DIA

Other Completed 29964

Aku terjaga dari tidur ku. Jam menunjukkan sudah pukul 10.30 malam. Hampir enam jam aku tidur. Dendam lena ku sepanjang dilokap terbalas. Aku tidak dapat lena dengan baik ketika disana kerana pelbagai bunyi yang aku dengari. Di dalam lokap juga aku bertemu dengan seorang wanita yang ditahan kerana mencuri satu tin susu bayi hanya kerana hendak mengisi perut bayinya yang berusia 8 bulan. Suaminya terlantar dihospital akibat dilanggar dan disebab kejadian itu suaminya kehilangan dua belah kakinya dan diberhentikan kerja.. pelbagai tuntutan dibuat namun tidak berjaya hanya kerana mereka tidak punya apa apa. Realitinya jika kau punya jarta dan pangkat kau boleh beli segalanya termasuk keadilan dan harga diri kau..sedangkan kita lupa bahawa dunia ini hanya bersifat sementara. Aku bersimpati dengan wanita itu. Aku membelek telefon ku tiga puluh dua missed call dari Ilham. Tidur ku tidak terganggu kerana berada dalam mod senyap. Perutku berkeroncong. Aku menelefon Irene untuk datang mengambilku. Aku bersiap. Jogger dan hoodie milik Irene aku sarung. Irene membawa ku ke pubnya. Dia memesan makanan buat ku. Masih awal dan keadaan pub masih tenang. Rokok ku aku nyalakan satu persatu. Aku yang duduk di tingkat atas terasa aman sendirian. Hari makin lewat dan pengunjung mula ramai. Geng brotherhood aku, Aiman dan Damian turut hadir dan menyertai aku. Aku memerhati gelagat manusia dbawah. Aku ternampak Ilham dan dua orang lagi temannya dan empat orang gadis yang berpakaian seksi berhampirannya. Gadis itu menari nari dihadapannya dan Ilham memeluk pinggannya erat. Entah kenapa sakit hatiku bagai dirobek..
"kata sayang aku.. boyfriend aku konon.. ceh taik" bebelku. Aku memandangnya lama dan dia tidak perasan akan kehadiran ku disitu.
"tonight we have special guest.. our beloved guest celebrating her birthday tonight.. Orkid.. "aku tergamam apabila nama ku di sebut. Lagu hari lahir dimainkan dan sportlight memancar tepat kearah ku. Irene menghampiriku dengan sebiji kek yang sudah dinyalakan lilin. Mata aku dan Ilham bertentang. Gadis yang berada dihadapannya ditolak ke tepi. Aku mengalih pandanganku kearah lain. Aku terkejut dengan sambutan hari lahirku malam itu. Aku seronok.
"Kid... abang polis you dari tadi tak alih pandangan. " ujar Irene.
"kita usik dia nak.. " cadangnya. Leherku dirangkul lembut pinggangnya aku rangkul erat. Aku sandarkan Irene ke tiang dan kami berlakon seakan bercumbu mesra. Itu perkara biasa bagi kami.. tapi tidak Ilham. Raut wajahnya berubah. Aku dan Irene mengintai dicelahan dakapan kami.
"his coming.. behind you" bisik Irene.
"1..2..3.." Irene mencium ku dan aku membiarkan saja. Bahu ku ditarik dari belakang dan tanganku ditarik agar aku mengikutnya. Rakan rakan ku seakan terkejut dengan kejadian itu.
"takpe takpe Kid kenal dia" ujarku agar tidak timbul kekecohan kerana Bon dan yang lain sudah mula mahu mengangkat penumbuknya. Dia membawa ku keluar.
"what are doing" marahnya
"Orkid buat apa" soalku
"Am call tak angkat.. Am pergi rumah tak ada.. tiba tiba datang sini.. celebrate birthday dekat sini.. then.. just now... argghhh" marahnya.
"la dah kenapa.. ini life Orkid.. ini cara hidup Orkid.. apa masalahnya.. "ujarku lagi. Kami bertengang urat.
"Ya Am tahu...tapi kenapa makin melampau.. jantan dekat atas tu semua peluk sayang.. semua kiss sayang.. orang semua tengok" marahnya
"today is my birthday... dorang just celebrate salah ke.. and dorang kiss dekat pipi as a wishes.. bukan kiss mulut.. lagipun this is my life and my way.. Orkid tak suruh Am amik tahu dan Orkid tak minta Am ikut cara Orkid.. hidup kita berbeza Ilham." marahku
"sayang.. Am tak bermaksud nak sakitkan hati Orkid.. Am cuma terkejut.. sebab Am selalu tengok dalam tv je tapi in real girlfriend Am yang buat macam ni.. " nadanya mendatar
"Kenapa malu..so just buat tak tahu je... buat hal Am sendiri.. ya.. life Orkid terlalu hina.. tapi Orkid tak kacau hidup orang. "Marah ku lagi.
"sayang sorry.. Am bengang sebab banyak kali call tak jawab.. tiba tengok. Am geram" ujarnya lembut.
"first.. stop calling me sayang.. we not in any relationship..second.. stop telling others that I'm your girl and you my boy cause we never declare that we a couple... third just go and get your life Ilham."aku menolak dadanya kasar. Dia meraup mukanya
"Orkid... Am minta maaf.. Am tahu Am salah.." tanganku dipegang lembut..
"Am risau dekat Orkid sebab tu Am tak boleh control emosi." balasnya
"risau kan Orkid... "senyumku sinis
"risau kan Orkid datang sini dengan perempuan lain.. macam tu" luah ku
"itu kawan Am. kami datang riki line.. atas kerja sayang.. " ujarnya
"alasan...Ivan pun unit yang sama.. tapi dia kalau nak datang tempat macam ni.. nak riki line.. dia bawa Orkid.. if nak checking dia bagitahu supaya Orkid tak tersalah anggap.. Ni... siap peluk pinggang.. " ujarku.
"sayang cemburu ekk" usiknya
"Orkid.. cemburu.. sorry.. cuma Orkid baru tahu tak semua lelaki boleh dipercayai apatah lagi dengan orang macam Orkid.. I'm like a fucking bitch" jelasku. Ya.. tak semua orang akan serius untuk berhubungan dengan ku.. apatah lagi jika tahu kehidupan liarku... siapa sanggup.
"sayang.. sayang.. dengar sini" dia mahu memelukku tapi aku melawan. Kedua tangan ku di pegangnya dan aku dipeluk kemas. Kuat benar tenaga abang polis ni.
"sayang.. Am iklhas nak berkawan dengan sayang.. Am ikhlas nak serius dengan sayang.. tapi sayang tak pernah nak bagi peluang dekat Am untuk hadir dalam hati sayang.. "ujarnya. Aku diam. Pelukannya dilepaskan.
"dah..habis cakap dah.. sorry Orkid rasa I'm not the one for you" ujarku dan berlalu pergi. Bahu ku di tarik dari belakang dan dia mencium bibirku secara tiba tiba.. Aku menolak lalu kau menamparnya kuat.
"go.. and get your life damn shit fucker" marahku. Aku masuk semula ke dalam dan meninggalkan dia sendiri. Aku naik keatas menyertai rakan rakan ku. Aku mahu menjadi diriku sendiri.. Irene memelukku erat. Dia menari nari dihadapanku. Aku mula mengambil pil kembali. Aku tahu Ilham memerhatiku. Aku semakin dibuai mimpi. Aku mula asyik dengan muzik. Aku terasa seakan di cempung.Aku menepuk nepuk bahu lelaki itu agar dia menurunkan aku. Dia meletakkan aku di dalam keretanya. Aku cuba menangkap wajah lelaki itu.. Mata ku berpinar. Kereta itu menderu laju.
"nah minum ni" suruh lelaki itu. Aku menolak. Dia membuka mulut ku lalu memasukkan air ke mulut ku.. tidak lama kemudian perut ku bergelodak mahu mengeluarkan isi. Aku termuntah di tepi jalan.
"Sayang.. " panggilnya.
"Ilham" jawabku. Aku memuntah lagi isi perutku hingga aku keletihan.Selesai aku memuntahkan segalanya dia memapahku semula ke kereta. Aku terbaring. Tiba tiba airmata ku menitis. Aku rindu Ivan. Rindu yang teramat.
"sayang.. kenapa ni"dia menyapu air mataku. Tangisanku makin laju.. Aku benar benar rindu dia. Insan yang mengajarku erti sayang dan rindu. Dia memberhentikan keretanya di sebuah dataran. Dia berpaling mengadap aku.
"Sayang kenapa ni.. tiba tiba menangis ni"Soalnya
"Ivan.. "ujarku. Dia terus memelukku erat. Bahunya basah dek airmataku. Bahuku ditepuk lembut. Perbuatannya sebentar tadi mengingatkan aku pada awal perkenalan aku dan Ivan.
"Am tahu Orkid rindu dia.. menangis lah jika itu yang membuatkan Orkid tenang" rambut ku diusap lembut.

"nak balik terus atau nak pergi makan" tanyanya selepas tangis ku berhenti. Aku diam
"teman Am makan boleh.. Am lapar" pintanya. Aku mengangguk. Kereta itu meluncur laju mencari tempat untuk makan. Dia memesan makanan untukku. Tidak lama kemudian hadir dua orang rakannya dan gadis di kelab sebentar tadi. Aku hanya diam dan menjarakkan sedikit jarak kami agar tidak canggung. Dia perasan reaksi ku lalu menarik kerusi ku rapat dengannya. Tangannya diletakkan dibelakang kerusi ku. Aku menoleh
"nak pergi mana.. duduk dekat Am"suruhnya.
"nanti dorang kata apa pula.. " ujar ku.
"nak kata apa.. Orkid kann girlfriend Am" aku merenungnya tajam. Tanganku di ciumnya lembut.
"wei..kau keluar tak bagitahu aku.. drama betul la tadi.. kau kannnn" seloroh rakannya. Gadis tadi duduk disebelahnya.
"sayang tukar tempat.. "pintanya.. Dia bangun dan kami menukar kerusi kami.
"kenapa" bisikku
"kami nak sembang hal kami" balasnya. Aku diam. Tangannya tidak melepaskan tangan ku. Gadis tadi memerhati kami dengan pandangan tajam. Apatah melihat jari kami bersilang. Makanan kami sampai. Dia mengelap sudu dan garfuku tanpa aku suruh.. Aku menunggu makanan yang lain sampai baru aku makan. Dia benar benar lapar agaknya kerana dia makan dahulu sebelum kami. Dia sesekali menoleh kearah ku ketika makan. Mee kuah yang aku makan adakalanya terpercik di bibir dan pipi ku dilapnya dengan tisu. Gadis itu kelihatan tidak senang apatah lagi bibir ku yang melekat kuah itu dilap menggunakan jarinya lalu dijilatnya. Bukan saja gadis itu..tapi aku juga terkejut dengam tingkahnya. Air ku di sedutnya tanpa ada rasa geli. Setelah siap makan aku menuju ke kereta.
"Ilham siapa tu" soal gadis itu.
"girlfriend aku" balasnya. Aku yang mendengar bicaranya tersenyum sendiri. Aku menunggu di dalam kereta. Ilham masuk ke dalam kereta.
"cantik dia tu" pujiku
"siapa" soal Ilham
"perempuan tu la" ujarku lagi
"heh.. tapi kerek gila.. "ujarnya lagi. Aku menoleh.
"dia mana nak kawan dengan konstabel or yang pangkat bawah.. paling rendah pun supritendan.. main level inspektor keatas tau" ceritanya
"owh dia polis ke.. " soalku
"koperal Zurina" balasnya
"ok la tu.. dia nak cari yang elok... benda boleh pilih kan.. buat apa main tangkap muat je" ujarku.
"tapi Am memang tak leh blah dengan dia" dia memandu dengan tenang.
"cakap je tak leh...tapi tadi... ke main lagi" seloroh ku.
"yang tadi tu dia yang tarik tangan Am.. lagi pun kami kena bagi nampak real kalau tak kantoi nanti" aku diam.malas nak memanjangkan cerita. Kereta yang dipandunya tidak menuju ke jalan rumahku
"kita nak ke mana" soalku
"ikut je lah.. " aku cuak. Jangan dia buat gila sudah. Masak aku.

Kami tiba di hiking area. Kawasan itu seakan sebati dengan ku. Ya itu port kesukaan aku dan Aiman...Andai ada masa terluang kami akan ke sini untuk mendaki bukit.
"selalu ke datang sini" soalku.
" ha ah..hiking" balasnya
"eh samalah... Orkid selalu hiking dekat sini.. pemandangan dia cantik.." ujarku. Bukit itu tampak cantik dengan taburan bintang dilangit
"ingat lagi mula mula Orkid dengan Aiman hiking dekat sini...tanah licin..Orkid tergelincir nasib baik Aiman sempat pegang tangan Orkid.kalau tak..dah arwah dah Orkid" ceritaku. Ilham tertawa.
"Aiman pun cedara juga sebab dia cuba tarik Orkid...nasib baik ada geng lelaki tu tolong kami. Sorang dari dorang bawa Orkid turun sebab Aiman tangan dia cedera." terasa malu bila mengingatkan kejadian dari akibat kecuaian sendiri.
"lelaki itu buat apa dekat Orkid" soalnya
"buat apa.. "soalku kembali
"dia balut kaki Orkid.. dia ada bagi bantuan kecemasan kan" ujarnya
"hah ada ada.. tapi kesian dia.. luka dekat lengan dia tergarut dahan tajam.. dalam luka dia.. entah ok entakh tidak dia.. sebab luka dia dalam" ceritaku
"dia ok je.. hidup lagi" cakapnya seakan dia tahu akan lelaki itu
"ish apa cakap macam tu.. tak baik.. dia dah tolong Orkid.. Orkid tak sempat minta maaf dan say thank you pun dekat dia. "sesalku
"alah dia ok je..takde apa apa pun..takat luka sikit...small matter je" seloroh Ilham lagi.
"tak kira lah janji Orkid nak jumpa sangat dia" ujarku
"nak buat apa" eh banyak soal pula mamat ni
"nak say thanks la" geramku
"kenal ke dia siapa" soalnya
"tu lah masalah dia.dia dengan team dia pakai mask waktu tu" aku tidak mengecam lelaki itu tapi aku amat amat terhutang budi padanya
"kalau jumpa dia Orkid nak buat apa.. nak cakap apa" soalnya lagi.
"dah Am ni pasal nak tahu sangat" geramku
"saja tanya.. sebab macam beria cari" balasnya. Wajahnya di paling keluar.
"nak cakaplah terima kasih.. dan sorry sebab Orkid dia cedera.. if tak keberatan boleh berkawan.. kalau bujang la.. kalau dah kawin tak yah" balasku.
"kalau dia tak nak macam mana.. dia tak nak kawan dengan Orkid.. dia nak lebih dari kawan macam mana" ujinya
"tengok la.. kalau ok Orkid on je" tawaku. Dia berpaling sambil tersenyum.
"serius... betul ni.. " dia seakan teruja
"ye lah.. boleh la buat boyfriend dari takde " tawaku. Aku terkejut apabila dia tiba tiba memelukku dan mengucup ubun ubunku
"apa ni Am" marahku. Dia menunjukkan parut di lengannya. Aku terdiam. Lalu dia menunjukkan gambar aku bersama lelaki yang telah menyelamatkan ku dengan beberapa lagi pendaki termasuk Aiman.
"jangan kata.. " Dia mengangguk. Aku tergamam.
"Am yang gendong sayang.. Am yang balut kaki sayang.. Am yang rawat sayang.. Am ingat kita takkan jumpa dah tapi kejadian dekat kedai makan hari tu.. Am gembira dapat jumpa sayang.. "ceritanya.Tanganku dicium berkali kali
"kedai makan" aku cuba mengingati
"kes budak perempuan kena hina tu.. Am ada masa tu..Am dengan Ivan.. tapi waktu tu Ivan dah jatuh hati dekat sayang.. so Am tak berani nak buka mulut. "dia menunduk. Aku mati kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience