GALAU

Other Completed 29964

hubungan kami berjalan lancar hampir dua bulan dan ia dirahsiakan dari semua kecuali Damian yang menyokong kami. Aku agak selesa dengan Bani dan baru aku nampak perbezaan dia dan Ivan. Dia adalah dia yang tidak mengongkongku tetapi mengubahku ke arah lebih baik. Aku terdorong menjadi lebih baik dari sebelumnya dan aku mula mengenali masjid dan para alim ulama kerana aku kerap mengikutnya ke majlis agama serta aku sering mendengar ceramah yang dipasangnya di dalam kereta. Sedikit sebanyak dia memberi harapan baru untukku. Kakaknya menerima baik hubungan kami.
"awak...saya nak bawa awak pergi satu tempat hari ni.. so punch awal sikit ya" pintanya
"nak ke mana" soalku
"adalah...awak ikut je" aku berfikiran. Dia bawa aku jumpa kadi mati aku.. bisik hatiku risau. Aku menyiapkan kerja agar aku tidak terlambat.Aku turun ke parkir dan Bani sudah menanti ku dikereta.
"kita nak ke mana" soalku
"nanti awak tahu lah.. "aku diam. Keretanya dipandu dengan cermat.
"eh ni bukan rumah sewa saya ke" soalku
"wah cantiknya.. dah siap renovate ke" soalku.Rumah sewa ku dahulu yang dibina menggunakan batu dan papan itu sudah berubah wajah.
"ha ah.. dah siap.. " Bani membuka pagar rumah dan membuka pintu untuk aku masuk meneliti bahagian dalam.
"awak nak bagi sewa ke.. bagi saya sewa je lah.. ujarku
"tak saya tak sewakan..saya sayang rumah ni" ujarnya
"pula dah... awak nak pindah sini ke.. "soalku
"asal rumah ni.. rumah arwah abi.. saya dan akak membesar disini.. lepas abi dan ummi meninggal kami decide nak sewakan dan duit sewa kami bagi sama rata.. tapi baru ni akak kata dia nak bagi rumah ni dekat saya so.. saya renovate la.. lepas ni jimat sikit tak payah sewa dah.. "ujarnya. Aku hanya mengangguk.
"tapi saya takkan pindah dalam masa terdekat.. saya akan pinda bila saya dah kawin nanti" aku mengangguk lagi dan aku tak mengharapkan yang aku orang yang dimaksudkan Bani.
"Rumah ni nanti akan jadi rumah kita" aku tersentak
"ya rumah kita.. lepas nikah kita pindah sini ya" ujarnya sambil tersenyum.
"saya tak harap sampai ke situ" ujarku.
"kenapa.. awak taknak kawin dengan saya ke" soalnya.Dahinya sedikit berkerut
" bukan... saya cuma taknak simpan harapan dan taknak awak terlalu berharap.. saya dah tua untuk berada disisi awak.. " ujarku. Bani terdiam lalu keluar meninggalku seorang diri. Aku menjengah ke setiap ruang rumah itu. ciri yang sama cuma binaan yang berbeza.
"kenapa diam je"soalku apabila Bani tidak bersuara sepatah sejak kami keluar dari rumah itu.
"saya tahu saya terlanjur bicara.. tapi itu yang saya..." Bani memandangku sekilas
" awak ingat saya memain ke... saya serius nak memperisterikan awak.. saya dah bincang dengan akak.. genap tiga bulan saya akan pinang awak.. saya nak halal kan awak" ujarnya.
" kita tak pernah bincang pun pasal ni" marahku
"nak bincang apanya kalau dah awal awal lagi awak dah tolak saya mentah mentah" dengusnya. Kami diam sehingga sampai ke kondo.

Aku ke pejabat sendiri.. malas aku bertemu Bani. Aku terima andainya hubungan kami berakhir disini.
"hello..orkid.. ayah.. ayah tenat" aku tersentak mendengar kata kata Izzat.
"ayah kenapa.. " soalku
" ayah demam.. tiba tiba dia sawan then tak sedar dah dua minggu icu.. "aku mula menangis. Aku meminta cuti kecemasan. Aku harus pulang menemuinya.
"awak kenapa tiba tiba minta cuti" soal Bani
"bekas ayah mertua saya tenat.. saya nak lawat dia" ujarku.
"saya ikut" pintanya. Aku hanya mengiyakan. Kami pulang dan mengemas baju lalu bergerak ke kampung Izzat. Sepanjang jalan aku hanya berdoa agar ayah mertua ku tidak apa apa. Aku menangis sepanjang jalan. Tiba di hospital aku mendapatkan Izzat yang termangu di hadapan wad Icu.
"ayah.. ayah macam mana" soalku
"awak nak masuk tengok ke" soal Izzat
" boleh ke" soalku
"tunggu lepas acik keluar.. "ujar Izzat. Aku mundar mandir resah.
"Izzat" izzat memperkenalkan diri.
"bani.. tahu... Orkid banyak cerita pasal kau.. kita pun pernah jumpa dekat rumah Orkid hari tu" ceritanya
"oh ya.. kau tuan rumah orkidkan" Izzat mengingati Bani didalam kekecohan tempoh hari
" itu dulu sekarang aku bakal suami Orkid" aku menoleh memandang Bani terkejut.
"tahniah orkid.. "ucap Izzat berwajah kelat.
"kau buat apa dekat sini" marah Fifi
"aku datang nak jumpa ayah.. " ujarku. Fifi yang baru tiba dari rumah bersama ibu mertuaku aku santuni walaupun jabatan tanganku di tepis kasar.
" ni siapa ni" soal ibu
" ini Bani bakal suami Orkid" ujarku. Kali ini Bani memandangku hairan. Aku masuk ke dalam wad dan menghampiri ayah yang terbaring kaku.
"ayah.. orkid datang tengok ayah ni.. ayah bangun.. Orkid ada cerita nak kongsi.. Ayah bangun.. Orkid rindu Ayah" ujarku. Ada lelehan airmata dari mata ayah yang terpejam. Aku tahu ayah mendengar. Aku juga menangis.

"kenapa awak bagitahu yang saya bakal suami awak" soal Bani.
"sebab awak yang bagitahu semua orang yangvawak bakal suami saya.. saya taknak awak malu.. so lepas ni jangan simply mention. "pesanku. Air mineral ditanganku di ragutnya lalu diminum. Kami menanti di hospital hampir tiga jam menanti berita dari doktor.
" orkid..boleh kita bersembang sekejap" pinta Izzat. Aku bangun dan beredar bersama Izzat meninggalkan Bani sendiri. Banyak perkara kami bualkan. Izzat mahu berhijrah. Dia tidak mahu tinggal di kampung. Mereka berkemungkinan akan berpisah memandangkan dia dan Fifi tidak tinggal sebumbung. Aku hanya boleh memberi nasihat apa yang patut. Aku tidak boleh menghalangnya untuk membuat keputusan. Aku mahukan yang terbaik untuk dirinya. Aku hanya menyokong. Kamu bersembang lama sehingga Bami menghampiri kami untuk mengajak ku makan.
"sembang apa lama sangat" soal Bani
"takde apa yang menarik pun.. cuma berkongsi cerita.. dan pendapat" ujarku. Bani diam.Wajahnya suram. Aku membiarkan saja.

Dua hari kami di situ akhirnya perkhabaran duka kami terima. Ayah mertua ku kembali kerahmatullah. Sedih...sudah tentu aku sedih.. insan yang aku menumpang kasih kini telah meninggalkan aku dengan seribu kisah manis dan duka. Aku diam sepanjang perjalanan pulang ke tempatku.
"nak balik rumah terus atau nak ke mana mana" soal Bani.
"balik terus.. saya tak mood nak berjalan. " Bani membawa ku pulang. Aku terbaring di sofa. Duka masih bersisa. Dalam masa yang sama aku cuba mencari kerja untuk Izzat dan rumah sewa untuknya. Aku terlena disofa kerana kepala ku yang teramat sakit.Aku terjaga hari sudah gelap. Aku mandi lalu solat dan qada solat ku yang tertinggal. Aku memeriksa telefonku. Panggilan dari Bani tidak aku angkat kerana aku ketiduran. Aku biarkan ia tanpa balasan. Aku memasak semangkuk megi lalu aku jamah sambil menonton tv. Loceng rumah ku berdetik.
"awak nak apa" soalku pada Bani yang terpacak dihadapan rumah ku
"saya call awak...awak tak angkat.. risau saya" ujarnya
"saya tak sihat.. sakit kepala" balasku. Dia meletakkan telapak tangannya didahi ku.
"panas..jom saya bawa awak ke klinik" pelawanya
"tak perlu..saya dah makan ubat.. kejap lagi ok la tu" ujarku
"saya kata jom" nadanya tinggi seoktaf
"ishhh paksa paksa pula.. "aku masuk dan bersiap untuk ke klinik. Bani menemani ku berjumpa dengan doktor. Tekanan darah ku rendah kerana terlalu stress.
"dah..puas hati.. " ujarku
"ya.. sekurang kurangnya kita tahukan sebab apa.. jangan main hentam je makan ubat. " aku diam mendengar leterannya. Seperti Ivan leterannya mengalahkan ibu ibu.

Izzat mendapat kerja disebuah syarikat pembinaan dan menyewa bersama Bani untuk sementara dia mendapat rumah baru. Hubungan dia dengan Fifi semakin rumit. Aku tempat diluahkan segalanya dan kami kerap keluar bersama. Namun ia kurang disenangi Bani.
" jangan lah fikir bukan bukan.. saya hanya kawan.. dan kami berkawan.. "ujarku
"saya tahu tapi saya takut dia yang salah tafsir" marah Bani.
"la yang awak nak bitter ni kenapa.. " marah ku
"ye lah.. awak bakal isteri saya.. tapi keluar dengan bekas suami berdua.. mau tak bengang"marahnya
"terpulang la kat awak.. malas nak ulang banyak kali.. "aku memeluk tubuh. Bani meninggalkan aku sendiri di lobi pejabat. Aku diam dan membiarkan dia masuk ke pejabat sendiri. Aku menyambung kerjaku tanpa punya perasaan untuk memujuk Bani yang sedang dalam amarah.
"kau gaduh dengan Bani ye" soal Damian
"dia tu yang tetiba bitter.. nak red flag.. malas aku.. aku banyak lagi benda nak fikir.. " ujarku
"kau..aiisshhh geram aku.. kau tahu tak Bani tu bukan spesis manusia angin tau.. tapi kau... aku cuma nak bagitahu yang Bani mungkin terpilih untuk continue projek di Canada.. kau buat perangai.. melepas la.. " aku diam. Canada.. habis aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience