MENJAUH

Other Completed 29964

Iddah ku hanya tinggal beberapa hari saja lagi.. Izzat masih merayu untuk kembali. Aku tidak tahu lagi bagaimana untuk aku lari dari bertemunya. Hubungan aku dan Ilham semakin baik cuma aku tidak mahu menaruh harapan tinggi padanya memandangkan kami sama sama dalam Iddah. Apa apa mugkin akan terjadi. Sejak malam itu aku tidak bertemu Bani lagi.. mungkin dia malu dengan kata katanya yang terlalu awal untuk memperisterikan wanita seperti ku. Aku nekad untuk berhenti bekerja di pub itu kerana Izzat kerap mengunjungi pub dan Fifi juga pernah memalukan aku disitu. Dia datang mengamuk mengatakan aku menggoda Izzat dan cuba merampas Izzat darinya. Aku serabut dengan keadaan itu. Aku menganggur buat sementara..wang simpananku semakin susut. Aku mencuba meminta pekerjaaan dipelbagai sektor namun hampa. Aku masuk ke bilik Rizki yang sudah lama aku tidak menjengah.. Rindu padanya terasa. Irene kerap bertanya khabar risaunya akan aku melakukan tindakan bodoh kerana diawal penceraian aku.. aku pernah bertindak bodoh.. mujur Irene sampai tepat pada waktunya jika tidak nyawa ku sudah melayang. Aku mungkin kuat diluar tapi didalam hatiku aku sebenarnya lemah.. Dunia ku kosong tanpa Rizki.. segala ditarik dalam sekelip mata. Lukisan Ivan aku tatap. Rinduku pada insan itu terluah dengan airmata.
"hello.. "aku menerima panggilan dari seseorang.
"cik Orkid.. boleh datang untuk temuduga esok" aku seakan mahu melompat keriangan. Akhirnya Allah memakbulkan doaku.

Aku diterima bekerja disebuah syarikat pembinaan sebagai kerani. Aku selesa disitu. Rakan sekerja yang baik dan ramah. Dan kerana syarikat itu melibaykan pekerja dengan aktiviti keagamaan aku sedikit sebanyak aku mendalami ilmu agama dan solatku mula cukup lima waktu. Waktu rehatku kadang kadang ditemani Ilham.
"kita makan laksa nak.. lapar laksa pula hari" ajakku. Ilham memandu keretanya dan singgah ke gerai laksa kesukaan kami. Dua mangkuk laksa aku habiskan dalam sekelip mata. Ilham menlongo.
"bela hantu raya ke" soalnya
"teringin lama dah.. sedap oiii"kami tertawa.
"ok ke kerja.. "soalnya lagi
"ok.. seronok juga.. time solat wajib solat.. solat dhuha wajib kena buat.. sebelum balik ada tazkirah dulu dua puluh minit. ok.. seronok..boleh belajar banyak tentang agama" ujarku. Ilham hanya memandangku tersenyum. Aku pulang ke pejabat selepas tamat waktu rehat. Aku menuju ke ke meja ku dan aku terkejut melihat satu bungkusan di atas meja. Aku membaca kad yang terselit pada bungkusan itu. Ya memang bungkusan itu untuk aku. Aku menyimpannya di laci agar aku dapat meneruskan kerjaku. Aku mendengar perbualan mereka bahawa arkitek muda akan kembali bekerja esok setelah pulang dari luar negara minggu lepas. Aku hanya diam malas menyampuk. Jam lima aku mengemas untuk pulang. Ilham menantiku di bawah kerana motorku dibengkel untuk servis.
"awak beli apa apa tak sebelum balik.. "soal Ilham.
"takde.. balik terus la..."pintaku. Ilham menghantar ku pulang. Izzat menanti dihadapan rumahku. Aku diam didalam kereta Ilham hanya dia yang keluar bertemu Izzat. Aku tidak tahu apa yang mereka bincangkan. Izzat kelihatan kelat dan beredar.
"korang sembang apa" soal ku
"takde pape.. just suruh dia blah" aku diam.
"malam ni nak keluar makan tak." soal Ilham. Aku menolak.. aku mahu menghabiskan malam ku sendirian. Aku mahu mengemas bilik Rizki. Usai mandi aku termenung di muka pintu. Malam tampak terang dengan cahaya bulan tapi sunyi dan diam. Hidup aku juga begitu.. ceria tertawa dihadapan semua tapi hakikatnya aku sunyi.. terasa kosong dihati. Aku ingin seperti mereka..bahagia dengan kehidupan.. tapi aku juga takut akan sengsara yang sentiasa bersedia untuk menyerangku bila bila.

Pagi ini kecoh dengan kehadiran arkitek muda yang baru pulang dari luar negara. Syarikat mengadakan jamuan tengahari disebuah restoran bagi meraikan kepulangannya tapi alu lebih suka bersendiri. Aku tidak menyertai mereka. Makan tengahari ku aku tidak tahu mahu ke mana kerana Ilham punya tugas diluar daerah. Dalam aku berfikiran untuk mencaru tempat makan aku menerima mesej dari seseorang yang mahu bertemu ku. Dia memberikan lokasi kepada ku. Aku hanya mengikut memandangkan kawasan yang dipilihnya terletak di tempat awam dan ramai pengunjung. Aku menanti dengan debaran siapa yang akan aku bertemu.
" Orkid" sapa seorang wanita.
"aunty.. "aku gugup. Ibu Ilham berada dihadapan ku.
"Orkid sihat... lama mama tak jumpa Orkid' santun wanita itu membuatkan aku bertambah gugup.
"Alhamdulillah..sihat.. aunty.. sihat.. "aku tidak tahu apa yang harus dibicarakan. Aku terasa tegang
"mama nak jumpa Orkid ada hajat" aku menelan airliur kesat
" Orkid tahu kan Ilham dah bercerai.. dah dua bulan..lagi sebulan dia akan habis Iddah. " terang wanita itu membuatkan aku bertambah gugup.
" mama minta jasa baik Orkid pujuk Ilham supaya rujuk dengan Nadia semula" aku terdiam
"kenapa aunty..." soalku ingin tahu
" Nadia mengandungkan cucu sulung mama.. " nafasku seakan terhenti. Aku mengharapkan hubungan kami kembali terjalin setelah kesungguhannya mencuri hatiku semakin berjaya. Namun panas tidak sampai ke petang kerana awan mendung sudah menguasai langit.
" Nadia pregnant anak Ilham dah sembilan minggu..." jelas wanita itu yang hawa telinga ku menerima satu persatu bait kata katanya. Hatiku seakan dipijat pijat.
"tapi kenapa Orkid.. kalau Nadia mengandung bukan tak jatuh talak ke aunty.. dorang masih sah suami isterikan kan aunty" aku mahu menyedapkan hati walhal aku tidak mahu mendengar lagi.
" kalau ikut kan macam tu la.. tapi Ilham nekad nak bercerai" ujar wanita itu
"dia tahu tak yang nadia mengandung" aku berbasi basi
"tahu...dan dia nekad nak berpisah.. dia terlalu sayangkan Orkid.. sebab itu mama nak minta tolong Orkid.. pujuk dia.. mama tak nak cucu mama lahir dalam keluarga yang berpecah belah." rayunya. Aku mahu mempertahankan hubungan kami tapi dalam masa yang sama aku juga tidak mahu Nadia disakiti kerana aku pernah berada disituasi sepertinya. Aku buntu. Aku hanya mengiyakan saja agar perbincangan kami tidak terlalu panjang. Harapan untuk aku bahagia masih kabur dan mungkin bahagia bukan milikku.

Aku mengambil langkah untuk tidak menghubungi Ilham. Bagai jatuh ditimpa tangga, rumah sewa ku akan di bina semula oleh pemiliknya..Bani.. aku terpaksa menumpang di kondo Irene yang kosong semenjak mereka bermastautin ke sarawak. Jarak dari kondo dan tempat kerja ku mengambil masa empat puluh lima minit untuk sampai ada kalanya mencecah hingga satu jam. Aku berhujan dan berpanas untuk meneruskan kerjaya ku. Ada terlintas untuk aku berhenti dan mencari kerja yang lebih dekat namun bila difikirkan balik aku sudah banyak berubah semenjak bekerja disitu. Ada juga terlintas untuk berhenti kerana Ilham sering mencari ku disitu. Aku cuba menjauh tapi Ilham semakin menghampiri.
"Am...we need to talk" ujarku apabila kami terserempak diparkir di basement.
" ok cakap sekarang.. kenapa awak langsung tak jawab call saya tak reply mesej saya" pintnya
" saya nak awak lupakan saya..saya nak awak jangan datang cari saya lagi" aku kumpul segala kekuatan untuk berbicara.
"kenapa.. apa yang saya dah buat sampai awak buat keputusan macam ni" soalnya
" ada insan yang lebih berhak ke atas awak berbanding saya.. nadia perlukan awak... balik la semua dengan dia.. kesian dia.. kesian baby dalam perut tu.. " Ilham tergamam mendengar kata kata ku
" fikirkan masa depan anak tu.. Saya tak sanggup cipta bahagia dari derita seseorang" ujarku
"mana awak tahu.. dia jumpa awak.. dia saja nak awak tinggalkan saya sebab saya tak nak rujuk balik dengan dia" jelas Ilham
"mama awak jumpa saya bukan dia.. mama minta saya pujuk awak.. dah lah Am.. kita memang tak berjodoh.. bahagia awak bukan dengan saya jodoh awak bukan saya... " ujarku
"no... saya takkan rujuk dengan dia.. apa nak jadi jadi lah.. saya tak kisah.. saya dah takde hati dengan dia.. saya tahu kita akan bahagia berdua walaupun dapat tentangan dari keluarga" ujarnya
"jangan terlalu egois Ilham.. anak dalam kandungan Nadia.. darah daging awak yang sah.. jangan jadikn dia mangsa ego awak.. " nadaku tinggi seoktaf
" saya tak akan rujuk dengan dia.. " tengkingnya
" kalau saya tak dapat anak tu pun takpe.. saya boleh ada anak dengan awak" aku menampar pipinya kuat
"sedar dari mimpi Ilham.. kita tak akan bersama.. saya tak nak hidup dengan awak seandainya ada yang menderita disebabkan saya.. dan saya tak nak jadi punca keruntuhan satu hubungan... faham.. saya tak boleh terima awak.. sorry.. jawapan saya muktamad.. " ujarku lalu beredar meninggalkannya yang terjerit jerit memanggil nama ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience