Keesokan paginya, kawasan istana sibuk dengan para staf dan pekerja pembersihan. Mereka semua sibuk mengemas sepah hasil dari majlis malam tadi. Tidak luar, tidak dalam, mana-mana boleh Nampak pekerja lelaki, perempuan termasuk la pengawal keselamatan sendiri bergotong royong mengemas.
Tristan pula yang telah terjaga awal itu keluar bersenam keliling kawasan istana untuk beberapa minit. Setelah itu lelaki tersebut terus bersihkan diri sebelum duduk di bilik dimana Stefan dan beberapa orang lagi pekerja sibuk menguruskan hadiah-hadiah yang dia terima bersempena ulang tahun kelahiran dan pertabalannya.
Menggunung-gunung kotak, menggunung-gunung la pembalut hadiah di situ.
"Tuanku tak nak tengok semua hadiah ni?"tanya Stefan sewaktu membelek sebuah set aksesori seperti jam tangan, dompet dan neck tie Armani di dalam kotak yang baru dia buka pembalutnya.
Sambil duduk bersilang kaki di sofa, Tristan buat muka tidak pedulinya saat scroll skrin telefon. Melihat apa-apa yang menarik untuk di lihat. Namun bila dia buka, balik-balik hal yang sama. Ianya mengenai artikel dan post pertabalan dan gambar dia yang diambil pihak media.
"Tengok la kau situ.."balasnya acuh tak acuh. "Nanti kemas balik lepas buat sepah."pesan Tristan.
Stefan tidak membalas. Dia hanya pandang ke Tristan dengan perasaan fed up lalu kembali meneruskan tugasnya untuk memeriksa semua hadiah-hadiah di situ. Takut nanti hadiah yang bukan-bukan pulak Tristan terima!
Sedang ibu jari Tristan gerak naik ke atas, dia terhenti pada satu gambar yang ada di artikel itu. Terangkat sebelah kening dia dibuatnya lepas Nampak gambar Adriena di situ. Sama seperti malam yang dia pernah nampak, begitu la rupa Adriena dalam gambar itu.
Cantik dan indah!
Tersenyum dia macam orang mabuk bayang!
Eh!
Apa ni!
Seperti melihat sesuatu yang salah, Tristan tersedar.
"Haish!"keluh Tristan dengan geram tak semena. Cepat-cepat dia campak telefonnya ke tepi. Kenapa dia boleh teringatkan Adriena pulak ni!Sepatutnya dia bencikan Adriena!Bukan semakin inginkan gadis tu!
"Kenapa?"perasan Stefan apabula mendengar Tristan bersuara.
Tristan mengangkat kepalanya memandang ke depan. Niatnya mahu meleteri Stefan, namun terbatal apabila melihat akan bungkusan hadiah sebesar frame gambar sedang dipegang oleh rakannya itu.
"Apa tu?"tanya Tristan yang tertarik dengan hadiah tersebut. Kening dia berkerut sedikit kerana ingin tahu.
Kepala Stefan tunduk ke bawah. Dia pandang akan bungkusan itu sebelum di picit-picit sedikit hendak test testure hadiah itu. Keras ke padat, lembut ke empuk. "Entah...rasanya macam keras je..tuanku nak buka sendiri ke?"ajunya dengan kening terangkat saat pandang muka grumpy tidak reti senyum itu.
"Di tanya lagi...buka la..kalau tidak mananya aku suruh kau ke sini.."gerutu Tristan bernada kesal. Benak betul la berurusan dengan Stefan ni. Mujur la kawan dia, kalau tidak lama dah dia halau keluar!
Stefan apa lagi, dia terus tarik kertas pembalut itu dengan satu rentapan yang kuat. Maka bergema la ruangan itu dengan bunyi kertas terkoyak buat kesekian kalinya.
Rupa sebenar hadiah tersebut terdedah dalam sekelip mata. Dan ianya adalah sebuah bingkai berwarna emas yang dipasangkan dengan sebuah lukisan. Dan lukisan itu adalah lukisan seorang Budak lelaki bermahkota disamping seorang kanak-kanak perempuan. Dan mereka berdua sama-sama mengenakan rantai sedondon.
Elok Tristan duduk di sofa, lelaki itu terus berdiri tegak dan pandang akan lukisan itu dengan tergamam sekali. Ianya adalah lukisan sama yang pernah dia lihat di bilik rahsia Bersama Adriena dulu. Cuma bezanya gambar itu dulu tidak lengkap, dan yang ada di hadapannya ketika itu adalah lukisan yang sudah lengkap sepenuhnya.
Stefan yang menyedari apa yang sedang berlaku palingkan kepala. Dia pandang ke arah Tristan kerana turut sama tercengang. Tak payah siasat bagai untuk tahu siapakah pengirimnya dia sedia maklum siapakah pemberi hadiah ini.
"Lukisan ke tu??"tanya Tristan perlahan-lahan mendekati Stefan.
Dengan sebelah tangan memegang frame itu, Stefan guna tangan sebelah lagi untuk sentuh permukaan lukisan itu. Dan bila jari dia bersentuhan dengan permukaan kasar kain kanvas lukisan itu, cepat-cepat kepalanya di angguk. "Ha'ah lukisan"
Mata Tristan bergerak menilik lukisan itu dengan perasaan senang. Melihatkan lukisan itu, cukup beritahu dia, ianya adalah pemberian dari Adriena. Yalah, selain dia dan Stefan, hanya Adriena sahaja yang tahu mengenai lukisan mereka berdua sewaktu kecil dulu.
"Adriena yang bagi?"duga Stefan teragak-agak.
"Yalah...siapa lagi kalau bukan dia.."kata Tristan sambil angkat tangan untuk memegang frame itu. Di angkat saja di hadapan mukanya, dia tilik dengan lebih lagi. "Aku nak kau cari dia..."mintanya. Kepala dia dah berselirat dan bersimpang suir memikiran Adriena. Rasa rindu dan teringin dia menguasai rasa marah dan benci yang sedang menjalar dalam hati dia!
"Siapa?"soal Stefan blur-blur.
"Adriena la...siapa lagi. Di tanya lagi kau ni kan..!"pandang Tristan dengan kening berkerut sebab kerana bengang.
"Saya ingatkan tuanku dah tak nak ada kaitan dengan Adriena lagi?Sekarang nak saya cari dia?"sakat Stefan dengan hujung bibir terjungkit hendak sengih.
Menjeling tajam Tristan dibuat komen tu. Dia mengetap gigi menahan sabar. "Dah puas hidup sangat ke?"soalnya.
Share this novel