PENGAKHIRAN

Other Completed 29964

Hubungan tiga bulan kami hampir ke penghujungnya. Aku dan Bani masih tiada kata putus. Ura ura dia akan berpindah ke Canada sudah menjadi bualan. Dia langsung tidak mengendahkan ku apatah lagi mahu bercerita dengan ku akan hal itu.
"tu la kau.. jual mahal sangat.. tengok apa dah jadi" ujar Damian
" entah you ni.. Bani tu I tengok layan you baik.. elok dia jaga you.. come on la babe takkan takde sikit perasaan sayang dekat dia" soal Irene.
"aku tak tahu la.. bagi aku biasa je.. nak kata fluttering ada la sikit tapi tak beria lah.. argghh aku pun tak tahu.. malas malassss... " aku menongkat dagu. Irene dan Damian merenungku tajam
"you masih sayangkan ex you ke" aku menoleh kearah Irene
"ex.. siapa" soalku kembali.
" Izzat.. or Ilham" ujar Irene.
"weiii please... aku tak pernah terlintas pun pasal tu.. " hatiku juga tidak senang duduk dengan perubahan Bani.. tiada lagi latte di pagi hari.. tiada lagi mesej ingatan semenjak hubungan kami dingin berlanjutan hingga sebulan. Aku tidak tahu bagaimana untuk aku luahkan rasa bersalah ku.
"habis tu.. kita orang nak kau happy itu je.. kau tu.. keras hati" ujar Damian
"kenapa aku keras hati.. sebab apa yang jadi.. kau rasa aku boleh lupakan semuanya macam tu je." ijarku. Aku menyedut minuman ku perlahan lahan.
"kita orang tahu tapi kau tak boleh convert kan semua lelaki ni sama... kau bagi peluang.. untuk dia dan untuk kau.. " ujar Damian lagi
"betul.. I setuju dengan Damian.. you yang tutup hati you untuk bahagia...you yang tak boleh move on" kata kata Irene buat aku terdiam
"korang tak pernah ada disituasi aku korang senang lah cakap.. dia muda lagi dari aku.. korang rasa aku tak malu ke.. kalau kata kami kawin dia nak anak.. aku tak boleh bagi dia anak..."marahku
"bab anak korang boleh bincangkan.. " nasihat Irene
" bincang.. at the end.. isu anak dibangkitkan then cerai lagi.. menjanda lagi...aku bukan toys.." marahku
" kepala otak kau memang cetek la Orkid.. " marah Damian. Kami diam seribu bahasa.

Kelibat Bani tidak kelihatan sejak beberapa hari ini..tiga bulan hubungan kami hampir berakhir. Pejabatnya ku jengah.. namun dia tiada. Hati ku mula tidak keruan. Sakit kah dia.. atau sudah berpindah ke Canada kah dia. Aku mula berfikiran sendiri. Aku melilau sekeliling kota raya tanpa tujuan. Aku bosan lalu pulang ke rumah. Ada sekeping nota kecil ditampal di pintu rumahku.

JUMPA SAYA DEKAT PARKING

Bani..aku bergegas turun menuju ke parkir. Bani berdiri di tepi tembok. Aku menghampirinya
"saya nak tamatkan hubungan kita..disini dan hari ini.. " aku tergamam
"saya takkan ganggu awak lagi dan saya takkan paksa awak lagi" ujarnya
"tapi kenapa" soalku. Bani sudah membenciku?.. atau dia sudah punya penggantiku
"sebab saya tak nak memaksa dan tak nak mengharap.. awak terlalu gah untuk saya capai" ujarnya
" pula dah.. merajuk sampai nak end bagai.. " selorohku
" saya tak merajuk tapi saya rasa cukup lah saya terkejar kejar awak yang tak pernah letak saya dalam hidup awak" ujarnya lagi
"ni mesti sebab nak pergi Canada kan.. " aku mencuba. Aku sebenarnya ralat dengan kata katanya.. aku tidak mahu kehilangannya tapi dalam masa yang sama aku takut kisah hitam berulang lagi. Aku takut akan disakiti lagi.
" mungkin juga... tapi itu bukan lah yang paling penting.. saya cuma nak satu hubungan yang sahih.. bukan tergantung macam ni.. " aku diam.
"awak...buat saya tergantung.. saya serius dengan awak tapi awak.. entah lah nak cakap macam mana.. serabut" ujarnya sambil menraup wajahnya
"complicated kan.. ya memang hidup saya complicated...saya terima keputusan awak.. kita end up disini.. saya pun takkan cari awak dan saya pun takkan ganggu awak.. kita buat life kita masing masing... by the way thanks be my man untuk tiga bulan ni" aku beredar. Sedih.. sudah tentu aku sedih.. aku sudah mula sayang padanya namun dia punya hak untuk bahagia.. masa depannya masih jauh. Aku tidak mampu membahagiakannya kerana diri aku sendiri dalam derita.

Aku masih bekerja disitu dan perihal Bani langsung tidak aku ikuti. Aku buat hal aku.. malas nak busy body. Aiman akan berkahwin tidak lama lagi.. aku dan Damian sudah berjanji akan menghadiri majlisnya. Aku mencari hadiah yang sesuai untuk Aiman. Dalam aku meneliti barang untuk aku jadikan hadiah aku terserempak dengan Ain.. adik ku.
"amboi kau...elok pakaian" soalku
" kau sibuk pesal.. " marahnya
"kau buat apa dekat sini.. " soalku lagi
"kerja la.. tapi hari ni aku cuti.. " balasnya.
"kau kerja mana.. lama dah kau kerja dekat sini.. " aku mula menyiasat. Ain sudah banyak berubah. Pakaiannya terlampau menjolok mata.
"ada lah area sini juga" ujarnya
"tak pe kau nak berahsia.. sini makanan aku.. tak jumpa takpe...tapi bila aku jumpa ku nak pula kau buat benda tak senonoh.. aku cincang kau" marahku lalu aku beredar. otakku mula ligat menyiasat. Aku kembali masuk ke kelab malam..snooker dan karaoke hanya mahu mencari tahu kegiatan adikku. Aku tidak mahu dia tersungkur seperti ku memandangkan dia punya anak bersama arwah Tariq yang dijaganya hingga kini.
"kau.. ikut aku"aku menarik tangannya lalu aku membawanya keluar.
"sakitlah.. "marahnya
"ini kerja kau.. kau dah buang tebiat ke" marahku
"chill la... aku hanya kerja.. alah kau pun macam tak pernah masuk tempat macam ni" aku seperti mahu menamparnya tapi aku tidak berdaya. Ada benar katanya.. Aku bukan manusia sempurna
"tapi itu aku bujang.. kau..kau dah ada anakkan.. kau tak malu ke.. " marahku lagi
"nak malu apa.. dah kerja ni yang aku boleh buat.. nak harapkan mak.. dia pun tak amik tahu hal cucu dia" aku terdiam. Aku hanya mendengar luahannya. Aku masuk semula ke dalam pub bersamanya namun ketenangan aku tidak lama apabila polis membuat pemeriksaan.
"Orkid tolong aku.. tolong jaga beg aku.. aku nak tandas" ujar Ain.. Aku mengambil begnya dan aku pegang. Ain masuk ke dalam tandas lalu memuntahkan semua isi perutnya. Aku menanti di meja hingga giliran aku tiba untuk diperiksa
" maaf ni bukan beg saya.. ni beg adik saya" aku tidak memberi beg Ain ke pada polis tersebut dan akhirnya berlaku pertelingkahan. Ilham yang menyertai operasi itu menghampiri kami
"ni bukan beg saya.. ni beg adik saya.. awak nak check tunggu la dia.. "ujarku
"adik awak dekat mana" soal Ilham
"toilet" ujarku
"kami baru periksa takde siapa pun dalam toilet.. " aku terdiam. Ilham mengambil beg Ain yang aku pegang lalu memeriksa. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat sepaket heroin dan sepaket syabu serta beberapa pil khayal didalamnya. Aku terduduk. Ain sudah hilang entah ke mana. Berita aku ditahan dilokap sampai ke telinga Irene,Izzat dan Bani.
"babe you jangan risau I akan cari adik you sampai dapat...celaka punya adik" marah Irene
" tak pe babe.. aku dah jumpa dengan dia kelmarin...dia ada anak yang harus dijaga babe.. aku dah takde siapa siapa.. biarlah aku je yang dekat dalam ni" ujarku
"what.. kau deal apa dengan dia.. " marah Irene
"aku mengaku itu barang aku.. dia janji dia akan berubah dan jadi ibu yang baik untuk anak dia.. " ujarku
"apa punya bodoh you ni.. no... I akan hired lawyer untuk you.." ujarnya
"tak perlu.. aku tetap dengan pengakuan aku.. barang tu milik aku.. aku rasa ini yang terbaik untuk aku.. aku dah taknak susahkan siapa siapa" ujarku
"you boleh percaya ke yang dia akan berubah" marah Irene lagi
"InsyaAllah...aku hanya mampu berdoa untuk dia" ujarku. Irene menangis dihadapanku bertembokkna kaca tebal. Telefon ku aku letak kerana masa untukku masuk ke sel tahanan semula. Aku sudah tidak mahu hidup seumpama bangkai dari bau hingga ke jasad...menyusahkan orang lain.. Aku mahu hidup sendiri dan tenang..
"awak.. saya minta maaf saya tak bermaksud nak berpisah dengan awak.. saya nak putus dengan awak sebab saya nak melamar awak jadi isteri saya yang sah.. sayang please.. kita fight ok. " pujuk Bani.
"saya tetap dengan pendirian saya.. saya bukan jodoh awak.. saya bukan pemilik rusuk kiri awak" ujarku
"tapi saya sayang awak.. saya nak awak jadi isteri saya" rayunya lagi
"maaf... saya tak boleh.. saya taknak awak terima malu ada isteri bekas banduan dadah" ujarku lagi. Bani tidak henti henti merayu ku tapi aku tetap dengan keputusanku. Izzat dan Ilham juga memujukku agar aku mengubah pengakuan tapi aku.. tetap dengan keputusanku. Aku mahu bersama anak anakku yang aku rindui.. Aku terlalu rindu mereka.. hidup aku tiada makna tanpa mereka. Aku dijatuhi hukuman gantung.Walaupun keputusan itu mengejutkan aku tapi aku redha dan terima seadanya. Aku sudah tidak punya daya untuk berada diatas muka bumi ini lagi.. Ain.. alhamdulillah dia menunaikan janjinya. Dia kini menjadi guru tadika. Aku tumpang gembira sekurang kurangnya dia tidak memalukan keluarganya. Ilham meminta ku untuk memohon rayuan pengampunan Yang Di pertuan Agong tapi aku tolak mentah mentah.. aku terima keputusan mahkamah dengan sebulat suara. Irene dan yang lain tidak jemu menjengukku. Mereka kerap melawatku dipenjara. Bani masih dengan rayuannya untuk memperisterikan aku.. Maaf Bani.. aku bukan perempuan yang ditakdirkan untuk bersama kau.. Izzat...membuka kisah kami.. hanya kisah indah dibualkan. Aku gembira melihatnya kini bahagia dengan hidupnya.Dia sudah bercerai dengan Fifi dan hak penjagaan anak diberikan kepadanya apabila Fifi sekali lagi curang dengannya. Aku masih menanti hari hukuman gantung untukku. Aku semakin tenang disini kerana hari hari ku dihabiskan dengan al quran.. tiada lagi cerita dunia. Aku hanya menanti hari kematian

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience