DAMAI

Other Completed 29964

Izzat pulang. Aku menyambutnya dengan senyuman. Dia memelukku dan mendukungku lalu diletakkan ke sofa. Dia melutut dihadapan ku. Tanganku dicium berkali kali. Aku diam
"sayang..saya minta maaf.. saya tahu saya salah..saya janji saya takkan ulangi silap saya.. sayang jangan minta saya ceraikan sayang.. saya tak sanggup hilang sayang. "tangisannya membasahi tanganku. Aku diam. Tiada apa yang mahu aku katakan. Rantai mahar ku dipakaikan ke leherku. Dia menunjukkan mesej yang dihantar gadis itu

KAU BERHENTI JUMPA AKU.. BALIK LA DEKAT ISTERI KAU YANG BODOH TU.. DIA INGAT AKU NAK SANGAT LAKI DIA..
JANTAN TAK GUNA.. KALAU DIA KAU BOLEH BODOH KAN APATAH LAGI AKU.

Aku masih berdiam.
"sayang.. cakap lah.. kenapa diam.. "tangisnya. Airmatanya aku hapuskan. Aku memeluknya erat.
"saya cuma nak awak bahagia.. tapi kalau dia yang tinggalkan awak.. apa yang boleh saya buat..saya tetap akan terima awak.. sebab saya isteri awak.. " ujarku. Airmata ku menitis. Hatiku sakit.. sakit yang aku tidak tahu...kerana dia yang ditinggalkan atau aku yang dibodohkan.

Izzat ke tempat kerja seperti biasa dan tengaharinya dia pulang kalau berkesempatan. Kami banyak menghabiskan masa bersama. Dan dia juga melayan karenah gilaku yang inginkan macam macam permintaan. Majlis pertunangan Ilham tiba tapi aku tidak menghadirkan diri kerana aku tidak sihat. Apatah lagi dengan baby semakin aktif.
"kita pergi Tioman nak" ajaknya. Aku setuju. Aku sudah lama tidak bercuti. Aku teruja. Hari yang dinanti tiba. Kami tiba dihotel.Aku berbaring keletihan. Pintu bilik kami diketuk. Izzat bangun dan membuka pintu.
"abang.. korang baru sampai ke" aku bangun dari katil. Ucu dihadapan pintu.
"ha ah.. ibu mana" soal Izzat.
"ibu dekat pantai.. angah dengan bang chik pun dekat sana" ujar Ucu. Aku menghampiri mereka.
"ucu.. ibu mana.. ayah??" gadis itu seakan tidak selesa dengan kehadiranku.
"ibu dekat pantai.. ayah tak ikut.. paksu tolong tengok tengokkan" aku tersentak.. gadis itu beredar.
"awak tak bagi tahupun family awak join sekali" soalku
"kenapa tak boleh ke.. ke tak suka" soalnya
" bukan...kalau saya tahu ibu nak datang saya suruh ibu bawakan ayah..saya boleh jaga dia" sedihku.. sedih.. ya aku sedih.. aku berharap ini percutian kami berdua dan aku sedih kerana ayah ditinggalkan dalam keadaan begitu. Aku mengambil begku.
"sayang nak pergi mana" soal Izzat
"nak balik kampung.. nak jaga ayah.. " balasku
"kita baru je sampai... lagipun maksu kan ada.. " ujarnya
"awak tak payah ikut..biar saya je balik.. mak dah balik sana saya balik rumah.. " ujarku
"awak dah kenapa.. saya nak bawa awak seronok pun tak kena... awak buang tebiat nak balik kampung sorang sorang" marahnya
"seronok.. awak tak bagitahu pun family awak nak join.. awak tahu ibu dan adik beradik awak tak suka saya.. kedua..ayah... ayah tu tanggung jawab kita... dia sekarang ditinggal oleh anak dan isteri dia semata mata nak berseronok.. lepas tu harapkan pada orang yang dah tak disukai... lagi satu...awak tak perlu risau saya dah cukup kuat untuk berdikari sendiri.. "ujarku..
"tak payah la pergi... " beg ku diragut dan dicampak ke lantai.
"dia tu ayah saya.. awak tak perlu sibuk" marahnya lagi
"ya dia ayah awak..tapi dia mertua saya.. oh lupa awak anak yang dapat kasih sayang cukup daripada parent awak.. sebab tu awak boleh bertindak macam ni... tapi saya yang tak pernah rasa kasih dan sayang dari seorang ayah tahu macam mana peritnya hati.. apatah lagi perhatian..awak jangan dah hilang ayah baru nak menyesal" aku mengambil beg ku lalu keluar. Aku menaiki bas dan pulang ke kampung. Aku tiba di kampung hampir pukul 9 malam. Mak su dan ayah terperanjat dengan kehadiran ku.
"kenapa Orkid tak pergi tioman" soal ayah
"saja Orkid rindu ayah" aku menghulurkan kain pelikat yang aku beli di mall tempoh hari.
"kenapa tak call maksu.. maksu boleh ambil dekat terminal tadi.. " ujarnya
"eh takpa.. susahkan maksu je" aku masuk kebilik menyalin pakaian dan aku kembali duduk disisi ayah mertua ku. Aku memeriksa ubat ubatannya dan juga memeriksa kad temujanjinya. Kesihatannya semakin baik. Izzat tidak menelefonku walau sebentar.Marah sangat dia.

Suasana tenang kampung mendamaikan jiwa.. hilang beban dihati. Aku merenung jauh sawah padi yang terbentang.
"termenung jauh nampak." sapa maksu. Aku mengambil teh ais yang diberi wanita itu. Kami berbual..berkongsi cerita akan pengalaman masing masing. Aku membelek telefon ku. Tiada panggilan atau mesej dari Izzat tapi mesej dari Lia memeranjatkan aku. Jes dimasukkan ke hospital kerana overdose.
"tak pa Orkid balik dulu.. lagi pun dorang balik balik hari ni...kejap lagi sampai la tu.. baik Orkid gerak dulu.. kalau tak lagi makan hati" nasihatnya. Aku belah bagi.. tidak sampai hati aku untuk meninggalkan ayah sendirian tapi Jes dan Lia memerlukan aku.
"Orkid balik lah ya nak.. nanti ibu balik lagi teruk kamu kena. Ayah tak pa maksu dan paksu ada.Aku akur. Aku mengemas beg pakaianku. Aku menyantuni ayah mertua ku dan aku masuk ke dalam kereta yang dipandu maksu. Belum sempat kami bergerak dua buah kereta memasuki laman rumah. Izzat dan yang lain telah sampai. Izzat menghampiri.
"saya nak kena balik.. Jes masuk wad" ujarku
"saya baru sampai je awak dah buat hal lagi" marah Izzat..
"takpe saya balik sorang.. Jes dan Lia perlukan saya" jelasku.
"habis saya.... awak nak jadi isteri nusyuz ke" tempiknya
"kamu jangan biadap Jat biar dia balik.. kalau tak makan hati dia nanti tinggal sini lama lama" tempik ayah.
"mengadalah.. pentingkan orang lain dari keluarga sendiri" perli ibu.
"macam ni ibu.. dorang penyewa rumah Orkid.. orkid nak tahu apa yang berlaku sebenarnya sebab dah jadi kes polis" ujarku. Mereka diam
"pergilah Orkid.. balik... uruskan hal kamu dekat sana" suruh ayah
"jat esok mak nak ajak jat pergi pekan.. nak amik barang kemas ucu yang kita tempah hari tu.. dah siap katanya. " ujar ibu
"hari tu abang bayar separuhkan ada lagi separuh.. " ujar ucu
"yelah abang bayarkan" balas Izzat.
"awak..saya balik dulu.. awak nanti drive...."belum sempat aku menghabiskan kata kata Izzat beredar bergandingan dengan ucu.. salam ku juga tidak disambut. Aku masuk ke dalam kereta dan beredar. Aku tahan airmataku. Didalam bas aku menangis sepuas puasnya

AWAK SAYA MINTA MAAF SAYA TAK BERMAKSUD NAK MEMBELAKANGKAN AWAK.. TAPI SAYA BENAR BENAR KENA BALIK.. SAYA TUNGGU AWAK DEKAT RUMAH YA

mesejku. Telefon ku berdetak. Aku mendapat balasan dari Izzat

LANTAK KAU LA..

Aku tersentak. Aku biarkan airmata ku menitis. Aku sangat berdosa pada suamiku. Aku isteri nusyuz.. Berdosanya aku kerana berkecil hati kerana suamiku membeli barang kemas bernilai enam ribu untuk adik iparku.. cerita maksu sudah menyentuh hatiku agar bertambah duka
"ucu tu kan bukannya bodoh.. ada diploma kot tapi malas kerja.. kerja seminggu dua berenti..mak dengan ayah Jat tu manjakan sangat.. nak motor beli.. nak itu beli...nak ini beli.. Jat pun sekor.. manjakan adik dia.. paksu kata Jat belikan barang kemas enam ribu dekat ucu..nak buat apa.. yang ada tu pun tak terpakai.. kalau kita tegur kata kita dengki.. tapi tu lah..bini sendiri kosong je..seurat pun takde" marah wanita itu.
"biarlah maksu.. lagipin Orkid tak suka barang kemas.. ni pun mahar kawin kami.. " balasku. Aku tidak mahu memanjangkan cerita.
"mak su bukan nak menghasut nak jadi batu api tapi Orkid kena bertegas... kesian maksu tengok Orkid.. macam lembu kena cucuk hidung" sambung leternya
"kalau lembu ok lagi.. kalau babi.. macam mana tu" tawa kami berderai. Ya aku memang tidak sukakan barang kemas dan aku tidak pernah minta Izzat belikan walaupun sebentuk cincin..tapi aku terkilan kenapa dia tidak berbincang denganku dahulu. Sebelum pulang ke kampung Izzat sudah masukkan duit untuk ibu bagi kerana ibu mahu membeli peti sejuk baru dan airfryer serta membayar tunggakan motor ucu. Aku biarkan saja dan baru selang beberapa hari barang kemas pula. Aku bukan mahu berkira.. kami keperluan lain masih belum cukup.. barang bayi usia kandungan ku sudah enam bulan masih belum ada. Kredit kadnya sudah melebihi had dan harus dibayar.. sejak kebelakangan ini wang hasil sewa rumah aku gunakan untuk perbelanjaan kami. Aku bukan mahu mengungkit tapi itu realiti yang aku hadapi.. dengan ku sentiasa tiada duit.. tapi berlabur untuk keluarganya...mewah..
"Tak pelah baby.. itu duit ayah.. nenek tu syurga ayah" aku memujuk hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience