CHANGE

Other Completed 29964

"apa Am buat ni.. "soaku terperanjat dengan perbuatannya.
"maaf.. Am rindu Orkid.. Am takut hilang Orkid.. " ujarnya
" Tapi kenapa.."aku tidak dapat menghabiskan kata kataku.
"Am nampak Orkid kiss dengan cina tu tadi... Am tak suka.. kenapa Orkid nak balik semula dalam dunia macam tu" tegurnya
"wait... Am pergi pub ke tadi" soalku.
"ya.. " jawabnya pendek. Aku mula rasa tidak enak.. pergi pub tak ajak aku.. dia pergi dengan siapa.
dia bawa perempuan mana.. dia mengorat siapa dekat dalam tu
" Am pergi dengan team.. kami buat kerja.. pantau pub..tiba nampak Orkid pergi sana.. kenapa perlu buat macam tu" soalnya. Aku sedikit lega.
"kami dah biasa...lagipun dia satu satunya kawan baik perempuan yang Orkid ada.. " jelasku
"kawan" soalnya lembali
"kami punya ship lain sikit... hanya kami je yang faham..dia tahu Orkid ada boyfriend..waktu dengan Ivan... dia tak kata apa.
life kami privacy kami tak leh masuk campur tapi kalau nak tegur boleh." jelasku. Ilham tersenyum sinis.
"kawan macam tu..semua main sental" perlinya
"apa Am ni. " marahku
"tak lah..kalau orang tengok apa orang akan kata" ujarnya
"mulut orang memang takkan berhenti bercakap melainkam dah mati" balasku
"habis Am.. "soalnya dengan tiba tiba.. aku mendongak7
"apa maksud Am" soalku
"siapa Am bagi Orkid" soalnya. soalan cepu cemas.
" kita... kita kawan la" bibirku dicium lagi. aku tersentak
"kalau kita kawan tak salahkan Am nak kiss Orkid" ujarnya
"ish merepek apa ni" soalku. Nadaku tinggi seoktaf. Aku mula geram.
"tunjuk yang Orkid betul betul takde hati dekat Am.. " ujarnya
"ah karut" tolak ku
"kata kawan" provoknya
"memang la.. "bibirku dicurinya.. tapi kali ini olesannya lembut. Aku cuba menolaknya tapi tanganku di pegang keduanya.
"sayang... please don't fight.." bisiknya. Mata kami bertemu. jantung aku berdegup laju sama seperti mula mula Ivan purpose ku untuk menjadi kekasihnya.. telapak tangannya diletakkan dileherku lembut. Bibirnya mendekati bibirku.. dimain bibirku lembut.. lain rasanya.. ini kali pertama aku bercumbu dengan lelaki. Nikmatnya meremangkan bulu romaku apatah lagi permainan lidahnya. Tanganku diletakkan dipinggangnya. Baju nya aku genggam kemas. Aku seakan terbuai dengan mainan bibirnya. Dia mengangkat aku ke atas motornya..bibir kami seakan digam. Aku semakin hilang kawalan dengan ciuman itu. Lehernya aku rangkul lembut. Tiba aku terbayang Irene.. Aku berhenti. Aku mencari nafas.
"sayang kenapa ni " aku kaget.. aku membetulkan rambut ku dan aku turun dari motor.
"sorry Am... ini satu kesilapan.. " ujarku. Am memelukku dari belakang.
"Am tahu tak akan dapat jadi atau gantikan Ivan dalam hidup Orkid.. tapi Am akan layan Orkid..akan jaga Orkid sama malah mungkin lebih 8baik dari Ivan...Am sayang kan Orkid.." Leherku dikucupnya lembut. Aku terdiam. Aku berpaling
"but Am..Orkid minta maaf... " aku terus masuk ke dalam rumah. Bibir dan leherku aku pegang. Jantung aku tidak berhenti berdegup.. hati ku tidak keruan.

AM TAKKAN PAKSA ORKID.. AM TAHU IANYA SUKAR SEBAB KAMI BERSAHABAT.. TAPI AM TAK BOLEH TIPU DIRI AM.. AM SAYANG KAN ORKID.. ORKID FIKIR MASAK MASAK..AM TUNGGU JAWAPAN ORKID.. YE SAYANG

Mesej dari Ilham sebelum dia beredar dari rumahku. Aku diam.

Hampir sebulam selepas kejadian itu Am tidak menelefon ku mahu pun mesej ku. Lelaki...dah labur ayat manis lepas tu diam..main tarik tali ke apa ni. Aku seperti biasa bekerja dan balik rumah. kadang kadang aku keluar dengan Irene.
"saya nak jumpa Orkid" panggil seorang perempuan ketika aku dan crew sedang sibuk menukar menu breakfast ke menu biasa.
"ye saya makcik...ada apa ya" soalku. Ilya bersamanya. Aku mengajak mereka naik ke tingkat atas dan aku tutup untuk sementara.
"apa yang kau dah buat pada Ilya" soal wanita itu
"saya...maaf saya tak faham..saya buat apa makcik" soalku
"Ilya bunting" aku tersentak
"Ilya.." panggilku..Ilya hanya menunduk. Aku semakin keliru.
"apa Kid buat dekat Ilya"soalku lagi
"kau tanya apa kau buat.. kau bercinta dengan dia.. ajar dia bukan bukan lepas tu kau bagi kawan kawan kau makan dia.. sampai bunting.. kau ingat anak aku bi bohsia ke.. " tengking wanita itu.
"Ilya.. apa ni.. apa kaitan Kid dengan.." kata kata aku dipintas Ilya
"Kid yang ajak Ilya pergi rumah Aiman..Kid tipu Ilya kata nak parti.. tapi sampai sana Kid suruh Ilya layan Aiman dengan kawan kawan dia" fitnahnya pada aku membuatkan aku terduduk. Aku tergamam.
"Aiman gay Ilya.. dia takde nafsu pada perempuan.. Kid selalu tidur rumah dia tak pernah dia nak sentuh Kid pun.. lagi pun bila pula kita bercinta.. Ni dah pregnant berapa bulan.. " soal ku
" tiga bulan" aku tersentak
"Ilya...kita dah tak jumpa hampir dua tahun.. ni baru kita jumpa pula.. macam mana pula semua ni ada kaitan dengan Kid" aku cuba mempertahankan diri
"dah kau macam ni... jantan mana yang nak sogel kau" aku makin hairan. Style aku dipertikainya. Aku cuba hadam tapi tidak boleh.
"makcik...saya normal makcik..saya walaupun macam ni.. saya suka lelaki.. bukan perempuan." ujarku. Tapi setiap patah kata ku tidak dipercayainya
"habis makcik nak saya buat apa.. takkan nak saya kawin dengan dia.. kami sejenis kot" ujarku
"aku nak kau cari jantan yang buntingkan anak aku.. aku nak dia bertanggungjawab.. kalau tak aku report polis" aku diam. Gila.. memang gila.

Aku menelefon Aiman dan dia mengajak ku ke rumahnya. Aku pergi bagi membersihkan namaku.
"bermaksud korang ada contact la"soalku
"adalah.. dia minta nombor aku hari tu kami terserempak dekat kelab...kalau ada parti dia selalu join...frankly speaking..aku tak suka dia.. Damian pun.. sebab dia tu buas sangat.
kau tahu dia ajak aku dengan Damian treesome dengan dia.. choyy" ujar Aiman. Aku terdiam. Seakan tamparan bagi ku..
"aku cuma ingat dia tu kawan kau... kalau tak sorry... nak tumpang tidur la apa la... owsss sorry aku tak bagi" terang Aiman lagi.. Aku mula rasa bersalah pada kedua dua rakan ku.. kerana aku mereka terima masalah.. Ilya.. kerana aku dia begitu.. sesalku
"baby tu dia nak tuduh siapa... anak aku.. anak Damian..kami sentuh dia pun tidak....jantan banyak mana dah henjut dia.. siapa bapa baby tu pun tak tahu.. international sangat. " Aiman melepaskan geramnya. Aku mati kata.

Aku cuba menelefon Ilham untuk meminta pandangannya tapi tidak berjawab. Aku menelefon Juwita tapi Ilham tiada dirumah. Ilham jarang pulang kerana dia tinggal di kuaters polis. Aku semakin susah hati. Aku mencerita hal ini pada Irene.. dia sama seperti Aiman...marahkan Ilya. Kerana tiada siapa tahu akan lelaki lelaki yang bertangjawab keatas Ilya aku ditahan dilokap bagi membantu siasatan. Ketika aku dilokap aku cuma berharap agar dapat bertemu Ilham. Tapi hampa. Irene mengambilku di balai. Risaunya padaku tidak bertepi.
"you ok Kid" soalnya
"ok.. " balasku pendek
" you tahu..hari tu I ada pergi jumpa Ilya..." aku menoleh.
"I tanya dia kenapa dia fitnah you..then you tahu apa jawapan dia." aku mengerutkan dahi ku tanda tidak tahu
" she said.. she can't and never forget you.. dia betul betul fall in love dengan you" dia menoleh dan jari telunjuknya dia halakan ke muka ku. Langkah ku terhenti..terkejut dengan tindakannya.
" karut lah dia tu.. " balasku. Irene tertawa.
"kan.. hanya je yang boleh fall in love dengan you.. kan babe" dagu ku di garu lembut Irene.
"babe.. stop it.. orang tengok la.. kita kat balai ni.. nant kang tak pasal pasal aku masuk balik kat dalam" balas ku. Irene tertawa. aku mengambil barangku di kaunter balai dan keluar dari situ. kami bertembung dengan Ilham.
" Sayang buat apa dekat sini" soalnya. Aku diam
"sorry.. sayang.. babe.. siapa pula mamat ni.. " soal Irene.
"boyfriend dia" aku memandang tepat padanya
"damn shit... babe I tak tahu pula boy you elok macam ni.. kalah Ivan" ya... boleh dikatakan Ilham lebih menarik perhatian gadis gadis kerana ketampanannya berbanding Ivan tapi daya penarik Ivan hanya aku saja yang tahu.. Ivan berwajah ketat tidak seperti Ilham yang murah senyuman. Irene memandang Ilham dengan usikan manja.
"sorry bila kita couple.. "ujarku
"woahhhh... savage sangat ayat tu.."
"sayang.. " panggil Ilham sambil memegang lenganku. Aku cuba melepaskan genggamannya namun gagal
"buat apa dekat sini" soalnya lagi
" lepas boleh tak" suruhku.
"ok ok..korang settel baik baik sebab I rasa kita dah macam artis dah ni.. " ujar Irene.. aku dan Ilham memandang sekeliling. Ilham membawaku masuk ke keretanya. Irene mengikut kami dan dia duduk di tempat duduk belakang.
" Irene.. dia buat apa dekat balai" soal Ilham sambil matanya memandang ku tajam. Tangannya mengenggam jari ku erat.
"Ilya tuduh Kid punca dia mengandung.. like mak ayam lak... padahal dia yang tak boleh move on dengan Kid.. kan babe" cerita Irene
"yes darling" selorohku.. kami tertawa. Ilham mencubit lenganku
"sakit la... "rungutku.
"benda ni ingat boleh buat main ke.. dah ke dalam lokap bagai.. " marahnya
"dah tu... nak suruh Orkid nangis... meraung.. " balasku
"kenapa tak settle luar.."Soalnya lagi
"dah tapi mak dia nak juga cari orang yang bertanggungjawab dekat dia.. nak cari mana kalau dah banyak sangat lelaki yang dia layan" jelasku
"tapi ni dah fitnah... kenapa tak report balik kata dorang fitnah sayang" marahnya lagi
"sebab tu lain kali oramg call angkat.. ni dah berpuluh kali call tak angkat.. mesej tak balas.. Orkid call Juwita dia kata tak tahu Am dekat mana.. so nak Orkid buat apa.. terima je lah.. tapi benda dah terang terang Orkid tak bersalah.. so settle la" marah ku semula. Irene tergamam melihat pergaduhan kami.
"dah habis dah.. Babe jom balik.. Aku nak tidur.. sakit badan tidur atas simen.. "aku keluar dari keretanya puas setelah aku lepas kan geram ku padanya. Irene mengikutku.
"sayang...Am habis kerja Am pergi rumah.. jangan pergi mana mana" tempiknya
"tak payah.. let me alone.. " tempik ku semula. Aku masuk ke dalam kereta Irene dan beredar dari situ. Aku ke apartment Irene setelah melihat kelibat Ilya dihadapan rumahku.. aku malas bertemu dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience