Sesampai saja di depan pintu dorm, dia sudahpun kepenatan. Belum apa-apa lagi mental dia sudah koyak. Satu klu pun tak ada untuk beritahu dia kenapa dia boleh berada di sini!Like seriously?Siapa je yang buang tebiat masukkan dia dalam akademi ni seperti dia tiada kehidupan lain!
Ada-ada je la!
Dan yang menambahkan penat dia adalah, kenapa la mereka tak boleh nak pisahkan bilik kepada tiga ruang supaya mereka ada privasi masing-masing?
Bukan bilik ni tak besar. Infact sangat besar. Siap ada dapur dan ruang tamu lagitu. Seperti apartment pun ada.
"Oh god!You here!"seorang gadis cantik dan tinggi bersuara sebelum datang ke Adriena dan menarik gadis itu ke dalam pelukan.
Mahu tak mahu Adriena balas pelukan itu dengan kekok. Wah...memangnya semua orang dekat tempat ini mesra-mesra belaka dan bersemangat ya?Ke cuma dia seorang sahaja yang berperangai perenggus tidak suka?
"Yeah..Im here."balasnya.
"Kirana..kau akan buat dia takut la.."muncul seorang lagi gadis entah dari mana. Tiba-tiba saja sudah berdiri di tepi mereka.
Lucu mendengar kata-kata itu, Adriena ketawa lantas membalas. "Jangan risau...saya takkan lari."
Dua orang gadis itu kemudiannya saling berdiri di samping antara satu sama lain menghadap Adriena.
"Hai...kenalkan saya Kirana Palembang, puteri kepada permaisuri dari kepulauan Indonesia."ujar Kirana yang memeluknya tadi. Sangat sopan dan murah dengan senyuman.
"Dan saya Ruby Christina Harvard. Anak perempuan kepada Lady Mary Anne dari London."aju gadis satu lagi pula.
Dua orang itu ditilik Adriena dengan renungan penuh teliti. Jadi seorang adalah puteri seorang adalah pewaris.
Kaya tetapi tidak lah seperti yang dia sangkakan. Mereka berdua langsung tiada imej anak manja atau Budak manja yang suka menggedik.
Yalah Kirana orangnya kelihatan sopan dan ayu. Sementara Ruby pula mempunyai anting-anting penuh di cuping telinga dan berambut kelabu platinum buatkan gadis itu kelihatan seperti orang yang tak sepatut cari pasal dengan.
Macam mana dua orang ni boleh jadi rakan sebilik?Kamcing lagi tu?
Ajaib betul.
"Saya pula-'"
"Adriena Brooke, pelajar cemerlang keseluruhan negeri. Sering peroleh keputusan yang cemerlang mengalahkan kami sendiri di sini. Selain tu awak juga terpilih menjadi duta UNICEF dan tokoh pelajar di sekolah tempat awak belajar dan banyak lagi. Kami tahu tu.."sambung Kirana dengan bersemangat.
Mata Adriena terbutang luas. Amboi!Stalker habis. Sampai ke situ sekali? "Wah..macam mana boleh tahu ni?"soalnya dengan senyuman terpaksa di bibir. Seram pulak.
"Apa?Kau tak tahu ke?Khabar angin mengenai kau hendak ke sini sudah tersebar luas di seluruh akademi. Semua orang bercakap pasal kau. Ramai yang kata kau terima banyak offer dari institute lain tapi kau tolak. Termasuk akademi ni..mereka mintak kau masuk belajar di sini. Tapi yang kau hantar adalah adik kau. Mana tak gempar..pertama kali tahu tak orang tolak pelawaan akademi niselama ni orang berebut nak masuk ke sini...lain pulak ceritanya dengan kau..."jelas Ruby.
What!Kening Adriena terangkat. Sampai ke situ jugak?Wah!
Hebat!
Sangat hebat!
Macam mana berita ni boleh terdedah?
Kacau betul!
Jadi sebab itu la dia ke sini?Disebabkan dia reject tawaran akademi ni, pihak akademi ni bawak dia masuk secara paksa? "Ha-ha-ha..I'm flattered."ujar Adriena dengan sindir. Dia sikit pun tak rasa senang malah begitu kesal!
"Betul tu...dan ada juga khabar angin lain.."tambah Kirana lagi.
Dah apa pulak kali ni! "Apa benda tu?"tanya Adriena dengan kening berkerut tidak suka. Harapnya jangan yang bukan-bukan sudah.
"Shhh...aku baru je nak beritahu Kirana.."Ruby bawa jari telunjuk ke depan mulut Kirana.
Yang mana buatkan Kirana menjuling mata menyampah.Dia katup bibirnya sambil menyilang tangan ke dada.
"Hei...aku dengar kau sebenarnya di pilih oleh seseorang yang sangat-sangat berpengaruh sejak awal lagi."beritahu Ruby dengan mata bulat memandang Adriena. "Dari awal lagi mereka hantar surat tawaran pada kau tapi satu pun kau tak reply...jadi mereka ambil keputusan untuk bawa kau secara paksa ke sini"
Masa ini perasaan Adriena seperti ditampar berkali-kali di mukanya. Alamak. Macam mana boleh jadi macam ni?"Siapa pulak tu?"tanya dia sambal diam-diam mengetap gigi menahan sabar. Jadi semua ini adalah berpunca dari orang tak guna tu?Yang telah menyebabkan nasib dia berakhir di tempat ini!?
"Entah...."dengan serentak Ruby dan Kirana menjungkit bahu tidak tahu. Mereka berdua pandang Adriena dengan muka tidak tahu apa-apa.
Adriena sudah membuat muka hendak mencarut di situ.
Alah!Macam nak maki pun ada! Kecik besar je dia perhatikan Kirana dan Ruby tu bila dua orang itu memberi fake hope kepada dia. Baik tak payah beritahu kalau macam tu.
Siapa pulak ni?
Share this novel