Tap!
Tap!
Tap!
Tiba-tiba bunyi tapak kasut orang berlari kedengaran. Jelas dan begitu tergesa-gesa sekali rentaknya. Bila bunyi itu sampai di telinga Tristan, dia perlahan-lahan membuka matanya semula.
Datang pun!
"Mana mereka?"tanya suara cemas Adriena selepas tiba di situ."Tristan!" panggilnya dengan tegas bila lelaki itu tidak menghiraukan dia.
Sambil buat muka bengang, Tristan angkat kepalanya sebelum tolak badan dari tiang itu. Dia pandang dengan renungan mencerun.
Marah!
Tristan mengepal erat jari jemarinya.
Mata Adriena dengan cemas mengerling ke sekeliling, sebelum dia toleh kanan dan kiri. Mencari kelibat Kirana dan Ruby. Sekali tu dia nampak cebisan telefon dekat atas permukaan batu di situ. What the hell!
"Mana Ruby dengan Kirana?Jawab saya Tristan!"pandangnya ke lelaki itu dengan nafas naik turun sebab berlari sepanjang perjalanan untuk ke tempat itu. Risau punya pasal.
"Mana kau dah pergi beberapa hari ni?" dalih Tristan sambil jalan mendekati Adriena perlahan-lahan seperti pemangsa.
"Itu bukan soalnya!Soalnya sekarang mana kawan-kawan saya. Apa awak dah buat pada mereka!?"hampir menjerit Adriena dekat situ semasa bertanya.
"Dah tu apa yang kau buat selama tiga hari ni tak salah?"soal Tristan lagi.
Ish!Adriena buat muka. Orang tanya dia, dia tanya orang balik! Bukannya nak jawab.
"Kenapa dengan awak ni?Kenapa awak buat semua ni??Memangnya saya hutang apa dengan awak sampai awak nak ganggu saya dan kawan-kawan saya macam ni." bebelnya sambil memandang sekeliling kawasan tasik dan pondok.Manalah tahu lelaki tu ikat ke apa kan kawannya tu.
"Diam. Kau tak ada hak nak tanya apa-apa pada aku!"arah Tristan.
"Apa-"Adriena talakan pandangannya ke Tristan, tapi tak sempat dia hendak pandang, lelaki itu sudahpun berdiri melangit betul-betul di hadapannya. Mengundur ke belakang dia sesaat kemudian kerana terperanjat.
Tanpa berkata apa-apa, Tristan lingkarkan tangannya ke sekeliling pinggang Adriena dan tarik gadis itu merapat kepadanya dengan sebelah tangan. Sebelah lagi memegang belakang kepala itu hingga membuatkan kaki Adriena terjengket sedikit kerana ketinggiannya.
Mata Adriena terbuka luas apabila dia terasa kepalanya di dongakkan ke atas dan muka itu merapat kepadanya.
"Lepaskan!"
Bengang dengan tindakan itu, Tristan eratkan pelukannya ke sekeliling pinggang dan eratkan cengkamannya.
Satu sepakan hinggap di tulang kering kaki kanan Tristan.
"Arghh!!!"Deraman marah keluar dari Tristan saat lelaki itu mengundurkan diri ke belakang. Tangannya turun menggosok rasa sakit di kaki.
"Apa masalah awak ni!"marah Adriena semasa pandang ke Tristan dengan mata kemerahan. Suka hati peluk-peluk orang!
"Masalah aku adalah kau! Siapa suruh kau mengelak dari aku!" kata Tristan dengan kening mencerlung tajam.
Nafas Adriena naik turun kencang kebengangan. Dia pandang what the f*ck ke lelaki itu. Matanya pula terarah pada wajah marah Tristan. Dia tak faham kenapa lelaki ini nak marah sangat pada dia sedangkan dia tak buat apa-apa pun.
Gila agaknya!
"Awak dah hilang akal ke!?Perlu sampai culik kawan-kawan saya macam ni!?"kata Adriena dari balik ketapan gigi.
"Aku nak bagi amaran dekat kau. Kalau kau tak nak aku susahkan sesiapa dekat sini. Behave. Jangan kau cuba-cuba tunjuk perangai berani kau dekat aku lagi. Ingat tu." beritahu Tristan sambil beri jari satu ke depan muka Adriena.
Adriena tidak membalas, dia hanya diam di situ memandang Tristan tanpa berkedip. Betapa marahnya dia saat itu sampai tidak terkata dek kebengangan. Rasa marah dia menguasai segalanya hingga otak pun ikut blank tak tahu nak cakap apa.
"Kau dah tahu kenapa kau dekat sini kan...so dengar cakap aku. Atau bukan setakat Ruby dan Kirana je yang aku jadikan tolok ganti kau." renggus Tristan sebelum jalan melanggar bahu Adriena untuk pergi dari situ. Bengang betul!Siapa suruh jauhkan diri dari dia!
Berkedip mata Adriena lepas bahunya di langgar. Dia ingatkan Tristan akan langgar sampai dia terjatuh ke apa, tapi tak. Perselisihan bahu mereka itu malah tidak terasa sakit pun. Termangu sekejap dekat situ sambil pegang bahu bekas langgar Tristan tadi.
Tak masuk akal betul la semua ni!
"Tunggu apa lagi tu. Cepat la jalan!" marah Tristan dekat belakang sesaat kemudian. "Nak aku dukung kau jugak ke!"
Isy!Adriena berpaling pantas memandang Tristan. Dasar lelaki tak guna menyakit hati mintak penampar! Mujurlah anak raja!Kalau tidak sudah lama dia patahkan tulang tangan tu!
Disebabkan Adriena tidak mahu bergerak, Tristan berpatah balik lalu cengkam pergelangan tangan tu.
"Auw...apa ni!"gelut Adriena bila dirinya ditarik secara paksa ke satu arah. "Nak ke mana ni?Saya ada kelas la!"
"Tak ada kelas untuk kau satu hari ni!" beritahu Tristan.
"What!?"
Share this novel