Bilik Rahsia Terahsia

Fantasy Completed 10714

Berhati-hati tidak mahu tersungkur, mereka berdua menyusuri koridor sempit yang cukup untuk memuatkan seorang manusia dalam satu masa. Sawang labah-labah berada di merata ruang itu. Ada kalanya tikus jalan melewati bawah kaki mereka.

            Semakin mereka maju ke depan, semakin dalam mereka berada dalam tempat itu. Tristan di hadapan memimpin mereka ke satu arah. "Awak tahu nak ke mana kita ni?"tanya Adriena di belakang. Dia pandang sekelilingnya yang mana merupakan dinding batu. Tertanya-tanya sendiri kenapa mereka bina tempat dan laluan rahsia seperti ini?Untuk apa?

             "Aku tak tahu."jawab Tristan di hadapan yang waktu itu sedang alert akan sekelilingnya dengan awas. Tapi hati dia beritahu ada suatu tempat di hadapan mereka nanti.

              "Kalau kita sesat macam mana?"tanya Adriena lagi.

               "Tak adanya nak sesat...istana ni banyak jalan keluarnya."kata Tristan apabila dia ternampak ada pintu di depan mereka pada hujung laluan itu. Dia pun dekati pintu itu. Dia ingatkan terkunci. Tetapi tidak. Daun pintu itu dengan mudah di tolak ke dalam secara automatic bilik itu bercahaya pada masa yang sama. Mendedahkan sebuah ruangan bacaan yang tidak terusik. Lengkap dengan rak, meja, kerusi goyang, sofa, buku-buku dan bingkai gambar yang banyak.

Mereka berdua tercengang di depan pintu itu apabila melihat isi dalam ruangan itu. Dan yang paling mengejutkan adalah kanvas yang tegak di penjuru bilik, lukisan yang hampir siap ada pada permukaan kanvas tersebut.

               "What the hell..."lafaz Adriena dengan tergamam apabila melihat gambar Budak perempuan yang hanya sempat dilukis muka dan separuh badan sahaja pada kanvas itu. Disebelah lukisan Budak perempuan itu, seorang Budak lelaki dengan mahkota di kepala turut ada. Budak perempuan itu adalah gambar dirinya!Tapi siapa Budak lelaki dengan mahkota di kepala sebelahnya itu?Takkanla Tristan pula?

Perlahan-lahan Tristan atur langkah ke dalam ruangan itu dengan tangan masih erat menggenggam tangan Adriena. Sebaik mereka masuk ke ruangan itu, satu imbasan tidak jelas bermain dalam kepala Tristan. Buatkan dia berkerut kening kerana terganggu dengan perasaan itu.

                "Ini bilik rahsia awak ke?"tanya Adriena lagi kerana perasaan tidak kena yang dirasai sejak tadi semakin lama semakin menjadi-jadi. Buat dia cemas je la!

                "Aku tak tahu.."kata Tristan yang jalan mendekati kanvas lukisan separuh siap yang dilihat Adriena tadi. Meninggalkan Adriena di belakang seakan terpukau dengan apa yang dia nampak ketika itu. Matanya terarah pada kanvas itu sebelum jatuh pada wajah dia sewaktu kanak-kanak dulu.

Melihatkan lelaki itu mendekati kanvas tersebut,

Adriena pandang belakang kepala Tristan ketika itu dengan nafas naik turun tidak menentunya. Hatinya sudah tidak tentu arah! Dia menanti apa reaksi lelaki itu. Dan apabila lelaki itu berhenti depan kanvas tersebut, Tristan angkat tangan untuk melalukan jari pada permukaan lukisan tersebut.

                "Siapa tu?"soal Adriena walaupun dia tahu apa jawapannya.

                 Mata Tristan lirik akan lukisan separuh siap itu dengan perasaan sedih dan terganggu yang tidak pernah dia rasa sebelum ini. Entah kenapa dia rasa terkilan. "Aku..." beritahu dia dengan perlahan sebelum pandang wajah budak perempuan yang berdiri di sampingnya dalam lukisan itu. Senyuman dan renungan di mata itu buatkan dada dia tiba-tiba sebu yang sakit.

                 "Dan dekat sebelah awak tu?"tanya Adriena lagi menanti penuh debar. Dia berharap bukan, tapi entah kenapa dia rasa memang sudah jelas kenyataan itu di depan mata!

Tanpa diminta, mata Tristan mulai berkaca.

                 "Seseorang yang mungkin penting buat aku.."sambil berkata Tristan bawa jarinya untuk menyentuh lukisan wajah Budak perempuan. Dia pandang dengan renungan sedih. "Aku tak ingat siapa dia...tapi sesuatu beritahu aku...dia penting."kenapa dia rasa sedih dan terkilan macam ni?

Mata Adriena terbutang kaku.

Seperti di siram air sejuk, Adriena menggigil dengan senyap di belakang Tristan. Betapa seram sejuknya dia waktu itu. Dadanya menjadi senak dan sebu.

Apa yang sedang berlaku ni?Kenapa dia boleh ada bersama dengan Tristan sewaktu kecil?

Kenapa tiada satu cebisan pun ingatan yang tersisa mengenai mereka?

Takkan la kemalangan dia lemas berlaku pada masa yang sama Tristan kemalangan?

Kalau ya?Bagaimana dia lemas?Apa yang berlaku sewaktu sebelum kejadian itu menimpa diri dia?

Sebab itu ke dia merasai perasaan aneh seperti familiar di tempat ini? Ini disebabkan dia pernah berada di istana ini. Bersama Tristan dan seisi tempat ini?

                "Kita kena cari siapa Budak perempuan ni. Mungkin dia boleh bantu aku cari tahu kisah silam aku dulu.."dengan mengejut Tristan berpaling menghadap Adriena.

Hampir hendak terduduk Adriena ketika itu kerana lelaki itu dengan tiba-tiba pandang dia yang sudah gelabah bagaikan nak apa di situ. Sambil mengepal jari jemari dengan erat, Adriena pun mengetap gigi kuat-kuat. Tidak hendak katakan apa ketika itu!

Patut ke dia beritahu Tristan yang budak perempuan itu adalah dia?

Dan dia sendiri pun tak ingat apa-apa tentang kisah silamnya kerana dia pun hilang ingatan?

Macam mana kalau dia beritahu Tristan dia adalah budak perempuan itu?Adakah dia akan dalam bahaya?

Apa yang sebenarnya telah terjadi pada Tristan dan keluarga lelaki ini?

             "Okay."angguk Adriena dengan perlahan. Mahu tak mahu dia terpaksa bersetuju walaupun kepalanya sedang berserabut.

             "Sekarang mari kita tengok sekeliling bilik ni. Mungkin ada petunjuk lain.."ajak Tristan dengan tidak sabar ketika mula bergerak ke sekitar ruangan itu mencari sesuatu. Lelaki itu kelihatan bersemangat.

Sementara Adriena yang tidak bergerak, berdiri di situ sambil membuat muka berfikirnya. Otak geliganya ligat berfikir akan sesuatu. Suatu perkara yang selama ini dia tidak pernah cuba hendak suarakan.

Kenapa ayah dia tidak pernah menceritakan apa-apa kepada dia mengenai kejadian lemas dia atau cuba ingatkan dia semula akan kisah silamnya?

Apa yang sebenarnya telah disembunyikan dari dia?

Nampaknya ayah dia hutang dia penjelasan!

Dan semuanya bermula pada hari dia lemas dan koma!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience