Aku mula bosan sendiri dan tiada aktiviti. Irene sudah berkahwin dengan Mika dan menetap di sarawak negeri kelahiran Mika. Pubnya telah dijual kepada abangnya. Lia dan Jes masih menyewa dan masih dengan aktiviti mereka. Aku menjengah ke rumah sewaku. Aku rindu suasana rumah itu. Mataku menatap lukisan yang di lukis Ivan. Aku rindu dia. Dia satu satunya lelaki yang menyayangi ku sepenuh hati. Telefon ku berdering.
"sayang ada dekat mana" soal Izzat
"dekat rumah sewa" ujarku
"balik sekarang kita nak kena balik kampung.. ayah sakit" aku pulang dengan kalut kalut. Hati tidak tenteram kerana ini kali pertama aku berjumpa dengan mertua ku. Kami tidak terus pulang ke rumah tapi kami ke hospital. Izzat menyantuni semua disitu.. aku hanya mengikuti. Dia tidak memperkenalkan aku kepada mereka semua jadi cara mereka memandangku serong apatah lagi baby bump aku sudah kelihatan. Aku tersenyum walaupun kelat. Seorang wanita yang agak berusia duduk disisi lelaki yang terbaring disitu. Aku menghampiri mereka.
"ayah sakit apa" bisik ku.
"hypertensi" aku mengangguk.
"jat.. siapa ni" soal wanita itu
"awak ni mak saya.. mak ni isteri jat" wanita itu tersentak. Aku menyantuninya. Ayah mertua ku masih belum sedar.
"mak..mak pergi rehat dulu ya.. biar Orkid jaga." ujarku. Izzat membawa ibu dan yang lain beredar. Aku menanti lelaki itu tersedar.
"nurse..patience ni if dia sedar akan ada apa apa komplikasi ke" soal ku.
"depends.. mungkin boleh strok atau pun lumpuh pertuturan.. itu kena tengok lepas dia sedar" aku mengangguk. Dahi mertua ku aku lap dengan kain. Aku mengurut tangannya agar peredaran darahnya lancar.
"nurse ayah saya dah sedar" itu terpacul dari mulut ku. Doktor mengerumuni ayah mertua ku.
"awak ayah dah sedar" ujarku
"ha ok kejap lagi saya pergi...kami dekat mall beli barang sikit" aku mematikan talian.. mall.. ayah sakit masih sempat lagi pergi shopping. Lelaki itu memandangku.
"awak siapa" soalnya
"saya Orkid.. isteri Izzat" ujarku. Aku salam dan mencium lelaki itu.
"ayah nak air" soalku. Dia mengangguk. Matanya melirik ke arahku. Aku mengukirkan senyuman.
"Isteri baru jat ke" soalnya
"ha ah ayah.. "aku meletakkan penyedut minuman dibibirnya. Matanya masih melirik kearah ku. Aku hanya tersenyum.Tangannya aku picit lembut. Kami berbual. Dia seorang peniaga buah buahan di pasar malam menceritakan pengalamannya ketika ke kebun buah bagi mengambil buah yang telah ditempahnya. Kami tertawa.
"ayah puan Alhamdulillah tidak ada menunjukkan kompikasi yang teruk cuma tangannya agak lemah disebelah kiri.. kami akan setkan appointment untuk fisioterapi.. " ujar doktor.
"ayah akan sihat.. Orkid jaga ayah ya.. ayah boleh makan dengan baik kita makan selagi boleh" lelaki itu tertawa. Aku terasa kasihnya yang tulus apabila dia mengucup ubun ubunku. Hangatnya terasa. Sudah lama aku teringin begini tapi apakan daya aku awal awal lagi telah dibuang dari keluarga. Aku hanya mampu menumpang kasih dari mertua ku. Izzat dan yang lain tiba dihospital.
"ayah.. " Izzat menyantuni ayahnya. Matanya memandang Izzat tajam. Kami pulang dahulu kerana aku masih belum mandi dari siang tadi. Rumah kayu moden itu menarik perhatianku. rumah ditengah tengah sawah bendang terasa nyaman. Aku masuk ke bilil dan aku merebahkan badan dikatil. Izzat berbaring sebelahku. Perutku diusap lembut.
"awak ok.. " soalnya. Aku mengangguk. Mataku aku pejam. Letih. Izzat menciumku dan melingkari tangannya membuka baju ku. Aku yang kepenatan melayan kehendaknya walaupun hati aku tidak mahu. Aku benar benar letih tapi tidak sanggup aku bersuara. Izzat melayan permainannya. Airmata ku menitis kerana aku terpaksa bukan rela. Izzat mandi dan keluar meninggalkan aku sendirian dirumah. Aku mengemas rumah dan memasak sebelum yang lain pulang. Tidak lama kemudian ibu mertua ku dan yang lain pulang. Aku hanya mampu tersenyum.Makcik Izzat membuka tudung saji.. melihat lauk yang aku masak
"kak oii orang dah masak dah pun yang kita makan kenyang dah"aku terdiam. wanita itu tidak memberi reaksi pada ku lalu beredar.
"dah berapa bulan" soal paksu Izzat.
"dah empat nak masuk lima" lelaki itu mengangguk
"dah tahu lelaki ke perempuan" soalnya lagi.
"tak scan lagi bulan ni.. minggu depan baru tahu"ujarku.Seorang wanita seakan sebaya ku menghampiri ku.
"ni maksu" lelaki itu memperkenalkan wanita itu. Kami bersalaman. Dia mengusap perutku dan tersenyum
"macam sebaya umur berapa" soalnya
"29.." ujarku
"eh sama.. yeay ada geng" dia memelukku. Makcik melintas dihadapan kami.Maksu diam dan tersenyum memandangku. Aku perasan dari tadi tiada siapa berbual dengannya.
"dah jalan jalan tengok kampung" soalnya
"belum" balasku
"jom maksu bawa.. kat sini pemandangan matahari terbenam cantik. " ajak nya. kami keluar dan berjalan ke hujung laman rumah dan duduk di bangku dibawah pohon kekabu.
"maksu ok" soalku apa bila wanita itu kelihatan sugul
"orkid mesti tertanya tanya kenapa dorang tak bercakap dengan maksu.. "aku diam
"maksu isteri baru paksu lepas dia bercerai dengan isteri pertamanya empat tahun lalu.. kami kawin dah dua tahun tapi masih takde anak. Paksu dengsn bekas isterinya ada tiga anak. Maksu mandul" aku terdiam. Berat ujian dia. Aku tahu dia juga bersedih kerana tidak dapat peluang seperti wanita lain.. tapi bukan kita untuk menilai sesama manusia.
"dorang tak suka dari awal lagi sebab maksu dari keturunan penari mak yong.. mereka keturunan bilal dan imam.. "aku memeluknya erat
"orkid ada.. kita geng berdua la" selorohku
" isteri Jat yang sorang tu mana"
"dorang dah bercerai" wanita itu terkejut
"bila..masak kau jat" telahannya
"dia tu pilihan mak jat.. orang kampung ni.. rumah di tu ha dekat jalan besar sana.. " aku risau. patut la ibu mertua ku memandang aku semacam.
"tapi tak pe.. maksu ada" kami tertawa.
Malam menjengah. Izzat seronok bertanya khabar keluarga. Aku sendiri di meja makan..tidak tahu apa yang mahu aku bualkan lagipun tiada siapa yang bertanya tentang aku. Aku diam dan tersenyum apabila mereka membicarakan sesuatu yang kelakar. Jam hampir pukul 9. Aku terfikir ayah dihospital memandangkan semua berada dirumah tiada siapa menemani.
"awak siapa yang jaga ayah dekat hospital" soalku.
"nurse" balasnya pendek.
"takkan takde siapa siapa teman abah" soalku lagi. Izzat bangun dari duduk nya dan melangkah masuk ke dalam rumah.
"siapa teman ayah." soalnya
"nak teman buat apa bukan nya budak kecik" aku tersentak.
"takde.." balasnya tenang dan tanpa gusar.
"awak hantar saya ke hospital.. saya nak teman ayah. " pintaku.
"awak nak jaga ayah dekar wad.. tak yah lah" ujarnya
"kesian ayah sorang sorang.. boleh la" pintaku. Izzat mengikut. Aku menghampiri katil ayah. Ayah masih belum tidur.
"eh Orkid buat apa dekat sini" soal ayah
"nak teman ayah la" matanya tampak berair.
"la tak nak nangis" usikku.
"dah banyak kali ayah masuk wad ini kali pertama ada orang temankan.. menantu pula tu.." matanya dilap dengan hujung lengan. Aku memeluknya lembut.
"Orkid teman dan jaga abah ya" ayah membalas pelukanku. Entah kenapa pelukan ayah terasa teramat tenang dan hangat. Terasa kasih seorang ayah. Aku mahu menangis tapi air mataku aku tahan. Kami bersembang hingga lewat malam dan dua kali ditegur jururawat. Aku gagahkan diriku tidur di kerusi malas walaupun tidak selesa. Bunyi mesin bingit membuat aku terjaga. Jam sudah enam setengah pagi. Aku bangun mandi. Abah yang masih tertidur aku selimutkan. Sejuk. Selesai mandi aku kemaskan katil dan duduk disebelah ayah. Aku menunggu hingga dia terjaga.
"ayah nak mandi" soalku.
"takpa kejap lagi nurse tolongkan" ayah mungkin malu.
"tak pe Orkid buatkan ya.. kita mandi dalam bilik air.. Orkid bawa kain salin untuk ayah" pujukku. Aku meminta bantuan jururawat untuk mengangkat ayah ke kerusi roda memandangkan aku tengah sarat. Selesai mandi aku rapi kan ayah.
"hensemnya ayah Orkid" ada senyum di bibirnya. Aku mendekatkan meja kearahnya dan menyuapkannya makan memandangkan ayah lumpuh sebelah kanan. Airmatanya mengalir lagi
"kenapa ayah nangis" soalku
"Allah hadirkan Orkid dalam keluarga ayah..ayah bersyukur sangat sangat.. terima kasih Orkid terima keluarga ayah" ujarnya
"Orkid yang patut bersyukur dan berterima kasih kat ayah dan keluarga sebab terima Orkid.. sekarang Orkid dah ada ayah baru" senyumku.Hiba dihati aku sembunyikan. Andainya dia ayah kandungku....
Share this novel