SENDIRI

Other Completed 29964

Sudah sebulan Rizki meninggalkan ku. Aku sunyi. Biliknya aku jengah bagi melepaskan rindu. Barang barangnya masih tersusun rapi. Aku menyesal meninggalkannya sendiri. Aku ibu yang tidak berguna. Gadaikan nyawa anak hanya kerana maruah. Aku manusia bodoh.. monologku sendiri. Aku menangis. Kehidupan ku sedikit kusut. Aku seakan hilang arah. Aku lebih banyak habiskan masa diluar kerana andai aku pulang..tingkah Rizki bermain dimataku. Aku sedih. Izzat jarang menelefonku kerana sibuk dengan bisnes baru mereka. Dia akur dengan keputusan ibunya. Kehendak Angah dan Fifi diturutnya. Sesekali dia menelefon dan menjengahku bertanya khabar. Aku menjawab seperti biasa. Tiada lagi keperluan untuk kami bertemu lagi.. pencantum hubungan kami sudah tiada keduanya. Aku sendiri.. selesa begini...habis kerja aku pulang sebentar dan keluar melilau hingga lewat malam dan pulang sekadar untuk tidur. Aku tiada arah tuju. Rumah ku seakan satu hukuman buatku.. Aku takut dengan rasa bersalahku pada Rizki. Fikiran ku makin serabut apabila aku dikaitkan dengan keretakkan rumahtangga Ilham dan Nadia. Aku seolah menjadi orang ketiga. Aku berhenti bekerja disitu. Aku kembali ke dunia lama ku.. aku menjadi pelayan di sebuah bar.

Aku semakin selesa dengan duniaku sendiri..Izzat seakan hilang dari ingatanku. Panggilannya aku tidak jawab.. mesejnya aku tidak balas. Ilham.. entah la.. malas aku mahu berbicara tentangnya. Irene mengajak aku tinggal bersamanya. Pelawaannya aku tolaj dengan baik kerana aku tidak mahu menyusahkannya. Aku kembali merokok..tapi hanya sekadar itu. batasan ku masih aku tahu. Aku pulang pukul 2 pagi. Rumahku seakan sunyi. Bilik Rizki aku jengah sebentar mengubat kerinduan. Aku mandi dan tidur selepas selesai solat subuh. Tidurku diganggu dengan ketukan dipintu. Izzat. Pintu rumahku aku buka. Dia melangkah masuk dan menarikku ke dalam pelukkannya.
"sayang pergi mana..call tak jawab.. mesej tak balas... rumah kosong sunyi takde orang.. sayang pergi mana" risaunya
"kerja la" balasku.
"kerja dekat mana.. saya pergi sekolah dorang kata sayang dah berhenti" soalnya
"keje dekat pub dekat pekan" Izzat tersentak
"kenapa kerja dekat situ.. dah takde kerja lain ke yang awak boleh buat" marahnya
"kenapa malu.. awak dah lupa ke saya pun awak kenal dekat situ.. saya awak kutip buat bini pun dari situ" balasku
" itu dulu.. sekarang takkan nak ulang lagi.. now you are my wife orkid" tengkingnya
"wife.. kau buat aku bergantung tak bertali macam ni..kau kata wife.. Rizki meninggal ada kau jenguk aku.. kau sibuk dengan Fifi dan bisnes kau.. aku.. menangis teringatkan anak ada kau kisah..hidup aku caca merba ada kau kisah.. mana kau time aku perlukan kau"luahku
"sayang..saya minta maaf.. saya tahu saya salah.. tapi tak bermakna saya lupa kan awak.. awak yang jauhkan diri awak dari saya" jelasnya
"ya aku nak jauhkan diri aku dari kau.. sebab bagi aku cukup la.. aku nak hentikan derita aku sampai sini.. aku dah taknak hidup dalam airmata dan meratapi salah sendiri.. aku nak hidup macam orang lain...bahagia macam orang lain"luahku lagi
"kita boleh bahagia dan akan bahagia.. Saya janji dengan awak.."pujuknya
"janji.. bullshit Izzat..sebelas tahun aku pendam semuanya.. sampai Allah amik balik apa yang dah Allah amanahkan pada aku hanya kerana aku bodoh percayakan lelaki yang depan aku ni akn bahagiakan aku...sayang aku macam mana aku sayang dia.. tapi aku silap.. kau nampak aku bila kau kusut dan susah.. bila kau senang.. kau hanya nampak mahligai indah yang bukan milik aku" aku luahkan semuanya
"bukan macam tu... Izzat sayang Orkid.. Izzat nak hidup dengan Orkid.. tapi bagi Izzat sedikit masa lagi.. kita boleh hidup bersama balik" pujuknya
"hidup bersama balik...dengan fifi.. dalam satu bumbung.. sorry.. aku tak nak.. ini life aku.. rumah aku..kau tak nak kau boleh pergi" balasku
"jangan macam ni.. Izzat sayang Orkid.. Izzat tengah usaha cari rumah selesa untuk Orkid.. kita stay together ok" aku tersenyum sini
"cari rumah elok ikut selera kau.. habis nanti aku yang settelkan semua.. kalau kau nak kita stay together kau tinggal lah dekat sini.. "provok ku
"sayang... jangan macam ni.." rayunya. aku diam
"sayang berhenti kerja.. Izzat bayarkan sewa dan bagi sayang duit belanja semua.. janji saya berhenti kerja situ.. Nanti dah settle semua Izzat datang sini duduk dengan sayang" pujuknya lagi
"kau buat dulu baru aku buat apa yang aku rasa patut.. aku dah tak nak mengharap.. sebab selama ni kau yang ajar aku berdikari.. semua aku sendiri.. so kau rasa aku nak dengar dan percaya ke dengan kata kata kau" marahku
"ok nak kerja kerja tapi bukan dekat situ.. Macam mana saya nak buktikan yang saya akan buat apa yang saya kata kalau awak tak bagi saya peluang" marahnya
"aku tak bagi kau peluang... berapa banyak peluang yang kau nak Izzat.. sebelas tahun.. aku bagi kau terlalu banyak peluang tapi kau abaikan.. kita bukan budak budak baru nak kenal cinta Izzat.. kita dah tua.. sama sam dah ada banyak kisah tapi kau je yang belum matang.. "marahku
"tak kiralah.. saya nak awak berhentu kerja pub tu" marahnya
"kalau aku tak mau.. " provokku
"kau kena berhenti juga.. kau isteri aku.. "tengkingnya
"itu je modal kau kan.. tapi hakikatnya aku ni nothing pada kau.. macam ni lah Izzat.. aku dah penat dan letih..aku nak bina hidup aku balik.. apa yang jadi itu urusan aku"jelasku
"apa maksud awak" soalnya
"ceraikan aku" pintaku. Dia memandangku dengan wajah yang garang lalu beredar meninggalkan ku yang masih berdiri di ruang tamu.

Aku ke tempat kerja dengan perasaan tidak enak. Pergaduhan aku dan Izzat bermain difikiranku. Bersediakah aku andai dia melafazkan talak padaku. Aku bekerja seperti biasa.Ketika pub sedang hangat bermandikan maksiat tiba tiba muzik terhenti dan lampu dibuka.
"ada checking" bisik rakan ku. Aku biarkan saja. Aku tidak membuat apa apa kesalahan kenapa aku perlu takut dan risau. Aku berbaris seperti yang lain.Tiba tangan aku ditarik seseorang. Aku hanya mengikut.
"apa awak buat dekat sini" Ilham menurunkan pelitup mukanya
"kerja la.. "balasku
"awak kerja dekat sini" soalnya
"ha ah."balasku pendek..
"ish.. awak ni... awak tunggu sini kejap lagi saya datang" pintanya. Aku nak tunggu.. memang tak la.. Aku menghidupkan motorku dan aku pulang ke rumah. Aku tidak mahu berurusan dengannya. Aku mandi dan aku masuk ke bilik Rizki. Aku menatap setiap inci biliknya. Aku rindu dia. Aku menangis lagi. Aku kembali ke bilik.Aku memeriksa hoodieku untuk aku basuh.. Alangkah terkejutnya aku melihat sepaket serbuk jernih dan sepaket pil khayal didalam poket ku. Aku cuak. Aku tidak tahu mahu berbuat apa. Aku cuba bertenang kerana badan ku mula mengigil. Aku mencapai ubatku penenangku. Aku perlu bertenang agar aku dapat berfikir dengan waras. Lama aku berdiam. Aku mencapai telefon dan aku menelefon Ilham
"awak pergi mana.. saya suruh awak tunggu kan tadi" marahnya
"Am datang jumpa Orkid sekarang"aku mengigil lagi.
"sayang kenapa ni"soalnya
"datang je lah"rayu ku. Aku tidak pernah memegang benda benda itu sendiri. Ya dulu aku peminat tegar pil khayal tapi aku hanya ambil untuk diriku dan bukan dalam kuantiti yang banyak begini. Aku menghantar lokasi rumahku kepadanya.Tidak lama kemudian Ilham tiba. Dia risau kerana dari ketukan pintu rumahku yang hampir pecah dibuatnya
"sayang kenapa"dia memeriksa keadaanku.Aku mengeluarkan paket itu dari poket seluarku dan menunjukkan kepadanya. Dia tersentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience