PECAH

Other Completed 29964

Hubungan kami makin ghairah kerana tiap kali berjumpa tidak sah kalau tidak ke ranjang. Rumah Irene dan Aiman selalu menjadi port untuk kami melempiaskan nafsu. Aku makin hanyut dengan janji manis Ilham. Selesai kerja aku pulang ke rumah. Masih ada kasut lelaki di hadapan rumah ku.. aku fikir itu adalah kasut Zam si tomboi tapi fikiran ku meleset apabila melihat sham keluar dari bilik Ana dan Ana berkemban dengan rambut kusut masai.
"korang nak buat kerja di luar jangan dalam rumah ni.. nanti orang report mampus.. pandai makan pandai simpan" ujarku. Sham meminta maaf dan keluar dari rumah ku.
"ana.. aku bukan nak masuk campur... kau dengan Zam tu apa cerita" soal ku. Aku mahu tahu agar aku tidak terkena lagi seperti Ilya.
"sham tu tunang Ana.. Zam spedo Ana" aku mengerti.. terus terang aku katakan.. tomboi bila dia sudah menyayangi seseorang dia sanggup berhabis.. kebanyakannya tomboi akan jadi mangsa gold digger.
"kau tahu tak permainan kau membahayakan kau"nasihat ku..
"pandai makan pandai simpan kid.. "balas Ana. Aku terdiam. Aku masuk ke bilikku dan berehat. Aku tidak mahu ke mana mana kerana aku rasa tidak berapa sihat.

Aku terjaga. Aku di hospital. Ilham disebelahku menongkat dahinya dengan gengaman tangan kami.Kepala aku terasa berat.
"sayang dah bangun...sayang lain kali kalau tak sihat bagitahu awal awal.. risau Am" ujarnya. Jari ku di kucupnya berkali kali.
"demam biasa je pun" tawaku.
"demam biasa pun.. bahaya tau tak. " marahnya
"alolo.. sorry.. "aku memujuknya. Dia diam. Aku bermalam di wad selama dua hari kerana tekanan darahku rendah akibat stress melampau. Ya.. stress.. aku risau akan keadaan rumah sewa ku yang semakin kucar kacir.. Ana sesuka hati membawa masuk lelaki. Jes dan Lia selalu bertukar pasangan. Hari ini orang lain datang mengambil esok pula orang lain.. Tariq membuat rumah ku seperti rumah tumpangan Ah Seng.. datang bila aku tiada dan hilang bila aku ada di rumah. Aku penat dah sudah puas menegur cuma aku tidak mampu bertegas kerana sekarang aku juga tidak ubah seperti mereka. Bersekedudukan dengan Ilham bila punya waktu cuma perbuatan kami tidak diketahui siapa siapa melainkan Irene dan Aiman.. orang yang banyak menyimpan rahsiaku. Dan mungkin kerana aku hanya berhubungan seks dengam Ilham dan kami akan bernikah dalam tempoh setahun. Apapun aku tetap merasa aku tidak layak menasihati mereka.. jadi aku hadap hingga pedih.

Aku dinaikkan pangkat dan terpaksa bertukar cawangan lagi.. kali ini sedikit jauh di utara tanah air. Rumah yang dihuni oleh ku masih begitu kerana rumah itu telah menjadi hak milikku sepenuhnya setahun selepas pemergian Ivan. Bagiku rumah itu kenangan aku dan dia. Irene yang menguruskan rumah itu sepanjang ketiadaan aku. Jadi perjanjian untuk berkahwin dalam tempoh setahun ditangguh kan oleh aku sendiri kerana kerjaya ku sedang menuju ke puncak. Setahun aku hubungan jarak jauh kami masih ok dan tiada apa apa perbezaan. Ilham selalu menjengukku andainya dia bercuti dan begitu juga aku. Disebabkan hubungan jarak jauh kami boleh dikatakan kami tidak pernah terkecuali untuk berasmara.
"babe.. I rasa rumah you tu bagi full rent la.. bilik you sewakan je.. you pindah masuk sini.. lagi pun you dengan Ilham selalu datang romen dekat sini jugakan" aku terdiam
"I bukab apa I risau la you tak ada.. apa apa kerosakan Ilham akan datang baiki alasan you masih stay situ.. so if you pindah sini segala kerosakan dorang tanggung la sendiri.. dorang cari la tukang untuk gantikan" aku terasa ada benarnya juga kata kata Irene. Aku juga risau kehadirannya mungkin membuatkan aku akan kehilangannya untuk selamanya. Bilikku aku sewakan kepada seorang guru pelatih. Aku harap dengan kehadiran gadis itu akan mengubah keadaan rumah ku sepenuhnya.
Setahun setelah aku bermastautin diutara aku pulang semula ke pangkuan Ilham tapi kali ini kami terpaksa berpisah lagi kerana Ilham ditugaskan ke selatan tanah air. Hubungan kami masih baik.. Ilham tiada tanda tanda yang menunjukkan dia curang. Aku juga sudah berubah memjadi lebih feminin kerana aku tidak mahu naik pelamin dalam keadaan aku kelihatan seperti jantan. Pakaianku juga agak keperempuanan tapi masih lasak. Kami bergilir seperti sebelumnya. Jika tidak aku dia yang akan menemui aku. Jadi kami membuat keputusan untuk menangguhkan lagi perkahwinan kami kerana aku sedang membina karier di bidang perhotelan di pantai timur tanah air. Bila dikira semula aku sudah lima kali menangguhkan perkahwinan kami ini bermakna sudah lima tahun usia pertunangan kami.

"babe kenapa nak balik tak bagitahu" soal Irene
"kenapa kau ada buat benda tak senonoh ye.. " soalku
"no lah.. kalau you bagitahu I boleh amik you dekat terminal. " ujarnya. Aku masuk ke rumahnya dimana sekarang rumah itu menjadi tempat tinggal ku untuk sementara. Aku tersentak melihat kehadiran seorang lelaki melayu muda dari kami keluar dari bilik Irene.
"wei sapa ni" soalku.
"let me introduce you.. my fiancee.. Mika" aku tergamam.
"babe I tahu you terkejut but this is real.. and I'm not kidding" aku masih tidak percaya. lima tahun aku berulang alik tidak pernah pun Irene bercerita tentang lelaki ini. Dia menunjukkan kad perakuan syahadahnya. Aku tumpang gembira.
"di tinggal sini ke" soal ku. Irene mengangguk.
"bilik dia sana.. bilik I sini.. " bisik Irene
"yelah tu tapi malam malam korang sharing juga" bisik ku
"itu dah tentu" kami tertawa. Aku tidak memberitahu Ilham akan kepulangan ku. Aku dan Irene ke rumah sewa ku bagi memantau keadaan rumah. Aku dikejutkan dengan berita kematian Tariq. Dia membunuh diri setahun yang lalu akibat stress dengan permintaan ibu tiri dan ayah ku untuk dia menghalalkan adikku. Tariq ditemui tergantung di rumah sewanya. Aku menangis biar pun dia bekas kekasih ku tapi kebaikannya padaku tetap ada. Junaidah.. guru pelatih yang menyewa dirumahku dan menginap dibilikku mahu keluar bersama teman lelakinya.
"cikgu sihat... "sapaku
"sihat alhamdulillah.. bila Kid balik" soalnya
"semalam.. saja datang jenguk rumah.. ada apa apa kerosakan ke" soalku
"tak ada.. "balasnya. Aku melihat hoodie yang dipakainya sama sepertiku. Hoodie yang dibeli Irene ketika dia bercuti di Milan.
"babe.. hoodie dia sama dengan hoodie aku yang kau beli dekat Milan.. " bisikku.
"Malaysia kan famous dengan fake item" selorohnya. Kami tertawa. Junaidah keluar menaiki keretanya.
"Kid tahu tak dia pun sama buas macam kami.. " ujar Lia. Aku berpandangan dengan Irene.
"boyfriend dia selalu ke datang sini" soalku
"kerap sangat.. " cerita Lia lagi
"korang kenal boyfriend dia.. " aku mula siasat
"tak sebab boyfriend dia selalu datang lewat malam.. kadang petang.. tapi motor boyfriend dia perghhh... Ducati.. " aku menoleh melihat Irene
"wow not bad taste dia.. cikgu oh cikgu" kami tertawa lagi. Aku memeriksa sekeliling rumah semua dalam keadaan baik.
"korang jangan macam macam ya.. jadi apa apa aku tak tanggung" pesanku. Aku beredar. Entah kenapa hati aku terasa tidak enak. Sham mahu bertemu dengan ku. Aku ditemani Irene berjumpa dengan Sham di taman.
"jadi kau tahu la dia main dengan si tomboi tu" soalnya
"aku tahu tapi aku tak nak masuk campur sebab aku tak nak jadi punca korang bergaduh...kalau kau nak tahu biar lah kau tahu dari orang lain bukan aku. " airmata lelaki itu menitis. Aku serba salah.. aku tahu bagaimana rasanya di khianati.

Aku ke pub sendirian di tingkat atas. kepulangan ku tidak diketahui siapa siapa. Ilham tidak dapat menemani ku kerana dia sedang dalam operasi. Irene tampak bahagia dengan Mika. Kepulangan aku kali ini bukan la saja saja.. aku mahu melamar Ilham kerana aku rasa aku sudah bersedia untuk menjadi isterinya. Tapi Ilham sibuk dengan operasi menyebabkan kami tidak dapat bertemu.
"kid datang rumah sekarang.. " pinta Jes. Aku ke rumah sewa ditemani Irene dan Mika. Suasana kecoh apabila Sham datang mengamuk disitu dan ketika itu Zam berada didal bilik Ana.
"kau kan memang dengki dengan aku Kid." marah Zam
"apa pula aku.." kenapa aku.. apa salah aku
"Ana ingat Kid bukan jenis adu domba" aku tersentak
"eh pasal pula aku yang kena" soalku lagi
"korang punya hal kenapa Kid yang dipersalahkan.. Sham yang tanya dia so dia story la.. kalau I duduk tempat dia I dah lama bagitahu Sham" Irene mencelah.
"kau jangan berlagak suci la kid.. kau dulu pun sama je dengan aku baru sekarang nampak jalan dah nak tunjuk suci puiihh" aku berang. Kenapa aku yang jadi punca.
"aku...macam kau.. eh sorry.. memang aku pengkid tapi aku tak songsang macam kau" tempik ku. Zam mahu menamparku tapi dihalang Mika.
"apa yang kecoh kecoh ni" tempik Ilham dari muka pintu. Aku berpaling. Ilham tampak kaget tapi dikawalnya agar tenang. Aku menghampirinya.
"sham nak brake off dengan Ana sebab Ana curang dengan dia" bisikku.
"bukan Kid yang bagitahu Sham tapi aku.. " ujar Ilham. Aku terdiam
"aku tak nak tengok Sham di tipu lagi.. " jelasnya. Aku membiarkan mereka berbincang. Aku Irene dan Mika tunggu diluar. Ilham menjadi orang tengah. Setelah semua selesai aku menunggu Ilham.
"sayang nak pergi mana.. " soalnya lembut
"liburan" aku menoleh kearah Irene
"Am tak tahu Sayang ada dekat sini.. so Am tak bawa helmet lebih" ujarnya. Getah rambut dipergelangan tanganku diambilnya lalu diikat rambut ku.
"macam mana boleh datang sini" soalku lagi
"Sham mesej.. " jawabnya pendek. Junaidah menghampiri kami.
"ni.. " katanya tidak dihabiskan
"oh ni.. sorry..tak pernah introduce kan.. ni Ilham tunang Kid.. kami nak kawin insyaAllah tahun ni" ujarku.
"sayang.. sayang tak main main kan.. "soal Ilham
"ye.. encik Ilham sudi tak awak memperisterikan saya" ujarku. Irene,Jes dan Lia menjerit gembira.. tapi tidak Junaidah..mungkin kerana dia wanita muslimah tidak berkenan lamaran sebegini.
"sayang.. betul ni." mata Ilham mula berair. Aku mengangguk. Ilham memelukku erat. Dahi ku dikucup berkali kali.
"tahniah Kid.. " Junaidah memelukku erat.
Aku berlibur di pub Irene. Sham kelihatan sangat tidak terkawal kerana mabuknya sudah mencapai tahap maksima. Aku dan Ilham menemani Sham di tingkat atas. Bercumbu itu perkara biasa.
"bila nak balik sana" soal Ilham..
"lusa.. sebab ada emergancy.. tadi staff ada call" ujarku
"alaaa.. baru nak manja manja" rajuknya. Aku tertawa. Kerana sudah lama tidak bertemu hubungan kami berakhir diranjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience