Ticking Bomb.

Fantasy Completed 10714

Sambil berpelukan antara satu sama lain, Kirana dan Ruby berdiri di samping masing-masing dengan air mata bergenangan di kelopak mata. Masing-masing berwajah pucat kerana takut. Lutut kaki mereka jangan cakap la. Dah lenguh tapi kebas tak dapat nak rasa apa-apa. Mahu terduduk dekat situ pun ada.

Mata mereka terarah pada lelaki yang sedang bersandar di tiang pondok berbumbung menghadap pemandangan tasik di belakang bangunan itu. Lelaki yang telah mengarahkan dua orang pelajar lelaki culik mereka berdua dari depan pintu dorm mereka sendiri. Mereka bersiap pun tak sempat lagi. Masih mengenakan pakaian pijama tidur.

Celik mata je mereka diheret keluar dari situ dan bertemu dengan Tristan. Lelaki itu nampak tenang tapi begitu menakutkan sekali.

Bila di tanya, rupanya lelaki itu mahu bertemu dengan Adriena. Yang mana mereka sendiri tidak tahu hendak jawab bagaimana. Sekali tu telefon mereka di rampas dan di paksa untuk hubungi Adriena sendiri.

"Sumpah...kami tak tahu apa-apa Tristan..."beritahu Kirana dengan sebaknya.

Ruby di sebelah sudah merangkul erat lengan kiri Kirana. Cuba gagahkan diri untuk berdiri dekat situ saat kaki dia menjerit mahu hilang daya keseimbangannya.

Tristan lambung-lambung telefon milik Kirana saat dengar."Kalau dia tak tahu, tak mungkin la dia larikan diri dari aku selama tiga hari ni kan?Ini mesti kau orang berdua cakap something dekat dia sampai dia elak dari ditemui aku."

Ruby menggeleng-geleng kepala dengan perlahan.

"Tak...saya berani sumpah di atas nama kerajaan saya sendiri. Kami tak beritahu apa-apa pada Adriena. Tolong la jangan apa-apakan kami..."jelas Kirana lagi dengan terdesak.

Tristan jeling dengan tajam ke mereka.

"Aku dah cakap kan jangan beritahu apa-apa dekat dia...apa je tentang aku jangan kau berani-berani beritahu dia. Kau nak aku cakap dalam bahasa apa biar kau reti bahasa?"soal Tristan dengan nada yang keras.

Menangis dua orang itu di situ kerana begitu takut. Bentakkan Tristan buatkan Kirana sembunyikan wajahnya ke balik bahu Ruby kerana tidak berani hendak bertentang mata dengan lelaki itu.

"Adriena yang tahu sendiri...berapa kali aku nak beritahu. Dia tu bijak...bukannya lembab ke bodoh. Tak payah kita orang beritahu, dia yang akan cari tahu sendiri siapa yang buatkan dia berada dalam akademi ni." bidas Ruby dengan berani walaupun dia pun sedang ketakutan saat itu.

"TAK GUNA!!!!"teriak Tristan dengan selantangnya hingga timbul urat belirat di leher dia.

Jengkel dengan kata-kata yang sama itu, dia campak telefon Kirana dengan kuat ke lantai batu di bawah kakinya hingga pecah berderai gadjet tersebut menjadi serpihan ke merata arah.

"Arghh!!"jerit Ruby dan Kirana dengan serentak sebelum mereka berdua terduduk dekat situ kerana lemah lutut dek ketakutan.

"Kau ke dia orang ke....semuanya sama!Pantang tengok aku senang!"dengking Tristan lagi.

Betapa berangnya dia!Kenapa la semua orang suka sangat nak ganggu ketenteraman hidup dia! Sudah la semua orang bencikan dia. Dan bila dia ada peluang untuk rasa didekati, ada pulak yang merosakkan peluangnya itu!Kenapa?Kenapa tak ada siapa biarkan dia sendirian tanpa dibenci!

Dua orang pelajar lelaki yang mengiringi Kirana dan Ruby tadi tidak terkutik sama sekali. Hendak terkejut bukan kali pertama Tristan naik angin dan mengamuk. Malah mereka sendiri pun pernah jadi mangsa amukan lelaki ini.

"Bawa dia orang pergi sekarang sebelum muka dia orang aku pecahkan!"arah Tristan dengan mendatar pada pelajar lelaki yang berdiri di situ sejak tadi. SIkit pun tidak menoleh untuk memandang mereka.

"Baik."sambut mereka berdua dengan serentak sebeum mendapatkan Ruby dan Kirana bangun dari situ. Dalam keadaan teresak-esak dan ketakutan, Ruby dan Kirana menurut tanpa bergelut. Mereka berdua jalan sambil di pimpin pelajar lelaki itu pergi dari tempat tersebut.

"Tristan...tolong maafkan kami..."minta Kirana yang takut sekiranya lelaki itu berdendam pada mereka.

Ruby yang berasa begitu devastated hanya menangis tersedu-sedan. Sumpah hampir melayang roh dalam tubuh dia bila Tristan lempar telefon macam tu sekali depan mereka. Itu baru objek. Kalau orang macam mana?Mahu meninggal terus agaknya!

Kesal dengan apa yang dirasainya, Tristan bersandar pada tiang semula dengan kepala tunduk ke bawah dan tangan terkulai di sisi. Matanya terpejam perlahan cuba tenangkan diri dari amarah yang sedang menggunung dalam dadanya ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience