Selesai sahaja kelasnya, Adriena selinap keluar dari kelas tanpa dilihat sesiapa. Dengan langkah lekasnya dia atur ke suatu sudut yang jauh dari sesiapa di situ. Yakin line clear, telefonnya di keluarkan lalu nombor ayahnya di dail.
Selepas malam tadi, dia merancang untuk lakukan sesuatu. Namun dia perlu lakukan secara rahsia supaya tidak ketahuan.
"Hello?"
"Ayah?"bisik Adriena sambil perhatikan sekelilingnya. "Busy ke?"
"Tak...ayah Bersama dengan ibu dan adik kamu. Kenapa ni?"
"Boleh kita bercakap sendirian?"tanya dia lagi pada masa mengatur soalan dalam kepalanya. Tanpa sedar tangannya naik menguntil rantai yang terkalung di leher dia dari balik kain kemejanya itu. Loket yang sudah dimilikinya sejak kecil lagi.
"Sekejap."buat sesaat bunyi latar belakang itu senyap. Sebelum ayahnya bersuara lagi. "Dah...ada apa ni??"
Berasa takut yang tiba-tiba dia cubit pendant loketnya kuat-kuat lalu berkata. "Adriena nak nak balik."mintanya.
"Hah?Nak balik?Maksudnya kamu tak nak berada di situ?"
"Eh..bukan.."kepalanya di geleng lekas. "Adriena cuma nak balik. Ada sesuatu yang Adriena nak tanyakan pada ayah." beritahunya.
"Kalau macam tu beritahu je la sekarang...kenapa perlu jumpa. Bukannya senang nak bawa kamu keluar dari situ."ujar ayahnya dalam panggilan itu.
Itulah pasal!Sebab itu dia call!Nak mintak tolong ayahnya. "Adriena tak boleh nak cakap dekat sini sebab susah. Adriena nak jumpa sendiri dengan ayah dan dengar secara berdepan"
"Isy...kamu ni ada-ada sajalah."
"Please...ayah tolonglah. Adriena nak jumpa dengan ayah sangat ni."pintanya sambil menghentak kaki kegeraman.
"Ke kamu timbulkan masalah di sana?Anak siapa pulak yang kamu patahkan kaki dan tangan kali ni?"
Suka hati je!Adriean berkerut kening mendengar komen ayahnya. "Mana ada...ayah ni kan."benda dah lama pun nak diungkit. Lagipun semua tu kemalangan saja. Bukannya dia sengaja buatkan Budak lelaki yang kacau dia patah kaki masa Panjang monkey bar tu dulu. "Boleh tak serius." muncungnya tidak berpuas hati.
Suara ketawa kedengaran dari balik panggilan itu. Suara ayahnya begitu ceria sekali seperti senang hati. "Okay-okay...ayah serius."katanya dari balik ketawanya. "Jadi kamu nak keluar dari situ kan?"
Dia mengangguk kepala dengan beria seperti ayahnya boleh Nampak. Kedudukannya yang bersandar di dinding di selesakan. Sebelah kaki di angkat ke dinding sementara tangannya menyeluk poket kot akademi. Kepalanya tunduk memandang ke depan dimana pemandangan koridor yang luas lagikan sibuk dengan pelajar ke hulu dan hilir ketika itu.
"Kalau macam tu kamu kena ada alasan yang kukuh untuk buatkan kamu keluar dari situ dengan mudah."cadang ayahnya.
Buat sesaat Adriena termenung melihat kelibat pelajar-pelajar yang jalan melintasinya ketika itu. Dia cuba mencari idea pada masa itu juga. "Alasan yang macam mana?"tanya dia.
"Hmm.."ayahnya berjeda Panjang mungkin turut sedang memikirkan sesuatu. "Alasan yang boleh buatkan kamu dibawa keluar dari akademi tersebut tanpa kawalan ketat atau pengawasan sesiapa. Macam buat kesalahan hingga polis bawa kamu?Paling tidak pun langar peraturan sehingga buatkan ayah perlu di panggil ke sana?Anything worse than that...kamu cuba la fikirkannya. Kan ini kepakaran kamu."
Terasa dia bila dengar. "Ayah ni puji ke keji Riena?"soalnya bernada menyampah.
"What?Kamu tanyakan...ayah jawab la..apa pulak keji-puji ni?"
Kepalanya digaru kerana serabut.
Banyak perkara yang dia perlu titik beratkan.
Disebabkan Tristan masih mengawal pergerakkannya. Dia perlu lakukan sesuatu yang tidak akan buatkan lelaki itu curiga. Tapi bagaimana?Nanti kalau dia lari macam tu je, Ruby dan Kirana pula yang akan ditimpa masalah. Bukan setakat mereka berdua, nanti orang lain pun akan jadi mangsa amukan Tristan!
Untuk itu dia perlu merancang pelan yang kukuh dan meyakinkan. Berkerut-kerut kening Adriena sewaktu dia berfikir.
Dalam kepalanya dia sudah bayangkan nama-nama buku yang pernah dia baca. Buku strategi, buku mengenai prank, buku tipu dalih, dan beberapa lagi idea cuba di gambarkannya.
Dan akhirnya satu idea paling menonjol dalam kepalanya pun muncul tidak lama kemudian.
Idea sadis yang jarang dia gunakan kecuali terdesak!
Akhirnya dia terpaksa jugak pilih jalan gila ni.
Untuk sekali lagi!
Iaitu cara sama yang dia gunakan semasa dia berusia 15 tahun. Semata hendak larikan diri dari hadirkan diri ke kem musim panas, dengan nekad dia sanggup pelan rancangan tidak masuk akal yang buatkan dia kena warded selama seminggu lebih!
"Okay. I got an idea."beritahu Adriena dengan nada teruja nakalnya.
"Kenapa ayah rasa tak suka dengan nada kamu ni?"soal ayahnya dalam panggilan. "Bila kamu cakap macam ni..kali terakhir ayah ingat kamu dah ubah warna air rumah senator kepada warna merah selama berminggu lamanya."
Dia menjuling mata menyampah. Mula la tu!Ada saja modal yang mahu diungkit. Saja hendak buatkan dia berubah fikiran! "Dengar..ini pelan Adriena. Dan Adriena perlukan bantuan dari ayah untuk uruskannya sebaik mungkin."mulanya.
Share this novel