Lupa.

Fantasy Completed 10714

"Kau orang tak apa-apa?"tanya Adriena kepada Kirana dan Ruby di hadapan pintu lokar mereka selepas selesai kelas ketiga pada hari itu.

Ramainya pelajar di situ berlegar-legar hendak ke kelas seterusnys atau ke kafeteria untuk makan.

Tapi Adriena mintak Ruby panggilkan Kirana untuk datamg menemui dia di situ selepas kelas tadi.

Kepala Kirana tunduk memandang ke bawah. Dia bermain dengan hujung rambutnya yang ditoncang.Bibirnya muncung.

Ruby pula berwajah muram.

Dua orang itu masih terkesan akan peristiwa awal pagi tadi.

        "Haih...."Adriena mengeluh panjang. Dia menguak rambut yang dibiar lepas ke belakang dengan perasaan kesal. "Aku mintak maaf." ucapnya kerana kasihan dan serba salah. "Aku tak tahu Tristan akan buat macam tu dekat kau orang..."

Kirana mengangkat matanya. Dia mahu pandang Adriena tetapi masih tersisa takut. Dia tidak menyangka yang Tristan akan culik mereka walaupun dia tahu betapa menakutkannya lelaki tu.

          "Tak apa. Bukan salah kau pun."balas Ruby. "Tristan memang macam tu. Dari awal lagi dia dah warning dekat kita orang jangan bukak mulut atau cerita apa-apa dekat kau. Tapi itu la...kau kena tahu jugak pasal dia dan tempat ni.."

           "Betul tu Adriena. Jangan salahkan diri awak. Kami tak apa-apa. Dan Tristan tu jenis lelaki yang bukan angkat tangan ke perempuan. Dia biasa belasah lelaki je. Kalau student perempuan dia cuma marah atau gertak je."

            Keluhan lepas sekali lagi dari Adriena. Dia menggeleng kepala kerana kesal dengan tindakan gila Tristan tu. "Jangan risau la kalau macam tu ..aku dah settle kan dengan dia. Lepas ni dia takkan kacau kau orang lagi."maklumnya.

           Ruby menjungkit kening tinggi. "Kau dah settlekan?"soalnya dengan hairan.

           "Ha'ah."angguk Adriena.

           "Macam mana?Setahu saya Tristan bukan jenis yang senang dibawa berbincang?" tanya Kirana pula.

          Kening kiri Adriena terjungkit sedikit. Nak beritahu ke tak ni ya? "Nanti je la aku cerita. Kau orang dah tak ada kelas kan lepas ni?"

Dengan serentak dua orang itu mengangguk kepala.

          "Gerak la dulu ke dorm. Aku kena denda dengan Sir Winter untuk stay back."beritahu Adriena sambil tuck in kemeja ke dalam skirt. Kena kemas dulu apa-apahal.

          "Kau sure kau tak nak aku temankan?" aju Ruby lagi sekali lepas dekat dalam kelas tadi dia tanya Adriena.

         Adriena tersenyum sambil mengangguk. "Ya...aku okay. Gerak dulu la ya."

           "Okay.Bye!" lambai Ruby dan Kirana.

Adriena pun berpaling dari situ. Dia atur langkah ke arah koridor tingkat dua lalu ke menara guru-guru ditempatkan.

Dekat 5 minit berjalan dan naik tangga, Adriena tiba di depan pintu pejabat itu. Terpampang jelas di pintu itu akan nama 'RONAN WINTER FREDERICK EVERLON' pada plak berwarna emas pada permukaannya.

Sebaik nampak nama itu, Adriena berdiri kejung di situ. Buat beberapa kali dia ulang baca akan nama tersebut. Lagi-lagi perkataan terakhir di hujung nama itu.

Everlon

?

       "Sir...tolong la jawab. Kenapa sir diam?"

Tak semena suara muncul dari dalam ruangan tu. Menyentak lamunan Adriena. Dia mendekatkan telinga di daun pintu. Bukan nak jadi penyibuk, alang dah menyeluk pekasam biar la sampai ke hujung lengan.

        "Keluar." suara tegas yang dalam menyusul sesaat kemudian.

          "Beritahu saya kenapa saya tak layak jadi Lady Dame Devin Istana Everlon?Saya adalah heiress dari Tanah Besar. Keluarga saya antara yang terkaya dan mempunyai pengaruh yang kuat. Bukan setakat tu saja, saya banyak lakukan kebajikan dan amal... kurangnya apa?"

          "Sebab saya tak berminat dengan semua tu. Jadi keluar dari sini."

          "Ke sir dah ada calon sir sendiri? Sebab itu?"

          Senyap tiada jawapan.

          "Sir ingat ya...keluarga Sir dah buat agreement dengan family saya. Jadi saya sarankan sir untuk tidak macam-macam dengan saya."

Adriena jauhkan telinga dari pintu itu lepas dengar. Dia tak nak dengar lebih lanjut lagi. Macam melampau pulak kalau dia teruskan jugak.

            "AKU KATA KELUAR SEKARANG!" ngaum Ronan dengan begitu lantang sekali.

Walaupun suara itu dari dalam, Adriena yang dekat luar sampai melompat dekat depan pintu tu sebab terkejut punya pasal.

Sambil menekap tangan di dada dan mata terbutang luas, Adriena berdiri kaku memandang ke pintu sewaktu ia terbuka ke dalam dan seorang gadis berjalan keluar dari situ.

Pelajar perempuan tersebut pandang Adriena dengan wajah bercemberut. Mungkin berasa jengkel dia hempas pintu kuat-kuat sebelum berlalu pergi dari situ.

Tidak tahu hendak berbuat apa, Adriena hanya berdiri di situ dalam keadaan terpinga-pinga.

Namun tidak lama.

Setelah Adriena sober dari terpinga-pinganya, dia angkat kepalan penumbuk lalu mengetuk pintu itu.

i dunno if i make it 30 book before this Saturday.... it's seem like im not gonna make it. So yeah! busted the mission before it's done.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience