Small Talk

Fantasy Completed 10714

"So...macam mana?Kamu sempat temui Tristan tidak?"tanya Conan di depan seat pemandu.

Arissa berdecit sambil buat muka.

         "Mananya dia nak jumpa, Riena ni dekat dengan lelaki pun tak mahu, orang offer tangan pun dia reject...ni kan lagi nak cari Raja Muka Berlagak tu?" sampuk Arissa saat tunduk scroll skrin telefon.

Kelly yang dengar hanya diam memandang ke depan. Fikirannya mengimbas kembali suasana di majlis tadi. Awalnya, dia ada nampak tadi Tristan yang dekati Adriena terlebih dahulu setelah Adriena di tarik dengan seorang lelaki untuk menari. Waktu itu, jelas-jelas dia nampak akan aura cemburu Tristan diwajahnya. Tapi yang peliknya, Tristan pergi macam tu saja?Memangnya raja muda tu lupa ingatan atau tidak sebenarnya?

           "Betul ke tu Riena?" soal Conan sambil curi-curi mengerling  dari cermin pandang belakang.

Adriena yang duduk sandar ke belakang diam memaling kepala memandang keluar tingkap. Hela nafas panjang lepas dari bibirnya tidak lama selepas soalan itu diajukan.

            "Riena jumpa dia..." jawabnya dengan perlahan tiada mood. Serius talk, wajah Tristan tidak dapat dihapuskan dari ingatannya. Dari suara hingga la suara itu. Semakin kemaruk dia dibuat penangan daripada pertemuan itu. "Tapi tak sempat nak cakap apa-apa..."

           Conan tersenyum nipis. Dia fokus ke pemanduannya. "Kamu suka pada Tristan ke?"

"Suka?"soal Adriena semula. Entah dia sendiri tidak pasti apa perasaan yang dia ada terhadap Tristan itu. Ianya terlalu complicated. "Entah...Riena tak tahu.."

"Nak ayah sendiri yang katakan kepada Tristan apa yang telah terjadi...mana tahu kan dia ingat sesuatu ke apa ke.."

"Yalah...kenapa kau tak cuba beritahu dia..ibu rasa dia mesti faham"

Senang je cakap. Adriena buat muka berserahnya semasa memandang keluar kereta dimana pemandangan dari atas bukit memperlihatkan dia suasana malam jarak jauh pemandangan bandar di bawah bukit itu.

           Arissa mengangkat kepala dari tunduk memandang telefonnya untuk berpaling memandang kakaknya itu. "Kau suka dia?Ada chance ke? Ramai lagi orang yang lagi lawa dari kau?"katanya main lepas tidak bertapis.

Adriena yang sedia jengkel dan tiada mood itu terus gerakkan tangan. Tanpa amaran satu cubitan kecil hinggap di atas peha Arissa. Buatkan gadis itu ternganga kesakitan.

            "Ahh!Sakit la!"

            "Habis kau ingat muka kau tu lawa sangat ke?"kata Adriena tanpa susahkan diri untuk memandang adik tiri menjengkelkannya itu.

            "Eleh...tak nak mengaku pulak!"cebik Arissa sambil usap kesan cubitan Adriena. Dia tidak balas. Biasanya kalau Adriena buat dia jengkel, dia cuma cakap pakai mulut je, tak berani nak angkat tangan. Sebab nanti ibu dia yang menangkan Adriena. Sampaikan dia tertanya-tanya dia ke anak tiri mereka?

            "Sudah Rissa...kamu ni..boleh tak dalam sehari tu tak cari pasal dengan kakak kamu?"keluh Kelly saat palingkan kepala ke seat belakang. memandang Arissa dengan renungan tegasnya.

           "Fine."See!Kan dah agak!Arissa mengetap bibir menyampahnya lantas kembali scroll skrin telefonnya. Malas dah dia nak menyampuk!

           "Ya tak apa la Riena...kalau jodoh kamu dengan Tristan tidak kesampaian, kamu ada masa lagi untuk mencari pengganti yang lain. Apapun pilihan kamu, ayah dengan ibu setuju.."tambah Conan tidak lama selepas Arissa di bebeli.

            "Hmm."jeda Adriena acuh tak acuh. Dia tiada mood nak teruskan perbualannya itu. "Ayah rasa Tristan lupa ingatan ke selepas pembedahan tu?"soalnya.

Kelly tersentak pandang ke Conan. Mungkin suaminya itu mengetahui sesuatu. Yalah, kan Conan temui Tristan selepas raja muda itu pulang ke tanah air siang tadi. Pasti ada yang Conan sudah tahu!

             "Entah la...ayah tak sure.."kata Conan sambil pusingkan stereng apabila mereka membelok menuruni bukit. "Kalau dia ingat kamu, pasti la dia telah beri reaksi gembira paling tidakpun marah kan...tadi masa dia jumpa dan Nampak kamu, dia berkelakuan seakan kamu berdua tidak saling mengenali. Jadi dia mungkin hilang ingatan..."

             Adriena menopang bawah rahangnya dengan tapak tangan yang di siku pada pemegang pintu. Keningnya berkerut tidak puas hati. "Kalau Tristan tidak ingat, kenapa lelaki tu Tarik dia dari tetamu lelaki yang cuba menari sama dengan dia tadi?Tak ke pelik tu?"fikir Adriena yang masih belum move on dari situasi yang berlaku dalam istana tadi.

             "Kalau dia ingat kamu, pasti Tristan akan naik angin sebab kamu yang hantar dia jalani pembedahan berisiko tanpa pengetahuan dia..."tambah Kelly. "Melihatkan reaksi Tristan setelah melihat kamu, ibu rasa dia tidak ingat mengenai kamu.."

            Kata-kata parents dia buatkan Adriena terpujuk seketika. Hatinya menjadi tenang sedikit. Perasaan takut, gusar, resah dan serba salahnya ikut surut dari menyesakkan dada dia waktu itu. "Elok la kalau macam tu..."kalau lelaki itu tahu hal sebenar apa yang dia telah lakukan dan rahsiakan dari Tristan, mesti lelaki itu akan naik hantu!

Tak apa, sakit sikit je...mereka berdua bukan pasangan kekasih yang rasmi. Berpisah pun tiga tahun lepas. Rasanya nak move on dari perasaan ni tak susah mana kot..

Kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience