GONE

Other Completed 29964

Semenjak berkereta baru Izzat jarang lekat dirumah. Ada saja aktiviti dia dan rakan rakannya. Aku pernah merasa naik kereta itu baru dua kali.. Aku ke klinik. Alhamdulillah aku akan mendapat bayi lelaki. Berita gembira ini akan aku kongsikan bersama Izzat. Tiba tiba keretaku tidak boleh dihidupkan. Aku risau. Hari semakin meninggi. Teriknya menyengat kepala.
"awak ambil saya dekat klinik kereta saya rosak.. saya dah call towing" pintaku
"saya ada kerja lagi ni. awak naik grab je la" pintanya
"masalahnya saya takde cash.. saya dah beli makan tadi" tipu ku.. aku hanya mahu berkongsi berita.
"hah ok la.. share location... time ni la...kereta nak buat hal" rungutnya. Dada ku bergetar menahan sedih. Aku tunggu di gerai makan. Aku memesan bihun sup dan segelas sunquick kosong. Air ku sudah tiba. Aku sedut cepat dahaga ku tidak terkawal. Ketika pelayan sedang membawa bihun sup yang aku pesan Izzat tiba. Dia membunyikan hon agar aku pergi kepadanya. Aku menunjukkan bihun sup yang baru tiba. Dia membunyikan lagi
"hello.. awak datang sini.. park dulu.. saya nak makan sekejap bihun sup saya baru sampai" jelasku
"saya nak cepat ada urusan.. cepat cepat.. " suruhnya. aku meletakkan telefonku. Aku mengacau bihun sup ku dan aku angkat sesudu.
"hei.kau pekak ke.. aku ada urusan kejap lagi.. cepat la.. ke kau nak aku tinggal" tengkingnya suapan itu aku letak semula
"bagi saya makan sekejap je.. "rayu ku
"nak makan bila bila pun boleh makan..kau nak balik ke tak nak.. " ramai mata memandang aku malu lalu aku bangun dan mengikutnya
"akak nak saya bungkuskan ke" soal pelayan itu..
"tak payah nanti tumpah pula dalam kereta" marahnya
"takpe dik.. akak dah kenyang.. terima kasih" aku masuk ke dalam kereta. Dia diam. Aku menebalkan muka untuk berbicara.
"tadi saya scan baby.. awak nak tahu jantina apa" soalku
"lantak la.. lelaki ke perempuan ke.. janji jangan pondan atau tomboi macam umi dia sudah" aku tersentap
"ish apa awak cakap macam tu.. tomboi pun peremuan juga kan.. tomboi ni juga awak nak kan" seloroh ku agar tidak terjelas sedih ku.
"itu ye lah sebab baby.. " balasnya... perasaan aku ketika itu. double kill..
"kita nak dapat baby boy" aku teruja.. tapi pada nya tiada reaksi.
"ermmm ok lah.. "aku dengan dunia ku gembira dan teruja sendiri. Aku masuk ke dalam ruma dah menangis di tangga.
"tak palah baby..maafkan ayah.. ayah penat tu.. "aku kesat air mata.
"ummi nak panggil Rizqi boleh.. Rizqi Iman.. baby suka nama tu" aku terasa gerakan dari dalam rahimku. Airmata syukurku menitis.

"Kid kau naik kan sewa tak bagi tahu pun.. " aku tersentak.. setahu aku aku tidak pernah menaikkan sewa.
"mana ada.. siapa kata" soalku
"ni ada orang kata dia nak kutip rumah sewa lepas tu next month sewa naik.. wakil tenant katanya" ujar Lia
"eh bila pula aku hired orang untuk kutip sewa.. kejap kau jangan bagi dia masuk.. jangan bagi duit.. aku sampai kejap lagi"ujarku. Aku membawa skuterku dan menuju ke rumah sewa.
"bila saya jual rumah ni" soalku
"Izzat yang jual.. kami dah deal..duit saya dah bagi semua dekat dia.. " kata pemanggil itu. Aku terduduk. Jes dan Lia memapahku masuk ke dalam. Aku menangis semahunya
"sial la jantan tu.. " marah Jes
"kau minta cerai je lah Kid.. gila la laki kau.. harta kau kot" nasihat Lia
"kau lagi sebulan nak bersalin.. kalau bercerai sekarang aku nak duduk mana.. aku kerja pun takde.. duit apatah lagi.. lagi satu aku kawin tiada pengesahan Malaysia so aku tak boleh report dekat pejabat agama. Kalau report pun apa dorang boleh buat.. sebab aku nikah dekat songkla.. takde rekod dalam Malaysia" jelasku. Merek diam. Aku pergi ke pejabat Izzat. Tanpa mengetuk pintu aku membukanya
"apa awak dah buat" marahku.
"apa saya buat" soalnya kembali
"awak beli kereta tu guna duit rumah sewa sayakan.. awak jual rumah tu tanpa pengetahuan saya" marahku lagi
"kitakan dah ada rumah.. lagipun kereta tu untuk kita juga" ujarnya..
"untuk kita.. untuk kita ya.. ok.. saya tak nak kereta tu memandangkan saya taknak dan duit tu duit saya.. hak saya la kan" aku meluru ke parking. Izzat mengekori ku cemas. Aiman yang berada disitu terejut melihat aku. Sapaan Aiman tidak aku endahkan. Hati aku terlalu membara. Patut la notification kredit kad selalu naik di telefonnya.. dia guna bayar kreditkan rupanya. Aku menghayun helmet ku lalu aku ketuk cermin kereta hingga retak dan aku ketuk cermin sisi hingga patah.. aku calarkan kereta itu.. puas hati aku.. jangan lupa aku tomboi.. Aku tersenyum puas
"Kid.. kau kenapa" soal Aiman
"kau tanya kawan kau apa dia buat.. dia jual rumah sewa aku.. rumah yang aku beli dengan hasil titik peluh aku sendiri.. dia jual semata mata nak beli kereta ni.. kau rasa.. " marah ku.
"kalau kau marah sekali pun jangan la rosakkan kereta.. " tengkingnya.
"peduli apa aku... yang penting aku puas hati" aku beredar.Izzat merenungku tajam. Aku pergi ke tasik di mana ianya tempat kenangan aku dan Ivan.
"Ivan.. maafkan orkid.. orkid tak dapat pertahankan rumah tu.. "tangisku terhambur
"Ivan.. Orkid rindu Ivan.. kenapa cepat sangat Orkid pergi" rintihku.

Aku tiba di rumah jam sembilan malam. Izzat sudah dirumah. cermin kereta dan cermin sisi sudah ditukar.. hanya calar masih ada. Aku melangkah masuk.
"kau.. " rambutku ditarik dan ditolak aku ke sofa. Perut aku sakit.
"kau melampau ya.. aku berdiam kau makin pijak kepala" tempiknya.
"kau berdiam.. apa aku buat.. apa yang aku buat sampai kau hilang sabar.. ke kau nak aku buka satu persatu perbuatan kau yang selama ni aku diamkan" dia diam
"aku diam je dengan perbuatan kau.. aku tak bising aku tak melatah.. tapi kali ni kau melampau Izzat.. itu rumah aku.. hak aku..kau takde hak atas rumah tu even harta sepencarian pun kau takkan dapat.. aku beli dengan titik peluh aku sendiri.. tapi kau senang senang je.. sebab nafsu kau.. kau jual rumah tu tanpa bincang dengan aku.. duit dari rumah sewa tu lah bayar dan lunaskan semua hutang kau dengan bekas bini kau.. ada kau tahu.. kau tak tahu sebab bila aku nak bincang kau mengelak.. duit rumah sewa tu juga langsaikan hutang kereta kau.. duit rumah tu juga la yang beri makan dekat aku dengan baby.. barang baby.. duit rumah tu lah.. sebab apa sebab kau tak pernah bagi aku nafkah.. Aku tak minta sebab aku tahu kita kawin atas dasar anak.. aku diamkan.. kenapa ku bayar hutang kau sebab aku taknak anak aku nanti terpalit dengan hutang kau.. aku buat dan aku diamkan tapi kau makin aku ringankan beban kau makin kau menjadi.. " luahku
"bukan saya tak nak bincang.. tapi saya takut awak tak bagi" ujarnya
"bagi tak bagi itu hak aku.. takde kena mengena dengan kau.. kenapa kau tak jual rumah ni.. ni kan rumah kau" soalku
"kalau kita jual rumah ni.. kita nak dudul mana" soalnya kembali
"rumah aku tu ada duduk la dekat situ..lia dengan jes keluar la.. hah apa susah.. "balasku. dia terdiam. Aku naik ke atas lalu masuk ke bilik baby.. aku menangis semahunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience