INSANE

Other Completed 29964

Aku membeli kelengkapan baby sedikit demi sedikit. Aku sendiri.. ada kalanya aku ditemani Lia dan Jes. Aku gembira selepas kejadian itu Jes dan Lia meninggalkan pekerjaan hitam mereka dan kini mempunyai pekerjaan tetap yang baik. Aku juga mengambil penyewa baru memandangkan masih ada satu bilik yang belum dihuni. Sedang aku meneroka barangan bayi aku terpandang seorang wanita yang amat aku kenali.
"assalamualaikum.. " sapaku wanita itu berpaling.
"akak isteri Izzat yang haritu kan" aku tidak tahu bagaimana hendak aku mulakan bicara.
"ha ah.. owh..isteri Izzat.. dah berapa bulan ni" soalnya
"enam.. " senyumku. Kami ke cafe berdekatan untuk berbual. Cantik orangnya...bahasa dan pertuturannya sopan...tapi sayang dia tersilap langkah.
"dia anak mak kalau Orkid nak tahu.. " ujarnya
"akak makan hati.. nak pula dengan si ucu tu.. rasa macam bermadu pula.. apa akak ada dia mesti nak.. kehendak dia wajib dituruti.. ibu.. akak lawan je.. " aku terkedu. Aku tidak seberani itu. Aku tidak mahu hilang syurgaku.
"tapi akak kan pilihan ibu" soalku.
"memang akak setuju ingat dia tu ok.. tapi ermmmm... " air dihadapannya disedut perlahan. Aku terdiam
"tapi ayah baik sangat... akak puji dia.. akak tahu akak salah tapi dia tak pernah salahkan akak.. dia salahkan Izzat sebab tak pandai jaga isteri.. mana taknya.. ibu kawal hidup kami.. " aku risau.

Aku pulang ke rumah. Izzat dibilik kerjanya.Dia tidak bekerja hari itu dan dia mahu berehat jadi aku tidak mahu menganggunya dengan mengajaknya menemaniku. Aku membawa secawan nescafe panas dan aku letakkan di sisi meja.
" cukup dah barang baby" soalnya
"belum.. beli yang penting penting dulu.. yang lain saya beli kemudian.. awak dah makan" soalku
"dah saya pesan grab" aku turun semula ke bawah. Semenjak pulang dari kampung kami agak renggang. Dia jarang berbual denganku.. adakalanya tempat tidur kami berasingan. Aku diamkan saja. Perutku berkeroncong.. aku ke dapur untuk melihat apa yang boleh aku telan.
"banyaknya karipap frozen.. baby kita makan karipap ok.. " aku menggoreng 2 bungkus karipap dimana satu paket ada 6 biji. Aku tahu aku tidak akan habis jika makan sendiri tapi akan habis jika berkongsi dengan Izzat. Aku membawa karipap yang masih panas ke meja kopi dihadapan tv. Izzat menuruni anak tangga.
"sedap bau.. " pujinya
"karipap.. jom makan sekali..masih panas ni" aku ke dapur untuk membancuh air
"sedap mana beli" soalnya
"bukam orkid beli.. orkid amik dalam chiller.. banyak.. abang beli dekat mana" soal ku yang berada didapur. Dia bergegas ke dapur dan membuka chiller.
"awak amik yang dekat dalam ni" soalnya
"ha ah... abang yang belikan.. " aku hairan.
"ya aku beli tapi ni aku nak kirim dekat ibu.. ibu pesan suruh beli.. dia dah lama tak makan" tengkingnya. Aku tersentak.
"maaf awak.. saya tak tahu.. awak beli dekat mana.. tempah dengan siapa.. saya ganti balik.. " ujarku.
"kau kenapa tak tanya dulu.. kau ingat senang ke nak beli ni..berebut tau.. aku tempah dekat dua minggu baru dapat.. "tengkingnya lagi. Aku terdiam. Mataku berlinang tapi ku tahan.
"maaf awak saya tak tahu.. awak pos dulu yang ini.. awak tempah yang baru saya bayarkan" rayuku
"kau ingat cukup ke nak pos banyak ni.. Ibu kalau barang dari aku terutama barang makan dia akan berkongsi dengan adik beradik dia.. angah dengan acik pun pesan juga.. bukan cukup.. aku order ngam ngam 40 bungkus. kau la.. " lebihan karipapnya di campak ke sinki. Dia beredar. Kedengaran pinggan jatuh ke lantai.. Izzat keluar dengan keretanya entah ke mana. Aku mula menangis.
"baby.. ayah tak marah.. ayah cuma geram.. salah umi sebab tak tanya ayah dulu.. kita makan sikit ya.. lebih tinggalkan dekat ayah" perutku aku usap. Aku ke ruang tamu. Perut ku sudah berkeroncong. Alangkah terkejutnya aku apa bila karipap di dalam pinggan tadi sudah bertaburan di meja. Sudah menjadi lempeng kerana dipijak dan ada yang sudah pecah dan bertaburan isinya. Aku mengutip satu persatu dan aku kikis karipap yang sudah terpenyek.
"baby.. ayah tak sengaja jatuhkan.. kita makan ya.. InsyaAllah masih ok dan sedap" aku cuba tersenyum di balik linangan airmata. Karipap itu aku suap kedalam mulut ku satu persatu.
"kita makan semua.. tak baik membazir.. lagipun takkan kita nak bagi ayah makan yang dah terjejaskan.. ok sayang.. " aku habiskan semua karipap yang sudah menjadi lempeng.

Izzat sedang mandi. Aku menantinya. Aku mahu memohon maaf. Aku yang bersalah. Izzat keluar dari bilik air.
"awak saya minta maaf.. saya tahu saya salah.. " ujarku. Izzat diam.
"awak.. " panggilku
"lain kali tanya dulu.." marahnya. Aku diam. Dia ke bilik kerjanya dan pintu dikunci dari dalam. Aku diam. Aku berbaring dikatil sambil mencari nama sesuai untuk baby. jam sudah 9.30 Izzat tidak kelihatan. Aku menanti lagi tapi perutku berbunyi dan perlu di isi. Aku ke dapur. Tiada apa yang memikat seleraku. Aku naik ke atas mahu mengajak Izzat ke warung pattani kegemaranku. tekak ku terbayangkan somtam dan tomyamnya yang padu. Izzat berbaring dikatil. Aku mendekatinya.
"awak saya lapar" ujarku
"makan lah" acuh tak acuhnya
"jom temab saya makan tomyam.. nak makan tomyam pula tekak ni" ujarku
"malas la.. esok kerja tau.. lain kali je la" ujarnya.
"saya nak sekarang bukan nanti" pujuk ku lagi
"awak tak faham ke saya nak kerja esok..saya letih la" tengkingnya. Aku diam. Aku berbaring di sebelahnya yang membelakangkan ku. Aku merapatkan sedikit diriku dengannya dan pinggang nya aku peluk seperti selalu.
"ish apa ni.. sana sana.. saya nak tidur la..letih.. " tengkingnya. Kali ini kata katanya menyentap hatiku. Aku diam. Tangisku ku telan. hanya airmata yang mengalir. Kedengaran dengkuran dari lenanya. Jam sudah 11 malam. Aku tidak boleh tidur. Perutku berbunyi kuat. Aku turun dan mencapai kunci kereta lalu aku bergerak menuju ke gerai kegemaranku. Airmata sudah tentu terhambur. Aku tiba digerai kegemaran ku. Keinginanku aku pesan.
"makan pedas nanti cramp lagi perut tu" sapaan Ilham membuatkan aku tersentak. Aku tersenyum
"sorang je ke.. husband mana" soalnya
"outstation.. perut ni tiba tiba lapar pula.. tu yang datang juga"tipuku.
"Am.. baru habis duty.. " soalku
"tak lah.. hari ni duty pagi.. keluar dengan tunang tadi.. ni baru balik hantar dia.. tiba lapar pula..ingat nak tapau je nampak pula mak buyung tak jadi la tapau" selorohnya. Aku tertawa.
"Orkid ok.. mata bengkak tu" soalnya. Aku mengesat mataku
"nangis ke" soalnya lagi
"rindu cik suami la.. baru je habis call dia tadi.. lepas juga rindu" tipu ku. Ilham mengangguk. Kami berbual kosong tapi masih aku boleh tertawa akan lawak Ilham yang tidak seberapa.

Aku pulang ke rumah dan naik ke bilik.. Izzat tiada. Aku mencari serata genap rumah namun tiada. Aku menelefonnya
"saya ada urusan sekejap dengan kawan saya.. dia minta tolong..awak tidur dulu kejap lagi saya balik" aku menangis lagi... tidak pentingkah aku dalam hidupnya. Aku ketiduran dalam esakan.
Izzat bersiap untuk ke tempat kerja.Aku bangun dan terus mencuci muka. Aku turun untuk membuat sarapan.
"saya nak minum je.. dah lewat ni" pintanya. Mengikutkan saja. Airnya aku letakkan di meja.
"awak ada nak pergi mana mana tak tengahari ni.. "soalnya lembut
"tak de.. kenapa" soal ku.
"saya nak ajak awak ke satu tempat awak amik saya ya"pintanya..aku mengikutkan saja. Seperti yang dijanjikan aku ke pejabatnya.Dia yang sudah menunggu di parkir segera memandu kereta ku ke tempat yang dituju. Dia membawa ku ke sebuah kedai kereta. Aku hairan tapi aku masih mengikut langkahnya.
"sayang.. " dia menggoncang sebuah kunci kereta di tangannya. Aku makin hairan.Dia menarik tangan ku dan aku lihat ada sebuah kereta yang di ikat dengan riben. Aku menelan air liurku kelat.
"sayang kereta baru kita" ujarnya gembira. Aku tergamam.
"nah sayang...masuk.. " dia memberikan kunci dan membuka pintu kereta untukku. Aku duduk didalam kereta itu dengan perasaan bercampur baur.
"kereta siapa ni" soal ku lagi
"kereta kita la.. kereta baru kita" ujarnya
"kereta awakkan ada.. kenapa beli lagi" soalku..
"saya dah jual kereta tu.. saya beli yang baru.. pakai yang ini baru ada class.. selesa untuk baby" pancingnya.
"tapi kereta tu baru je saya habis bayar.. awak nak tambah hutang lagi" soalku..
"saya beli cash" aku tersentak. Bmw kot.. cash.. gugur jantungku mendengarnya
"banyak nya duit awak. " soalku lagi..
"adalah sikit.. " dia tersenyum lagi. Aku keluar dari kereta itu.
"awak fikir la baik baik.. harga kereta ni boleh beli kereta awak satu lagi.. " nasihatku
"awak ni je saya nak saya dah bayar pun.. untuk kita juga" ujarnya. Aku taknak memalukan dia dihadapan pekerja disitu. Lebih baik aku berdiam agar tiada siapa yang akan dimalukan. Dia menguruskan hal pembelian kereta dan aku beredar meninggalkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience