Dark Horse Part 2

Fantasy Completed 10714

Flashbacks

         "Carikan aku budak dalam gambar ni.."minta Tristan kepada dia.

         "Gambar siapa?"tanya Stefan saat melihat ke skrin telefon. Ada imej lukisan Tristan sewaktu kecil Bersama Budak perempuan di sampingnya. Awalnya sekali pandang dia tidak cam. Namun bila dia pandang, baru dia kenal siapakah Budak perempuan yang Tristan maksudkan itu.

         "Budak perempuan ni sepertinya pernah rapat dengan aku masa kecil dulu...sebelum kemalangan berlaku. Masalahnya aku tak Ingat nama apa lagi siapa dia yang sebenarnya."

Bersama reaksi terkejut dia lihat akan muka Budak perempuan dalam lukisan gambar di skrin telefon itu sekali lagi. Agak tercengang. Takkan la Tristan tak tahu ini siapa?Bukan ke selama ini Tristan telah bersama dengan Budak perempuan yang Tristan hendak cari ni?

           "Kau sure kau tak tahu siapa budak perempuan ni?"tanya dia dengan hairan.

           "Ya la...kalau tak mananya aku suruh kau tolong aku carikan Budak perempuan ni"

Pelik!Takkan la Adriena tak cakap apa-apa mengenai gambar Budak perempuan ni...Kan Budak dalam gambar ini Adriena. Sekalipun Adriena hilang ingatan mesti la dia sekurang-kurangnya tahu rupa sewaktu Adriena Budak-Budak?

End of flashbacks

           "Dia dah tidur?"tegurnya dalam dari arah belakang ketika itu. Perhatikan gadis yang bersimpuh di atas katil sebelah Tristan. Bagus la kalau Tristan sudah terlena. Kalau tidak asyik meracau saja. Susah hati dibuatnya!

           Adriena yang duduk menghadap Tristan ketika itu palingkan kepala. Lantas ternampak lelaki yang mendukung dia untuk masuk ke dalam asrama secara paksa tadi. "Siapa awak ni?"tanya dia.

           "Stefan Ezrail...orang kanan Tristan..anak kepada bekas panglima Luca." beritahu pelajar lelaki itu saat mengambil tempat di katil lain yang ada di dalam dorm itu. Dia perhatikan Adriena dengan renungan curiga. Berasa was-was dengan gadis itu. Yalah, dia sudah baca laporan peribadi Adriena, dan gadis ini bukan la sebarangan gadis.

Mungkin ada alasannya kenapa Adriena tidak dedahkan hal sebenar kepada Tristan dari awal lagi. Bukan sekadar anak kepada orang kuat bandar ini, malah terkenal dengan kepakaran pelbagai yang dimiliki Adriena. Jadi dia yakin Adriena pasti sudah menangkap hal sebenar sejak awal lagi!

Gadis ini mesti sudah mengetahui sesuatu yang selama ini terkubur akibat hilang ingatan!

           Wait a sec!Mata Adriena mengecil kerana memikirkan sesuatu setelah dengar suatu nama di ungkit. "Luca?Maksud awak Luca Grevelin?"tanya dia kerana teringat akan cerita yang ayah dia pernah ceritakan kepada dia hari tu. Nama itu sangat tidak asing buat dia!

          Stefan mengangguk kepala. "Kalau kau tertanya-tanya, jawapannya 'ya'. Ayah kau adalah rakan baik ayah aku...."ngakunya kerana enggan berbasa basi lagi.

Kening Adriena terangkat tinggi!Ahh!Lelaki ni dah tahu rupanya!

Well nampaknya dia ada cabaran lain!

         "Jadi ayah awak la yang dah selamatkan saya sekeluarga dan Tristan...walaupun dia terkorban dirinya untuk itu?"beritahu Adriena mengenai lelaki yang telah menyampaikan berita kemalangan Raja di hospital pada hari dia lemas di tasik 10 tahun yang lalu.

Namun tidak lama selepas itu, lelaki tersebut terkorban akibat berlakunya kemalangan di jalan raya. Kata berita kemalangan, walhal hanya orang istana sahaja yang tahu akan kebenaran kemalangan itu termasuk ayahnya sendiri!

              Stefan berdengus kecil. Dia tunduk menguntil hujung jari kukunya. "Pilihan ayah aku untuk lakukan semua tu...aku tak salahkan sesiapa. Kalau aku dekat tempat dia, aku pun akan lakukan hal yang sama."

             Adriena kerling ke wajah Tristan untuk seketika sebelum pandang ke Stefan semula. Ingin menanyakan sesuatu. "Sebab itu ke awak masih pilih untuk setia pada Tristan despite what happen to your father?"soalnya dengan kepala terlentok sedikit ke kanan.

           Ketika itu lah mata Stefan naik menjeling ke Adriena dengan tajam. Dia menarik sengih sinis meleretnya."Ayah dah minta aku untuk teruskan amanah raja sekiranya sesuatu terjadi pada dia....aku hanya tunaikan amanah tu...lagipun. Kalau bukan Tristan siapa lagi yang layak memerintah Everlon nanti?"beritahunya. "Lelaki tua bangsat yang gilakan kuasa tu?Memang tak la..aku lagi sanggup mati dari jadi rakyat dia..."

Hujung bibir Adriena terjungkit. Dia berasa lucu dengan nada benci yang dilemparkan oleh Stefan itu.

          "Kalau macam tu, boleh saya tahu,sejauh mana awak tahu mengenai saya, Stefan?"

Stefan menjuling mata menyampah tidak Sukanya pada Adriena.

            "Dari awal sampai akhir..."jawab Stefan dengan renungan dinginnya. "Dan aku sedar sesuatu yang janggal bila Tristan mintak aku cari Budak perempuan dalam gambar di lukisan yang diambilnya Budak tu kau kan?"

             "Ha'ah."angguk Adriena dengan senyuman manis di bibir.

           "Kenapa kau tak beritahu dia dari awal siapa kau sebenarnya?"

Adriena menarik senyum main-mainnya.

           "Mana seronok..tak thrilling la."guraunya.

            "Thrilling kepala otak kau! Kau tahu tak disebabkan kau, Tristan naik gila mencari Budak perempuan dalam gambar tu sedangkan orang tu adalah kau."

             Sambil ketawa perlahan, Adriena capai tangan Tristan lalu diramasnya dengan lembut. Lelaki itu sepertinya sudah jauh tenggelam dalam dunia mimpinya. "Kalau macam tu kenapa awak tak beritahu Tristan yang Budak perempuan tu adalah saya?"tanya dia pula.

            Kali ini giliran Stefan pula yang terkedu diam tidak mengatakan apa-apa. Dumbfounded dengan soalan itu. "Sebab aku nak tahu apa tujuan kau buat macam tu.." beritahunya.

           Senyuman Adriena jatuh kepada renungan sedih. Bahunya turun tiada semangat. "Sebab saya tak sedia lagi waktu tu. Saya tak nak kecewakan Tristan kalau Tristan tanya sesuatu yang saya tak ingat."

           "Habis tu sekarang macam mana?"

            "Kalau macam tu...apa kata beri kerjasama awak pada saya?"aju Adriena.

            Kening Stefan terjungkit sebelah kanan sebaik Adriena berkata begitu. "Berkerjasama?"soalnya.

            "Ha'ah!"senyum Adriena dengan meleret. "Kali ni saya lebih dari bersedia."

       Stefan duduk tegak dengan reaksi terkejutnya. Takkan la Adriena sudah ingat semuanya?"Kau nak-"

         "Ya. Mari kita declare perang pada mereka yang dah lakukan kejahatan terhadap Tristan, ayah kita berdua dan terhadap mendiang raja serta permaisuri."

Stefan terdiam di situ memandang bungkam ke Adriena. Bulu romanya meremang tegak menengokkam semangat nekad Adriena dari balik renungan dua pasang mata tersebut.

        "Jadi untuk bantu Tristan kembali ke taktahnya. Kita perlu bekerjasama. Sama sepertimana ayah awak dan ayah saya bantu Raja Zane bangunkan Kerajaan Everlon ni." cadang Adriena.

        "Apa rancangan kau?"tanya Stefan selepas mendiam buat beberapa saat.

Adriena tarik senyuman yang selebar mungkin.

        "Make over."jawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience