KEJUTAN

Other Completed 29964

Aku digantung kerja selama dua minggu kerana kejadian malam itu. Wanita dan suaminya membuat laporan aku menamparnya. Aku terima walaupun itu bukan salahku. Aku kebosanan. Aku berbaring disofa. Aku cuba mencari pekerjaan lain yang agak lebih stabil.. kata kata ibu terngiang ngiang di benakku. Aku mencuba bidang perhotelan mana tahu akan rezeki ku. Telefonku lirik.. Laptop ku lincah aku menaip resume. Kedengaran suara memberi salam.
"Tariq"aku terkejut melihat dia seakan tidak terurus. Aku menghampirinya.
"apa yang teruk sangat ni"soalku.
"manja.. boleh Abi tumpang mandi" aku berfikiran. Siapa ada dirumahku. Jes dan Lia.. Aku membenarkan dia masuk ke dalam untuk mandi. Aku menelefon Ilham meminta dia datang tapi panggilan ku tidak berjawab.

SAYANG SORRY AM DALAM OPERASI NANTI AM CALL

Aku menunggu Tariq di ruang tamu. Usai mandi dia keluar dari bilik air. Kelihatan lebam di wajahnya. Aku memberinya minuman..
"kenapa muka.. gaduh..." soalku
"biasalah lelaki kalau tak gaduh tak sah"selorohnya
"tak kerja hari ni" soalnya.
"cuti" balas ku. Lia keluar dari biliknya.
"wei kau buat apa dekat sini" soalnya.
"aku tinggal sini.. ni tuan rumah aku" balas Lia lalu duduk disebelah Tariq.
"Orkid ex aku...kan manja" ujar Tariq
"what a small world" Lia memandangku
"manja cari kerja baru ke" soal Tariq
"ha ah.. kot kot dapat yang better...hidup ni kena try and error tak boleh stay safe satu tempat je" balas ku..aku mengutip barang barang ku lalu masuk ke bilik.
"korang sembang la.. but Tariq jangan lama sangat.. nanti apa orang kata.
ini rumah anak dara" pesan ku. Aku masuk ke bilik. Aku memeriksa jawatan kosong. Aku berasa kurang selesa dengan kehadiran Tariq memeriksa ruang tamu ku... Tiada. Dia sudah pulang barang kali. Aku masuk semula. Irene menelefonku dan mengajak ku keluar. Aku bersiap dan keluar bersamanya.
"I nak pergi Cappadocia..nak ikut.. "Soalnya.
"wehhh..syok nya.. nak ikut.. sapa lagi pergi" soalku.
"I.. Jenny and Liona" ujarnya. Gadis gadis itu spesis biseks yang aku kenal...pernah Jenny cuba mencuba ku tapi dihalang Irene.
" bila nak pergi" soalku
"three day after.. pasport you hidup lagi kan" soalnya
"kau payung aku kan" usik ku
" I kan sugarbabe you" kami tertawa. Kami melilau disekitar bandar. Telefonku berdering.
"sayang ada dekat mana" soal Ilham.
"dekat luar.. kenapa..." aku menghirup air yang aku pegang
"ni jantan ni buat apa dekat rumah sayang" marahnya
"siapa" soalku.
"ex sayang" Tariq..aku ingatkan dia sudah keluar rupanya...Liaaaaa
"babe jom balik.. Ilham depan rumah aku marah marah ada jantan dalam rumah kami" aku kalut
"what.. shittt" marah Irene.

Ilham didalam rumah ku bersama Lia, Jes dan Tariq. Aku kalut masuk ke dalam.
"can you explain what happened" pinta Ilham
"explain what... " aku hairan
"Dia keluar dari bilik Orkid" ujar Ilham.. dia panggil aku dengan nama.. marah betul dia..
"mana Orkid tahu.. Tariq.. kau buat apa dalam bilik aku"marah ku
"Abi tumpang tidur.. " ujarnya
"kenapa bilik aku.. kan aku kata tadi kau tak boleh lama lama dekat sini.. " marah ku lagi
"abi mengantuk letih sangat.. abi nak tumpang bilik manja tapi manja takde. Lia suruh abi masuk bilik Lia" ceritanya
"dah dia kan ex Kid.. so Jes bagi la.. takkan nak tidur dengan kami" celah Jes
" kau toy boy Jenny kan.. "Irene mencelah.
"kau kenal dia.. " soal ku.
"kenal la. dia call boy..Jenny selalu langgan dia. " aku tersentak.
"sekejap ye.. Tariq ku ikut aku" panggil ku. Ilham memandang aku dengan marah. Tangan Tariq aku tarik. Kami berbual didepan pintu bilik ku.
"apa yang kau buat dan cuba buat.. call boy.. kau dah hilang akal ke" marahku
"manja nak abi buat apa nak survive dekat sini.. manja rasa gaji abi cukup nak tampung hidup dekat sini" ujarnya
"kau sorang je kot gaji kau takkan tak cukup" soalku.
"manja suruh abi bertanggungjawab dekat Ain ya... abi akan bertanggungjawab.. kami akan berkahwin tapi parent manja letak belanja dan hantaran tinggi sangat.. Abi tak mampu"luahnya
"kenapa tak bincang elok elok.. kenapa perlu buat semua ni" marahku lagi
"bincang.. manja tahu kan mak tiri manja dan adik manja tu macam mana. materialistik..kalau hitam..hitam la kata putus tak dapat nak ubah" ya mereka spesis materialistik. Aku juga tidak faham..apa yang dikejarkan mereka. Simpati ku pada Tariq mula membenih dalam hati.
"kalau tak sebab manja...abi takkan buat macam ni.. takkan kawin dengan dia.. tapi sebab manja.." aku diam. Rasa bersalah bercampur simpati.
"ni dia nak bersalin.. minta bersalin swasta tak nak government katanya payah kerajaan banyak soal" aku mati kata.
"ehemmm" Ilham berdehem.
"kau takkan nak bagi adik dan anak sedara aku mentekedarah duit haram kau" soalku.
"lantak la dorang yang minta" ujarnya. Ilham mendehem lagi. Aku menghampirinya. Aku diam
"you all please lepas ni don't simply simply bagi outsider masuk apa lagi guna bilik.. nasib baik ini ex Kid..what if kalau intruder.. "marah Irene. Dia memang bertegas akan hal melanggar privacy and rules. Jes dan Lia terdiam.
"kau.. jom aku hantar kau balik.. lama lama dekat sini masalah lain pula timbul." ujar Irene. Tariq mengikutnya. Ilham beredar. Aku mengejarnya. Namun gagal aku Mendapatkannya.Marah benar dia. Aku masuk ke bilik dan termenung ke syiling. Apa yang harus aku buat. Panggilan ku tidak berjawab..mesej ku tidak berbalas. Aku menangis semahunya. Otak aku serabut. Rasa bersalah pada Tariq.. marah pada Jes...Risau akan Ilham semua ada.

Perutku berkeroncong.Aku ke restoran mamak yang selalu aku lepak dengan harapan aku dapat berjumpa Ilham tapi kelibatnya tidak kelihatan. Aku kecewa. Aku pulang dengan kecewa. Belum habis kisah Tariq..kali ini sepasang kasut lelaki berada dihadapan rumah ku. Aku masuk ke bilik.Memandangkam bilik ku di hujung sekali aku perlu melintasi bilik Jes, Lia dan Ana.. Ada bunyi erangan manja dari bilik Ana. Aku tersentak. Tak mungkin gadis itu membawa masuk lelaki. Gadis sopan bertudung tak mungkin. Aku mengetuk pintu bilik Ana tapi tidak berjawab. Aku diam dan menunggu di ruang tamu. Tidak lama kemudian gadis itu keluar dari bilik dengan keadaan serabai dengan seorang tomboi. Aku tergamam.
"Kid.. "sapa Ana. Aku tersenyum.
"ini Zam.. " Ana mengenalkan ku
"aku kenal.. "Zam atau nama Zamzarina pernah mengamuk pada aku bila kekasihnya berpaling arah kepadaku namun aku tidak melayan kekasihnya kerana aku masih normal dan ketika itu aku bersama Irene.Kekasih gelapku.
"rumah kau ke" soalnya
"ha ah rumah aku..kau buat apa dekat sini" soalku
"jumpa awek la apa lagi" ujarnya. Dilehernya penuh dengan kesan gigitan.
"korang.. " Zam memeluk Ana lalu bercumbu dihadapanku tanpa segan. Aku terdiam. Ana yang berkemban dengam kain batik menutup dadanya dengan tuala namun tuala itu terselak menampakkan kesan gigitan di dada dan lehernya. Aku terpana.. kaku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience