IKHLASKAH

Other Completed 29964

Aku dan Damian hanya dengan dunia kami tidak bergaul dengan yang lain. Tanpa aku sedari gelagat kami diperhati Bani. Tawaku terburai apabila Damian berjenaka.
"yang dua ketul tu.. datang la sini.. ni makanan banyak lagi ni.. come join us" panggil rakan sekerja ku. Aku dan Damian menghampiri mereka. Aku duduk disebelah Damian. Entah bila Bani mengubah kedudukannya. Dia duduk diatas kerusi dibelakangku yang aku dan Damian hanya duduk ditunggul kayu. Dia menyarungkan selimut ke tubuhku kerana melihat aku menggosokkan badan berkali kali akibat kesejukkan.
"eh tak pe.. aku ok" ujarku menghulurkan semula selimut itu kepadanya.
"pakai.. sejuk" marahnya dan renungannya menggerunkan. Aku menyarung kan kembali selimut itu.
" nak sosej tu" pintanya. Sosej dari dalam pingganku aku hulurkan kepadanya.Tanpa segan dia mengigit sosej itu dari tanganku lalu dihabiskannya. Aku terdiam. Malam semakin rancak dengan pelbagai omelan dan jenaka dari mereka. Tiba tiba tangan Bani melingkar dileherku dan dagunya diletakkan dikepala ku. Aku diam kan saja. Aku tidak mahu mengeruh kan keadaan dan memalukan dirinya. Damian semakin rancak bersembang.. aku hanya tukang tawa. Aku mengemas perkakas lalu aku bawa ke dapur untuk dicuci. Yang lain sudah masuk ke bilik. Aku bersama ditemani Damian mencuci perkakas tidak sunyi.Petikan gitar yang dimainkan Damian memecah sunyi
"nak saya tolong" aku terperanjat melihat Bani terjengul ditingkap dapur
"tak pe aku boleh buat sendiri" ujarku. Bani menghampiri lalu membilas pinggan yang sudah aku cuci.
"hah kau dah ada teman aku masuk bilik dulu ok.. huargghh" Damian menutup mulutnya yang menguap.
"wei.. wei.. hampeh betul" ngomelku sendiri. Kami diam. Hanya bunyi air dan pinggan berlaga.
"Awak marah saya ke" soalnya
"nak marah kau buat apa" soalku
"awak dari tadi diam" soalnya
"dah takde benda nak cakap so diam lagi baik" ujarku. Dia terdiam
"kalau kata kita kawin.. aku tak boleh mengandung.. kau boleh terima ke" ujiku
"bab anak saya serah pada Allah.. rezeki Allah nak bagi kita tak tahukan.. macam akak saya bertahun kawin belum ada zuriat.. dorang dua dua ok.. tapi tu lah belum rezeki" ujarnya
"dorang sebab dua dua tak pernah kawin.. macam aku dah pernah ada anak.. kau tu.. takkan tak nak ada anak" soalku
"saya tak suka bercerita pasal sesuatu yang buka boleh kita tetapkan.. Saya lebih suka berusaha.. andai takde rezeki saya redha" ujarnya
"ah hipokrit... nanti sampai hujung anak dijadikan alasan.. "sinisku
"awak tak rasa ke awak terlalu menghukum." soalnya
" aku bukan menghukum.. tapi paranoid... realiti yang aku hadap semua macam tu.. awal janji sikit punya cun last last.. bacul" aku sedikit geram.
" awak.. awak classified semua lelaki sama.. awak salah tau.. what if kami lelaki classified perempuan semua sama.. jalang" aku tersentap.
"terpulang..itu pandangan masing masing.. tapi kalau perempuan semua jalang.. kau get off la.. tak payah mengharap pada aku.. " bentak ku
" awak kenapa awak sekat diri awak untuk dapat bahagia.. " nadanya tinggi
" sebab aku dah taknak di sakiti dan menyakiti.. " ujarku
" awak takut dengan bayang awak sendiri.. awak kejam dengan diri awak.. "ujarnya.
"ya.. sebab aku kejam dengan diri aky sendiri lah kau menderita.. sebab terlalu pleasant people at the end... aku dilayan seperti sampah...sebab aku kejam dengan diri aku sendiri lah aku hilang dua anak aku" tengking ku
"saya rasa Allah ambil anak awak pada masa yang tepat sebab awak memang tak ready untuk jadi seorang ibu... awak terlalu selfish hingga awak tak nampak keikhlasan orang disekeliling awak..." marahnya. Suasana kami tegang
"so... get off from my life bitch" marahku. Bani memandangku tajam lalu beredar. Aku menangis sendiri. Ada benar kata katanya. Aku terlalu kejam pada diri sendiri hingga aku tidak tahu membezakan kejujuran dan penipuan. Aku terlalu pentingkan diri sendiri hinggakan aku menggadai nyawa anakku sendiri..

Sebulan selepas pulang dari percutian.. aku janggal kerana tiada lagi nota dari pengirim misteri. Aku mula merindukan nota nota kecil itu. Kak Iti memakai minyak wangi yang dibuangku. Baunya menyegarkan. Aku serba salah memikirkan semua pemberiannya aku buang.
" Encik Bani.. boleh saya bantu" soal rakan pekerjaku.
"it's okay.. saya nak jumpa someone.."Bani meluru ke meja ku. Aku tidak mengendahkannya.
"ikut saya" pintanya kalut
"ke mana.. malas la..aku banyak kerja" soalku
"ikut saya" tegasnya. aku tidak mengendahkannya. Lenganku ditarik dan aku terpaksa mengikutnya yang terburu buru. Kami masuk ke tangga pejabat.
"apa.. "marahku. Lengan baju kurungku aku baiki.
"mana minyak wangi yang saya bagi dekat awak tu" soalnya
"ada aku simpan" tipu ku
"awak tipu.. awak buangkan" marahnya
"aku simpan la dekat rumah" tipu ku lagi
"kenapa bau tu pada kak Iti.. saya tanya dia..dia kata dia ambil dalam bakul sampah awak"marahnya lagi. Aku diam
"awak tahu tak saya cipta sediri bau tu khas untuk awak waktu saya di Canada.. awak... " geramnya tidak dilepaskan.
" alah minyak wangi je pun" selorohku menutup gugup dan rasa bersalahku
" awak faham tak reka khas... saya reka khas bau tu untuk awak.. dalam dunia ni hanya ada satu je bau tu.. faham tak.. kalau awak tak hargai tak pe.. pulangkan semula jangan simply simply bagi orang... saya buat khas untuk awak dan hanya awak je yang boleh pakai.. " marahnya
"ah kau bebudak sangat la haih" aku mengalih pandanganku
" ye saya bebudak sekurang kurangnya saya menghargai dari matang tapi.." Bani beredar. Aku mula rasa bersalah.
"bodoh la kau Orkid.. dia reka khas untuk kau bongok" aku menepuk dahiku. Hatiku mula tidak senang. Rasa bersalahku kerana tidak menghargai usaha Bani yang mencipta sesuatu yang berharga untukku.

"Damian.. tolong aku" rayuku
"tu lah kau.. jual mahal sangat.. nah kan dah menyesal" ujarnya
"ngok.. ni bukan bab jual mahal.. ini pasal menghargai... aku tetiba rasa macam dah menghina dia" ujarku.
"kau minta la maaf dekat dia.. dia mesti ok punya.. " suruhnya
"eh kau.. " aku segan. malu untuk mengadap wajah itu.
"hah tu... dia nak balik dah tu.. pergi la minta maaf cepat.. nanti kang muncung panjang sedepa" aku memandang Damian cuak.. gugup. Bani yang menuju ke keretanya aku pandang. Aku kumpul keberanian untuk bertemu dan memohon maaf darinya agar aku tidak diselubungi rasa bersalah.
"bani" panggilku namun tidak diendahkan. Bani terus masuk ke dalam keretanya. Aku yang tidak mahu melepaskan peluang untuk memohon maaf terus masuk ke dalam keretanya tanpa disuruh. Kereta itu dipandu keluar. Bani diam tanpa bicara
"bani... aku minta maaf" pintaku gugup. Bani membatu. Payah juga nak pujuk budak hingusan sorang ni.. Aku memandangnya tanpa menoleh.
"Bani... "aku menekan nekan bahunya minta diberi perhatian..namun dia membatu.
"kau dengar tak aku panggil" tempik ku. Dia masih membisu
" ok fine... " aku memeluk tubuh lalu berpaling. Aku memandang keluar. Baru perasan bahawa aku sudah berada jauh dari bangunan pejabatku.
"wei patah balik.. motor aku. " jeritku.
"wei... " jeritku lagi
"diam boleh tak bising la" marahnya
"aku kata patah balik.. motor aku dekat office" pintaku
"eh makcik.. saya tak suruh makcik naik pun kereta saya makcik masuk sendiri..bukan salah saya" ujarnya
"makcik kau panggil" marahku
"dah tu kau nak suruh aku panggil apa.. sayang.. darling..baby.. honey.. " marahnya. Kau.. kata nama yang digunakan padaku membuatkan aku tersentak.
" wah.. kasar bahasa" balasku
"apa aku rasa ok je.. aku tak mencarut pun" aku tergamam. Dia tidak pernah berbicara kasar denganku.
" kita nak ke mana ni.. " soalku. Nadaku menurun.
"balik la... " jawabnya ringkas..
"tapi motor ada dekat office" jawabku perlahan. Bani membisu. Keretanya memasuki parkir kondo Irene..
"mana kau tahu aku tinggal sini" aku hairan melihat keretanya memasuki kawasan kondo
"aku tinggal sini" keretanya dimatikan. Dia memandangku.Aku diam. Baju kurungku aku genggam kemas.
" aku nak minta maaf" ujarku Bani masih memandangku sambil berpeluk tubuh
"kau dengar tak.. "tempikku
"kau...macam ni kau nak minta maaf... " perlinya.
"habis nak cakap macam mana..amboi la.. "marahku
"awak saya minta maaf.. hah macam tu...kan manis bunyinya" usiknya. Aku diam
"kau nak aku maafkan kau ke tak ni" marahnya
"haisshhhh" rungutku. Berat bibirku untuk mengikut kehendaknya.
"malas aku tunggu.. " dia mahu keluar
"awak saya minta maaf" ujarku senafas
"apa dia.. tak dengar" ujarnya lagi
"saya minta maaf.. "ujarku gugup
"untuk apa.. "soalnya
" pasal perfume tu... saya betu betul minta maaf.. saya tak tahu yang perfume tu awak bagi.. lagipun awak tak tulis siapa sender.. mana saya nak tahu" ujarku. Eh lembut pula bicara ku. Ada senyuma terukir dibibirnya.
" habis awak buang macam tu je... tak tahu siapa bagi.. tak cuba cari siapa yang bagi" soalnya
"tak.. saya dah tanya semua tapi sorang pun tak tahu" ujarku
"cctv" aku menepuk dahiku sendiri.. cctv.. kenapa tidak terlintas akan perkara itu
"awak memang tak menghargai pemberian saya.. semua benda yang saya beri awak bagi orang.. awak tahu tak ada makanan yang saya bagi tu saya masak sendiri.. usaha saya taknak bagi awak berlapar" ujarnya. Hatiku tersentuh dengan keprihatinannya.
"saya minta maaf" rayuku
"awak tahu effort saya tu..awak sia siakan macam tu.. sedih saya"rajuknya
"awak saya minta maaf... saya tak tahu.. "rayuku
"saya boleh maafkan awak tapi dengan syarat.. "aku terdiam.
"amacam" duganya
"syarat apa.. jangan yang pelik pelik sudah.." ujarku.
"syarat dia jadi kekasih saya untuk tiga bulan" pintanya. Aku tergamam
"arwah abi pernah pesan.. kalau sukakan seseorang terus terang dan jujur dengannya.. tapi jangan bercinta sebab boleh jadi haram.. kenal sikit sikit sudah bercinta lepas kawin itu indah.. " ujarnya
" apa kena mengena couple dengan minta maaf sekarang ni" aku mempertahankan hak aku
"awak dah buat salah then awak nak minta maaf.. saya nak letakkan syarat.. so syarat saya couple dengan saya untuk tiga bulan.. kalau saya ajak kawin kang kasar sangat permainan tu" ujarnya
"kalau saya taknak" ujarku
"ok... saya takkan maafkan awak sampai abang jamil mampos" dia membuka pintu keretanya.
"tiga bulan je kan.. ok.. setuju.. " sahutku
"betul ni.. " dia teruja
"ye... ok la dari mati tanpa kemaafan" selorohku.
"alhamdulillah..terima kasih.."dia tersenyum lebar sambil memandangku.
"motor... motor saya"aku seakan selesa berbicara dengannya menggunakan SAYA.
"esok lah awak ambil" ujarnya
"habis tu esok saya nak pergi kerja dengan apa" soalku
"kita pergi sekali la" pelawanya. Aku diam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience