HURT

Other Completed 29964

Aku bank in duit untuk Irene setelah pub tutup. Kami ke kedai makan bagi mengisi perut. Dan seperti biasa Ilham akan bertemu dengan rakan rakannya. Aku diam..hanya menumpukan perhatian pada game yang aku main didalam telefon Ilham.
"yesss" tempik ku tanpa sengaja.
"menang" soalnya lembut. Aku mengangguk. Dia tersenyum. Tangannya menepuk pahaku lembut dan tetap disitu. Hari semakin menjengah pagi semakin ramai makhluk Tuhan berhimpun..Malam seakan tidak tidur makin meriah. Kami ke rumah Irene. Aku harus tidur disitu. Esok aku kerja dari rumahnya.
"Am nak balik terus ke or nak naik dulu" soalku.
"boleh juga.. tengok movie.." kami beriringan naik ke atas. Aku menyalin baju ju. Pinjama seluar pendek tidurku aku sarung.Aku keluar menemani Ilham yang menonton movie. Mataku semakin berat untuk bertahan. Akhirnya aku ketiduran di bahu Ilham. Aku terasa badan ku di dukung. Aku membuka mata.. Ilham mendukung ku membawa aku masuk ke bilik yang Irene sudah sediakan khas untukku. Halkumnya yang timbul itu aku sentuh lembut. Ilham memandangku dan dibaringkan aku ke katil. Mata kami bertentang. Kami bercumbu.Bibirnya menghairahkan ku. Sentuhannya juga. Dadaku berombak. Leherku dikucup lembut. Aku asyik. Tangannya makin meliar.
"Am.. "panggil ku. Dia berhenti
"sayang sorry... Am keluar dulu.. "ujarnya lalu bingkas bangun dan beredar keluar. Aku diam dan tidurku bersambung.

Pagi menjengah... hari ini aku kerja petang aku punya masa untuk yoga.. rutin ku andai aku bekerja diwaktu petang. Sport bra dan fitness boxer aku sarung. Aku keluar.. terkejutnya aku melihat Ilham sudah didapur.
"Am tak balik ke semalam" soal ku
"tak..Tapi pukul 6.30 pagi tadi Am dah balik mandi.. Am duty pukul 11 kejap lagi..Am nak hantar kereta" jelasnya.
"owh.. ok.. aku" duduk dikerusi. Ilham menunduk entah kenapa
"asal ada penanggal ke dekat sini" soalku
"kenapa pakai macam tu.. " ujarnya
"oh.. nak buat yoga.. tapi Am dah masak so Orkid batalkan semua" tawaku.
"memang pakai macam ni ke" soalnya lagi
"hah la.. kalau pergi yiga class pun pakai macam ni tapi sarung jacket la.. sampai class baru buka. "jelasku. Ilham tergamam.
"cepat makan dah pukul 9 lebih dah nanti lambat nak duty." ujarku. Aku memasukkan barang peribadi ku kedalam beg dan ku sarung jacket.
" nak ke mana pakai macam ni" soalnya lagi
"jogging. " aku menyarung kasut sukan ku tapi ditarik Ilh lalu mendorongku masuk ke bilik.
"kenapa ni" dia menyelongkar beg pakaian ku.
"cari apa" soalku
"baju elok sikit.. nak jogging ke nak tayang body" aku tertawa.
"ye lah.. Orkid cancel je la nak pergi jogging.." aku memintanya keluar untuk aku salin pakaianku. Aku menghantarnya ke balai. Dia yang mengenakan pakaian preman ketika bertugas tampak kacak apatah lagi mengenakan pelitup muka. Badannya yang tegap dan tinggi itu bisa mencairkan hati ramai wanita. Sorry abam pulis tu aku punya.

Selesai kerja aku pulang ke rumah Irene dan menyalin pakaian lain untuk ke pub. Sport bra dan jogger aku kenakan malam itu dan disarung jacket agar aku tidak kesejukkan. Ilham tidak menemani aku kerana dia punya operasi malam itu. Aku memerhati perjalanan pun dari atas. Sedang rancak pub berhibur tiba lampu dibuka terang. Aku melihat kelibat Ilham walaupun mukanya bertutup. Operasi bersama pejabat agama itu memeriksa dan mencari tokan serta gadis muslim berpakaian seksi.Aku menyarung jacket ku dan turun untuk memberi kerjasama. Ilham melirik kearah ku. Pub terpaksa ditutup awal kerana operasi tapi tidak bagi aku dan beberapa lagi geng brotherhood ku. sementara pekerja Irene mengemas kami menggila. Aku pergi ke bank ditemani mereka. Kami melepak dikedai mamak spot kegemaran kami. Jacket ku aku tinggalkan didalam kereta. Aku keluar dari kereta. Aku menjadi tumpuan kerana pakaianku. Aku benar benar tidak perasan bahawa Ilham dan rakan rakannya berada disitu. Aku seperti biasa saja. Bebas dengan dunia ku. Sebatang rokok lalu asapnya aku hembus ke udara.

SERONOKNYA.. ELOKNYA PAKAIAN

Ilham menghantar mesej. Aku membaca saja tanpa balasan. Aku asyik dengan gelak tawa.

I'M WATCHING YOU

Mesejnya lagi. Aku tersenyum.

WATCH ME AS LONG AS YOU CAN HAHAHA

Balasku. Telefon ku berdetak lagi sekali lagi.. kali ini dia menghantar foto akan kedudukan ku. Aku tersentak.
"wei korang tolong cari laki aku kejap.. dia ada dekat sini.. mati aku kena maki kejap lagi" bisikku
"hahaha.. Kid dah tahu takut... ingatkan takde sapa yang boleh tundukkan tomboi ni" tawa Bob.
"weii.. betul la.. jangan memain" aku cuak.
"Kid.. tu tu..Belakang kau.. tepi dinding. " bisik Joe. Aku menoleh dan Ilham memandang tepat ke arah ku. Matanya seakan mahu menerkam ku.
"wei aku balik dulu ye... kalau tak mati la makkk" seloroh ku. Aku membayar semua hidangan dan mula beredar. Ilham melirik hingga kereta ku hilang dari pandangannya. Aku sendirian dirumah Irene.Sunyi.Apa lagi aku pasang alunan sexafon merdu dan aku memasang aroma terapi lalu aku tidur di sofa. Tenang.

Aku tidak bertemu Ilhan hampir seminggu kerana dia sibuk dengan tugasnya mempertahankan negara.. cewahhh.. Sejak Irene pulang dari Milan aku tidak ke pub aku habiskan masa dengan kerja.. dan aku shift overnight. Aku berada dikaunter sambil memantau pekerja ku membuat cleaning.
"hai.. selamat datang" Lia.. . bisikku. Dia berdamping dengan seorang lelaki yang agak berusia. Ayahnya.. atau mungkin abangnya. Aku membuat hipotesis sendiri.
"sayang I nak yang itu" whatt....teman lelaki dia.. aku tersentak. Benar cinta itu buta bisik hatiku. Pasangan itu naik ke tingkat atas. Aku hanya diam.Aku tahu Lia juga terkejut bertemu ku. Tidak lama kemudian datang dua wanita mungkin ibu dan anak
"saya nak pinjam toilet"ujarnya..aku hanya mengangguk. Tiba tiba
"akak.. tolong kak.. "aku terkejut melihat pekerja ku kalut memanggilku.
"jom naik atas ada customer bergaduh" ujarnya. Seingat aku hanya ada empat meja yang punya pelanggan diatas.
"Lia" aku bingkas naik ke atas. Aku terkejut melihat Lia bermandi air dan sos.
"maaf puan.. ini tempat makan.. boleh settle elok elok diluar" pintaku. Aku membantu Faz untuk bangun.
"perempuan ni.. menggatal dengan suami saya.. ni gold digger ni.. " tempik wanita itu. Lia aku tariknya agar berdiri dibelakang ku agar tidak dibelasah dengan lebih teruk lagi.
"maaf puan saya tak tahu apa yang jadi.. tapi saya minta puan tolong beredar" pintaku
"kau tak perlu masuk campur..mari sini betina aku belum puas... " dua beranak itu mahu menarik Lia tapi aku halang.
"kau perempuan mak bapa kau tak ajar kau tentang malu ke..perempuan sundal" aku mula menyinga..
"maaf puan yang buat salah dia.. kenapa nak libatkan mak ayah dia" soalku
"hah la.. kalau mak bapa dia ajar takkan jadi macam ni" tengking wanita itu
"kira puan pun mak ayah puan tak ajar ke bab adab.. ini restoran tempat makan.. puan meroyan dekat sini menganggu pelanggan lain nak makan.. puan pun mungkin tak ajar anak puan adab sebab boleh sesuka hati malukan orang depan umum.. " marahku
"kau siapa nak cakap aku macam tu.. kau jangan biadap.. "ugut wanita itu
"saya tak tahu puan siapa.. dan saya taknak tahu.yang saya tahu puan dan anak puan dah buat kecoh dekat sini.. lagi satu tak ada mak dan ayah nak anak dia tersasar.. itu pilihan hidup dia.. jadi tak perlu kaitkan mak ayah dia dalam salah laku dia" ujarku lagi.. aku geram. masih ada manusia berfikiran cetek begitu.
"memang patut pun dia dimalukan rampas laki orang tak malu pula" aku menghampiri lelaki itu dan aku menampar lelaki itu dua kali
"hei pasal kau tampar suami aku" marahnya
"ini baru adil.. puan tangankan dia.. tapi puan lupa punca dalam hal ini..ini..manusia ni.. kalau dia yang tak beri laluan takkan perempuan ni nak masuk.. memang dia gold digger tapi kalau dia takde niat or nafsu untuk curang benda ni takkan jadi.. datang la Cindy Crawford sekali pun dia tak heran tapi ini tidak.. dia pun sama naik.. patutnya puan tangan kan dia dulu baru marahkan perempuan ni... "tengking ku. Ramai mata yang memandang tindakan ku. Dada ku berombak menahan marah
"tapi kalau dia tak goda takkan jadi punya" dia masih mahu mempertahankan suaminya
"puan lelaki Allah jadikan 99 akal dan 1 nafsu dan wanita 99 nafsu dan 1 akal... kalau 99 akal boleh kalah dengan 1 nafsu...puan nilai lah sendiri.. puan malukan kaum puan sendiri..wanita.. perempuan dikhalayak ramai dimana sepatutnya aib tu kita kena tutup bukan dicanang.. mungkin sebab dia bukan siapa siapa dengan puan sebab tu puan boleh bertindak demikian.. tapi puan kena ingat roda sentiasa berputar.. puan kena percaya pada kifarah dan karma.. puan ada anak perempuan dan saya yakin dia masih belum berkahwin.. dan puan akan ada keturunan yang berjantina perempuan.. saya harap takkan ada yang akan jadi macam ni.. tapi kalau ada.. baru puan tahu betapa sakitnya bila diaibkan macam ni.. ingat tu" ujarku. wanita itu memandangku geram
"kau siapa nak ceramahkan aku.. kau pun jantina pun tak tahu" sinisnya
"ya saya tak sempurna saya insan hina.. tapi saya tahu kedudukan saya dan saya kenal dunia ini lebih baik dari puan yang hanya mendabik dada dan bangga dengan apa yang puan ada sampai puan lupa untuk tunduk ke bawah.. ingat puan mati nanti kita dalam kain kafan dan tanah yang sama.. itu saja" ujarku. mereka terdiam
"puan sila beredar dan bincang elok elok dengan suami.. puan ratu cantik pun kena cerai dengan suami.. ini kan pula kita yang sendu.. jangan salahkan diri sendiri dan jangan salahkan kaum sejenis kita tapi salahkan punca" aku memandang suaminya yang berdiri kaku. Mereka beredar dengan amarah. Hilang saja kelibat mereka semua yang disitu bertepuk tangan tanda menyokong tindakan ku. Aku hanya tersenyum. Aku menarik Lia ke bilik pekerja. Rambutnya aku cuci dan keringkan.
"thanks kid" ujarnya
" my pleasure.. tapi siapa si penguin tu" soalku
"sugar daddy Lia" aku terdiam. Tidak aku sangka dia yang tampak baik dan sopan itu memiliki sugar daddy.
"Lia dah kenal dia lama dah dekat empat tahun.. dia support semua yuran Lia study dulu.. tapi lepas wife dia datang bilik lama Lia tu yang Lia pindah masuk rumah Kid" ceritanya
"kau stay dengan dia sebab kau nak mewah ke" soalku lagi
"Lia bukan orang senang.. yuran kolej selalu tertunggak ptptn Lia tak dapat penuh.. family Lia bukan orang senang.. Lia selalu kena buli sebab Lia pakaian tak sehebat yang lain.. " ceritanya
"macam mana kau boleh kenal dia" soal ku
"Jes.. kami satu kampus dan kos.. dia ajak Lia kerja dengan dia.. call girl" aku tersentak.. Rupa rupanya aku dikaburi mereka. Pekerjaan yang disebutkan bukanlah pekerjaan sebenar mereka. Aku bersimpati dengan kehidupan mereka kerana aku juga sudah merasainya.. tapi tindakan mereka tidak menghalalkan cara. Lia aku minta tolong Irene hantarkan pulang
"you kan baik sangat dengan orang.. you dah lupa Ilya buat dekat you" Irene mengingatkan.
"ya aku ingat tapi dia dalam kawasan tempat kerja aku takkan aku nak biarkan je" ujarku. Irene menggelengkan kepalanya. Aku pulang ke rumah pagi dengan keletihan yang teramat. Lagi sekali aku dikejutkan dengan kasut lelaki di rumah ku. Aku tunggu diruang tamu..lama namun tiada. Aku masuk kebilik dengan hati tertanya tanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience