FIX

Other Completed 29964

Izzat menyapa ku walaupun kami hampir sejam berada di anjung berdua. Aku tidak tahu bagaimana mahu aku mulakan bicara. Gugup. Aku hanya menangis didalam hati melihat keadaannya yang terkini. Wajah itu yang selalu aku kemaskan kan. Setiap kali wajah itu ditumbuhi jambang.. tangan inilah yang akan merapikannya. Rambutnya yang panjang tangan ini lah yang akan memotongnya..tapi kini lelaki itu sungguh kusut.. tidak terurus dan kemas seperti dulu.
"buat apa kau datang sini.. nak tertawakan aku" suaranya sedikit garau. Aku memandangnya. Pandangannya dilemparkan ke bendang yang luas terbentang
"saya datang nak tengok keadaan awak.. Izzat sihat" soalku lembut. Aku membetulkan duduk ku agar selesa untuk kami berbual.
"macam mana kau tengok macam tu la aku sekarang... " jawabnya sinis
" Izzat nampak kurus.. " belum sempat habis aku berbicara Izzat memotong kata kataku
"macam mana aku sekarang takde kena mengena dengan kau.. kau seronok lah tengok keadaan aku sekarang...kau boleh bertepuk tangan" sinisnya lagi
" tak pernah terlintas dihati saya nak gembira atas apa yang berlaku.. saya datang sebab saya risaukan awak" balasku
"risau... buat apa kau nak risau pasal aku.. tak perlu.. aku dah takde apa apa.. dan kita pun bukan suami isteri lagi" hatiku seakan tercalar dengan kata katanya.
" memang kita bukan suami isteri tapi sebagai manusia Orkid masih punya simpati apatah lagi kita pernah berkongsi susah dan senang bersama.. tak pernah terlintas dalam hati ni nak berdendam dengan Izzat.. "ujarku. Nadaku tinggi kerana menahan geram
"ah.. cakap mudah lah..dengan apa yang dah aku buat pada kau dan apa yang berlaku pada aku.. belum cukup tebus duka dan derita kau.. kau nak aku macam mana lagi... kau cakap.. " marahnya
"apa yang awak merepek ni.. saya datang nak jenguk awak.. takde niat yang lain.. "aku bangun.. beg galasku aku capai
"nak ke mana" soalnya
" terminal.. nak balik.. malas nak gaduh gaduh" ujarku.
"aku hantarkan" pelawanya
"tak perlu.. saya boleh naik grab" tolakku
"saya hantar" beg galasku ditarik Izzat. Mata kami bertentang. Izzat menarik beg ku ke bawah pohon kekabu tepi rumah. Aku duduk dibangku dan dia duduk ditunggul kayu bersebelahan dengan ku.
"buat apa orkid datang.. kalau ibu dengan fifi nampak mesti dorang marah" ujarnya. nadanya lembut
"orkid risau Izzat... "ujarku
"Izzat nak minta maaf dengan apa yang dah terjadi pada Orkid... dan ini balasan Allah pada kami " ujarnya
"orkid tak salah kan Izzat atau sesiapa.. dah ditakdirkan kehidupan kita begini dan kita sama sama salah.. Orkid pun bersalah sebab nyusuz.. "ujarku.
"orkid isteri yang paling baik.. Izzat je yang buta hati" dia meraup wajahnya
"orkid datang bukan nak buka kisah lama.. orkid datang nak tengok Izzat... Izzat nampak kurus sekarang" sayu hatiku terluah. Dia tersenyum sinis. Jambangnya dipegang.
"biar Orkid rapikan" pintaku. Dia memandangku
"pergi ambil gunting dan pencukur biar Orkid rapikan" Izzat akur. Dia kembali semula kepadaku dengan peralatan cukur dan gunting. Jambang dan rambutnya aku rapikan dengan teliti.
"kami kena tipu dengan rakan kongsi.. Angah dengan fifi percaya seratus peratus kawan mereka.. rumah dicagarnya. Izzat menyesal beri rumah tu pada Fifi.. Orkid yang langsaikan hutang rumah tapi Fifi buta buta gadaikan.. " aku diam. Aku hanya mendengar luahannya
"dalam diam Fifi pinjam dengan Ahlong untuk hidup mewah.. kereta tu dipajak untuk selesaikan hutang. Kami dah bermasalah sebelum kita bercerai.. sebab tu Izzat ceraikan Orkid sebab taknak orkid terlibat dalam permasalahan kami.. Tapi Izzat tak boleh hidup tanpa Orkid... " tangan ku terhenti. Aku memandangnya. Matanya bergetar
"Izzat rasa berpisah jalan terbaik untuk Orkid.. Izzat redha lepaskan orkid.. Izzat nak Orkid bahagia seperti mana Orkid nak Izzat bahagia...walaupun hakikatnya Izzat rindu Orkid." matanya bergenang. Aku kembali merapikan rambutnya dengan titisan airmata
"jadi waktu Izzat kerap datang rumah tu Izzat dah dalam masalah" soalku
"ya...tapi Izzat tak nak bagithau sebab taknak libatkan Orkid... Izzat cuma nak ketenangan.. hanya dengan Orkid Izzat dapat rasakan ketenangan.. " sayu nadanya. Aku isteri yang tidak berguna
"Izzat bersalah dengan Rizki... abaikan dia.. "keluhan berat dilepaskannya.
" Rizki anak yang baik... cuma sayang dia lahir dari benih ayah yang salah" airmataku makin laju.. tanganku bergetar dan sukar untuk aku terus merapi rambutnya. Bahu Izzat kelihatan terhincut hincut dek kerana tangis. Sayu hatiku membuatkan aku lupa akan batas kami. Aku memeluk Izzat erat dari belakang agar dia bertenang.
"maafkan Izzat... Izzat tak tepati janji.. Izzat buat Orkid menderita.. maafkan Izzat"pintanya. Airmataku mengalir deras.

Izzat menghantarku ke terminal selepas kami makan malam di restoran makanan laut. Izzat tampak kemas setelah janggut dan rambutnya aku rapikan.
"jaga diri... ada apa apa call Izzat ya" pintanya
"Izzat pun.. jangan bersedih terlalu lama.. hadap realiti jangan lari...jaga diri dan kesihatan.. "aku menyapu habuk dibahunya. Rambutnya aku betulkan.
"Orkid tahu Izzat kuat... Izzat boleh hadap dugaan ni.. kalau Izzat perlukan teman untuk bercerita Orkid ada.. Orkid sentiasa ada untuk Izzat.. " ujarku. Izzat tersenyum. Dia memelukku erat. Ubun ubun ku dikucup lembut. Terasa hangat. Aku melangkah ke dalam bas dan duduk. Izzat masih menanti hingga bas beredar.

YOU'RE THE SPECIAL PERSON FOR ME

Mesej dari Izzat aku baca. Aku tersenyum sendiri. Izzat punya kisah hidupnya sendiri dan kisahnya seakan bernoktah.. aku.. kisah hidupku masih berlampiran dalam helaian yang belun tahu dimana noktahnya. Aku merenung langit malam yang terangi cahaya bulan. Aku mahu menjadi bulan yang menerangi tika duka dan hilang tika gembira... tapi menjadi bulan tak seindah yang disangka...aku tidak mampu menjadi pelangi dan bintang yang dipuji dan didamba insan dan aku tidak mahu menjadi matahari yang hadir dikala terang dan hilang dikala kelam. Aku terlena dengan kenangan.

Hari ini meja ku kosong.. tiada kiriman dan nota misteri
"kak Iti.. hari ni takde kiriman untuk saya" soalku
"takde.. Orkid cuti takde pula kiriman..hari ni tak tahu la pula" ujar kak Iti
"ish....psycho ni.. merajuk ke.. " bisik hatiku. Aku meneruskan kerjaku. Aku membuka laci ku dan kau lihat beberapa keping nota tertampal di dalam.

AWAK TAKDE DEKAT OFFICE SAYA SUNYI

AWAK JANGAN CUTI LAMA SANGAT SAYA RINDU

AWAK BALIK LA CEPAT

"ceh.. cuti sehari je pun.. apo... memang psycho.."aku tersenyum sendiri. Aku dan beberapa orang lagi pekerja merangka aktiviti bagi percutian kami. Yang sudah pastinya hiking.. aktiviti wajib bagi ku. Aku ditugaskan untuk memasak bersama beberapa orang lagi pekerja terasa agak terbeban kerana memasak bagi kuantiti yang banyak amat sukar bagiku. Perbincangan telah mendapat persetujuan semua dan aku terpaksa akur. Aku rehat sendirian. Aku ke cafe berhampiran pejabat. Mata ku tertangkap satu pasangan yang amat aku kenal berada didalam cafe yang sama dengan ku. Bani bersama seorang gadis cantik. Mereka kelihatan mesra. Ketika mereka mahu keluar dari cafe mereka bergandingan tangan.
"dah ada awek budak hingusan ni.. sesuai.. " aku mengomel sendiri. Mereka kelihatan sama cantik dan sama padan. Gadis seperti itu yang patut dipilih untuk Bani jadikan isteri bukan wanita tua seperti ku.. Aku tumpang gembira melihat pasangan bahagia itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience