Malam itu, tepat jam 12 malam. Adriena menyusup keluar sama dengan tiga orang anak buah Stefan. Stefan tidak ikut sekali kerana menemani Tristan di hospital.
Seperti yang dirancang Adriena, sebaik warden dorm selesai buat roomcheck, mereka masing-masing keluar dari dorm dan bertemu di luar tembok akademi. Betul-betul menghadap hutan lebat yang memisahkan akademi dan Istana Utama.
"Kau sure kau dah ingat dekat mana bilik tu?"
Adriena mengangguk kepala saat bergelut hendak menarik zip sweaternya.
"Laluan mana yang akan kita guna nanti?Berapa orang pengawal keselamatan? Security defence macam mana?"
Keluhan jengkel kedengaran dari Adriena kerana kesal tidak dapat zip sweaternya itu kerana tidak nampak dari balik kegelapan itu.
"Tak ada..disebabkan tempat tu terbiar, laluan tu tak pernah di awasi. Tristan cakap, orang dalam istana tu tak kisah sangat pasal bangunan tu...sebab dia orang lebih kisah dengan harta dan pengaruh di situ."beritahu dia pada mereka bertiga di sekeliling ketika itu.
Perasan dengan Adriena struggle dekat situ, seorang dari mereka maju ke depan lalu tunduk membantu Adriena zip sweater itu.
"So betul la kata Stefan kau ni adalah kenalan rapat Tristan yang hilang tu. Mulanya kita orang dengar kau ni macam perempuan gedik yang tak suka buat kerja berat dan bersolek sepanjang masa...tak sangka eh..kau boleh tahan jugak orangnya. Kau dah macam second Tristan bagi kita orang...bezanya kau lembut sikit la bila bercakap dengan kita orang...kalau Tristan serius memanjang."katanya sambil tarik zip naik ke kolar sweater itu.
Adriena berdengus kecil.
"Sudah..jangan nak banyak cakap. Gerak cepat." arahnya yang mengetuai perjalanan itu.
Mereka bertiga pun mengekori langkah Adriena. Mereka meredah hutan di malam itu dengan ditemani cahaya lampu suluh.
Dekat 10 minit berjalan, Adriena tiba di tempat sama Tristan pernah bawa dia. Menggunakan pintu rahsia yang ada di belakang istana itu, empat orang tersebut menyelinap ke dalam bangunan itu tanpa di kesan.
Ada masa tu mereka hampir bertembung dengan beberapa pengawal keselamatan yang kebetulan lalu lalang di koridor di mana mereka berada.
Sesampai di destinasi, mereka berempat tiba di hujung sebuah koridor. Tiada pintu, tiada tingkap. Hanya dinding di situ.
Adriena diam berdiri di situ memandang ke arah dinding di sebelah kirinya. Perlahan-lahan dia tekap tangannya ke dinding itu. "Dekat sini..." beritahu dia.
Ketiga-tiga mereka pandang tangan Adriena yang ada di dinding itu.
"Macam mana nak masuk?"
Tangan Adriena meraba permukaan dinding itu mencari sesuatu. Dia tekan setiap kali permukaan itu di sentuh. Berharap dinding itu akan bergerak. "Saya tak sure."
"Macam mana awak boleh tahu semua ni?"
"Trust me...Saya sendiri tak tahu." jawab Adriena.
Mereka semua di situ perhatikan Adriena dengan muka tidak sabar. Berharap semua itu selesai dengan segera sebelum sesiapa menangkap mereka.
KLIK!
Tidak semena sebuah tombol pintu muncul di dinding itu. Membuatkan Adriena alihkan tangan dari tempat dia pegang. "Oh shoot!" sebut Adriena dengan nafas tertahannya.
Mereka bertiga yang berdiri di belakang Adriena ikut tersentak. Masing-masing pandang tombol pintu itu. " The heck!"
Tombol itu di pulas Adriena dengan berhati-hati lalu dinding batu itu di tolak ke dalam dengan mudah. Seorang dari mereka berdiri rapat di belakang Adriena untuk menyuluh ruangan tersebut.
Dan apabila cahaya membiasa ruangan itu, mereka bertiga ternganga seluas-luasnya kerana begitu tergamam dengan isi ruangan itu.
KELENTANG!
Jatuh lampu suluh itu ke lantai bila pelajar lelaki tersebut melihat akan apa yang menghiasi ruangan itu.
Sementara Adriena diam berdiri di situ dengan renungan gelapnya. "Welcome to the heaven everyone." ucapnya dengan senyuman meleret.
Dengan tersergam indah sebuah mahkota yang bertaktah berlian dan batu permata kemas tersimpan dalam peti kaca. Cap mohor turut terletak sama dalam bekas itu.
"Apa akan jadi lepas ni?"
"Adakah Tristan akan dapat semula kedudukannya?"
"Tak semudah tu. Kita perlu hapuskan musuh terlebih dahulu untuk dia." beritahu Adriena sambil berjalan masuk ke dalam bilik itu.
"Apa kita nak buat dengan benda ni?"
"Kita curi atau biarkan dekat sini?"
Adriena tiba di depan peti kaca dimana mahkota yang hilang itu berada. Sama seperti kali terakhir pernah dia lohat, ianya kelihatan begitu megah sekali."Curi la...buat apa lagi. Lepas simpan dekat bilik rahsia awak semua. Bila masanya tiba kita akan gunakan ia." beritahunya.
Share this novel