PEMERGIAN

Other Completed 29964

Rizki masih belum boleh pulang.. demamnya masih belum kebah. Aku berulang dari wadnya ke wad Izzat. Aku perlu memberi perhatian padanya memandangkan dia juga tidak sihat.. apatah lagi sikapnya yang sudah berubah.
"sayang tak letih ke hulu ke hilir jaga saya dengan Rizki.. " soalnya
"dua dua tanggung jawab saya.. mana boleh saya abaikan" ujarku.
"lusa dah boleh buka balut..insyaAllah saya dah boleh balik.. " ujarnya teruja.
"Alhamdulillah...lega saya dengar. " aku mengelap wajahnya menggunakan tuala lembap. Matanya terus menantapku.
" ada apa apa yang tak kena ke... "soalku.
" Izzat rindu sayang" ujarnya. Aku hanya tersenyum. Aku membiarkan tatapan matanya. Aku harus cepat takut Rizki terjaga dan aku juga tidak mahu bertembung dengan mertuaku dan maduku.
"saya pergi dekat Rizki dulu.. malam nanti saya datang balik ya.. "aku membaiki duduknya. Rambutnya aku rapikan agar tampak kemas.
"sayang..thanks... "ujarnya
"dah tanggung jawab saya.. "balasku. Aku membaiki selimutnya. Pipi ku di cium Izzat. Aku menoleh
"miss you sayang.. love you" aku hanya tersenyum dan beredar. Aku mendapatkan Rizki yang masih tidur. Pipi ku kusentuh.Terasa hangat. Aku tersenyum sendiri. Malamnya selepas Rizki tidur aku ke bilik Ilham untuk bertemunya. Pintu biliknya aku buka. Dia tersenyum melihat kehadiranku. Tanganku dicapai lalu di kucup berkali kali.
"rindunya dekat sayang.. "ujarnya.
"ye ke... ooo.. "selorohku. Izzat menarik muka rajuk. Aku tertawa.
" Orkid pun rindu Izzat" Dia kembali senyum. Kami berbual dan berkongsi cerita. Seakan pasangan baru mula bercinta dirasakan. Tawanya tampak ceria. Apakah ini permulaan bahagia buatku. Lama kami berbual.. jam hampi pukul satu.. lima jam aku bersamanya tanpa aku sedari.
"saya pergi tengok Rizki ya..esok pagi orkid datang cuci badan awak.. "aku bangun dan mahu beredar.
"sayang.. stay la sini.. please" rengeknya
"ish... Rizki sorang sorang takde teman.. " balasku lembut
"ala..." aku tersenyum. Tangannya digamit.Aku menunduk sedikit agar mendengar bisikannya namun telahan aku silap bibirku disambar Izzat.. olesan bibirnya lembut dan membuatkan aku teruja. kami bercumbu. Ya aku rindu dia..rindu sentuhan dia..
"Izzat sayang Orkid.. "bisiknya. Kami bercumbu lagi.
"arghh" dia mengerang.Tangannya yang berbalut tidak bisa memelukku. Ciuman kami terhenti.
" Saya pergi dulu"aku gelabah
"sayang esok pagi tau.. miss you sayang" tempik Izzat.. Aku malu.

Irene tiba dari sarawak apabila mendapat berita Rizki dimasukkan ke hospital. Aku diam apabila mendengar leteran Irene kerana lambat memberitahunya akan tentang Rizki. Sayangnya pada Rizki tiada had.
" aku taknak susahkan kau dan mika.. jauh nak datang dari sana" ujarku
"jauh mana.. dalam malaysia jugakan.. you tu..lepas ni jangan rahsiakan apa apa pasal Rizki dari I.. kesian anak mummy.. demam ya.. ni mummy belikan toys.. "Irene melayan karenah Rizki yang manja. Aku hanya memerhati.
"habis tu you berulang alik dari wad ni ke wad Izzat.. " soal Irene.
"ye lah.. habis tu kau nak aku macam mana.. " seloroh ku
"malam ni biar I teman Rizki.. you pegi la berkepit dengan laki you.. I bagi chance" ujarnya
"taik kau.. "maluku.
"madu you tak tengok dia ke" soal Irene
"siang macam ni datang la.. dia kan baru habis pantang.. sebab tu siang aku dekat sini.. malam nanti baru aku pergi. " jelasku. Irene mengangguk. Aku menceritakan hal Ilham padanya juga akan tentang ibu mertuaku. Irene tergamam
"Si Ilham tu takkan tak leh move on lagi...ish gila la dia tu" marah Irene
"lelaki tak semua tak setia.. ada je yang setia.. dan tak semua yang curang tu jenis easy come and easy go.. " sampuk Mika
"yelah tapi dia kan dah kawin" jelas Irene
"tapi itu pilihan family diakan... Orkid even bukan first love tapi tetap pertama dihati Ilham.. dia akui silap dia dan rasa bersalah dia masih dalam hati.. sayang dia pada orkid masih ada.. dia kawin sebab dengan alasan dia boleh move on tapi dia silap.. dia still tak boleh move on..payah nak lupakan someone special tau.. " ujar mika
"betul.. aku setuju juga kata Mika.. even aku tak suka dengan perbuatan dia but aku faham situasi dia.. sebab aku tak boleh lupakan Ivan"balasku
"see.. got it"jawab Mika. Irene memelukku.
"Ivan terlalu istimewa babe.. I tahu tu.. tapi I paling tak faham mertua you.. apa ke gila dia nak bomohkan you.. " ujar Irene
"entahlah.. sebab dia sayangkan Fifi kot..Tapi bila aku fikir balik.. aku pernah rasa and nampak something weird waktu aku mula mula balik kampung hari tu. Mak mertua aku dia masak nasi dia letak bunjut lepas masak dia ambil balik aku tanya itu untuk apa dia kata taknak bagi nasi cepat basi..aku diam je la.. asal aku nak tidur katil kami basah macam ada percikan air.. aku ingat bocor sebab hujan.. aku ignore la...tapi lepas Izzat bagitahu dia jumpa kain kuning berbunjut dalam pasu depan rumah kami aku dah syak mesti bunjut yang sama dalam nasi tu. "Mika dan Irene tergamam
"scary babe.. mertua you tu insane ke"Irene meraup tubuhnya yang meremang.
"itulah bila iman dan agama ni cetek dalam diri.. " balas Mika.
"entah lah.. aku taknak judge orang..tapi itu yang aku rasa..aku tak perasan bunjut dalam pasu tu.. " ujarku
" you balik nanti you check dalam pasu dekat rumah you mana tahu tiba tiba dia pergi letak dekat situ pula.. " pesan Irene
"rumah aku mana ada pokok bunga.. "selorohku
"tak salah kalau periksa mana tahu.. hati manusia ni kita tak boleh jangka" pesan Mika pula. Aku diam.

Seperti biasa aku ke bilik Ilham. Malam itu Irene menemani Rizki. Aku menolak pintu bilik Ilham. Wajahnya berang.
"awak kenapa ni" soalku
"sayang.. "panggilnya.Aku menghampirinya. Kerusi disebelahnya aku duduk
"kenapa.. ada apa yang berlaku ke" Soalku
"ibu.. dia nak cagarkan bendang arwah tok sebab nak buat modal bisnes fifi dengan angah" aku diam
" kalau nak buat bisnes cafe ke.. or benda lain saya tak kisah.. tapi ni bisnes entertainment .. dia ingat sikit ke modal.. katanya join dengan kawan dia.. dorang tu dah la takde pengalaman. Ibu ikutkan sangat kemaruk angah." marah diam. Angah tengah hangat bercinta dengan model dan pelakon sambilan yang agak dikenali cuba untuk terjun dalam bidang yang tidak pernah langsung dia tahu selok beloknya.
"saya cakap dekat ibu.. kalau bisnes cafe saya setuju.. sebab boleh minta pendapat dan pandangan sayang.. sayangkan ada pengalaman dalam bidang f&b" aku hanya mendengar.
"tapi tak nak.. degil betul.. tu.. sekarang bergaduh dengan ayah.. sampai nak bercerai berai.. " marahnya
"awak bincang la elok elok.. dorang masih tak faham lagi kot.. "pujukku.
"dah tua tak faham apanya" marahnya belum habis
"lupakan dulu hal ni.. awak rehat.. esoj dah nak balikkan.. bincang elok elok.. lagipun sampai nak bergadai tanah bagai.. bercerai berai.. tak bagus lah.. awak rehat ya.. pintaku.
"sayang stay sini malam ni" pintanya
"ye.. Irene jaga Rizki malam ni" jelasku
"Irene datang... bila.. Rizki macam mana.. ok.. bila dia boleh balik.. "soalnya
"Irene sampai petang tadi.. Rizki dah ok sikit.. tunggu keputusan darah dia dulu.. kalau ok lusa boleh balik..InsyaAllah " balasku.
"saya rindu dia.. " sebaknya.
"nanti awak keluar jumpa lah dia.. "aku mengukir senyuman. Kami bersembang hingga pukul dua pagi. Aku lena di dalam dakapan Izzat.

Rizki dibenarkan pulang. Kami dihantar Izzat pulang. Tapi dia hanya duduk sebentar dan tidak bermalam. Aku memulakan rutin kerja ku seperti biasa. Nadia tidak menyapaku. Marahnya padaku masih bersisa barangkali. Ilham yang menunggunya di parkir aku jauhi. Begitulah aku. sentiasa lari dari semua agar aku tidak tersakiti dan menyakiti. Aku menerima panggilan telefon dari kampung mengatakan ayahku sedang tenat selepas pembedahan jantungnya gagal. Aku meminta Izzat untuk datang ke rumah ku.
"takkan sayang nak balik sorang" soalnya
"takpe saya balik sorang.. awak tolong jagakan Rizki sementara nak tunggu Irene sampai.. esok pagi saya bertolak.. lusa baru Irene balik dari Bali terus dia ambilkan Rizki dirumah awak.. tolong saya. "rayuku. Aku tidak mahu membawa pulang Rizki kerana akuahu menjaga perasaannya. Aku terpaksa meminta tolong Izzat walaupun aku sendiri tidak yakin. Aku hanya mampu berdoa dan tawakkal sementara menunggu Irene yang akan pulang dari Bali atas urusan perniagaannya.

Aku menaiki bas dalam perasaan berceramuk.
"hanya satu malam je...sayang ya.. dengar cakap abi.. jangan nakal nakal.. nanti mummy datang ambil sayang..nanti umi balik umi bawa sayang balik ya" pujukku. Rizki menangis kerana tidak mahu ditinggalkan. Namun aku terpaksa. Aku tiba di kampung dan terus ke hospital. Ayah ku bersama ahli keluarga lain sedang membaca yasin. Aku menghampirinya.
"abah..Orkid balik ni.. abah..."panggilku lembut. Abah membuka matanya sedikit.
"Orkid... abah dahaga.. "aku titiskan air masak ke bibirnya. Ditelan air itu perlahan lahan. Tangannya aku genggam erat.
"abah.. ampunkan dosa Orkid...ampunkan semua kesalahan Orkid... halalkan semuanya untuk Orkid.. "tangisku menderu.
"Orkid..."panggil abah perlahan. Aku menghampirakan telingaku ke bibirnya.
"maafkan abah"bisiknya.Airmataku menderu laju. Aku mengajarnya mengucap. Nafasnya tersekat sekat dan serak serak. Aku masih disisinya walaupun yang lain mula beredar. helaian Yasin aku selak satu persatu dan ku ulang baca dari petangnya hingga ke pagi menjengah. Abah tidak berhenti memanggilku. Di minta aku memaafkankannya. Aku sudah lama memaafkankannya..Dia ayahku yang tiada salah denganku..hanya aku anak yang tidak tahu di untung. Aku mengelap badan abah yang dipenuhi peluh halus dan itulah kali terakhir aku mengelap badannya selepas dia pergi meninggalkan aku buat selamanya. Abah pergi hanya bertemankan aku disisinya sementara yang lain sedang mencari sarapan. Aku meminta untuk memandikan jenazah abah buat terakhir kali. Linangan airmataku turun bersama. Tiada lagi insan yang akan aku dapat berkat doa darinya. mahuku hapus semua kenangan kami tapi tiada satu pun kenangan terindah yang dapat aku ingati.. aku tidak mahu mengingatkan kesedihan kehidupan ku dengannya namun tiada kisah gembira yang dapat aku kongsikan. Itulah kehidupan aku dan abah.. Aku menghantarnya ke rumah abadinya. Liang lahad yang sudah tersedia membuatkan sebak didadaku semakin tidak tertanggung...tapi itulah kenyataannya. Usai pengkebumian.. aku pulang ke hotel.Aku berehat sebentar sebelum kembali kerumah abah untuk bacaan tahlil selepas isyak. Mesej dari Irene aku terima. Penerbangannya terpaksa ditangguhkan atas faktor cuaca. Aku mula risua akan Rizki. Andai aku pulang tiada siapa yang akan menguruskan majlis itu.. Aku serabut. Aku meminta bantuan Lia memandangkan Jes berada di utara tanah air atas urusan kerja. Selesai majlis Tahlil untuk ayah aku kembali ke hotel untuk berehat. Aku menghantar mesej kepada Lia menanyakan akan keberadaannya. Lega ku kerana dia didalam perjalanan untuk mengambil Rizki. Aku memberitahu Izzat akan kedatangan Lia. Aku terkejut kerana Izzat tiada dirumah kerana dia perlu bekerja lebih masa. Rizki bersama Fifi dan angah. Hati aku mula tidak sedap.
"kid kau dah settle ke urusan dekat sana" soal Lia
"malam ni nak buat tahlil lagi.. kenapa.. kau dah ambil Rizki kan" soalku
"kau balik sekarang.. Rizki tenat"alu seakan mahu rebah mendengar berita itu. Rizki terjatuh dalam kolam ikan dirumah kami dan tidak sedarkan diri. Fifi dan angah cuba merahsiakannya dari Lia dan mereka menipu dengan mengatakan Rizki sedang tidur. Lia yang datang pula pada paginya mahu menggambil Rizki tidak dibenarkan Fifi.. Dia dan Izzat hairan.. Izzat juga hairan kerana semenjak dia pulang dari semalam kelibat Rizki belum kelihatan. Dan akhirnya terbongkar apabila dipaksa Izzat. Aku mengemas dan terus menaiki grab pulang. Aku tiba dihospital dan terkejut melihat Rizki yang berselirat dengan wayar. Aku tidak dibenarkan masuk kerana keadaanya sudah kritikal. Aku hanya mampu melihat dari cermin kaca. Izzat tidak berhenti meminta maaf dariku. Aku diam. Keadaan jadi kecoh apabila Irene tiba dari Bali. Dia memarahi Izzat dihadapan kami. Izzat yang berlinang airmata tidak dapat menjawab. Dia masih meratapi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience