Aku ke klinik sendirian. Perkembangan bayi Alhamdulillah baik dan sihat. Cuma aku yang sedikit tidak stabil. Darah ku kekurangan oksigen. Aku cuba untuk makanan bergizi lain tapi tekak ku hanya mahu menerima ikan,buah dan sayur. Berat ku juga makin susut. Bertabah lah wahai hati. Aku melilau sekeliling bandar mencari apa yang aku rasa aku mahu. Akhirnya aku berhenti di sebuah warung yang menjual laksa. Aku memesan semangkuk laksa dan air kosong.
"Orkid" sapa seseorang. Aku mendongak. Ilham
"boleh Am duduk" pintanya.Aku mengangguk. Dia memesan laksanya yang pertama dan aku laksa mangkuk yang ke dua. Selera ku umpama hantu raya. Ilham tertawa dengan gelagat ku yang teruja dengan laksa.
"rojakkkk.. nak sikit boleh" pinta ku. Adoiii syahdunya rasa apabila rojak itu memasuki tekak ku. Heaven.
"nak Am pesan lagi ke" rojak didalam piring itu sudah habis masuk ke dalam perutku. Aku menggeleng. Aku mengah kerana kekenyangan. Aku tersandar dikerusi
"buruknya perangai ibu ni" tawanya
"haishh.. mengah.. .Am tak kerja ke" soalku.
"tak.. "balasnya
"buat apa dekat sini.. dating.. awek mana" selorohku
"dating apanya dekat kawasan macam ni.."tawanya. Aku tersenyum
"Am nak bertunang minggu depan.. pilihan mama" ujarnya. Aku membuat thumbs-up.
"adehhh" aku cuba merapati meja. Ilham tertawa.
"jaga tunang tu elok elok.. ingat tu anak dara orang.. jangan ulang dah perbuatan jahiliyah tu tau.. " aku menunjukkan isyarat aku sedang memerhatikannya.
"ye... jemput datang tau" pintanya
"insyaAllah.. Orkid harap Am temui bahagia Am.. Orkid nak Am gembira.. kisah kita tu biar kita tutup buku.. " ujarku. Dia tersenyum. Dia tidak berhenti memandangku. Aku mengalih kan pandanganku.
"apa tengok tengok.. mengah tau tak.. baby nak gerak tak boleh.. " Dia tertawa besar
"Orkid Am dah banyak berubah. " Dia mengesat matanya aku tidak tahu kenapa. Habuk barang kali.
"tentu tentu lah... mana ada orang lahir lahir jadi baby ke sampai mati.. haiyaaa" dia tertawa lagi. Dia mengangkat telefon nya. Casing telefonnya ada gambar orkid ungu putih kecil dihujungnya. Cantik
"mana beli casing.. cantik" soalku
"custome made.. orkid purple.. orkid.. insan yang paling Am sayang..purple warna favorite Orkid.. " dia tersenyum. Aku menyapu hidungku yang tidak gatal. Kami berbual sebentar sementara menunggu perutku menghadam makanan. Aku berjalan ke kereta dan dia menuju ke motornya yang diparkir berhampiran kereta ku. Di motornya juga ada sticker orkid ungu begitu juga helmet. Aku berharap dia dapat melupakan semuanya tentang aku.. dia berhak bahagia dan bukan hidup dalam bayangan ku.
Aku pulang ke rumah. Izzat sudah pulang. Masih awal. Tak sihat kah dia. Aku naik ke bilik. Izzat tidur dikatil. Aku rasa akan badannya. Normal. Kenapa dengan dia. Aku salin baju dan turun ke bawah. Aku memasak dan membasuh. Izzat masih belum turun. Aku menonton tv. Tanpa aku sedar aku ke tiduran. Suara tv yang kuat mengganggu telinga ku. Aku mahu menutup...
"dah bangun.. " soal Izzat. kepalaku dilapik ribaannya.
"awal balik.. tak sihat ke" soalku
"ha ah tadi sakit sangat kepala sebab drive then masuk kerja terus kot.. dah makan panadol so lega dah.. " jelasnya. Aku bangun. Tangannya aku usap lembut. Aku menatapnya yang sedang menonton. Aku kumpulkan kekuatan untuk berbicara.
"awakk" panggil ku lembut
"ye saya" sahutnya tanpa menoleh. Aku menarik nafas dalam dalam dan aku hembus lembut.
"apa hubungan awak dengan Tasya" soalku. Dia menoleh. Aku menatap matanya. Dia agak terkejut dengan soalan ku.
"kenapa tiba tiba tanya pasal dia pula" soalnya gugup
"saja tanya..saya nak awak berterus terang dengan saya.. saya takkan marah" ujarku
"kami kawan je.. kawan satu tempat kerja" balasnya tenang
"dia kerja dekat cafe dekat bawah pejabat awakkan.. saya pernah tengok dia dekat situ.. dia barista kan.. " Izzat tersentak. Aku menunjuk fotonya bersama Tasya yang sempat aku ambil andainya aku terserempak dengannya dan juga mesejnya juga aku ambil gambar lalu aku tunjuk dan aku baca satu persatu
"saya nak awak jujur dengan saya.. kalau awak nak dia.. saya tak kisah.. dan saya izinkan awak kawin dengan dia.. saya taknak sejarah kita berulang lagi.. halalkan dia.. " pintaku. Dia diam. Dia menatapku. Aku cuba bertenang sehabis mungkin.
"awak nak saya tolong lamarkan ke.. " pelawa ku
"kami tak sampai tahap serius.. " ujar Izzat. Tangannya aku pegang lembut aku letakkan dipipiku dan aku kucup.
"awak kalau awak tak serius kenapa perlu ke hotel... awak... takkan awak nak ada anak yang tak boleh berbin kan awak lagi.. " soalku lembut.
"usia kita makin lanjut.. sekarang bukan lagi untuk try and error.. sekarang masa untuk go and grab.. win win situation." aku meletakkan kedua telapak tanganku kepipinya.
"awak bincang dengan dia ya.. saya tak marah dan takkan marah.. "pujukku. lalu aku berbaring semula keribaannya. Rambut ku di belai lembut. Aku melepaskan keluhan berat agar airmataku tidak menitis.
Waktu tengahari, aku mengekorinya dari belakang.Dia tidak pulang makan. Dia ke pejabat seperti biasa dan turun ke cafe dibawah untuk bertemu Tasya yang baru habis kerja. Mereka menaiki kereta lalu aku mengekori. Hingga membawa ke hotel. Aku meminta nombor bilik dari pekerja kaunter dan aku ke bilik tersebut. Dengan bantuan pekerja pengemas bilik pintu itu dibuka dari dalam...alangkah terkejutnya mereka melihat kehadiran ku. Tasya yang memakai jubah mandi dan Izzat berkain tuala terdiam. Aku yang tidak larat berjalan duduk dikerusi.
"apa korang buat dekat sini" senyumku. mereka diam.
"saya tanya awak semalam.. awak kata awak hanya kawan.. tapi ni.. " soalku lagi. aku masih bertenang. Aku menghampiri Tasya. Gadis itu cuak. Aku duduk disebelahnya.
"sayang... sayang nak buat apa.. " Izzat gugup.
"adalah hal perempuan.. " aku memandang Tasya dan tersenyum.
"Tasya sayang Izzat.. "soalku..Dia diam..
"Tasya akak nak lamar tasya untuk jadi isteri Izzat.. Tasya sudi jadi madu akak" ujarku
"sayang.. "panggil Izzat. Aku tersenyum
"awak berhak bahagia.. bahagia awak bukan dengan saya tapi dengan dia"aku tersenyum. Tasya diam
"orang kata diam tu tanda setuju.. " aku membuka rantai pemberian Izzat sebagai mahar kawin ku.
"ini mahar kawin akak dari Izzat... akak bagi dekat Tasya.. Tasya fikir dulu lepastu bagi tahu akak ya.. akak ikhlas terima Tasya sebagai madu akak.. lagipun Tasya masih muda.. jangan rosakkan diri kau dik.. kalau betul Tasya sayang Izzat dan sanggup bermadu akak nak korang nikah" aku memandang Tasya tenang.
"kalau Tasya taknak bermadu" soalnya. Aku menoleh kearah Izzat
"awak kena lepaskan saya.. dia tak nak bermadu.." hatiku semakin hancur dengan lakonan tenangku sendiri.
"sayang.. saya takkan ceraikan awak.. " Izzat melutut dihadapanku
"dia boleh bahagiakan awak.. dia pun sayang awak.. tapi dia tak nak bermadu..awak lepaskan saya ya.. "pintaku. Dia meragut rantai yang aku berikan kepada Tasya dan dia menyarung pakaiannya semula.
"Tasya sorry.. aku tak akan tinggalkan isteri aku.. aku akan lepaskan kau.. jangan cari aku jangan contact aku lagi" aku menampar pipi Izzat.
"awak sedar apa awak cakap.. awak sedar apa awak buat" nada ku tinggi seoktaf.
"awakk" panggil Izzat
"awak dah rosakkan dia.. awak dah tebuk dia.. awak nak lepaskan diri.. awak kena bertanggungjawab Izzat" ujarku
"tapi dia nak saya ceraikan awak" tempiknya
"so do it... kalau saya betul betul bermakna bagi awak takkan awak buat macam ni.. kalau awak bahagia dengan saya takkan awak ada dia.. saya..hidup saya.. biar saya sendiri.. awak bahagialah..." ujarku. Rantaiku aku letak semula ke telapak tangan Tasya.
"ini mahar akak untuk Tasya.. korang bincang elok elok ya.. keputusan bagi tahu akak" aku beredar. Aku memandu tanpa tujuan. Aku berhentu dibaju jalan.. aku menangis semahunya. Kenapa sukar untuk aku bahagia.
Share this novel