TERMAKBUL

Other Completed 29964

Selepas perisitwa malam itu aku dan Izzat semakin rapat dan hubungan kami hanya sekadar teman.. dan mungkin teman sebantal sekatil..untuk bercinta maaf kami sudah membuat perjanjian. Fikiran ku aku mahukan anak..zuriat yang lahir dari rahim ku. Aku tahu fikiran ku agak melampau dan terlalu kebaratan tapi jujur aku katakan aku sudah kecewa untuk mempunyai hubungan yang serius dengan mana mana lelaki. Aku habis kerja jam lima kerana aku pekerja pejabat bukan operasi. Izzat mengambil ku dari hotel dan pulang ke rumahnya. Aku mandi dan beraksi diranjang. Aku semakin selesa dengan cara hidupku tanpa fikir akan dosa pahala. Sebelah malam kami ke pub. Dia mengambil cocktail dan aku hanya jus. Kami menikmati malam malam kami gembira. memandangkan esok hari minggu kami berlibur hingga pagi. Habis berlibur di pub kami bersiar siar disekitar bandar. Dia membawaku ke tasik bandar. Keretanya diparkir dibawah pokok dan agak sunyi. Tangannya mula meliar masuk ke dalam skirt pendek yang aku sarung. Akhirnya kami beraksi didalam kereta.. tidak cukup dengan itu kami sambung di rumahnya. Bilik yang dahulunya dihuni dia dan isterinya kini menjadi bilik kami. Aku ketiduran didalam dakapannya.

Aku mula terasa mual.. period ku juga sudah lewat. Aku risau. Aku membeli alat ujian kehamilan dan tertera dua line merah terang. Aku mengandung. Aku gembira. Impian ku untuk memiliki anak termakbul. Izzat melihat alat itu turut gembira. Dia membawaku ke klinik untuk memeriksa kandunganku. Kandungan ku sudah berusia tiga minggu.. aku sudah bersamanya hampir dua bulan. Aku membuat buku bayi dan mengambil supplement untuk aku dan bayi.
"awak kita kawin" ajaknya.aku tersentak
"saya serius.. saya nak memperisterikan awak.. saya nak bertanggungjawab pada awak dan baby" ajaknya.
"tapi saya tak nak ada apa apa komitmen dengan siapa siapa.. lagipun kita dah janjikan.. " aku menolak secara baik.
"tapi awak dah kandungkan anak saya" rayunya
"ya tapi kita boleh besarkan dia macam parents lain yang separate.." aku masih mengelak.
"awak...please.. saya akan jaga awak" pujuknya
"awak nak ke kawin dengan orang yang awak tak cinta.. "ujarku.
"cinta lepas kawin boleh berputik kan.. " dia mahu memelukku
"hantar saya balik rumah saya" pintaku. Dia akur dan menghantarku pulang. Aku berkurung didalam bilik.Mata ku berpinar. Aku terasa mual.. alahan ku mula ketara.
"Kid kau ok ke tak ni" panggil Lia diluar pintu bilikku.
"aku ok.. " aku masih muntah muntah. Lia membuka pintu menggunakan kunci pendua. Dia mengurut belakang ku.
"kau nak aku tolong apa apa tak" soal Jes
"call Irene" jes menelefon Irene dan memintanya datang. Aku terbaring di katil.
"babe.. kenapa ni" soal Irene. Aku tidaK tahu dari mana mahu aku mulakan.
"you nampak pucat... you ok ke tak ni" soal Irene lagi
"aku pregnant " ujarku. Semua tergamam
"who's that guy.. " marah Irene.
"Izzat.. but dia ajak aku kawin tapi aku reject " semua melongo
"but why...ok la dia nak bertanggungjawab" soal Irene lagi
"aku memang nak baby...apa pun terjadi aku tetap nak baby ni.. tapi aku tak ready dan tak ada niat untuk menjadi isteri" Irene seakan tidak faham
"kau ni..pelik sangat ideologi kau" ujar Lia
"ya aku tahu.. aku tak semulia siti maryam melahirkan Nabi Isa tanpa bapa.. itu kuasa Allah.. tapi aku cuma nak anak tapi aku taknak bersuami.. dengan apa yang jadi.. aku jadi...entah lah aku nak cakap pun.. arrgghh. " sukar untuk aku luahkan.
"nanti kesian anak tu dilabelkan anak haram" ujar Jes
"that our mentally.. itu yang kita kena tukar.. baby ni tak salah.. yang salah aku.. I will fight for my baby sake..tapi itu lah.. damn.. aku confused..."luah ku.
"kali ni aku setuju dengan Jes.. for your baby sake you should marry him.. that the best way"aku diam.
"bukan senang kau nak survive sendiri dengan anak.. janda lain.. pernah ada suami.. tapi kau janda.. takde suami... gila bhaiii" Lia mencelah
"agree.. " Irene menyampuk.
"dah berapa bulan" soal Jes
"tiga minggu" ujar ku.
"we will be an aunty.. " sorak mereka. Aku tersenyum. Aku bersyukur kerana mereka menyokong aku walaupun kelakuan mereka tidak semenggah mana.

Pulang dari kerja Izzat mengambil ku seperti biasa.
"rumah awak ke rumah saya" soalnya
"rumah awak saya ada benda nak bincang" Izzat memandu keretanya pulang. Aku duduk disofa. Izzat bersiap selepas mandi.Aku berbaring disofa. Tiba tiba pintu rumahnya diketuk.. keadaan pintu yang terbuka memudahkan aku melihat siapa yang bertandang. Sekumpulan lelaki berkopiah berdiri dihadapan pintu.
"Izzat ada orang datang.. " tempik ku lalu berlari kebilik air kerana mahu termuntah. Izzat turun dari biliknya terus menuju ke pintu. Kami ditangkap khalwat dan dibawa ke pejabat agama.
Pegawai menelefon kedua ibubapa ku bagi memberitahu mereka akan kejadian itu
"kau dengar sini.. kalau kau nak kawin.. kau kawin.. tapi jangan nak menyusahkan aku. " ujar ibu.
"kau buatlah apa yang patut ayah tak masuk campur" ujar ayah. luluh hatiku mendengar kenyataan mereka. Ya salah aku.. aku telah memalukan mereka. Memandangkan Izzat masih dalam iddah dia perlu mendapatkan pengesahan poligami dari bekas isterinya.Mujur pihak pegawai agam tidak memaksa kami bernikah secara terus.

"korang nikah dekat thailand je lah" cadang Lia.
"betul.. korang nikah dulu.. balik sini kita buat kenduri kecik kecik dah la.. tak payah lah jemput family kau.. geram pula aku" marah Jes
"setuju.. korang nikah di thailand balik sini I support kenduri you" mereka berteriak
"kenduri dekat pub" selorohku
"hotak you.. restoran la...haishhh... " mereka berteriak lagi. Izzat tersenyum. Kami memohon cuti seminggu untuk proses pernikahan. Kami ke Songkla dan dibawa ke kedutaan Malaysia bagi mendapat keizinan untuk bernikah. Kami di nikahkan oleh kadi pejabat agama disana. Akhirnya aku sah menjadi isteri kepada Izzat. Irene, Jes dan Lia menangis kegembiraan.Malam pertama kami sebagai suami dan isteri terasa janggal.Ak duduk di hujung katil.dan aku memanggilnya. Dia menghampiri ku
"ada apa"soalnya lembut. Aku menatap matanya. tenang.
"saya tahu kita kawin sebab baby ni.. tapi saya akan cuba menjadi isteri yang baik untuk awak dan akan cuba bahagiakan awak.. tapi andaikata satu hari nanti awak jumpa dengan orang yang boleh bahagiakan awak sayang awak dan jaga awak lebih baik dari saya.. awak bagitahu saya..saya takkan halang..saya nak awak jujur dengan saya"luah ku ikhlas dari hati. aku tidak mahu mengongkong dia dalam mencari bahagianya. Padaku apa yang tertulis pada takdir ku itu yang harus aku tempuh.. dia.. baby..rakan rakan aku semua pinjaman. Andai kata suatu hari nanti akan berakhir aku terima.. begitu juga bahagia.. dia berhak mencari bahagianya kerana tiada manusia mahukan derita. Andai bahagianya bukan dengan aku..aku dengan rela dan terbuka hati melepaskan kerana aku tahu bagaimana rasa apabila kehadiran kau tidak didendang dan dikenali.. pergi kau.. tak dihalangi malah tak diingati...wujud kau bagai kabus pagi.. timbul tak diperlukan hilang tidak diendahkan.. aku sudah alami perit itu dan aku tidak mahu orang yang aku sayang merasa sebegitu. Itulah aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience