Flashbacks
Tangan berjari runcing dalam genggamannya itu di pandang dengan minat sebelum pandangnya di tala naik ke atas. Melihat wajah indah permaisurinya. "Kita nak ke mana ni tuanku?"tanya dia sewaktu mereka berdua menyusuri laluan koridor luas dan lengang itu.
"Tempat rahsia"beritahu Permaisuri Aryana kepada dia sewaktu wanita itu tunduk memandang dirinya di sisi.
"Iya?Nak buat apa dekat situ?"
"Hahah..kamu akan tahu nanti.."
"Tristan tak ikut sekali?"
"Dia ada kelas Bahasa asing...jadi dia tak dapat nak ikut. Tapi jangan risau...nanti kamu boleh beritahu Tristan lepas kita selesai nanti."kata permaisuri Aryana.
Selepas berjalan lama buat seketika, Permaisuri Aryana berhenti di hadapan sebuah pintu kayu berwarna putih bertombol emas. Sama-sama dia di dalam tangan, Permaisuri Aryana bawa dia masuk ke dalam bilik itu.
Masuk sahaja dia ke dalam ruangan itu, dia disambut dengan suasana malap yang menenangkan bila mata pandang. Dan paling menarik adalah set mahkota dan cap mohor yang terletak pada meja berbekas kaca.
"Wah?"nganga dia seluasnya kerana kagum. "Cantiknya"
"Kan...ini adalah mahkota diraja dan cap mohor Tristan. Bila dia sudah cukup matang untuk naik taktah...mahkota ini la yang akan bantu dia.."beritahu Permaisuri Aryana sambil pimpin dirinya daki tangga kecil yang diletakkan depan meja itu.
Dia pun apalagi, menjadi kanak-kanak yang jakun melihat benda cantik lagikan bersinar Panjang. Melekap terus tapak tangannya di permukaan kaca itu kerana teruja. "Hebar betul"matanya terbeliak menilik keindahan mahkota dan cap mohor diraja yang dipamerkan depannya itu.
"Ini semua akan jadi tugas kamu untuk menyimpannya."beritahu Permaisuri Aryana di sebelah sambil pegang kepalanya.
"Huh?Riena?"dia tunjuk jari depan muka.
"Ya...kamu."
"Macam mana RIena nak simpan benda mahal ni?Kalau hilang nanti macam mana...raja mesti marah.Tristan akan sedih"
"Jangan risau...beta akan tolong simpankannya sekali. Jadi yang tahu rahsia ni hanya kita berdua sahaja.
"Penting ke semua ni?"
"Mesti la penting. Tanpa ia Tristan tidak akan dapat menjadi raja negara ini. Kamu nak orang lain ke yang jadi?"
Laju-laju dia menggeleng kepala. "Tak. Riena nak Tristan."
"Kalau begitu jaga la Tristan sebaik-baiknya. Sekalipun kamu terpaksa guna badan kamu sendiri untuk melindungi kerajaan ini dari jatuh ke tangan orang yang salah."
"Baik bonda Aryana."
End of flashbacks
Tugu batu berbentuk burung helang yang terletak di dinding batu menghadap pemandangan tingkat atas bangunan itu. Termenung Adriena di situ sendirian seusai kelas literasi bersama guru paling mengantukkan sekali di muka bumi. Suara bagaikan lagu yang mendodoi orang untuk lelapkan mata.
Mujurlah kelas itu hanya berlangsung sela 45 minit sahaja.
Cawan kertas yang terisi dengan kopi ekpreso tanpa gula di goyangkan beberapa kali. Saat dia sandar ke dinding termenung tanpa sebab. Sebelum memejam mata tanpa disedarinya. Agaknya dapat ke dia tunaikan amanah yang diberikan kepada dia?
Gagal ke dia?
Pada masa yang sama pelajar-pelajar lalu lalang di sekitar koridor tingkat tiga itu hendak ke suatu arah. Melewati Adriena di situ tanpa peduli untuk mengerling ke arahnya.
"Ehem!" seseorang berdehem dari arah depan.
Perlahan-lahan, Adriena membuka matanya. Seorang pelajar lelaki berdiri di situ. Sambil membuat muka,dia duduk tegak.
"Something berlaku." beritahu pelajar lelaki itu dengan renungan dingin dan nada mendatarnya.
"Apa bendanya?"kening Adriena mencerlung serius.
"Putera mahkota telah di bawa ke hospital. Dia tidak sedarkan diri lepas menjerit dekat kelas memanah tadi."
Elok dia duduk, Adriena berdiri dengan lekas.
"Kenapa dia menjerit?" tanyanya. "Ada orang kacau dia ke?" Adriena pegang dadanya kerana berasa senak tiba-tiba.
Pelajar lelaki itu menggeleng kepala.
"Tak sure. Tapi Stefan suruh beritahu hal ni pada awak."
Sh*t!Adriena pandang kanan dan kirinya kerana gusar. Macam mana boleh jadi begini!? Dia baru je nak teruskan " Ada sesiapa lagi yang tahu hal ni?"
"Tak..hanya budak-budak kelas memanah. So macam mana? Kita still akan teruskan pelan untuk redah istana utama ke? Putera mahkota tak ada sekarang ni."
Sambil menggigit bawah bibir, Adriena berkerut kening ketika berfikir. Sedaya upaya dia kerah otaknya untuk cerna idea yang boleh di gunakan.
Kalau Tristan ada, senang la sikit mereka nak selinap sebab tak ada siapa yang curiga kehadiran mereka ke situ. Dan sekarang Tristan tiada, pelik la kalau mereka tiba-tiba ke Istana Utama nanti! Apa pulak orang fikirkan...
"Kita teruskan jugak. Saya tahu jalan rahsia untuk masuk ke Istana Utama. Tristan pernah tunjuk pada saya."
Pelajar lelaki itu pun mengangguk kepala. "Okay. Jumpa malam nanti."ucapnya dengan perlahan sebelum berpaling meninggalkan Adriena di situ.
Langkah pelajar itu di perhati Adriena. Gadis itu berkerut kening kerana susah hati memikirkan diri Tristan. Apa yang telah terjadi pada Tristan hingga lelaki itu tidak sedarkan diri? Hati kecilnya terdetik. Dia mahu dapatkan Tristan sekarang tu juga. Tapi tidak. Dia terpaksa tahan perasaan tu sehingga dia temui bilik rahsia tu.
Kalau dia berlengah, entah apa yang Ronan dan seangkatan lelaki itu akan lakukan!
15 chapter left
Share this novel