OBVIOUS

Other Completed 30495

lafaz yang diluahkan Izzat terngiang ngiang di benakku.. Dari matanya aku tahu dia tidak merelakan. Aku menelefonnya berkali kali namun tiada jawapan. Sedihku masih berbekas. Aku menangis di bucu katil. calar dipipiku akibat terkena dawai pagar terasa perit. Aku bangun apabila pintu rumahku diketuk.
" awak ok" tanya Bani yang berdiri dihadapan pintu rumahku
"kau nak apa" soalku.
" nak ajak awak keluar" aku memandangnya yang tersenyum.
"aku takde rasa nak keluar.. "aku masuk kembali
"eh kejap.. " aku berpaling. Dia menarik hujung bajuku untuk merapatinya. Aku diam. Dia membuka bungkusan ubat lalu di cuci lukaku. Aku diam membatu. Sebak dihati kerana di ceraikan belum habis. Aku memang tidak kuat... sayang ku padanya selama ini sia sia.. perubahan pada dirinya menipuku.
"saya tak pandai nak beri nasihat sebab saya belum berumahtangga tapi setiap dugaan yang Allah beri Allah nak jadikan awak kuat... awak sabar ya" ujarnya sambil menutup calar dipipiku dengan plaster.
"dia kata dia sayang aku.. dia rindu aku.. hari hari dia buat ku ternanti nanti kehadiran dia.. tapi hari ni dia ceraikan aku tanpa aku tahu apa salah aku" airmataku berderai lagi.
"awak...saya tahu awak sedih.. tapi ingat ujian Allah tak pernah silap.. awak sabar ya.." ujarnya. Dia melihat sekeliling
"awak...saya bawa awak keluar ya.. orang tengok awak nangis macam ni orang ingat saya puncanya" pujuknya. Aku mengikutnya dan masuk ke dalam kereta. Kami tidak berbual hanya lagu menjadi penyedap halwa telinga.

Aku hanya mengikut sahaja ke mana Bani membawaku. Aku tiada daya untuk berkata kata. Hatiku hanya menangisi takdir diri. Telefonki berdering. Ilham.Aku biarkan tanpa jawapan. Namun ia berdering lagi
"awak kat mana.. saya depan rumah awak ni" bicaranya
"saya keluar dengan Bani" ujarku
"pergi mana...awak hantar location saya pergi ambil awak" ujarnya lagi
"Am..saya ok.. saya nak bersendirian.. nanti saya call awak balik" ujarku lalu aku matikan talian.
"siapa tu" soal Bani
"Ilham.. dia ada depan rumah" aku diam
"awak nak balik ke.. saya hantarkan" ujarnya
"kau nak bawa aku pergi mana ni" soal aku semula
"saya bawa je..awak ada nak pergi mana mana.. saya bawakan" soalnya
"hantar aku balik" pintaku.
" hah.. tadi kata..." ayatnya tidak dihabiskan kerana aku merenungnya tajam. Kereta berpatah semula. Ilham masih dihadapan rumahku.
"awak buat apa ni" marah ku
"saya tunggu awak lah" ujarnya
" hah ada apa" jawab ku acuh tak acuh.
" saya datang nak tengok keadaan awak.. ada luka.. "tanganku diperiksanya.
"Bani dah letak ubat " balasku. Bani menghampiri kami.
" awak dah makan.. kalau belum jom..." ajak Ilham.
" Orkid nak pergi makan ke.. jom saya bawakan" ujar Bani.
"aku nak stay kat rumah.. korang pegi balik sebelum aku naik setan" ugutku
" ok ok.. saya balik.. tapi apa apa call saya ya" Bani beredar.
"hah awak...balik la buat apa lagi dekat sini" soalku lagi
"sayang.. saya minta maaf.. saya tahu saya salah cakap tadi tapi... saya betul betul nak awak bahagia bukan terseksa" ujarnya
" saya dah cakap kan hal saya biar saya uruskan awak tak perlu campur" balasku
"tapi depan mata saya dia bertindak macam tu,.. awak nak suruh saya diam je ke" nadanya tinggi seoktaf.
" ye saya tahu... dah la Am awak balik.. saya taknak serabutkan otak saya dengan benda benda macam ni " ujarku
"habis Iddah kita kawin" aku tergamam. Lamarannya tiba tiba. Aku diam tanpa kata
" saya nak awak jadi isteri saya.. saya janji akan jaga awak..sayang awak " pujuknya
"Ilham..awak tolong fikir waras sikit... saya baru beberapa jam menjanda...awak dah cakap macam ni.. awak gila ke apa" marahku
" saya tahu.. tapi saya nak awak tahu yang saya masih sayang kan awak" rayunya
"awak pergi balik sebelum saya naik hantu" marahku
"ye saya balik.. tapi awak fikir fikirkan apa yang saya maksudkan.." dia beredar. Aku termangu sendiri.

Aku ke tempat kerja seperti biasa. Kelibat Ilham tidak kelihatan hanya Bani. Dia bersama beberapa orang rakannya sedang berhibur. Aku tidak mengendahkannya. Aku sibuk dengan urusan ku tetapi dipanggil seorang pelayan bahawa ada seseorang ingin bertemu ku. Aku keluar.
"kau nak apa" soalku
" elok pakaian" ujarnya
" kau dah kenapa tiba sibuk hal aku.. " gula gula getah ku aku kunyah perlahan
"pakai macam sebelum ni tak boleh.. banyak mata memerhati" tegurnya lagi
"la kau pehal.. ikut suka aku la aku nak pakai apa pun.. " aku mula berang
"tapi saya tak suka bila orang yang saya sayang jadi tarikan nafsu jantan lain" aku terdiam
" pakaian awak boleh timbul nafsu untuk orang lain" marahnya
"hei budak.. kau dengar sini.. hal aku kau tak payah campur... kau tak payah nak bermulut manis sebab nak bodoh kan aku" marahku
"bila masa saya bodohkan awak.. saya memang sayangkan awak.. saya nak jaga awak.. habis Iddah saya nak memperisterikan awak" ujarnya
"kau gila ke... aku ni tua dari kau tau.. kau kalau nak merapu pergi balik.. ini tempat untuk orang jalang macam aku" ujarku
"astaghfirullah.. apasal cakap macam tu.. saya tak pernah anggap awak macam tu pun.. " ujarnya
"semua lelaki sama.." balasku
"mana samanya.. saya saya lah.. awak..jangan disebabkan ex ex awak awak nak pukul rata semua lelaki" ujarnya
"oh yeah.. " aku menarik tangannya lalu aku bawanya naik ke tempat vip ditingkat atas pub. Aku memeluknya erat.
"awak nak buat apa ni.. " dia cuak. Aku melingkarkan tanganku ke dadanya lalu bibirnya aku cium. Dia mengelak. Tangannya aku letakkan dipahaku tapi ditepisnya dan pipiku ditampar
"saya anggap awak sebagai wanita yang harus dihormati tak kiralah apa pun pekerjaan awak.. saya tak pernah anggap awak perempuan murahan.. tapi saya tak sangka yang awak jatuh kan maruah awak sehina ini.. " marahnya. Aku terdiam. Dia beredar dengan amarah. Aku terduduk di sofa.

Aku pulang ke rumah.. kereta Izzat di parkir. Aku berhenti dipertengahan jalan. Aku berfikiran untuk meneruskan atau aku berpatah balik. Izzat perasan akan kelibat ku lalu mengejarku. Aku cuba lari namun Izzat lebih cepat menyambar tubuhku.
"lepas.. lepas.. " ujarku. Izzat melepaskan rangkulannya. Aku berjalan menuju ke rumah. Izzat mengikutku dari belakang.
"nak apa.. " ujarku keras.
" saya nak minta maaf dengan awak.. saya tahu salah saya.. " ujarnya
"ok.. " balasku pendek
" awak saya tak bermaksud untuk lepaskan awak.. saya sayang awak.. " ujarnya lagi
" apa pun penjelasan awak...awak dah lafaz kan..antara kita dah tamat.. " balasku
" saya minta maaf.. kita rujuk semula please" pintanya
" sorry... awak dag lafaz talak tiba nak rujuk.. game apa awak tengah buat... " perliku
"saya tahu saya salah.. saya tengah marah...saya tak sengaja" rayunya
"are kidding me.. awak marah saya tuduh saya bukan bukan.. jatuh kan talak tanpa usul periksa then awak kata tak sengaja... wow the craziest thing yang pernah saya dengar... " aku menepuk tangan
"sayang.. please saya tak nak hilang awak.. saya sayang awak" rayunya lagi
"kalau betul awak sayang saya awak sepatutnya selidik dulu.. awak hina saya depan ibu.. depan fifi.. awak tuduh saya macam macam.. macam tu awak kata sayang.. bullshit Izzat" marahku
"saya tak boleh kawal emosi.. saya sedih tengok ibu layan awak..tambah lagi ada dua orang lelaki dengan awak..lagi saya hilang akal" belasnya
"sebab awak tak pernah utamakan saya.. awak tak pernah letakkan saya sebagai keutamaan awak.. saya ni hanya sandaran bagi awak.. " marahku
"tak bukan macam tu.. saya sayang awak.. " rayunya
"sudah lah.. saya rasa ini yang terbaik untuk kita.. sebelas tahun memendam perasaan then akhirnya saya dah keluar dari kepompong awak.. awak balik la.. kesian anak dan isteri awak" Izzat memeluk ku erat. Aku meronta agar dilepaskan. Dalam pergelutan kami aku bila Ilham sampai dan dia menumbuk pipi Izzat kuat.Izzat tersadung.
"kau jangan biadap dengan perempuan"marahnya Dadanya berombak.
"ini hal aku dengan dia kau tak perlu campur" balas Izzat
"tapi kau dengan dia dah bercerai.. kau kena ingat tu" marah Ilham. Izzat mengenggam kolar baju Ilham dan merenungnya tajam
"aku takkan lepaskan Orkid.. dia milik aku.. " marah Izzat. Aku meleraikan genggaman Izzat.
"awak dah gila ke.. " marahku
"sayang dengar sini.. saya nak kita rujuk semula..kita akan bahagia" rayunya
"saya kata saya tak nak.. cukup la.. kisah kita tamat dekat sini.. " ujarku. Ilham berdiri dibelakangku memegang bahu ku apabila aku mengundur ke belakang dan hampir terjatuh kerana Izzat mahu memegang ku.
"kenapa tak boleh..kenapa awak taknak.. sebab dia ni ke" marah Izzat
"ya.. sebab dia.. saya sayang dia dan nak bersama dia" provokku
"tapi dia pernah curang kan" soal Izzat
"kau..kau pun apa kurangnya.. berapa orang perempuan dah aku pinang kan untuk kau.. semuanya kau dah ratah.. takde beza nya..tak salah kalau aku bagi dia peluang kedua.. aku tahu dia akan hargai peluang tu bukan macam kau.. " balasku
"aku tak izin kan" ujarnya
"sapa kata aku perlukan keizinan kau untuk bersama dia" aku menoleh dan memandang Ilham..
"maafkan saya.. "ujarku. Ilham hairan. Aku mencium bibir Ilham asyik.. Ilham yang kaget membalas ciuman ku.Izzat berang melihat kami bercumbu.
"kau.. orkid kau jangan ingat aku boleh lepaskan lau dengan senang" aku melepaskan dakapan Ilham dan memandang Izzat yang berlalu pergi.
"maaf.. saya dah habis idea tadi.. " ujarku
"tak pe.. awak ok..."soal Ilham.Aku mengangguk.
"dia datang untuk apa" soalnya lembut
"nak rujuk balik.. by the way thanks sebab datang..kalau tak tak tahu apa jadi" ujarku
" Am datang tadi nak ajak keluar tapi dah jadi macam ni.. Orkid masuk lah rehat.. " aku masuk kedalam rumah tanpa menoleh. Kedengaran motor Ilham beredar dari laman rumahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience