HADIAH

Other Completed 30495

Hampir seminggu aku tidak menghiraukan Izzat. Aku sudah menjadi isteri derhaka. Makan minumnya tidak ku endahkan.Sarapannya ditempat kerja.. malamnya hanya bungkus. Lia dan Jes sudah berpindah. Aku masih belum ke rumah Mereka. Rindu ku pada Irene bertunas. Aku menelefonnya.
"hello babe.. I baru nak call you tapi you dah call I..telepathy kita kuat sangat.. macam mana dekat sana.. ok..baby.. ok" soalnya
"telepathy sangat.. sini.. sini.. ok salji baru turun malam ni jangka lebih lebat.. " seloroh ku..
"wow.. semenanjung dah salji ye.. "tawanya
"aku dapat baby boy" dengar teriakan Irene dihujung talian
"honey.. it's a boy.. Kid dapat baby boy" tempiknya.
"congrats Kid.. nanti pinjam untuk aku buat Kawan" sampuk Mika.
"boleh jerr" gembira Irene masih berbaki.. baby kenapa ayah tak segembira ini
"apa I nak beli dekat baby ya.. you due bila"
"end of next month... around five weeks from now"ujar ku..
"sempat kot kami balik umrah.. " ujar Irene
"kau nak pergi umrah.. wei bestnya" aku pula teruja. Aku juga berhasrat untuk ke sana tapi hasrat ku seakan sukar digapai.
"you nak pesan apa apa tak" soalnya
"takde apa.. cuma aku nak kau ada waktu aku bersalin nanti.. "aku mengesat hidungku yang mula berair
"InsyaAllah...kau ok ke babe" soalnya
"aku ok.. cuma aku rindu kau.. "tangis kami berderai..
"I ada something nak share.. "ujar Irene sebak
"apa dia" aku mengesat airmataku dan aku mendengar dengan teliti. Lama Irene diam
"babe.. "panggilku
"uitt... I mandul...and percentage untuk I mengandung is zero.. " terdengar esakan dihujungnya
"itu kata doktor..tapi kata Allah mana kita nak tahu.. kau banyakkan bersabar.. banyakkan berdoa.. kau nak pergi umrah kan..berdoa banyak banyak...lagipun sekarang kan dah moden.. Ivf kan ada.. kau dah try" aku cuba memujuk
"dah..but fail.. lepas umrah kami akan buat sesi untuk kesuburan then buat ivf sekali lagi. "ceritanya. kedengaran suara Mika sedang memujuk Irene.
"anak aku kan ada.. anak aku anak kau juga.. kau kata nak jadi mommy anak aku.. kalau kau ada anak sendiri.. anak aku takde la mommy.."seloroh ku
"bodoh you" tawa mereka dihujung talian. Aku tidak membatalkan niat ku untuk menceritakan akan kisah ku kerana apa yang dilalai Irene lebih berat dari ku..

Kedengaran kereta Izzat memasuki garaj rumah. Aku membuka tv lalu menontonnya. Aku tidak menghiraukan Izzat yang baru pulang. Dia duduk disebelah ku
"sayang masak tak.. "aku menggeleng.
"sayang.. jangan la macam ni.. cakap la dengan saya.. "pujuknya. Dia memelukku erat
"boy.. ummi tak nak cakap dengan ayah.. ummi marah ayah" tiba tiba kaki anakku menendang. Izzat terkejut.
"sayang.. dia tendang.. "Izzat menyelak baju dan dia melihat perutku yang berparut.
"boy.. ummi tak sayang ayah kan" kaki nya menendang lagi. Airmata Izzat mengalir.
"sayang...dia bergerak.. "diusap perut ku lembut dan dicium berkali kali. Aku diam.
"awak jual rumah tu berapa.. "soalku
"400k.." balasnya
"kereta 320.. baki..mana" soalku.
"ada.. saya guna buat bayar loan rumah bagi habis ada lagi 45.." jawabnya
"saya nak amik nak bagi mak dengan ayah saya.. sebab tu hak saya dorang patut rasa." jawabku
"ok kejap lagi saya transfer" lalu dia naik ke atas. Aku masih menonton tv. Telefonku berdetak. Notifikasi dari bank. Izzat telah memasukkan duit kepadaku 15 ribu. Aku geram tapi aku malas memanjangkan cerita. Aku diam
"sayang jom...kita makan seafood" ajaknya. Aku menurut.. penat untuk aku bertekak kebetulan aku lapar.. aku bersiap. Dia membawa ku ke restoran terapung...suasana romantis bagi pasangan lain tapi tidak padaku.. Selera ku tidak boleh menerima makanan disitu. Aku hanya menghirup tomyam dan memgunyah timun. Dia mengajak ku berjalan ditepi pantai tapi aku tolak baikdew dew dew kerana aku sudah tidak larat untuk berjalan.

Aku mandi dan bersihkan diri. Aku berbaring dikatil. Izzat didalam bilik air.. telefonnya berdetak. Mesej dari seseorang

ABANG.. LUSA JANGAN LUPA.. DAH JANJI KAN

>wife<

aku hairan.. bila masa pula kau hantar dekat dia
Aku tertanya tanya. Aku biarkan. Permainan apa yang sedang di mainkannya. Aku kembali berbaring.. dan terlena. Tidur ku diganggu dengan sayup suara ketawa. Aku mencari tahu punca.. Aku mendekati bilik kerja Izzat. Dia sedang berbual di facetime. Aku cuba melihat siapakah gerangan wanita itu.. Apakahhhh..
Aku masuk kebilik dan kembali tidur. Leher ku dikucup.. Aku tersentak. Izzat yang tidak berbaju sedang menjamah setiap inci tubuhku.
"awak...tak boleh.. saya tak larat. " pintaku
"awak layan je biar saya main.." aku mengelak.
"awak..saya tak selesa.. " rayuku namun tidak diendahkannya. Tusukkannya di faraj ku menyakitkan perut ku. Aku menangis. dia meninggalkan ku sendiri dikatil. Tubuhku tidak kuat untuk bangun aku gagahi dengan linangan airmata. Izzat hilang entah ke mana. Aku menggagahkan langkah ku untukke bilik air. Aku rasakan sesuatu mengalir di kaki ku. Darah..Aku hampir pitam. Aku masuk ke bilik dan menyarung pakaianku. Aku menuruni anak tangga dengan hati hati.. aku mencapai kunci dan menuju ke kereta. perutku mula sakit. Aku menangis. Aku menelefon Ilham tapi tidak berjawab. Aku tiada pilihan selain dari Ilham. Nombornya aku dail
"Am tolong Orkid " pintaku. Ilham kedengaran cemas. Mataku seakan kelam.

Aku terbaring dihospital. Ilham yang duduk disebelah ku merapatiku
"awak ok.. apa yang jadi.. " soalnya
"baby... baby.. " soalku
"baby ok.. ni" tanganku diletakkan diperut ku. Aku lega. Seorang doktor menghampiri kami.
"Puan dalam keadaan puan sekarang...puan kena berhati hati.. nasib baik puan cepat datang ke hospital kalau tidak....encik saya harap lepas ni jangan terlalu berkasar dalam permainan.. saya tahu kita bila dah asyik kadang sampai rakus.. tapi kena ingat.. dia boleh meragut nyawa kalau silap langkah" Ilham tergamam.. Mukanya merah.. Aku terdiam.. Aku dan Ilham berpandangan.
"apa dia buat dekat Orkid" Ilham seakan berang .Aku diam. Hanya linangan airmata membalas soalan Ilham.
"Orkid... awak tak bahagia kan" tekaan Ilham menyentak hatiku.
" dia rogol Orkid" soalnya
"kenapa pula dia nak rogol orkid.. kami suami isteri" ujarku
"ya.. korang suami isteri tapi kalau Orkid tak merelakan dan dia mengunakan kekerasan dan paksaan hingga mencederakan itu dikira merogol." ujarnya geram
"ni.. ni..apa ni" lebam di tangan dan leherku di tunjuknya. Ya Izzat memaksa ku melakukan hubungan dengannya..jika aku mengelak dia menampar dan mengigit ku ada kalanya dia meramas anggota badan ku kuat agar aku memberi reaksi. Aku diam. Hanya mampu menangis.

Semalaman aku dihospital Izzat tiada tanda tanda risau atau mencariku. Telefonku tidak berdetik. Dia tidak risau atau dia tidak perasan. Aku pulang ditemani Ilham. Aku malu padanya. Sungguh pun silapnya mengguris hatiku tetapi perhatiannya padaku bak permaisuri.. Setiba dirumah kami bertembung dengan Izzat yang sedang mencuci kereta. Aku turun dari dan masuk ke laman.
"kau ke mana semalam.. tak puas lagi aku bagi kau...kau cari ex kau pula" marahnya
"saya masuk wad semalam.. bleeding" ujarku. Ilham yang melihat situasi itu turun dari keretanya.
"kau tak bagitahu aku pun.. " soalnya
"saya call awak banyak kali tapi awak tak angkat" ujarku
"aku tak angkat call....then kau guna alasan tu untuk kau keluar dengan jantan ni" marahnya
" I have no choice...saya dah sakit sangat..tak boleh nak drive.. bleeding.." jelasku lagi.
"bro.. kau kalau tak mampu membahagiakan kau jangan jadi dayus bro.. " Ilham bersuara
" dia isteri aku.. kau ex dia.. dan kau pun curang dengan dia nak nasihat aku" herdiknya. Leher baju Izzat dicekak Ilham.
" ya aku pernah buat silap dan kesilapan aku tu dah menyeksa dia sekarang... dan aku takkan ulang kesilapan yang sama untuk kedua kalinya.. kau kalau hanya nak seksa hidup dia.. baik kau lepaskan dia bro" marah Ilham
"lepaskan dia.. lepaskan dia untuk kau.. huh...dah ludah nak jilat balik" perli Izzat. Genggaman kolar bajunya direntap
" aku tak kisah kalau aku jilat ludah aku sendiri sebab once aku dah bersihkan kesan ludah tu.. aku akan pastikan kesan itu bersih dan wangi.. aku cuma takut ludah kau yang berbau bangkai" Aku mula cuak melihat mereka bertegang urat.
"kau lepaskan dia kalau kau tak tahu hargai dia" ujar Ilham lagi
" lepaskan dia untuk kau.. memang tak...kau pun pernah kecewakan dia.. " balas Izzat
"lepaskan dia bukan untuk siapa siapa.. tidak kau dan mungkin bukan aku.. tapi aku tahu sekali lafaz kau beri pada Orkid ramai lagi lelaki yang boleh jaga dia lebih baik dari kau.. dan aku.. jangan kau seksa dia sial.. " Izzat yang berang mahu menumbuk Ilham tapi dihalang aku
"korang sama je takde sorang pun jaga hati Orkid.. dua dua curang dengan Orkid.. so stop war war hidup Orkid" aku melangkah masuk. Aku terus ke bilik baby. Aku melepaskan marah ku disitu.

Izzat menghampiri ku yang sedang menonton televisyen.
"sayang.. malam ni kita bertolak balik kampung.. esok birthday ucu.. Ibu suruh kita balik" aku diam
"dengar tak saya cakap ni" soalnya.
"lusakan awak kerja" soalku
" eh tak saya amik cuti dua hari..esok dengan lusa " keropok ditangan ku dijamahnya.
"memang kena balik ke macam mana.. wajib ke.. setiap kali ada occasion wajib balikk.. tak kira keadaan macam mana skalipun.. " soalku.. Izzat tidak pernah mengatakan tidak pada keluarganya. Setiap kali keramaian harus pulang.. jika ibunya menyuruh dia bagaikan lembu dicucuk hidung. Aku diam di dalam kereta. Radio pemecah sunyi. Izzat cuba berceloteh tapi aku melayannya acuh tidak acuh. Kereta kami berhenti disebuah perumahan. Bekas isterinya beserta beg pakaiannya masuk ke kereta kami. Aku terdiam. Dan paling aku tidak boleh terima kenapa harus aku yang menukar tempat duduk. Aku disuruh duduk ditempat belakang. Aku malas memanjangkan cerita aku berbaring di tempat duduk belakang dan dan aku tidur.

Rumah mertuaku agak meriah dengan hilai tawa saudara mara. Harijadi ucu disambut meriah malam itu. Manakan tidak seekor kambing tumbang hanya untuk adik ipar ku. Izzat labur banyak untuk majlis yang bagi aku membazir. Semuanya hasil duit jualan rumah sewaku. aku tidak menyertai mereka kerana aku ibarat orang gaji.. dari penyediaan makanan hingga ke menghidang.. pinggan mangkuk semua aku. Maksu tidak hadir kerana tidak dijemput dan dia juga sedang bercuti ketika itu.. aku sendiri tiada teman. Ayah uang berkerusi roda menghampiriku. Kerusi roda automatik aku belikan bagi memudahkan pergerakannya.
"Orkid pergi masuk bilik.. biar ibu dengan angah buatkan..hari ni hari jadi ucu.. biar dia yang berpeluh.. nak sangatkan sambut meriah" ujar ayah.
"takpe ayah Orkid boleh buat.. lagipun Orkid tak paham sangat dorang sembang.."tawaku. Ayah tersenyum. Aku berbual dengan ayah.Kami terkejut dengan kehadiran bekas isteri Izzat. Aku tidak tahu bahawa dia juga dijemput.
"thank you kak long... Ucu dah lama nak smart watch ni.. " ucu memeluk bekas isteri Izzat. aku diam. Ya aku tidak membeli apa apa untuk dijadikan hadiah tapi wang ku sudah habis untuk majlis itu..aku bukan mengungkit tapi aku terkilan hak aku diguna sesuka hati..
"ucu nah hadiah ucu" Izzat mendorong sebuh motorsikal baru. Aku tergamam.
"abang... terima kasih" ucu gembira tapi tidak aku..
"mana Izzat dapat duit banyak tu" soal ayah.
"kami kumpul lama mana nak boleh beli motor ni" tipu ku.
"Orkid ayah tahu orkid tipu ayah.. cerita hal betul.. kereta tu kereta baru.. beli cash... majlis ni lagi.. motor tu lagi.. cash.. " Izzat memberi tahu ucu bahawa motor itu dibelinya secara tunai. Aku diam dan hanya mampu bersedih tanpa air mata.
"dalam sebulan dia boleh beli semua ni.. Orkid cerita dengan ayah" aku tidak tahu bagaimana hendak aku mulakan.
"izzat jual rumah sewa orkid" ayah tergamam.
"dia jual.. orkid tahu? " soal ayah. aku menggeleng..
"orkid tahu lepas dia beli kereta tu lepas tu penyewa beri tahu rumah tu nak dinaikkan sewa sedangkn Orkid tak pernah naikkan sewa.
"melampau si Jat ni" Ayah pergi ke ruang tamu.
"Jat ayah nak kau pulang balik motor ni.. ambil balik duit motor ni" tempik ayah
"kenapa pula.. ni hadiah abang untuk ucu" balas Ucu keras.
"ha ah.. awak dah kenapa bang" marah ibu
"kau amik mana duit untuk semua ni.. kereta kau baru tak sampai sebulan kau pakai.. beli cash.. majlis ni lagi.. semua kau tanggung.. motor lagi..cash.. banyak duit kau" marah ayah.
"ayah tak pe.. Orkid halalkan" bisikku.
"ni dengar cakap menantu dia la tu.. berkira sangat la dengan adik ipar" herdik ibu. aku diam. tetamu mula beransur pulang.
"kau kan semenjak kau datang dalam keluarga ni.. kami tak pernah aman.. " tempik Ucu.
"kau jangan nak biadap ucu.." marah ayah.
"aku tanya jat mana ku dapat duit beli semua ni"tengking ayah lagi.
"jat jual rumah"semua tersentak
"jat jual rumah.. ni mesti kau kan hasut jat suruh jual rumah tu.. nak beli kereta baru.. kau selera besar tapi pemalas" herdik ibu.
"jat kau jual rumah apa.. jelaskan betul betul.. " tengking ayah lagi
"rumah sewa Orkid.. rumah tu orkid beli sebelum kami kawin.. dia sewakan..jat jual untuk beli kereta baru... majlis ni.. motor ni semua guna duit tu" ceritanya
"dia mesti tahu yang jat nak jual rumah tu.. kalau tak takkan jat boleh jual" herdik ibu lagi.. aku menangis.
"orkid tak tahu pun jat jual rumah tu... majlis ni.. motor ni.. dia pun tak tahu.. kereta tu dah berapa kali kau bawa isteri kau jat" soal ayah lagi
"jat curi geran tu.. jat jual dekat member jat.. kereta ni jat yang nak beli.. orkid jarang naik kereta ni sebab dia ada kereta sendiri.. " jelas Izzat
"kau jual rumah tu kau bagi tak dekat dia.. geran keta nama siapa" soal ayah lagi
"jadi bagi 15k semalam.. geran kereta nama jat" ayah meluru kearah Izzat dan mengetuknya dengan tongkat.
"kau lansam duit dia...kau buat macam harta kau. " marah ayah. Aku meleraikan.
"korang kata dia kedekut.. dia berkira.. hasil dari jual rumah dia hanya dapat 15k..adil ke untuk dia.. rumah tu jat takde hak langsung tapi dia diam.. majlis ni.. dia jadi orang gaji.. jamah pun tidak tapi duit dia korang guna.. motor ni.. cash 17k... lebih dari apa yang dia dapat patut ke.. korang tak malu.. " marah ayah. Aku dan yang lain diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience