Ilham menelefon ku berkali kali. Beratus mesejnya tidak aku balas dan aku baca. Kawalan ketat di kawasan kondo Irene menyelamatkan aku dari terus diganggu Ilham. Dia yang setia menunggu ku di pejabat di halang dari berada disitu kerana dia pernah menimbulkan kekecohan hanya kerana mahu bertemu dengan ku. Walaupun aku sedih tapi itu yang terbaik dari aku terus menyakiti hati kaum ku sendiri. Bungkusan yang sudah lama berada di laci ku aku buka. Aku seakan lupa dengan bungkusan misteri itu. Kotak kecil itu aku buka dan aku amati botol minyak wangi berjenama mahal itu. Baunya yang harum dan lembut itu menepati citarasaku. Nota kecil aku baca.
MISSED ME... I'LL SEE YOU SOON
Aku meletakkan semula minyak wangi itu didalam kotak. Aku cuak.. Aku buang bungkusan itu ke dalam bakul sampah dimejaku. Aku takut akan diguna guna kan lagi.. cukup lah aku bermuntah darah bersakit badan kerana dengki bekas maduku kepadaku dahulu.. aku tidak mahu lagi merasakan sakit akibat disihir lagi..Aku meneruskan kerja ku seperti biasa. Bungkusan itu masih disitu. Setelah masuk rehat aku melihat bungkusan itu telah tiada mungkin sudah dikutip tukang cuci. Aku lega.
"Orkid tolong hantar dokumen ni ke pejabat arkitek... "kertas tebal itu bertukar tangan. Ini kali pertama aku naik ke pejabat arkitek. Dekorasinya amat unik.
" boleh saya bantu" soal seorang gadis
"saya nak hantar dokumen ni.. " ujarku.
"untuk siapa ya" soal gadis itu
"maaf saya tak tahu tapi untuk office arkitek.. sini lah kan" soalku
"ya.. " gadis itu membelek kertas tersebut
"ok nanti saya pass pada arkitek.. ada apa apa lagi yang boleh saya bantu" soalnya
"takde..terima kasih... "aku terpegun melihat dekorasi pejabat itu.. cantik dan simple. Aku turun semula ke pejabatku.
"Orkid... orkid memang taknak ke minyak wangi ni" Soal kak Iti, tukang cuci syarikat kami.
"tak nak.. akak nak akak ambil lah" ujarku.
"wangi ni... betuk tak nak ni" soal nya lagi.. Aku hanya menggeleng.Wanita itu kelihatan gembira. Aku kembali ke meja.
LET'S WORK TOGETHER..TAK SABARNYA
Satu nota kecil tertampal di meja ku. Bulu roma ku mula meremang. Siapa yang mengintip ku.. kenapa dia mengintip ku.. atau adakah pengirim ini tersalah orang. Nota itu aku keronyok dan buang.
"psycho.."bisikku. Aku selesaikan kerja ku dan pulang seperti biasa. Aku menuju ke parkir.
RIDE SAFE OK.. SEE YOU TOMORROW
Aku segera menghidupkan motorku lalu beredar meninggalkan bangunan misteri itu. Aku rasa seakan diekori. Aku tidak selesa. Pintu rumah aku kunci.Aku termenung berfikir di sofa. Aku bermusuh dengan siapa.. siapa yang mahu kenakan aku.. arghhhh serabut.
"wahhh you ada admire... handsome tak... elok tak.. anak ikan tak" seloroh Irene ditalian
"kau ni.. anak ikan apa.. entah entah psycho..tak pun ah long minta aku jelaskan hutang Izzat mana tahu" aku berfikiran.
"mana ada Ah long nak hantar sweet notes macam tu.. you ni lah" tawa Irene lagi.
"apa apa jelah... takut aku dho.. "balasku.. Irene masih tertawa.
"apa apa pun.. if orang tu betul betul ada niat yang baik..dia ikhlas dengan you.. I'm happy for you.. and I harap dia akan hentikan segala duka dan tangisan you.. I hope he will makes you happy babe" luah Irene
" ye lah tu.. aku dah tua babe.. malas dah nak fikir pasal pasangan...cukup la dengan apa yang dah jadi... aku serik.. "pandanganku aku lepaskan ke luar jendela.
"kau tak jumpa sender tu lagi...kalau kau dah jumpa nanti takut tak lepas" sampuk Mika
" taik kau" kami tertawa.
Secawan kopi dan sebiji donat dari starbuck berada diatas meja ku.
DON'T SKIP YOUR BREAKFAST
aku memandang sekeliling pejabat.. tiada sesiapa yang kelihatan mencurigakan
" kak Iti ni sapa bagi " soalku
"entah.. pak guard yang bagi.. katanya untuk Orkid" aku turun ke bawah dan menemui sekuriti.
"saya tak tahu.. delivery datang hantar.. katanya untuk Orkid" aku makin hairan. Makanan itu aku berikan pada sekuriti itu. Aku takut untuk menjamahnya. Aku mula rasa tidak selesa untuk bekerja. Terasa seperti di perhatikan. Pulang dari rehat, diatas meja ku ada sebungkus kerepek pisang kegemaran ku.
SAYA TAHU AWAK SUKA MAKAN NI.. MAKAN TAU..
Aku memberikan kerepek itu kepada rakan sekerjaku. Hari hariku aku jalani dengan penuh misteri. Setiap makanan dan bungkusan yang aku terima aku berikan kepada rakan sekerja ku. Semua nota nota kecil yang ditampal dimejaku aku buang selepas aku membacanya. Dari takut aku sudah terbiasa. Pemberian dari penghantar misteri itu seakan hiburan. Aku tidak menerima pemberian itu tetapi aku nantikan pemberian itu. Pelikkan. Hari hariku menjadi semangat hanya kerana insan misteri. Aku seakan tertanya tanya apakah yang bakal aku terima keesokkannya dan kata kata apakah yang akan ditampal dimejaku. Dari aku buang kini ledger peribadiku penuh dengan kata kata dari insan misteri.
khabar sedih aku terima dari Aiman tentang Izzat yang diisytihar muflis kerana bisnes entertainmentnya tidak berjalan lancar seperti yang dijangkan. Semua asetnya dibekukan bagi melunaskan hutang. Dia juga dikhabarkan berhutang dengan lintah darat. Aku cuba menghubunginya namun gagal. Aku ke rumahnya tapi rumah itu sudah di sita. Aku mengambil cuti dan pulang ke kampungnya bagi bertemunya.
"ayah rindu Orkid" ayah mertuaku yang sudah pulih dari sakitnya kini boleh bergerak bebas. Dia memelukku erat bersama deraian air mata.
"Orkid minta maaf sebab lama tak jenguk ayah" ujarku. Tanganku digenggam erat ayah
"ayah minta maaf atas kelakuan Izzat pada kamu.. keluarga ayah banyak buat salah pada kamu" ujarnya
"Orkid yang salah.. orkid bukan manusia yang baik dan tak sempurna" ujarku
"kamu umpama permata cuma keluarga ayah je yang tak pandai menghargai permata macam kamu" pujinya. Aku menunduk
" Izzat mana ayah.. dia ada balik sini tak" soalku
"ada... dia buat bendang dekat kampung sebelah" ujar ayah
"Orkid nak jumpa dia.. Fifi mana.. "soalku lagi
"ada dekat rumah keluarga dia.. dorang kerap bertelagah akhir akhir ni.. pasal apa pun ayah tak tahu" aku terdiam
"tapi ayah bersyukur dia tak heret kamu dalam masalah ni.. biar jadi pengajaran untuk dorang... " luah lelaki itu
"Orkid baru tahu dari kawan... Orkid tak sangka sampai macam tu sekali..." simpati mula menular dihati
"orkid tak perlu kesiankan orang macam dorang tu.. apa yang dorang buat dekat Orkid lagi teruk... ayah malu dengan perbuatan mereka. " aku terdiam.Telefon ku berdering.Rakan sekerja ku meminta pengesahan penyertaan aku berhubung percutian yang dianjurkan syarikat pada hujung minggu ini. Percutian di Janda Baik itu menarik minatku. Aku pencinta Alam semula jadi terlalu ghairah dengan kehijauan.
"kamu cuti berapa hari ni" soal ayah
"malam ni orkid bertolak balik.. esok orkid kerja.. nak jumpa Izzat tapi dia takde pula..lain kali la Orkid datang" ujarku. Kedengaran motor berhenti di laman. Izzat pulang dari kerjanya. Bajunya dipenuhi lumpur. Comot. Dia membersihkan seluarnya di pili. Aku hanya memerhati. Sedih menjelma apabila melihat keadaannya yang tidak seperti dulu. Kulitnya hitam terbakar dek cahaya matahari.. jambang mulai tumbuh di wajahnya. Dia tampak kusut dan sedikit kurus.
"jat.. ni orkid datang nak jumpa kamu" panggil ayah. Aku berdiri agar kelibat ku dilihat Izzat yang tidak tahu akan kehadiranku. Izzat tidak mengendahkan ku. Dia beredar masuk ke dalam rumah tanpa menyapa ku. Tindakan kan itu sedikit menguris hati
Share this novel