Pernah dengar perumpamaan, air di dalam dulang jangan di kacau....takut nanti tempiasnya terpecik ke muka sendiri?
Maksudnya, kalau ada rahsia jangan dibukak. Takut nanti kalau ada yang tahu, habis malu terpalit!
Jadi hati-hati kalau bercakap...sebab dekat kanan dan kiri ini banyak mata dan telinganya!
Sambil termenung memandang ke depan, dia menguap. Lalu termenung lagi. Tidak lama selepas itu menguap lagi.
Habis mengalir air mata dari tepi mata sebab menguap sejak masuk kelas adab dan etika.
Ugh!
Balik-balik perkara sama je yang di ulangnya.
Ibunya pun boleh aim dia sepanjang kelas dengan renungan helang.
Sampaikan nak tersenguk pun tidak sempat.
"Boleh jelaskan saya tiga ciri adab ketika di meja makan sewaktu minum petang?" tanya Madam Kelly ke kelasnya mostly adalah pelajar perempuan. Pelajar lelaki sesi seterusnya.
Disebabkan ada polisi diraja yang perlu di patuhi, setiap kelas di asingkan lelaki dan perempuannya. Katanya hendak mudahkan silibus yang diberikan.
Pelajar-pelajar perempuan yang duduk di kerusi menghadap Madam Kelly dengan sopan mengangkat tangan hendak beri jawapan.
Adriena di situ bersama Ruby dekat sebelah melangut tidak mempedulikan soalan tersebut. Sebab dia dah hafal semua tu dari dia kecil lagi. Sejak kali pertama Kelly jadi ibunya, sejak tu dia dah didedahkan bab ada dan etika ni.
"Riena?"sasul Kelly yang tak sengaja memanggil nama panggilan anaknya itu.
Dengan serentak semua kepala berpaling ke Adriena. Hairan mereka kenapa la diri mereka yang tidak terpilih.
Ruby menyinggul tepi lengan Adriena waktu itu apabila rakan sebiliknya malah menguap lagi! "Riena." bisiknya sambil tu.
Terkejut dengan singgulan itu, Adriena pantas memalingkan kepala. Dia pandang Ruby bersama kening menjungkit tinggi.
"Kenapa?" soalnya.
"Tu...Madam tanya kau tu." bisik Ruby lagi.
Kelly di hadapan kelas sudah mencekak pinggang.
"Apa yang kamu buat dari tadi Adriena Brooke?Orang lain tekun mendengar syarahan saya..sementara kamu di belakang menguap tanpa henti sejak tadi. Jam berapa kamu tidur malam tadi hah?"
"Tak tidur."jawabnya dengan jujur. Dia habiskan malamnya dengan membaca. Sedar-sedar je sudah 7 pagi. "Saya habiskan bacaan saya mengenai salasilah keluarga diraja Everlon."
Bibir Kelly terketap nipis. Tangannya yang mencekak tadi disilangkan ke dada pula.
"Dan apa yang kamu dapat dari hasil bacaan tu sampaikan tidak peduli untuk tidur mahupun fokus dalam kelas saya?" tanya Kelly setelah itu.
Adriena pandang sekelilingnya apabila menyedari dia menjadi focus point semua pelajar dalam kelas ketika itu.
"Saya saya ceritakan semula ke?"soalnya agak berteka-teki dengan ajakan ibunya itu.
"Yalah...saya nak pastikan yang kamu benar-benar luangkan masa untuk baca salasilah keluarga diraja Everlon ni atau buang masa dengan novel merepek kamu tu." kata Kelly yang masak sangat dengan perangai ulat buku Adriena. Tidak.kira masa, Adriena sering habiskan masa dengan membaca.
Adriena berdengus kecil. Rasa lucu kerana ibu dia boleh tahu pekerjaan tetapnya selama ini. Mujur la tiada siapa yang curiga bagaimana Kelly tahu semua tu. Kalau ada yang sedar, kantoi la mereka nanti.
"Fine. Jangan mengantuk sudah."mula Adriena. "So ceritanya bermula dari Raja Trevor yang kemudian dapat anak perempuan iaitu Puteri Luciana. Bila Puteria Luciana kahwin dengan anak saudagar kaya, maka lahirla Raja Norman, iaitu Raja terdahulu. Baginda berkahwin dengan seorang puteri dari negeri seberang, Tapi tak lama selepas itu, Raja Norman didapati ada hubungan sulit dengan seorang dayang istana. Lantas lahir la Putera Gregory. Yakni ayah kepada Ronan Winter Frederick Gregory Everlon. Tapi tak lama, barulah Raja Zane dilahirkan beberapa tahun kemudian."
Suasana di kelas menjadi senyap sepi tiada bunyi. Pelajar-pelajar di situ pegun dengan cerita yang disampaikan Adriena. Bukan terkejut dapat tahu mengenai Tristan dan Ronan. Mereka.memang sedia maklum siapakah dua orang itu. Yang mereka terkejutkan adalah kenyataan bahawa Gregory yang selama ini mereka respect dan agungkan adalah anak kepada perempuan simpanan raja! Mereka ingatkan Gregory juga adalah dari golongan diraja yang sah.
Adriena tersenyum selepas selesai bercerita. Semua dekat situ melongo memandang ke arah dia macam katak termenung.
"Bila masa untuk untuk naik taktah, obviously Putera Zane la yang terpilih kerana baginda adalah keturunan sah diraja Everlon. Maka title putera berubah menjadi raja milik baginda. Semua orang tak happy dan tak setuju mengenainya. Sebab patutnya Putera Gregory yang dapat..yalah dia kan lebih tua. Sejak itu berlakunya isu dalaman. Akhirnya kemalangan terjadi dan taktah Everlon kosong tanpa pemegangnya."tambahnya lagi.
"So...maknanya...?"
"Aku selama ni fikir..Raja Zane yang rampas taktah dari Raja Gregory..."
"Patutlah Raja Zane yang terpilih. Masuk akal la sebab baginda anak sah."
"Patutla...ibu aku kata Raja Zane yang jahat sebab aniaya adik sendiri...rupanya.."
"Jadi...takkan la yang-"
"Buku mana yang kau baca tu...share dekat aku nanti.."
"Yalah...aku pun nak tau jugak."
"Kalau semua ni betul, maknanya mak ayah aku dah kecam orang yang salah. Selama ni kita orang selalu cakap Raja Zane layak mati sebab dia rampas taktah Raja Gregory...sekali tu-"
Ketika semua disitu saling berborak sesama mereka dengan cemas dan tercengang. Kelly di hadapan kelas sudah tersenyum penuh makna saat memandang Adriena. Tak sangka halus sungguh pendekatan Adriena itu.
"Hai ibu tercinta lagi yang dikasihi." sapa Adriena dalam panggilan.
"Hah...ni dah bermanis mulut bagai ni, mesti ada something yang kamu mahukan ni?* seloroh Kelly yang ketika itu sedang bersedia hendak mulakan kelasnya.
"Hahaha....macam tahu-tahu je."
"Apa mahu kamu Riena?"
"Nanti Riena kelas dengan ibu kan?"
"Hmmm..kenapa?Nak ponteng la tu? Tak ada. Masuk kelas atau denda. Pilihan kamu."
"Haih...bukan la. Riena nak mintak tolong ibu panggil Riena masa kelas nanti. Tanya je apa-apa soalan."
"Tak payah di suruh Ibu memang akan buat pun.Memangnya kenapa kamu suruh ibu buat macam tu?"
"Saja...ibu akan tahu nanti."
Sambil menjawab setiap soalan di situ, Adriena bersorak gembira dalam kepala kerana pelan dia berjaya. Senyuman meleret terukir dibibir.
Pelan untuk cetuskan ketidakpercayaan kepada semua penghuni akademi ini. Yalah kan selama ni semua orang fikir Tristan yang jahat dekat sini kan.
Jadi dia balas la balik dengan kenyataan lain pula!
Dengan cara ini, khabar angin yang buruk mengenai Tristan dan mendiang raja dan permaisuri dapat dilupakan.
Iaitu sebarkan spekulasi yang meyakinkan dan berbukti. Susah payah dia buat kaji selidik dan menelaah pelbagai buku tak tidur bagai!
Dan akhirnya!Dia jumpa jugak loophole!
And here we are!
Kenyataan bahawasanya Raja Gregory yang mereka agung dan percayakan adalah anak kepada perempuan simpanan. Bukan golongan sah di raja!
Agaknya la kan, apa reaksi orang tu kalau hal ni tersebar luas?
Share this novel