DUMB

Other Completed 29964

Aku gembira kerana aku diterima bekerja disebuah hotel di tempat ku. Akhirnya aku kembali tinggal berdekatan dengan Ilham. Hal ini aku rahsiakan dari semua termasuk Irene. Aku mahu membuat kejutan. Ana berpindah setelah Sham memutuskan pertunangan mereka. Biliknya kembali kosong. Aku memasukkan barang barang ku sedikit demi sedikit. Akhirnya aku pulang semula ke sarangku. Ilham.. dia semakin sibuk tapi tidak pernah lupa untuk menelefonku. Kepulangan ku masih dirahsiakan. Aku tinggal dirumah Irene untuk beberapa hari memandangkan dia sedang bercuti dan di juga tidak tahu aku akan pulang.
"Kid ada penyewa baru ke" soal Jes ditalian
"ha ah.. kenapa" soalku
"tak lah siap renovate bagai.. " soalnya
"owh... aku yang nak renovate sebab bilik tu tak pernah renovate.. bilik korang dah selesa dengan aircond and wardobe bagai.. bilik tu je belum" ujarku. Yang kelakarnya mereka mempercayai setiap kata ku.
"Kid.. tahu tak cikgu tu dah melampau la" Lia mula mengadu
"dia buat apa" soalku
"dia kata masuk penyewa baru dia nak buat peraturan baru.. lepas tu tahu tak boyfriend dia kerap datang.. kami tak cam sebab pakai mask dengan cap.. dah macam rumah dia dah.. tidur dekat sini.. kami yang dirt bitch pun tak de la macam tu.. " aku terdiam.
"suami dia kot" aku cuba positif
"eh takkan kot.. bila dia amik cuti kawin.. sekolah manjang.. cuti sekolah pun ada je bertenggek dekat sini.. lagak dia macam dia owner rumah ni.. dia pun macam nak tiru style Kid.. dari perfume sampai baju" ujar mereka. aku tertawa. Ada juga orang yang fanatik dengan aku" Bisik hatiku.

Irene terkejut dengan kepulangan ku. Aku menceritakan hal Junaidah kepadanya. Dia geram.
"kau betul ke nak pindah sana" soal Irene..
"ya.. aku tak boleh biarkan rumah tu jadi tempat maksiat...rumah tu kenangan aku dengan Ivan" hatiku mula sebak. Sejak beberapa bulan ini aku sering teringat akan arwah Ivan. Perasaan ku seakan bolak balik.. betulkah apa yang aku lakukan.. betul ke Ilham pilihan tepat buatku. Hatiku diuji kuat. Bilikku masih belum siap renovate dan aku tinggal bersama Irene. Aku tidak memberitahu Ilham kerana aku mahu selesai semuanya baru aku memberitahunya. Aku juga jarang ke pub kerana kekangan masa untuk berhibur.

"hello..Am ada dekat mana" soalku.
"Am ada operasi..kenapa sayang" soal Ilham dalam talian.
"owh ye ke.. checking ke" soalku..
"tak.. roadblock" ujarnya. Aku hanya terdiam. Sedangkan dia berada dihadapan kereta Irene yang aku pandu. Aku mula tertanya tanya kenapa di membohongi ku. Aku mengekorinya namun terpisah dek trafik light. Aku cuba berfikiran positif. Tapi aku gagal kerana Pembohongannya kerap tertangkap oleh ku. Aku meminta Irene menghantar ku pulang ke rumah untuk melihat proses renovation.
"Kid.. "sambut Lia. Aku tersenyum. Junaidah yang mahu ke kelas seakan tersentak melihat kehadiranku. Cardingan yang disarungnya sama sepertiku. Benar kata Jes dan Lia dia terlalu fanatik denganku. Bau pewangi nya juga sama dengan ku. Aku sekadar bertegur sapa dan melihat perkembangan renovation. Aku tergerak hati untuk masuk ke bilik Junaidah.
"kau tak rasa aku keterlaluan ke" soal ku pada Irene
"you ada hak babe.. " sokong Irene. Aku membuka menggunakan kunci pendua. Alangkah terkejutnya aku suku dari pakaiannya yang bersangkut di wardrobe pakaian serupa dengan ku. Aku dan Irene berpaling.
"wait babe.. ni bukan ke jacket yang I beli dekat you" aku meneliti.. serupa.
"fake kot" seloroh ku
"no this is original...I tahu la I beli.. mana jacket you" Irene menyoal
"aku bagi Ilham sebab dia berkenan.. " aku mula curiga
"sorry kalau I cakap ni menyakitkan hati you.. tapi I memang suspicious la dengan perempuan ni.. nak pula malam you lamar Ilham dia macam tak suka. " ujar Irene. Aku juga berfikiran yang sama
"dia kan cikgu agama. mestilah tak suka hidup ala ala western ni" aku mahu bersangka baik
"hotak you kalau dah bawa jantan balik rumah tidur sekali apa kejadahnya." ada benarnya kata kata Irene.
"husband dia kot.. dah kawin mana kita tahu" aku masih berpositif
"kalau dah kawin kenapa tak duduk sekali" soal Irene lagi.
"pjj la kot.. mana kita tahu.. kau ni kan tak baik la bersangka buruk. " nasihatku sedangkan hatiku mengiyakan kata kata Irene.
"pjj.. tiap tiap malam jumpa.. apa kejadahnya" aku terdiam. Aku mati kata. Helmet full face diatas mejanya aku aku amati.. seakan aku kenal helmet ini. Aku memegang cincin pertunanganku. Aku berharap yang tanggapan aku salah. Kami beredar dari bilik itu. Aku termenung di balkoni. Otak ku ligat berfikir. Adakah ianya satu kebetulan atau realiti yang harus aku hadapi.

Aku dan Irene menunggu dihujung lorong rumahku. Aku menanti motor yang sering dikatakan Jes dan Lia. Akhirnya Ducati itu tiba. Aku menggigil. Aku dan Irene berjalan menuju ke rumahku. Kami masuk ke bilikku. Aku menggigil dan seram sejuk.
"hello Am you dekat mana" soal Irene ditalian
"aku ada dekat balai kenapa" soal Ilham kembali.
" Kid ada bertahu you yang dia ada kirim barang untuk you. " tipu Irene
"tak ada pula.. " Ilham seakan terpancing
"owhh.. ni ada parcel untuk you.. I nak bagi dekat mana ni.. nak I hantar dekat balai ke" tipu Irene lagi
" aku pergi dekat pub kau" ujarnya lalu Irene mematikan talian. Dan aku menelefon Ilham
"Am ada dekat mana" soalku.
"dekat balai baru habis operasi.. kenapa sayang.." soalnya
"Orkid ada kirim barang untuk Am nanti Am ambil dekat Irene ya" pintaku lalu talian ditamatkan
"macam mana kalau dia betul betul dekat balai.. " aku cuak
"you takkan tak cam motor dia" aku mengangguk dan aku pasti itu motor Ilham.
"kejap lagi abang datang balik.. kejap je" kedengaran suara lelaki keluar dari bilik Junaidah. Aku dan Irene keluar. Lelaki itu bergandingan dengan Junaidah menghampiri pintu.
"Am" panggilku. Langkah mereka terhenti. Mereka menoleh. Aku mencabut topi dan pelitup muka..aku berharap wajah disebalik pelitup muka dan topi itu bukan lah wajah yang aku bayangkan tapi sangkaan ku ternyata betul.
"apa Am buat dekat sini.. dengan dia ni.. Am buat apa dalam bilik Ju" aku mengigil. Airmataku aku kesat kasar.
"sayang..Am minta maaf.. "tanganku di pegangnya kemas. Aku merentap tanganku kuat dan aku menjarakkan diriku dari mereka.
"dah lama mana dah korang berhubung macam ni" soalku. mereka diam
"jawab aku tanya ni" tengking ku
"dah tiga tahun" jawab Junaidah. Kaki ku seakan tidak berpijak dibumi nyata.
"sejauh mana hubungan korang" soalku lagi
"sampai ke ranjang.. kau tidur dengan dia ke" aku menyoal Ilham. Dia terdiam. Dadanya aku cucuk cucuk dengan jariku kuat
"aku tanya kau tidur dengan dia ke" aku mula menyinga. Lia dan Jes yang mendengar jeritanku keluar dari bilik mereka. Mereka ternganga melihat Ilham dan Junaidah.
"Ju.. kau rembat tunang Kid" soal Jes
"aku tak tahu Ilham tunang Kid awal tu.. lepas kes Ana baru aku tahu dorang nak kawin" aku merenung tajam ke arah Ilham.
"nonsense Junaidah.. pada awal Ilham datang nak baiki paip bocor I dah bagitahu dia tunang Kid and you all better watch out.. " Irene menyampuk
"ntah.. tiap kali Am datang nak perbaik kerosakan kami dah bagitahu tunang Kid akan datang baiki.. kau ishhh..tak tahu aku" geram Jes
"mana Ju nak tahu. Ju ingat dia orang yang Kid upah" Aku diam. Hanya mendengar alasan bodoh mereka.
"taik kau.. ada kami kata Kid hired orang untuk baiki kami kata tunang dia. dari awal lagi kami kata tunang.. kau dah tengok orang yang sama mestilah tu tunang dia...kau buta ke apa" marah Lia
"if orang tu aku upah sekalipun.. perlu ke sampai ke ranjang"nadaku mendatar. aku sudah kering airmata
"memang betul apa kau kata.. kau tak dapat gantikan Ivan dalam hidup aku.. sampai bila bila pun kau takkan dapat gantikan dia apatah lagi menjadi seperti dia" ujarku
"sayang maafkan Am.. please..Am janji Am takkan tipu sayang lagi.. lagipun kita dah nak kawin bulan depan" Junaidah tersentak. Dia menoleh kearah Ilham
"haha padan muka kau perempuan.. kena fool macam tu je" tawa Jes
"abang tak bagitahu pun" soal Junaidah. Ilham tidak mengendahkan Junaidah. Dia masih merayuku
"kenapa Am buat macam ni" soalku.Aku cuba bertenang
"Am sunyi.. Sayang selalu tangguhkan perkahwinan kita.. Am tunggu terlalu lama. " Alasannya menyakitkan hatiku.
"dia postpone wedding korang bukan alasan untuk you curang" marah Irene.
"sayang.. Am minta maaf."tangan ku di pegangnya.
"sorry..aku tak boleh.. aku admit salah aku postponed wedding kita." aku mencabut cincin di jari manisku lalu aku letakkan ditelapak tangannya.
"sayang.. "Ilham terkejut
"sorry.. "aku mengundur kebelakang beberapa langkah
"aku akan bagitahu family kita yang aku nak batalkan wedding kita atas alasan aku tidak mahu apa apa komitmen lagi.. aku mahu kejar kerjaya ku.. aku akan rahsiakan perkara ini" airmataku mula berlinang.
"tapi Am dah janji akan bertanggungjawab dekat sayang" rayunya lagi
"stop call me sayang dan orang yang patut kau bertanggungjawab adalah dia bukan aku" aku melepaskan pandangan ku kearah lain
"tapi kita dah terlanjur" semua tersentak.
"itu hal aku.. lagipun perempuan hina macam aku siapa nak kisah kalau sudah tiada dara.. tapi Junaidah wanita muslimah yang kau nodai harus kau bertanggungjawab. Jaga aib dia dan keluarga dia...Aku.. keluarga pun tak terima aku so aku akan lupakan semuanya nanti" Jes dan Lia tersentak mendengar pengakuanku
"Kid takkan kau nak biarkan betina ni macam tu je.. fight for your right girl" ujar Jes
"for my right...apa hak aku.. betina.. dia bukan betina dia juga perempuan yang telah dirosakkan oleh orang yang sama..aku taknak jadi selfish hanya untuk tutupt khilaf aku.. aku juga bersalah sebab terlalu percaya kan dia.. dan aku juga yang merelakan diri aku diratah Ilham.. aku taknak Ju tanggung malu seperti aku.. " Aku makin tenang
"Kid... " Lia,Jes dan Irene memelukku erat. Airmata mereka bercucuran.
"sayang.. " panggil Ilham..
"aku rasa urusan kita dah tamat dekat sini.. kau boleh keluar.. Ju aku beri kau tempoh seminggu untuk kau cari tempat tinggal baru.. " pintaku
"kid maafkan Ju" aku diam.
"pakaian aku yang ku guna aku sedekahkan..aku tahu cardigan dan jaket tu Ilham berikan.. itu aku punya aku tinggalkan untuk dia tapi dia bagi dekat kau.. kau amik la.. aku tak mahu berkongsi.. " aku sudah tiada airmata untuk ditangisi. Aku masuk ke bilikku. Irene, Jes dan Lia menemaniku.
"babe.. kau nangis je.. kami ada" ujar Irene.
"nak nangis buat apa.. atleast aku bersyukur sebab sebelum kawin aku dah tahu perangai sebenar Ilham.. Aku tersenyum. Dalam hatiku meratap hiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience