Kandungan ku sudah berusia empat bulan. Alahan ku makin parah. Adakalanya tubuh ku terkulai ditempat kerja kerana alahan. Aku berbincang dengan Izzat untuk berhenti kerja dan aku akan kembali bekerja selepas aku habis pantang. Alhamdulillah Izzat setuju. Aku menghantar notis berhenti kerja. Terasa sayu dan sebak untuk meninggalkan kerja ku tapi apakan daya kesihatan ku lebih penting. Aku menjalami rutin harian sebagai suri rumah tangga. Izzati melayan ku dengan sempurna. Terasa seakan permaisuri.
"awak duduk diam diam biar saya angkat berat ni"suruh Izzat. Kami mengadakan jamuan untuk malam ini jadi aku masak nasi minyak..mee kari dan ayam masak merah. Izzat membantu aku. Aku duduk dikerusi. Terasa mengah.Nafas ku turun naik turun. Aku sudah tidak boleh seaktif dulu. Tetamu mula memenuhi rumah.. Irene, Jes dan Lia turut hadir.. beberapa orang geng brotherhood ku turut hadir. Aiman dan Damian juga dan beberapa lagi rakan kerjanya. Rumah kami meriah dengan hilai tawa. Aku mencari Izzat tapi tidak berjumpa. Aku ketingkat atas lalu memeriksa bilik kami tiada. Aku mendengar suara tawa dari bilik kerja Izzat dan aku membuka pintu.. Izzat dan Tasya rakan sekerjanya berada disitu
"eh sayang.." dia menghampiriku lalu memegang tanganku dan memberikan kerusi buatku
"ada apa..awak cari saya ke" hatiku tidak enak tapi aku cuba berfikiran positif
"saya cari awak tadi.. saya rasa awak belum makan kan.. " ujarku. Tasya tidak mengendahkan ku. Gadis itu memandang kertas kerja yang terhampar diatas meja.
"saya tak makan lagi..bagi dorang dulu makan kejap lagi saya makan" ujarnya.
"saya ada benda nak bincang dengan Tasya about work" ujarnya
"kalau macam tu saya turun dulu ya." aku bangun dan melangkah meninggalkan mereka. ketika pintu aku tarik untuk ditutup...
"jalan macam penguin" ujar Tasya
"dia pregnant..." balas Izzat dan mereka tertawa. Aku tiba tiba menjadi sebak. Buruk sangatkah aku. Aku menyertai Irene dan yang lain
"wei kami ada good news" ujar Irene.
"apa.. kau kan good new sentiasa tapi.. hampeh" ujarku
"no babe kali ni...I serious..We are getting married" Irene menunjukkan cincin di jari manisnya
"wei... " aku memeluk Irene kemas.. Aku tumpang gembira kerana dia telah menemui bahagia dia.
"kita juga yang single" seloroh Jes. Kami tertawa.Usai majlis aku mengemas. Aku termengah mengah kerja sendirian. Izzat masih diatas bersama Tasya. Setelah mengemas aku berbaring disofa. Tanpa aku sedar aku ketiduran.
Izzat sudah ke tempat kerja. Hari ini aku ada pemeriksaan doktor. Rutin bulanan ibu ibu.. ahaksss.. aku menelefon Izzat tidak berangkat. Mesyuarat barangkali.Aku menghantar mesej memberitahunya tentang temujanji hari ini tapi dia agak sibuk dan tidak dapat menemani aku. Aku sendiri ke klinik. Degup jantung bayi berdetak kuat.. Airmataku mengalir. Aku seakan tidak percaya bahawa satu nyawa sedang hidup didalam rahimku. Moment itu tidak dapar aku kongsikan bersama Izzat. Selesai pemeriksaan aku terasa mahu makan sesuatu tapi aku tidak tahu apa.. aku melilau mencari makanan yang kena dengan seleraku. Aku berhenti di gerai menjual cendol..terasa di hulu tekakku cendol yang sejuk masuk ke mulut. Aku mencari parkir. Baru beberapa langkah aku berjalan langkahku terhenti.. Izzat dan Tasya di gerai itu. Hanya mereka berdua. Kelihatan sungguh mesra. Aku masuk semula ke dalam kereta. Aku menelefonnya
"awak ada dekat mana" soalku
"office kenapa" tipunya
"awak balik makan tak tengahari" soal ku lagi
"tak tahu...kenapa " soalnya lagi
"kalau awak balik tengahari ni...tolong belikan saya cendol.. teringin nak makan cendol" pinta ku
"saya tak balik kot sebab ada meeting pula kejap lagi.. awak beli sendiri tak pun balik kejap lagi saya singgah beli" ujarnya.. talian dimatikan. Aku mahu menangis tapi aku tahan. Aku berharap pulangnya petang nanti aku dapat menikmati cendol. Jam hampir enam petang. Keretanya belum kelihatan. Aku menyediakan hidangan makan malam. Aku hidangkan diatas meja. Jam lapan Izzat pulang. Aku menyantunnya. Dahi ku dikucup lembut.
"baby nakal tak" baby bump ku di gosoknya.
"awak nak makan.. saya dah siap masak" tanya ku
"saya nak mandi dulu" dia naik ke bilik. Aku menantinya di meja.Sehaya dia turun aku mencedok nasi ke pinggannya.
"sayang tak makan" aku menggeleng.
"nanti lapar pula..makan sikit untuk baby" pintanya
"saya nak cendol" ujarku
"alamak..saya lupa.. maaf... awak bersiap jom kita pergi makan cendol" dia mahu bangun tapi aku menghalang
"takpelah kalau awak lupa.. awak makan lah.. saya tak lalu tengok nasi" ujarku
"awak nak makan apa.. jom kita pergi.. " aku menggeleng dan tersenyum.. kangkung goreng belacan menarik perhatian ku.. hanya itu yang aku mampu telan ketika itu. sebak dadaku aku tahan. Aku tidak mahu menyusahkannya. Dia naik ke bilik kerjanya. Aku menyusul dengan secawan nescafe panas. Aku menemaninya membuat kerja hingga aku tertidur.
Cahaya matahari menjengah.. kedengaran air pancuran dari dalam bilik air. Izzat mengangkat ku masuk kebilik rupanya. Aku tersenyum. Telefonnya berdetak.
YOU DATANG AWAL SIKIT KITA BREAKFAST SAMA SAMA
Aku meletakkan semula telefonnya apa bila kedengaran kunci pintu bilik air di buka.
"awak nak sarapan apa pagi ni saya buat kan" soal ku..
"nasi goreng.. nasi goreng awak sedap" aku mencuci muka lalu turun ke dapur untuk memasak nasi goreng. Selesai aku memasak aku hidangkan untuknya. Izzat kalut.
"awak nasi goreng dah siap" ujarku
"maaf awak saya tak sempat.. nak kena siapkan report untuk mesyuarat pagi ni" dia memakai kasutnya lalu beredar. Aku terdiam. Nasi goreng yang aku masak aku tatap.
"dia sudah bertemu bahagianya" bisik hatiku. Perutku aku usap.
"Abah baby baik orangnya.. dia kerja keras untuk kita" airmataku yang menitis aku sapu lembut. Aku berkurung dirumah seharian. Hatiku terdetik untuk menyiasat tentang Natasya. Aku menanyakan pada Aiman. Aku kaget mendapat tahu bahawa Aiman juga tidak mengenali gadis itu...dan dipejabatnya tiada nama dan tidak pernah kelihatan gadis itu. Fikiran ku mula membuat andaian. Aku mahu berhenti berfikir buruk tapi tidak boleh. Jam 5 petang. Aku bersiap mahu mengajaknya keluar makan. Iklan restoran makanan seafood menarik minat ku. Dari jam lima hingga jam lapan kelibatnya belum kelihatan. Seleraku sudah hilang. Aku menyalin pakaianku. Aku simpan lauk lauk yang aku masak. Megi didalam kabinet memancing nafsu ku. Aku masak. Tekak terasa mahu makan pedas pedas..aku lantak lada ke dalam megi ku...akhirnya aku berulang ke tandas dan perutku sakit yang teramat. Aku menelefon Izzat tapi di angkat Tasya
"sorry kami ada team building" talian dimatikan. Aku gagahi diriku. Aku capai kunci kereta dan aku pandu ke klinik.. Jalan jem kerana ada roadblock. Perutku semakin perit.
"Bak Ic dan lesen" pinta polis itu. Aku menghulurkan kad dan lesenku.
"Sayang kenapa ni" Ilham yang sedang memeriksa motorsikal di bahu jalam menghampiri aku
"Am tolong Orkid.. perut Orkid sakit" rayu ku. Dia kalut.. Dia melaporkan akan keadaan ku lalu mengubah kedudukan ku ke kerusi sebelah. Keretaku di pandu laju. Kami sampai ke klinik dia menyorong ku dengan kerusi roda.
"alhamdulillah baby takde apa apa.. puan perlu kawal pemakanan..semester ini perut cepat mengalami keradangan kerana bayi baru nak membesar" ujar doktor.
"ayah tolong pantau ibu ya" nasihat doktor. Ilham tergamam. Dia memandu keretaku perlahan
"dah berapa bulan" soalnya
"tiga nak masuk empat" balasku pendek.
"ayahnya mana" soal Ilham lagi
"kerja.. Orkid dah call tapi dia tak sempat nak balik.. so Orkid pergi dulu sebab tak tahan sangat.. by the way thanks ya"ujarku.
"bila kawin.." Soalnya lagi
"kami kawin baru tiga bulan" aku melihat Ilham mengira dengan jari
"Orkid mengandung dulu baru kawin" ujarku. Raut wajahnya berubah.
"nasib baik Ilham tak kawin dengan Orkid kan" selorohku.
"Am tak kata apa pun.. at least Orkid bahagia Am dah gembira..." aku terdiam.
"Orkid boleh tunggu sekejap sampai habis operasi nanti Am minta peronda escort balik"ujarnya
"eh takpa Orkid boleh drive" tolak ku
"jangan nak mengada.. tunggu kat dalam kereta.. nanti Am hantarkan balik" aku akur. Aku menunggu didalam kereta. Mereka mula mengemas. Ilham masuk ke dalam kereta dan memandu pulang kerumahku sambil di belakang kereta peronda sedang mengikuti. Aku tiba dirumah.. kereta Izzat ada di garaj.
"terima kasih Am" ujarku
"sayang... kenapa ni..ada apa ni Tuan" kalut Izzat
"owh tadi isteri encik sakit dia drive ke klinik tapi nasib lalu dekat roadblock jadi saya hantar dia ke klinik dan saya hantar dia pulang.. bahaya dia drive tengah pregnant macam ni" ujar Ilham
"terima kasih tuan.. terima kasih..ujarnya. Ilham beredar dengan kereta peronda. Aku masuk ke dalam
"kenapa awak tak call saya kata awak sakit" marahnya
"saya call dah" ujar ku
"bila saya tak dapat pun call dari awak.. tu ex awakkan.. kira nak amik kesempatan jumpa dia" tengking Izzat.
"apa awak merepek ni.. ni ubat.. saya sakit perut tau tak...saya call awak tadi.. Tasya jawab..dia kata awak ada team building so saya pergi lah sendiri sebab dah sakit sangat" jelasku.Dia terdiam
"sorry sorry...saya risau tadi balik tengok awak takde..kereta takde.. saya ingat awak dah tinggalkan saya" ujarnya. Aku hanya berdiam
Share this novel