Aku mula mengambil penyewa baru memandangkan aku tidak mampu membayar utiliti dan sewa sendirian. Dua orang gadis seorang free lancer katanya dan seorang lagi model sambilan dan musician. Aku selesa dengan mereka.. seperti biasa aku tidak suka mencampuri hal peribadi mereka. Mereka juga pembersih..tidak seperti penyewa sebelum ini. mereka kena aku bising dulu baru mereka gerak mengemas. Aku baru pulang dari kerja melihat kereta Irene di hadapan rumah ku.
"Kid tadi ada amoi datang dia tinggal kunci kereta.. katanya dia nak ke Milan empat hari" ujar Jes...penyewa baru ku. Aku mengambil kunci keretanya dan nombornya aku dail.
"hello babe.. kau pergi Milan tak bagi tahu pun.. buat apa.. hah ok.. nanti aku check.. ada apa apa lagi sayangku" bicaraku. Talian ku aku putuskan.
"Dia awek Kid ke" soal Jes.
"no lah.. my special friend.." aku senyum dan masuk ke bilik. Aku bersiap untuk ke rumah Irene bagi membaiki lampu dan paip bocor. Aku memandu kereta Irene lalu masuk ke kawasan apartmentnya. Aku membuka lampu dan air.. habis baju ku basah kerana di simbah air dari paip tandasnya bocor. Aku kalut. Aku menelefon Ilham dan meminta pertolongannya.Aku mengenakan loose singlet nipis berona kelabu dan boxer paras paha lalu aku memandu ke rumahnya dia balai. Aku menunggunya dari dalam kereta. Akhirnya Kelibatnya kelihatan menuruni anak tanggan. Seluar pendek coklat dan t shirt merah dan topi serta pelitup muka dipakainya. Barangkali dia dan Ivan suka menggunakan pelitup muka.. kerana Ivan juga jika mahu kemana mana atau sedang menjalan kan operasi selalu mengenakan pelitup muka. Tampak segak. Dia menghampiri ku lalu membuka pintu kereta. Dia seakan tersentak.
"cantik pakaian" marahnya
"bukan nak ke mana pun..."jawabku.
"biar Am drive" mintanya. Aku mahu keluar tapi dihalangnya
"ketepi la Orkid nak keluar"pintaku
"anjak je ke sana.. tak payah keluar.. nanti apa pula orang fikir. " suruhnya. Aku beralih ke sebelah. Kereta Irene yang dipandunya keluar dari kawasan kuaters.
"beli peralatan dulu.. Irene takde benda benda tu.. "pintaku..
"sayang nak pergi kedai pakai macam ni" soalnya
"dah kenapa... bukan bogel"aku berseloroh. Dia merenungku tajam.
"sayang duduk dalam ni.. jangan keluar"suruhnya.Tapi dia fikir aku akan dengar... memang tak lah aku nak duduk dalam kereta.Aku masuk ke dalam hypermarket tapi bahagian berbeza. Aku ke bahagian grocery mencari baham untuk dimasak.
"sayang.. apa yang rosak.. nak beli apa" soalnya ditalian.
"nak Orkid pergi ke" ujarku
"no..just stay there.. " pintanya
"but I already here" aku berdiri dibelakangnya. Dia menoleh dan meluru ke arahku.
"kenapa keluar kereta.. orang tengok sayang tau" aku menunjukkan troli yang disebelahku.
"mesej je la.. "rungutnya lalu mendorong troli yang aku bawa. Kami mencari peralatan untuk diganti.
"wei Am.. "sapa seorang pemuda. Kami menoleh.
"wei sham.. sihat ke.."mereka berpelukan. Aku hanya mendiam dan membelek peralatan untuk digunakan.
"sapa tu" aku menoleh pemuda tersenyum. Ilham diam. Aku memeluknya dari belakang.
"hai.. saya Orkid.. girlfriend Ilham.. "usikku. Ilham kaku. Aku melepaskan rangkulan ku dan aku mengundur kebelakang. Pemuda itu hanya tersenyum. Lama mereka berbual..aku ke lorong lain untuk mencari barang. Dibenakku kenapa dia seakan malu bila aku berkata begitu. Dalam dia mahu aku menjadi kekasihnya tapi sebenarnya dia malu. Nasib aku belum memberi kata putus.
"sayang..ada dekat mana" tanyanya dalam talian.
"dekat lorong kicap"ujarku. Ilham mencium pipiku. Aku menoleh dia bersama pemuda tadi.
"sayang Sham nak minta tolong" ujarnya
"apa.. " sos ditangan ku aku letak didalam troli.
"Tunang sham baru datang sini..dia takde rumah lagi.. boleh dia sewa dengan Orkid.. boleh Orkid tolong tengok tengok kan dia." ujarnya
"boleh.. lagi pun ada satu bilik lagi kosong.. dia kerja apa." soalku
"baru nak cari.. Orkid tahu dekat mana ada kerja kosong tak.. "soalnya
"dekat cawangan Orkid ada kosong lagi itu pun kalau dia nak jadi krew fast food la.. " ujarku.
"nanti sham tanya dia.. tapi rumah tu kalau dia masuk hari ni boleh.. tak larat la nak bayar hotel." ujarnya. Aku mengiyakan saja tapi sebelah malam kerana aku perlu membaiki paip rumah Irene. Ketika dikaunter aku perasan ada mata mata yang memerhatikan ku. Ilham memberiku dompetnya dan dia ke rak yang mempamerkan gadjet.
"hai" sapa pemuda yang aku tidak kenali. Aku hanya tersenyum. Aku mengambil baki dan pemuda tadi menghampiri ku. Dia meminta nomber telefonku.Aku tidak menghiraukannya. Aku terus ke kereta
"wow bmw bhai.. "sapa seorang lagi rakannya. Keadaan bertambah kecoh apabila mereka mula mengasari aku. Mujur Ilham datang dan menyelesaikan secara baik.
"sebab ni la Am tak bagi keluar.. tengok apa dah jadi. Kalau sorang sorang tadi macam mana" marahnya. Aku diam kerana itu memang salah ku.
Ilham tergamam melihat tatarias rumah Irene. Mewah.Tidak hairan lah rumahnya sebegitu kerana dia salah seorang anak hartawan.
"paip dalam bilik air yang rosak..tapi sebelum tu baiki bulb dapur dengan ruang tamu dulu" pinta ku. Ilham memasang lampu dan aku hany membantu.
"kenapa tadi Am diam je waktu Orkid kata Orkid girlfriend Am"soalku.Dia diam. Asyik dengan kerjanya.
"kata nak serius dengan Orkid.. nak serius apanya kalau depan kawan pun malu" luahku.Dia yang berdiri di atas kerusi memandangku. Aku mendongak melihat reaksinya
"Am tak nak taruh harapan tinggi.. Bagi Am..Am memang serius tapi tak bagi Orkid.. Orkid cakap macam tu tapi hakikatnya Orkid tak mahu.. jangan main tarik tali.. " ujarnya lalu turun dari kerusi dan menuju ke ruang tamu. Dia wajahnya kesal.
"Dah tu kenapa kiss Orkid tadi" aku mengujinya
"sebab Am memang serius.. Am tak main main dengan sayang" ujarnya
"macam mana kalau Orkid kata Orkid tak main main" ujarku.
"orkid stop la main kan perasaan Am.. Am taknak paksa Orkid.. Am tak kisah kalau kita macam ni.. Am akan berhenti berkelakuan macam ni bila Orkid dah ada orang yang layak untuk didampingi." luahnya lagi. Terselit juga rasa bersalah tapi dalam masa yang sama gelihati dengan sikap rajuknya. Aku tertawa sendiri.
"tapi kalau Orkid kata Orkid memang sukakan Am.. Orkid dah letakkan Am dalam hati Orkid." Langkahnya terhenti dan berpaling
"Oh ye ke.. lawaknya" sinisnya. Apakah hatinya sudah tertutup untukku. Manakan tidak.. Aku bermain dengan perasaannya hampir setahun. Aku mahu hubungan yang serius kerana usiaku hampir mencecah 30. Aku tahu yang Ilham bukan main main.. Dia bersabar selama ini.. dan aku rasa sudah sampai masa aku menerima cintanya.
"Orkid tak main main.. Orkid tahu..Orkid put your feeling aside too long.. Orkid perlukan masa untuk move on dari bayangan Ivan.. "ujarku
"so now Orkid dah move on la.. hahahaha" sinisnya lagi. Aku tidak tahu bagaimana harus aku meyakinkannya. Aku memintas langkahnya lalu aku mencium bibirnya. Ilham terkejut.
"kenapa Orkid buat macam ni" nadanya tinggi seoktaf
"cause I love you.. really really love you" pintaku. Bibirnya aku kucup kembali.. kali ini dibalasnya
"betul ni.. Orkid tak main main kan" dia tampak gembira. Dia memelukku erat.
Kami pergi ke bilik Irene untuk membaiki paip yang bocor.Entah dimana silapnya paip itu memuntahkan pancutan air yang kuat.. kami basah kuyup. Aku cepat cepat menutup paip utama bilik air lalu keluar mengambil tuala buat Ilham. Baju ku yang tipis menampakkan bentuk badan ku dari luar. Ilham tergamam.
"woiisshhhh... "aku mengambil kembali tuala darinya dan menutup dadaku.. Ilham memalai jubah mandi sementara baju yang dicuci mahu kering.
"Am nak makan tak.. Orkid boleh masakan.. tapi megi je lah" tawaku. Aku membuka plastik yang berisi barangan yang aku beli tadi lalu memasak megi. Ilham memerhatikan ku
"ye ada apa tengok tengok" soalku
Am rasa tak percaya je kita couple" dia tersenyum lebar.
"sayang kita bertunang...Am nak hubungan kita ada jaminan. "aku tersentak.Aku berpaling dan memandangnya yang menghampiri ku. Pinggang ku dirangkul lembut.
"kita bertunang.. then lepas setahun kita kawin..Am taknak tunggu lama lama.. Am takut hilang sayang" pujuknya
"tak rasa awal ke" aku masih perlu hadam situasi
"tiga bulan lagi Am akan hantar rombongan meminang. Am sayang Orkid.. Am tak nak Orkid di sambar orang"rayunya lagi
"kenapa Am tak percaya Orkid" telapak tangannya diletakkan dipipiku lembut
"bukan tak percaya....tapi sayang tu hot sangat.. ramai yang nak masuk daun" aku tertawa.
"tiga bulannn" aku berfikir.. aku kenal dia sudah lama.. lebih dari setahun.. perangainya aku sudah lali.. bagi aku...tempoh itu cukup aku faham dan mengenalinya. Aku bersetuju dengan cadangannya. Ilham tampak gembira. Megi yang aku masak kami nikmati di ruang tamu sambil menonton cerita. Ilham membasuh mangkuk dan cawan yang kami gunakan dan kembali ke ruang tamu dan duduk disebelah ku. Satu adegan didalam movie itu membuatkan kami terasa canggung. Aksi mesra diranjang membuatkan aku menukar siaran dengan cepat. Ilham mengalihkan pandangannya.
"kenapa lah rumah makcik ni banyak movie macam ni.. ish" rata rata siaran Netflix yang di tontonnya bergenre mature. Entah apa yang bermain difikiran Ilham dia mencium leherku secara tiba tiba. Aku menoleh. Dia terus mencium bibirku dengan lembut. Aku seakan terangsang apatah lagi di mengangkatku duduk diribaannya. Dari bibir dia turun ke leher.. bulu roma ku berdiri tapi asyik. Aku tidak berkata apa apa.. Bibirnya makin liar dan ke dadaku yang dilitupi jubah mandi tapi kami dikejutkan dengan bunyi sensor dryer. Aku bangun dan mengeluarkan baju kami yang sudah kering. Aku kebilik untuk menyalin pakaianku. Setelah selesai aku keluar dan Ilham sudah memakai pakaiannya yang disalin di bilik lain. Kami ke rumah ku kerana malam itu Sham dan tunangnya akan sampai.
"sorry la rumah bujangkan.. ni bilik Ana" aku menunjukkan bilik kosong yang dilengkapi perabut. Gadis itu bersetuju. Ilham yang mengikuti kami membuat tour rumah menerjah bilikku.
"ni bilik sayang" soalnya
"ye.. " dia masuk ke bilikku dan memerhati barang barang didalam bilikku..
"Kid kita... oppsss sorry" Jes yang menerjah bilikku terkejut melihat kehadiran Ilham.
"tak pa tak pa.. dia nak buat checking je"seloroh ku aku keluar bersama Jes dan Lia untuk aku perkenalkan kepada Ana.. kami bersembang di ruang tamu hingga tak sedar jam hampir sepuluh malam. Lia ada urusan di luar manakala Jes dan Ana tinggal dirumah
"Kid nak keluar mentekedarah.. malam ni Kid tak balik Kid tidur rumah kawan..dia minta tolong jagakan rumah dia cause lately ni banyak neighbours dia kena ganggu dengan intruder. So just for safety korang make sure lock semua tingkap and pintu.. lampu depan ni buka satu..lampu porch jangan tutup ok" pesan ku. Aku masuk bersiap dan keluar bersama Ilham. Sham juga beredar. Kami ke pub Irene.Aku di minta untuk memerhatikan pekerja barunya yang masuk hari ini dan mengambil duit niaganya untuk dibank in. Percayanya terhadap aku tinggi dan aku tidak pernah mengambil kesempatan diatas kepercayaannya. Aku ketingkat atas dan kami memesan pizza untuk mengalas perut. Malam mula liar. Aku mula dirasuk muzik yang bingit. Dance Floor aku pergi. Ilham hanya memerhati dari tingkat atas. Aku tahu tidak bagus untuknya menyertaiku di menari kerana pekerjaannya.
"Kid we got problem" ujar pelayan pub. Aku ke bar. Seorang pemuda berang apabila pekerja baru itu menumpahkan arak ke atas bajunya dan pelayan itu yang jugs seorang gadis telah memohon maaf tapi pemuda itu mahu membesarkan cerita.
"sorry.. so what did you expect from this issue.. "soalku
"aku nak dia bertanggungjawab la" tengkingnya
"maksud encik.. if untuk dobi saya akan keluarkan duit untuk kos dobi.. "ujarku
"duit.. aku mahu dia" aku mula berang
"kau jangan biadap... kau ingat pekerja bar ni pelacur ke" keras saja buku lima ku.. tapi ditahan bartender. Aku mengeluarkan wang tiga keping bernot 50 dan ku letakkan di kaunter bar.
"ini untuk ganti rugi baju.. dan dobi.. so please sebelum saya panggil bouncer..please.. " pinta ku. Ilham yang memerhatiku dari atas turun dan mendapatkan ku. Lelaki itu keluar dengan amarah.
"lepas pada ni tolong cam muka tu jangan bagi dia masuk.. faham" suruh ku.dua lelaki yang menjaga pintu hadapan mengangguk.
"garangnya" usik Ilham
"mau tak dia ingat perempuan kerja macam ni pelacur ke" geram ku. Aku kembali ke tempat ku.
Share this novel