Otak Library

Fantasy Completed 10714

Bersepah lantai bilik itu dengan barang-barang lama yang dia korek dari simpanannya untuk buat rujukan. Selama beberapa jam dia dalam bilik menggodek segala bagai yang ada di situ untuk mencari klu dan petunjuk mengenai masa silamnya.

Selain diari, gambar lama, hadiah, kad ucapan hari lahir, polaroid lama yang diambil bersama Tristan waktu kecil, dan beberapa lagi barang kenangan yang lain dimana semuanya ditarah dengan nama Tristan padanya.

Sampai tertanya-tanya dia di situ, adakah sewaktu kecil dia begitu obsess dengan lelaki syok bagus itu?Semuanya ada nama Tristan, segalanya mengenai Tristan. Kalau di lihat isi kandungan diari semuanya mengenai rutin hariannya bersama Tristan. Bermain dengan Tristan dan macam-macam lagi.

         "So kau nak beritahu aku yang kau sekarang dalam misi untuk menyelamatkan kerajaan Everlon dan Putera Mahkota Tristan?"soal Ardini yang sebenar turut menyertai Adriena untuk sesi pencarian klu.

Disebabkan Adriena menetap di rumah ibu dan ayahnya. Dia call Ardini supaya datang ke rumah untuk lepak bersama dia di situ.

           "Yup!."

            "Dan disebabkan kau lupa ingatan kau tak ingat satu apapun pasal masa silam kau sewaktu kanak-kanak dulu?"tambah Ardini lagi yang ketika itu sedang bersila menyelak drawing block lama Adriena yang dipenuhi dengan lukisan yang sangat cantik dan kemas. Semuanya hasil tangan Adriena sendiri.

           "Ya...kan aku dah beritahu tadi.."lafaz Adriena sambil melepaskan hela nafas panjang kerana letih saat tunduk menyelak helaian muka surat diari sewaktu dia berusia 8 tahun. Pada masa yang sama dia merasa kagum dengan kemahiran menulis dan mengeja dia.

             "Aduh...kenapa la otak geliga kau ni boleh pulak tak simpan data lama sikit?"

              "Kau...nak ngutuk aku tak boleh ke belakang-belakang."

Ardini buat muka sewaktu sedar akan lukisan yang ada di satu muka surat pada drawing block itu tiada benda lain selain dua utas rantai yang disambungkan menjadi sebuah bentuk.

           "Hei...Rien?"panggilnya sambil berkerut kening meneliti lukisan itu.

            "What?"Adriena mengangkat kepalanya memandang Ardini.

             "Kau masih pakai rantai tu?"Ardini turut mengangkat kepalanya dari lukisan itu.

              Tangan Adriena secara automatik naik memegang lehernya dimana rantai tergantung padanya. "Haah..kenapa?"balas dia.

               "Cuba tengok ni"tunjuk Ardini akan lukisan itu" Nampaknya rantai kau ada pasangan dia...dan kalau kau perasan. Lukisan yang kau lukis ni tunjuk rantai ni boleh di sambungkan menjadi satu bentuk..."

Adriena pun pandang lukisan itu dengan mata di kecilkan supaya lebih jelas lagi. Seperti yang diberitahu Ardini, dia nampak akan lukisan itu. Bentuk tu..

               "Kan...bentuk sama yang ada pada lambang diraja Everlon...cuba tengok.."Ardini menyerahkan buku lukisan itu ke Adriena.

Lalu dicapai Adriena sebelum di letakkan atas ribanya. Dia tunduk melalukan jari pada lukisan itu untuk seketika. Walaupun ianya hanya lukisan budak-budak ianya begitu jelas sekali.

             "Kau rasa lukisan tu ada apa-apa kaitan ke?"tanya Ardini.

              "Entah la...aku tak sure."

              "Haih...janganla jawab tak tau.. cubala fikir..."keluh Ardini dengan kerutan di kening.

Beberapa saat berlalu.

Dan dua orang itu masih diam tidak mengatakan apa-apa.

Sehinggala....

Masa itu otak Adriena mula bekerja. Seperti perpustakaan, Adriena membayangkan nama-nama buku yang ada. Cuba di pilih untuk menggambarkan idea yang boleh dia gunakan untuk tafsir akan maksud lukisannya.

         "Everlon." sebut Adriena semasa pandang Ardini. Wajahnya jelas beritahu ada yang terdetik dalam mindanya.

          Tersentak terus dibuatnya."Kenapa?"tanya Ardini sedikit teruja. "Kau ada idea yang terlintas ke?"pandangnya dengan kening terangkat. Dia kenal sangat perangai Adriena ni!

           "Menurut sejarah, nama asal kerajaan ini adalah Forever Lone. Sebab raja yang terdahulu tiada pasangan. Namun ditukar beberapa tahun kemudian selepas raja tu berkahwin dengan seorang wanita kaya. Maka jadi la Everlon."beritahu Adriena. "Sewaktu isteri raja itu mangkat, dia telah bina sebuah tugu sebagai peringatan cinta dia terhadap permaisuri dia. Sama seperti Raja Zane dan Permaisuri Aryana. Sebagai peringatan penyatuan cinta mereka, rantai ini telah di hasilkan oleh Raja Zane sendiri. Sebagai peringatan sekiranya seorang dari mereka pergi meninggalkan dunia ni terlebih dahulu." jelasnya dengan panjang lebar.

             "Woaw...kau boleh tahu semua tu?" nganga Ardini dengan reaksi kagumnya.

              Adriena menjungkit bahu. "Membaca tu kan jambatan ilmu pengetahuan..." Well...sekurang-kurangnya kedai buku Mr.Winter beri dia faedah dan manfaat. Sebab dari situ jugak dia terdedah dengan pelbagai jenis ilmu bertahun lamanya keluar masuk kedai tersebut.

               "Kalau betul itu adalah satu-satu rantai yang ada dekat dalam negara ni, itu bermakna kau ada seutas...dan Tristan pun ada seutas la...."

Adriena kembali tunduk memandang lukisannya. Dia lihat ada tarikh yang tertulis di bawah hujung kertas itu. Tepat pada 8 tahun yang lalu. Itu bermakna dia lukis gambar ni sebelum kejadian berlaku.

                "Tapi apa gunanya semua ni kalau kau dengan dia tak ingat apa-apa.."keluh Ardini sebelum tumbang ke belakang dan jatuh terbaring di atas lantai yang bersepah itu. Dia penat asyik duduk sejak beberapa jam tadi!"Kalau la ada cara nak dapatkan memori kau yang hilang tu kan bagus.."

Seperti ditampar mendengar keluhan Ardini itu, mentol idea pun muncul dalam minda Adriena. Buku mengenai psikoterapi yang pernah dibacanya terdetik dalam fikirannya serta merta!

             "Aku tahu!"laung Adriena dengan bersemangat.

               Cepat-cepat Ardini bangunkan diri dari telentangnya. Dia bersila menghadap Adriena dengan kening terangkat. Rakannya itu dipandang penuh penantian."Apa?Apa yang kau tahu?"soalnya kelam kabut.

                 Sambil tersengih, Adriena pandang rakan baiknya itu lalu berkata."Menurut pakar psikologi, cara untuk buatkan seseorang itu lupa atau ingat sesuatu memori adalah menggunakan teknik hipnopsis. Aku pernah baca dekat buku ni kata kalau kita pukau seseorang tu dan letakkan dia ke otak separa sedar, memori yang dia sengaja simpan atau tersimpan tu boleh di dapatkan semula..."jelasnya.

             l"Hah?Hipnopsis?"ulang Ardini yang kelihatan agak skeptikal mengenai idea itu." Kau sure cara ni selamat? Risau pulak aku tengok kau macam ni,"

           Bersama senyuman meleretnya, Adriena capai telefonnyal dari tepi kakinya. " Ayah kau doktor kan?Cuba call dia dan mintak dia carikan seseorang yang boleh bantu aku.."lalu telefonnya itu di ajukan ke depan muka Ardini.

                "Sekarang?"tanya Ardini lagi sambil tolak telefon Adriena dari mukanya. "Kau sure cara ni boleh bantu kau ingat semula?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience