderai. Jantungku seakan berhenti berdegup.
"Orkid.. "panggil Ilham yang duduk dibelakangku.
"puas hati kau sekarang....puas... " tempikku. Ilham aku tampar tubuhnya berkali kali. Bani memelukku kemas. Aku meronta mahu dilepaskan namun dia berjaya menenangkan aku.Aku menangis di bahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience