REVEAL

Other Completed 29964

Aku menuju ke parking ditemani Damian yang mengikutku dari belakang. Aku mencari cari kelibat manusia disitu namun tiada sesiapa yang berada disitu. Yang ada hanyalah sebuah kereta yang lampunya di kelip kelipkan. Aku memberanikan diri untuk menghampiri kereta itu. Cermin kereta itu terbuka sedikit dan didalam gelap itu menyukarkan aku melihat siapakah dia
"masuk.. "ujar pemuda itu
"buat apa" soalku
"saya kata masuk masuk la.. " jawabnya. Aku masuk ke dalam kereta dan duduk lalu pintu kereta aku tutup rapat. Kereta itu keluar daripada perkarangan chalet. Aku cuak.
" hai sweethaeart" aku tergamam. Bani bersamaku
"kau nak bawa aku pergi mana ni" soalku
"awak ikut je.. saya nak bawa awak jenjalan.esok kita dah nak balik kan" ujarnya
"kau ke yang bagi barang dekat aku" soalku
"yup" aku menelan airliur ku kesat
"kau ke arkitek muda yang baru balik oversea tu" soalku lagi
"yup... kenapa rindu yeee" usiknya
"hantar aku balik.. "suruhku.
"kita jalan jalan la dulu.. " pintanya
"aku nak balik" marahku
"saya ada benda nak cakap" ujarnya
"aku nak balik.. aku nak join barbeku" ujarku. Dia memberhentikan kereta dihadapan sebuah klinik.
"nak buat apa dekat sini" soalku
"saya ada benda nak bagitahu.. if ada jadi apa apa ke.. senang dekat depan klinik dah kan"selorohnya
"hah ada apa.. cakap la cepat... " marahku
"saya rindu awak... " ku menoleh
"kau kan.. mereng ke apa.. lama kau hilang tiba tiba cakap kau rindu aku" ujarku
"saya pergi luar negara haritu ada kerja dekat sana.. company joint venture dengan dengan canada so saya kena pantau projek dekat sana.. maaf saya tak sempat bagitahu awak" ujarnya
"apahal pula.. takde kena mengena dengan aku" ujarku
" awak..kita kawin" aku merenungnya tajam
"saya tahu lamaran saya terlalu drastik.. tapi saya nak awak tahu yang saya memang ikhlas nak memperisterikan awak" ujarnya
"kau bukan ada awek dah ke" soalku
"awek.. mana ada.. awak tanya lah bebudak lain.. Damian..awak baikkan dengan dia.. tanya lah dia..saya mana ada awek" ujarnya
"haritu dekat cafe" ujarku
"oh hari tu... itu akak saya.. cemburu erkkk" usiknya
"siot... kau perasan aku rupanya.. " aku malu
"saya perasan..tapi saja saya tak tegur.. "tawanya berderai.
" kau cari lah yang sebaya dengan kau... bukan aku..lagipun kisah hidup aku tak sebaik kau.. aku tak layak untuk kau" ujarku
"apa yang menyebabkan awak fikir macam tu" soalnya. Matanya yang tenang menangkap pandanganku.
"sebab kita berbeza usia.. aku tua pada kau.. aku tak sebaik kau fikir.. aku bukan manusia baik.. aku janda.. " ujarku
"itu je... usia tu tak ada apa apa pun.. akak saya gap usia dia dengan husband dia enam tahun" ujarnya
"tak pe lah laki dia tua" selorohku
"tak akak saya tua.. dia dah 43 husband dia 37 ok je...bahagia je.. dah berbelas tahun kawin" selorohnya
"itu dia.. aku lain... " ujarku
"apa yang lainnya.. awak perempuan..dia pun perempuan" ujarnya.
"aku bukan orang baik baik.. aku perempuan tak elok" ujarku
"habis awak memang sampai mati nak jadi tak baik.. tak teringin nak berubah ke.. saya pun tak baik" ujarnya
"maksud kau.. baik je aku tengok kau" soalku
"saya baik... " dia tersenyum sinis
"awak nampak saya baik sebab Allah tutup aib saya.. sebenarnya saya tak baik.. takde manusia yang sempurna dan baik..kalau semua manusia baik Allah takkan wujudkan neraka" ujarnya. Tingkahnya mengingatkan aku pada Ivan.. sepatah aku soal berpatah patah dia jawab. Caranya...lagaknya seiras Ivan. Arghhhhhh... aku sudah tidak siuman.. tua tak sedar diri.
"maaf aku tak boleh terima kau.. mak ayah kau setuju ke" soalku
"ummi dengan abi dah meninggal dan saya punca kematian dorang. "wajahnya sugul
"maksud kau" soalku
" saya paksa ummi dan abi datang ke hari konvo saya.. ummi dan abi waktu tu tengah susah sebab kami dua beradik sama sama masuk u.. akak sambung master di europe.. tapi sebab tak nak malu depan member.. saya paksa dorang datang... dorang datang juga walau tak sihat akhirnya kemalangan dalam perjalanan nak pergi majlis konvo saya" ceritanya. Aku terdiam. Dia juga punya kisah sendiri. Aku hanya manusia dan tidak berhak menghakimi.
"apa apa pun maaf.. aku tak boleh terima kau.. " ujarku
"saya tak paksa awak beri jawapan sekarang.. awak fikir dulu dalan dalam.. saya ikhlas nak memperisterikan awak.. " ujarnya
"kenapa saya.. kenapa tak orang lain" ujarku
"lepas kita kerap bertembung saya dapat tahu awak rapat dengan Damian.. so saya tanya dia tentang awak.. saya pada mulanya kasihan tapi entah kenapa timbul sayang..awak ada satu karekter yang buat saya teruja nak miliki awak.. " ujarnya dengan penuh semangat. Dan ketika itu aku merasakan seoalah Ivan berada bersamaku
"kau tahu tak kenapa aku tak boleh terima kau" soalku
"kenapa" soalnya
"sebab kau seiras arwah tunang aku.. kau mengingatkan aku pada dia.. aku tak nak terima kau sebab aku tak nak hidup dengan bayang dia.. kau hanya bayang dia...kau faham" ujarku.
"saya tahu.. sebab tu saya kata saya nak awak fikir dalam dalam.. saya bangga bila awak kata saya sama dengan insan yang awak sayang.. dan saya nak jadi salah seorang daripada mereka.. dan kenapa Allah hadirkan saya yang seiras dia dalam hidup awak...sebab awak berhak bahagia.. dengan dia saja awak rasakan bahagia.. saya janji dan saya akan pastikan bahagia itu milik awak" janji. Aku takut dengan janji lelaki.. semuanya kerana janji tapi akhirnya aku tersakiti. Aku hanya mahu bahagia.. andai bahagia ku sendiri tanpa teman aku terima.. dan andai bahagia ku berteman biarlah takdir yang menentukan. Sampai waktunya aku akan bahagia tidak kira apa..

Kami pulang ke chalet. Mereka masih dalam acara. Aku mencari Damian. Dia harus aku soal.
"woii.. kau kan sedap sedap je bagi info pasal aku dekat si Bani tu kan.. amboi.. berapa komisen kau dapat" soalku. Damian tertawa
"sorry la honey... aku tahu dia serius nak kan kau.. sebab aku kenal dia dan kau lah aku aku berani kenen kan.. kalau tak... aku ni match maker yang setiakawan tau.. "selorohnya
"iye lah kau tu... tapi kenapa aku bro... kau kenen kan lah dia dengan orang lain" tegurku
" dah dia suka kat kau takkan aku nak bagi dekat orang lain.. lagipun dia baik babe.. sepanjang aku kenal dia.. dia tak pernak berpeleseran dengan mana mana perempun pun babe.. aku percaya kau boleh bahagia denga dia.. " ujar Damian
"bahagia.. kau tengok dah berapa ramai aku kenal.. bahagia ke aku.. aku ditakdirkan bahagia sendiri" ujarku
"sebab kau belum jumpa punya mr right..kalau kau dah mr right kau..kau akan bahagia.. yang sekarang ni kau jumpa choice yang kau kena choose untuk kau belajar kenal kehidupan..macam kita sekolah lah.. subjek banyak bila kau suka satu subjek ni kau akan study lebih... macam tu juga kehidupan..nak belajar kehidupan banyak benda kau kena hadap apatah lagi kau cari bahagia.. kau buat pilihan tapi bila pilihan kau silap kau tinggalkan..bangun usaha lagi.. sampai satu masa right person tu benar benar hadir.. contoh kau tengok aku dengan Aiman..couple bagai nak rak.. tiba gadis juga dia pilih sebab apa itu human right..dia berhak memilih.. gadis tu orang yang paling terbaik buat dia.. aku.. kena bangun untuk cari right person aku.. .hidup ni kena scarify babe..sakit sedih kena hadap baru datang bahagia.. kalau someone yang hidup dia terus bahagia takde pasang surut tak mencabar babe.. aci kalau aku cakap orang yang hidup sentiasa bahagia dan gembira once dia tersungkur dia nak bangun balik sakit ooo" aku mendengar bebelannya.
"kau nasihat kan aku atau kau luah sedih kau.. berapa komisen dia bagi dekat kau suruh bodek aku.. "ujarku
"no lah babe.. aku ikhlas nasihat kan kau.. you deserve it babe.. kau berhak untuk bahagia dengan selepas apa yang jadi.. aku cuma nak kau bahagia" ujarnya
"tapi aku tak yakin dengan hubungan. aku takut kecewa lagi.. lagipun aku taknak hidup dalam bayang bayang Ivan.. Ivan terlalu istimewa.. then bila ada yang seperti dia.. aku takut.. aku takut dia yang tersakiti" ujarku. aku menunduk. Rantik kayu ditanganku kau lorek lorek ke tanah.
"terpulang dekat kau Kid.. aku cuma boleh nasihat.. keputusan pada kau.. tapi dari apa yang aku tengok..dia tak pernah serius dengan mana mana perempuan macam mana attention dia pada kau.. nampak dia beria dan jujur nak kan kau.. "bahuku dipeluk Damian erat. Aku berfikir. Boleh kah dia menerima aibku.. menerima segala kekurangan ku...aku takut untuk mengharap dan memberi harapan. Aku cuba menolak perasaanku tapi sikapnya seperti Ivan membuatkan aku rasa seperti Ivan bersama ku. Rindu pada Ivan bertandang lagi.
" kau kena cari dan kejar bahagia kau.. jangan hanya menanti atau kau menghalang bahagia untuk kau datang.."bahu ku ditepuk lembut Damian. Cawan kopi ditangan kami kami lagakan sebelum menghirup perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience