SMALL CIRCLE

Other Completed 29964

"Orkid.. "Ivan menghampiriku. Aku memeluknya dengan tiba tiba.. aku perlukan bahu untuk bersandar. Ivan membawaku masuk ke dalam keretanya. Dia memberhentikan keretanya didataran air pancut. Tingkap keretanya dibuka. kedua sisinya. Radio dibuka perlahan. Dia membiarkan aku tenang sendiri.
"Orkid ada apa apa nak kongsi dengan Ivan." soalnya sambil memandangku.
"kenapa Ivan kawan dengan Orkid" soalku
"siapa kata Ivan kawan dengan Orkid" aku menoleh memandangnya hairan.
"Ivan boyfriend Orkid..Orkid awek Ivan satu satunya Ivan sayang" Aku tesentak.
"Ivan tak main main.. Ivan memang sukakan Orkid.. Ingat tak waktu ada budak perempuan kena maki dengan customer lain dekat warung tepi pantai tu.. Orkid sorang je berani lawan budak budak lelaki tu... cara Orkid bercakap dan defend budak tu buat Ivan kagum. " Ya peristiwa awal tahun baru.. Tiana seorang pelajar universiti keluar bersama teman teman sekolejnya entah macam mana dia terserempak dengan bekas teman lelakinya di warung aku yang aku sedang makan. Teman lelakinya mahu meraih semula cintanya tapi ditolak Tiana akhirnya menjadi kekecohan. Aku hanya membantu gadis itu dari terus dikasari dan dipermalukan.
"Ivan dah ada dekat situ kenapa tak tolong" soalku
"dah Orkid ada.. Ivan tengok je lah.. tapi kalau ada sapa sapa cederakan Orkid kesayangan Ivan..Ivan lipat" aku tertawa dengan candanya.
"Orkid... will you be my girl" aku kaget.
"tapi kenapa Orkid.. " aku mati kutu
"sebab sikap Orkid yang protective buat Ivan nak jadi orang yang jaga dan protect Orkid." jelasnya. Aku tidak tahu sama ada dia jujur atau hanya memperalatkan aku disebabkan sosialku.
" Orkid macam jantan tak malu ke" uji ku
"tak.. apa nak malu..Orkid perempuan bukan nya pondan" aku diam.
"wil you.. "soalnya lagi. Aku diam.
"Ivan takkan ubah diri Orkid tapi Ivan akan layan dan jaga Orkid sampai Orkid sendiri yang mahu berubah.. cuma Ivan nak Orkid small kan circle Orkid.. you know why.. sebab sikap Orkid buat Ivan rasa insecure.. ramai lelaki akan jatuh hati kalau dorang benar benar kenal Orkid. " benar apa yang dikatakan Ivan. Aku pernah di risik beberapa lelaki untuk dijadikan kekasih dan ada juga yang meminangku untuk dijadikan isteri..tapi aku tidak mahu ada apa apa komitmen dengan sesiapa dan belum bersedia untuk satu hubungan yang serius. Tapi aku rasa sudah sampai masanya untuk aku memulakan sesuatu yang baru.

Ivan seakan magis... Sekejap hilang sekejap ada.. Tapi dia tidak pernah tidak menghantarku ke tempat kerja.. dan makan ku tidak pernah tidak dihantarnya. Hubungan kami sudah menginjak 5 bulan. Aku selesa dengannya.. Dia tidak pernah mengambil kesempatan terhadapku apatah lagi menciumku. Hanya sekadar berpegangan tangan. Aku dan Ilya sedikit renggang. Apa yang aku tahu dia bercinta dengan seorang pengkid berbangsa cina dan Ilya jarang balik ke rumah. Aku risau juga dengan sikapnya. Sudah aku nasihatkannya namun dia tidak menghiraukannya. Terpulang lah padanya.
"Kid.. ladies night" ajak Felina. Memandangkan aku tidak punya apa apa aktiviti lagi pula esok aku cuti. Aku meminta kebenaran Ivan untuk keluar. Dan dia membenarkan. Cuma dia melarang aku untuk mengambil pil. Aku bersetuju.
"wuuhuuu" pub milik Irene kami jengah. Padatnya sehinggakan kami sukar bergerak. Aku seperti biasa memesan Coca Cola. Aku asyik dengan muzik bingit. Irene menghampiriku.
"babe lama tak jumpa... miss me" soalnya
"a little " balasku... Irene menarikku dan membawa ku ke satu bilik di tingkat atas. Dari atas aku melihat kerumunan manusia dibawah sana. Irene duduk diribaan ku. Aku diam. Dia membelaiku..aku tolak secara baik..
"kau dah lain sekarang" soal Irene
"babe.. aku tahu aku salah selama ni
.aku minta maaf.. aku harap persahabatan kita tak bercampur sensual "pintaku. Irene masih menggodaku
"Irene kalau kau betul betul nak kawan dengan aku better kau stop.lagipun aku dah ada boyfriend " terangku.
"what.. boyfriend...babe..are kidding me" ujarnya.
"sorry babe. ." aku bangun dan meninggalkannya sendiri. Aku turun kebawah semula. Sedang aku berseronok lampu pub dibuka.
"minta kerjasama..lelaki sila kesebelah kiri dan perempuan sila kesebelah kanan.. bawa semua barang anda dan beratur.. sila beri kerjasama dan jangan lari.. "ujar seorang pegawai polis. Aku hanya menurut. Seorang wanita dari pejabat agama teragak agak untuk memeriksaku.
"saya perempuan kak" ujarku. Dia memeriksaku. Sedang aku diperiksa mataku tertangkap seorang lelaki yang kelihatan pelik. Dia cuba lari dari pandangan mataku. Pegawai itu cuba mengelak dari bertembung dengan ku. Kerana topi dan pelitup muka yang dipakainya sukar untuk aku mengecam. Aku keluar.
"Ivan.. "panggil seorang polis lalu menunjukkan paket jernih berisi pil. Aku memerhati polis yang memakai pelitup muka itu. Dia berbicara tapi agak sukar aku mendengar suaranya. Aku menunggu Felina diluar. Beberapa orang polis keluar dengan membawa barang yang dirampas untuk direkodkan. Aku mendail nombor Ivan
"Hello sweetheart "panggilnya
"ada dekat mana.. jom makan lapar la.. " ajak ku..
"ada kerja sikit.. Orkid ada dekat mana.. "soalnya. Mataku memerhati polis yang bernama Ivan itu. Aku berharap itu bukan Ivan ku.
"baru keluar dari pub... ada checking.. "jelasku. Polis itu seakan tercari cari seseorang
"Ivan ada dekat mana" soalku
"hah dekat ofis.. Orkid balik dulu nanti Ivan amik dekat rumah.. "pintanya. aku mengiyakan dan matikan talian begitu juga polis itu. Aku menghampirinya dari belakang. Dia membuka pelitup mukanya untuk meminum air mineral yang dipegangnya. Aku menepuk polis itu. Dia menoleh. Alangkah terkejutnya aku.. dia adalah Ivan ku. Air yang diminumnya terhambur keluar.
"sweetheart... "panggilnya
"ni office" soalku
"wait wait.. biar Ivan explain" ujarnya.
"kenapa tak bagi tahu yang Ivan sebenarnya polis.. "soalku
"sweetheart kejap lagi Ivan explain ya.. bagi Ivan settlekan kerja dulu" pintanya.
"KID" panggil Felina. aku meninggalkan Ivan yang termangu. Aku merebahkan diriku ke katil ku yang empuk.
"kenapa dia tak bagitahu aku dia polis.. kenapa dia nak diamkan je.. dia nak gunakan aku nak dapatkan kes ke apa.. "geramku.. bantal kepalaku aku hempuk hempuk ke katil. Aku rasa sedikit lega. Aku mencapai tuala lalu aku kebilik air untuk mandi.
"Kid ada orang nak jumpa" tempik farah.Selesai mandi aku keluar. t shirt dan boxer yang aku sarung dari dalam bilik air aku keluar menuju ke pintu. Tualaku aku sangkutkan di leher. Ivan berdiri dikeretanya. Aku keluar dan berjalan menghampirinya.
"nak apa" soalku
"sweetheart... dengar dulu apa yang Ivan nak bagi tahu.. " pintanya. Aku diam.
"baby...sayang..Ivan bukan taknak bagitahu yang Ivan polis tapi Ivan takut Orkid tolak cinta Ivan kalau tahu Ivan polis" jelasnya. Aku diam lagi.
"sayang.. pleaseee... " rayunya
"kenapa tak bagitahu awal awal" soalku
"macam Ivan katalah.. Ivan takut Orkid tolak cinta Ivan.. " jelasnya
"atas alasan apa Orkid nak reject Ivan"soalku lagi
"sebab Ivan ni polis.. poliskan tak baik dimata masyarakat.. " ujarnya
"kenapa Orkid nak fikir macam tu" soalku
"mana tahu.. rata rata orang tak suka polis sebab polis ni suka menyusahkan rakyat" ujarnya. Aku tertawa.. fikirannya terlalu naif.
"Orkid tak rasa macam tu.. bagi orkid kalau kau tak buat salah takkan orang nak marah kau tiba tiba.. macma tu juga polis.. kalau tak de sebab takkan tiba tiba polis nak tangkap kau" ideologi akalku ku luahkan.
"so Orkid tak reject Ivan kan.. " soalnya ingin kepastian. Aku mengangguk dan tersenyum.
"thanks sweetheart "dipelukku erat.
"jom pergi makan" ajaknya. aku meluru masuk ke dalam keretanya dia tergamam.
"baby...nak pergi macam ni je ke.. "soalnya
"ye lah.. jom la lapar" dengan Ivan aku boleh menjadi diriku sendiri. Aku selesa bersamanya. Aku keluar dan duduk dikerusi berhampiran keretanya. Ivan duduk disebelahku. Tidak lama kemudian dua lagi sahabatnya menyertai kami. Boxer ku yang pendek menampakkan sebahagian dari paha ku ditutup Ivan dengna jacketnya. Aku hanya tersenyum. Dia melayanku bak puteri.
Makanan ku di tiup biar sejuk lalu disua kepadaku. Sudu dan garfu di lapnya dahulu sebelum diberikan kepadaku. Terasa layanannya ikhlas padaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience