SEBUMBUNG

Other Completed 30495

Aku tinggalkan majlis diseparuh jalan. Aku tidak sanggup melihat anak aku dihina lagi. Aku memandu sendirian pulang ke rumahku. Hampir tiba di daerah tempat tinggal ku perutku terasa sakit yang teramat. Mungkin sebab aku tidak makan dari pagi. Aku parkir kereta ku ditepi. Aku menelefon Lia dan Jes untuk pertolongan namun tiada jawapan. Aku menelefon Ilham. Lega sedikit hatiku kerana dia dalam perjalanan mendapatkan aku. Aku menantinya didalam kereta.
"sayang kenapa ni" walaupun aku terkejut dengan panggilan yang digunakan namun sakit perutku tidak dapat dikawal.
"tak tahu.. perut sakit. " ujarku. Ilham memandu keretaku ke hospital. Aku keradangan kerana tidak makan dari pagi. Aku meminta pulang kerana Rizki tiada penjaga.
"awak..bahaya la awak stay dekat rumah awak sorang sorang.. ajak la siapa siapa teman" nasihatnya. Aku mahu minta pertolongan siapa. Orang yang patut bertanggungjawab masih dikampung. Ilham berat untuk meninggalkan ku. Aku berehat diruang tamu menemani Rizki yang ketiduran. Aku memerhati setiap sudut ruang rumah. Rumah teres dua tingkat itu tampak suram. Sunyi. Aku terasa kosong. Lukisan yang dilukis Ivan aku tatap. Seakan ternampak bayangannya disitu. Rindu mula menerjah.

Aku ke pasaraya membeli barang dapur bersama Rizki selepas pulang dari klinik untuk pemeriksaan kesihatan. Usai membeli aku pulang..aku tergamam Fifi di dalam rumah. Izzat menghampiri ku yang sedang menbimbit beg plastik barangan yang dibeli.
"sayang..mulai hari ni sayang tidur dengan Rizki ya.. bilik tu bagi Fifi guna ya.. Dia alah teruk" aku diam. Izzat beredar tanpa mengambil barang yang dibeli ku. Aku dan Rizki ke dapur dan meletakkan barang diatas meja. Aku menggenggam kain lap meja kemas. Geram ku mula menapak dihati.
"apa lagi bala yang nak timpa" bisik hatiku.Rizki ke ruang tamu mendapatkan Izzat yang sedang menonton tv namun kehadirannya tidak disenangi Fifi. Tingkah Fifi seakan takut bayi dalam kandungannya menyerupai Rizki yang istimewa membuatkan aku bertambah geram. Aku membawa Rizki ke bilik. Geram ku aku lepaskan didalam bilik air. Aku menidurkan Rizki yang sudah mula tantarum kerana mengantuk. Pintu bilik Rizki di kuak.
" orkid.. boleh tolong masakkan tak akak lapar. " aku diam dan tidak memberi reaksi.
"Orkid dengar tak akak cakap" nadanya sedikit tinggi. Aku masih diam.
"apa bising bising ni dengar sampai bawah" marah Izzat
" I minta orkid masakkan untuk I tapi dia tak nak.. I bukan tak nak masak tapi I takut kalau jadi apa apa dekat dapur nanti.. dapur tu kan banyak benda bahaya" rengeknya. Aku masih membatu
"sayang..awak tolong masakkan boleh.. saya lapar. " pinta Izzat
"korang makan dekat luar or order delivery boleh..saya letih.." aku berbaring disebelah Rizki
"sayang..I lapar sangat ni.. nak tunggu delivery lambat or makan dekat kedai pun lambat.perut I dah tak tahan sangat ni" rengek Fifi lagi. Aku membatu. Izzat menghampiri ku. Bahuku di kuis lembut.
"awak tolong la" pujuk Izzat. Aku merenungnya tajam.
" awak melawan cakap saya ke apa ni" Izzat mula membara.
"tak.. saya tak lawan.. saya cuma nak awak faham.. saya pun letih.. baru balik dari beli barang.." aku melawan. aku sudah tidak tahan sabar.
"suami nak makan ni.. " tengking Izzat
"so" jawabku ringkas
"pergi lah masak" tengkingnya lagi.
"saya letih tau tak.. saya pun mengandung.. tak boleh ke awak kesian kan saya.. semua saya uruskan... untuk apa awak kawin sorang lagi kalau semua benda saya nak kena buat... "tengkingku semula.
"kau kan dah naik tocang ya.. makin menjadi sedap kau kan" Izzat masih belum puas
"saya yang naik tocang atau awak yang naik lemak.. jangan ingat saya diam saya dungu.. saya diam sebab saya hormatkan awak sebagai suami saya.. tapi awak buta hati sampai tak boleh ada rasa sekelumit simpati.. "pipi aku terasa perit. Izzat menamparku kuat
"kau dah tunjuk belang dah sekarang ya" marah Izzat
" awak baru tahu ke perangai saya.. " provokku
"kau kalau dah sundal jirus minyak wangi pun tetapi berbau tahi.. kau nak aku layan kau baik macam mana lagi.. aku bela kau dengan anak kau pun dah cukup baik dah" bangganya. Aku makin menyinga
"kalau dah aku sundal kenapa simpan aku.. kau buat la apa yang patut..tak perlu simpan or bela aku.. sebab aku pun tak hadap suami dayus macam kau.. ceraikan aku..aku nak tengok tinggi mana kau boleh terbang..." tengkingku. Izzat diam. Dia merenung ku tajam lalu keluar dari bilikku. Fifi mengetap bibirnya tanda tidak puas hati. Aku menghempas pintu kuat dan terduduk mengingati dosa ku padanya. Berdosanya aku meninggikan suara apatah lagi berlaku biadap padanya. Tapi hati aku sakit. Tidak tertanggung perit yang lama aku pendam. Tangisanku berderai.

Fifi masih tidur. Jam sudah pukul 10.30 pagi. Aku sudah siap kerja rumah ku. Aku mulakan perniagaan online ku sambil berperang dengan Rizki. Alhamdulillah..tempahan ku makin bertambah. Sedang aku mengambil pesanan pelanggan tiba tiba bunyi bising di dapur. Rizki menjatuhkan pinggan yang berisi nasi goreng yang aku tinggalkan buat Fifi.
"anak ummi buat apa" soalku menahan marah. Rizki diam. Raut wajahnya tampak bersalah. Aku mengutip kaca dan mula membersihkan lantai yang kotor.
"Orkid tak masak breakfast ke" soal fifi yang menjengah dapur.
"maaf fifi.. Rizki tumpah nasi goreng uang Orkid tinggalkan untuk fifi" ujarku
"habis akak nak makan apa.. akak lapar ni" rengeknya
"dalam freezer ada banyak benda makan.. masak je..letak je dalam air fryer.. " ujarku. Mana aku marahkan Rizki yang masih berbaki dihati.. ditambah mengada maduku lagi.. bagaikan mahu meletup hatiku.
"akak tak boleh bau minyak panas" rengeknya
"air fryer tak guna minyak fifi.. letak je tekan suis set time tunggu.. siap makan je lah.. " nadaku sedikit tinggi. Dia mengambil sepaket nestum 3in 1 lalu diletakkan didalam gelas. Dia mengambil air panas didalam jug air panas dan dibawa ke meja. Aku sedang mengemop lantai terkejut melihat fifi bersiram air panas didih. Tangannya merah kerana terkena air panas. Aku cuak.
"kenapa tak tekan air panas coway je.. " rungutku lalu membantunya bangun. Aku memeriksa tubuhnya.
"sakit.. kat mana.. " soalku. Aku risaukan kandungannya. Dia menepis tanganku lalu berjalan menuju ke bilik.
"apa lagi masalah yang kau buat ni orkid" bisikku.

Aku yang menidurkan Rizki di bilik terkejut mendengar pintu bilik di ketuk kuat.
"kau nak bunuh fifi ke apa" tengking Izzat
"apa yang saya buat" soalku
"kau tengok ni" Izzat menunjukkan kesan lecur di lengan Fifi. Aku diam
"kau kalau nak lepas marah.. lepas dekat aku.. jadi apa apa dekat anak dalam perut ni nahas kau" ugut Izzat
" salah aku ke.. dia yang cuai.. lagi pun ada air coway kenapa nak kena jerang air panas lagi.. dapur sikit punya luas kenapa nak kena lalu dekat kawasan yang aku mop" aku membela diriku walaupun sebenarnya aku turut risau akan kandungannya.
"fifi tak boleh minum air panas coway nanti kembung" ujarnya
"eh tak tahu pula aku.. sebelum ni aku bancuh air guna air coway juga pun tak de pula kau sakit perut.. tiba hari ni dan dan kau kembung perut" perliku.
"ah sudah ke tepi aku nak bawa Fifi ke klinik.. " tempelak Izzat
" saya nak guna kereta nak hantar barang.. awak bawa skuter" suruhku. Aku harus menghantar pesanan yang banyak hari itu.
"ah takde takde.. takkan aku nak bawa fifi naik motor.. dia sakit ni" marah Izzat
"yang sakit tangan bukannya nak beranak.. saya nak hantar barang banyak" aku tidak mahu mengalah. Kami bertegang urat bertikam berebut akan kunci kereta. Aku yang berdiri di hujung tangga tergelincuh kerana berlaga bahu Fifi yang dipapah Izzat dan aku jatuh tergolek ke bawah. Izzat berada dia akhir anak tangga mendapatkn ku yang terbaring. Perut aku sakit.
"sayang.. " panggil Izzat. Dia cuba mengangkatku.
"sayang cepat la.. sakit ni.. tak tahan" rengek Fifi. Izzat membatalkan niatnya untuk membantu dan keluar membawa fifi ke klinik dan dalam masa yang sama aku merasakan hangat di kelangkangku. Darah.. perutku sakit. Aku tidak tahu mahu berbuat apa..telefon ku di bilik Rizki.. Aku gagahkan tubuhku untuk mengesot keluar dengan harapan ada jiran yang dapat membantu. Hampir dipintu pagar mataku mula kelam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience