HOLIDAY

Other Completed 29964

" Yeayyyyyyy" tempik kami yang baru tiba ke chalet. Kami yang menyewa dua biji bas bagi membawa kami ke janda baik. Terasa seakan percutian sekolah.. riuh didalam bas dengan pelbagai cerita dan hiburan. Aku terhibur dan teruja. Ini pengalaman pertama ku menyertai rombongan seumur hidupku. Zaman persekolahan tidak pernah aku sertai kerana ditentang ayah. Alhamdulillah aku bernasib baik kerana mendapat bilik sendiri manakala yang lain berkongsi berdua. Bagi manusia introvert tegar seperti ku punya bilik sendiri adalah satu nikmat. Aku mula mengemas dan bersiap siap untuk memasak makan malam memandangkan hari semakin senja. Sekeping kertas di layangkan melalui bawah pintu bilikku

ENJOY YOUR TRIP... MASAK CEPAT.. I'M STARVING

"Aku harus tahu siapa pengirim misteri ini.. sampai sini dia ikut.. " desis hatiku. Dalam pada masa yang sama kepalaku ligat memikirkan siapa gerangannya.
"takkan cik kamal.. huissshhh pak osetad tu... takkan kott... dia laki orang... tapi dia tak join" aku berfikir sendiri. Cik Kamal, Senior arkitek disyarikat kami satu satu orang yang rapat denganku.. dengan dia juga aku banyak belajar tentang agama.. Aku dan isterinya juga amat rapat. Dia tidak menyertai kami kerana isterinya masih dalam pantang melahirkan anak kedua mereka.
"tak mungkin..ahhh karutttt" ujarku..
"Orkid dah siap ke.. " tempik rakan sekerja ku diluar bilikku.
"dah... " aku mencapai kunci bilij dan telefonku lalu aku keluar dan bergandingan ke dapur untuk memasak. Bunyi aliran air sungai menenangkan jiwa. Dalam kalut kami memasak..riuh juga dengan celoteh kami. Hilai tawa memecah sunyi. Makan malam siap kami hidangkan. Aku gembira kerana melihat mereka makan dengan berselera. Aku.. entah kenapa sifatku.. aku tidak akan makan masakanku andai itu dimasak untuk dijamu para tetamu. Aku terasa kepuasan melihat masakan ku habis dan dihujungnya mee segera akan mengalas perutku. Usai solat maghrib..diadakan tazkirah pendek sementara menunggu Isya. Aku yang bercuti kerana uzur ke dapur untuk menyiapkan snack untuk mereka. Aku menggoreng kentang dan koktail ayam beserta beberapa lagi makanan yang ringan untuk mereka. Aku hidangkan di anjung. Aku menghampiri unggun api yang marak. Terasa hangat. Suasana malam yang dipenuhi bintang dilangit tampak indah. Aku memeluk tubuh mengadap unggun api. Suasana sunyi mula riuh apabila mereka selesai solat isya. Pelbagai aktiviti mereka jalankan. Aku hanya memerhati kerana badan ku kurang enak. Senggugut mula menerjah. Aku meminta masuk ke bilik terlebih dahulu kerana sakit ku mula menyerang. Aku berbaring dibilik. Perutku aku tuam dengan botol berisi air panas. Pintu bilikku diketuk .Aku membukanya. Sepapan panadol,sebotol minyak hangat dan sekeping nota diatas lantai dibilikku

GET WELL SOON , DON'T MISSED OUR NEXT ACTIVITIES..LET'S HIKING TOGETHER

Esok kami akan mendaki bukit. Aku harus sihat.. Aku mengambik ubat dan menyapu minyak hangat yang di beri pengirim misteri dan aku tidur.

Pagiku sungguh tenang. Perutku sudah tidak meragam. Aku bangun untuk menyiapkan sarapan pagi. Bunyi kicauan burung menerjah sunyi. Yang lain masih ketiduran kerana mereka berhibur hingga lewat malam. Aku menggoreng bihun dan membancuh air lalu aku letakkan di anjung. Aku berdiri di gigi sungai.
"awal bangun" sapa rakan sekerja ku.
"hah.. owh.. saya masak sarapan. Dah makan" soalku
"tunggu yang lain" ujarnya
"berapa orang yang nak hiking" soalku
" eh ada buat hiking ke.. bukan kata tak jadi" aku hairan kerana aku tidak tahu aktiviti itu dibatalkan
"kenapa batal" soalku
"trek licin katanya" aku sedikit kecewa. Aku masuk pulang ke bilik dengan kecewa. Aktiviti yang paling aku ingin lakukan dibatalkan. Ada nota tertampal di pintu bilikku.

HELLO SWEETIE.. JOM HIKING

"hiking hotak dia.. trek basah" rungut ku.
"Orkid...get ready" tempik rakan sekerja ku
"get ready... untuk apa" soalku
"hiking.. "tempiknya girang
"marshall kata on" tempik mereka. Aku bersiap untuk hiking. Aku turun ke parkir dan berkumpul dengan yang lain. Kami menaiki van yang disediakan marshall. Akhirnya kami tiba di tempat sasaran.
"hai" sapa seorang pemuda yang berdiri disebelahku yang sedang membuat senaman regangan otot.
"hai" balasku
"lama tak jumpa" aku menoleh
"damian.. " aku terkejut melihat pemuda itu disebelahku
" buat apa dekat sini"soalku
"im a marshall for today" ujarnya
"really.. yeayy" kami mendaki bersama. Yang lain dihadapan dan kamu berdua bergandingan dibelakang.
" kau dengan Aiman apa cerita" soalku.. pasangan gay yang aku kenal satu masa dulu kini banyak berubah
" his getting married" aku tersentak. pelbagai persoalan bermain dibenakku
"his getting married with women.. "aku tersentak lagi.
" choosen by his family... " aku memandang wajah lelaki itu
"kau...macam mana" soalku
"aku macam ni lah.. "ujarnya
"kau ok" soalku lagi
"aku ok.. as long dia happy aku ok.." wajahnya tenang. Aku diam
"kau apa cerita.. banyak berubah dah kau sekarang" soalnya
"aku.. dah divorce.. so aku single" ujarku
"boleh ka aku masuk daun" selorohnya
"hah boleh boleh " aku tertawa. Kami tiba dipuncak bukit. Pemandangan indah dapat dilihat dari puncak. Aku mengabdikan beberapa keping gambar disitu. Aku berbual dengan Damian dalam kelompok dan dunia kami.

"malam ni datang la makan dekat sini.. kami buat barbeku sebab esok dah nak balik" pelawaku
"ok babe.. see you tonight" aku masuk ke bilik dan mandi. Aku menatap setiap foto yang kami ambil. Aku tersenyum sendiri. Aku tidak menerima nota kecil lagi.. sudah pulangkah pengirimnya. Aku keluar dan menuju ke dapur bagi menyiapkan bahan bahan untuk barbeku.
"orkid kenal ke dengan Damian" soal rakn sekerjaku
"Damian... kenal.. kenapa" soalku
" Dia developer company...dia tu pendiam..nampak sombong" ujar gadis itu
"damian.. pendiam.. sombong.. goshhh.. dia yang Orkid kenal bukan macam tu.. dia tu tingtong.. " ujarku
" tingtong.. tingtong tu apa" soal gadis itu
"mereng.. gila gila" gadis itu mengangguk
"wait wait... dia kerja dengan kita.. tak pernah nampak pun" soalku
"dia satu office dengan arkitek.. mana nak jumpa.. lagipun dia jarang dekat office selalu pergi site" ujarnya. aku terdiam. Adakah pengirim misteri itu Damian yang mahu mengusikku. Aku berumusan lagi. Malam terakhir kami disaji kan dengan pelbagai aktiviti. Damian menemaniku. Seperti mereka katakan Damian sukar bergaul dengan pekerja lain.
"kau tak bagitahu aku pun yang kita kerja sekali" ujarku
"saja.. lagipun tak sempat jumpa..aku jarang dekat office" ujarnya
"kau yang bagi sticky notes dekat aku.. "aku cuba meneka
"sticky note..sticky note apa" soalnya bingung.
"hari hari aku dapat note sekali dengan gift or something drinks dekat meja... aku ingat kau...nak usik aku" ujarku
"what... aku.. aku jarang masuk office bila hari aku hantar benda benda tu dekat kau" tawanya
"mana tahu kau nak adjust aku" tawaku
"aku nak adjust kau tak payah cara macam tu.. Orkid marry me" aku tertawa dengan lawaknya
"bodoh la kau" kami tertawa lagi.
"kau tak tanya staff lain ke.. mana tahu kot kot dorang yang prank kau" soalnya
"dorang nak prank aku buat apa.. dah dekat tiga bulan aku dapat.. " ujarku
"weird.. adalah yang tu yang admired kat kau" selorohnya
"siapa yang nak dekat aku.. janda tua" tawaku
"orkid.. ni ada pesanan" rakan ku menghulurkan sekeping kertas kepadaku.Kertas yang berlipat itu aku buka

JUMPA SAYA DEKAT PARKING SEKARANG. SAYA TUNGGU

Aku memandang Damian.
"Kau nak pergi ke.. "soal Damian
"aku kena pergi.. aku nak tahu siapa dia" ujarku

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience