Sesat

Fantasy Completed 10714

Bengang.

Rimas.

Keliru.

Sedih.

Itulah yang sedang dirasai olehnya sewaktu bersendirian di kordor ketika itu. Awalnya dia mahu bangun awal untuk masuk ke kelas pada hari pertamanya. Sekali tu dia terlewat juga. Dan dua orang roommate dia langsung tidak cuba bangunkan dia?

Seperti anak itik yang hilang ibunya, dia berdiri dekat situ sambil pandang kanan dan kiri depan dan belakang silih ganti. Adriena hentak kaki meragam. Kenapa la nasib dia boleh jadi begini?Kenapa!?

"Ah!Lantak la situ!"sungut Adriena yang ambil keputusan untuk belok ke kanan simpang empat itu. Dia ikutkan nalurinya sahaja. Lambat masuk ke kelas ke apa, Lantak la situ. Macam la dia yang nak sangat masuk ke akademi ini!

Oleh kerana dia berkejar masa, kakinya pun diatur seluas mungkin untuk merentasi koridor lengan tersebut. Tiada satupun kelibat manusia yang berlegar di situ. Membuatkan Adriena cemas semacam. Rasa macam ada hantu yang mungkin bakal keluar secara tiba-tiba menyergah dirinya.

Sekali tu!

Berdesup!

BUK!

Buku yang dipegang jatuh ke lantai.

"Argh!Mak!!"teriak Adriena bila dia perasan ada yang muncul secara tiba-tiba dari hadapannya. Berlari setempat dia dibuatnya. Mata terpejam rapat sebab takut. Tangannya terkapai-kapai seperti menghalau sesuatu. Tapi tidak mengena.

Buat sesaat tiada apa-apa yang berlaku.

Hairan dengan keadaan tersebut, Adriena pun membuka mata perlahan-lahan. Cuba gagahkan diri untuk pandang ke depan. Dan bila tangan dia diturunkan dari muka, perkara pertama yang dia Nampak adalah badan berkemeja biru gelap tidak berbutang tiga dari atas dan tangan bersinsing baju di siku. Setelah itu baru la dia naikkan mata memandang ke muka empunya badan.

"Kau dah kenapa menjerit macam orang gila?Kalau sakit duduk hospital sana.."sentap lelaki berbulu mata lentik lagikan hitam itu. Kening tajam seperti bilan sabit turut berkerut seakan tidak puas hati.

Menyedari bahwa didepannya itu adalah manusia, perasaan takut dia kembali menjadi berani semula. "Yang awak tu muncul tiba-tiba siapa suruh?"marahnya sambil mendabik dada tunjuk power. Sedangkan saiz badan dan ketinggian dirinya itu tidak dapat mengalahkan lelaki lampai berdada bidang di depannya itu. Tiba-tiba je rasa kecik!

"Aku pulak?Dah sini namanya tempat umum..suka hati la aku nak lalu mana."bidas pelajar lelaki itu sambil mencekak pinggang kedua-dua belah.

Hak alah!Mamat ni kan!Saja je nak spoil kan mood orang yang sudah sedia rosak ni! Nasib baik la dia nak cepat ke kelas ni. Kalau tidak lama dah dia smack down. "Ah..sudah la situ. Tepi,saya nak cepat." tolaknya ke lengan itu kerana tubuh tersebut menghalang laluan.

"Siapa cakap kau boleh pergi hah!"tak semena lengan itu muncul tepat di depan muka Adriena.

Mengundur ke belakang kepala Adriena setelah itu. Dia membutangkan mata sebelum palingkan kepala ke sisi. Wajah handsome milik lelaki di depannya itu dipandang geram. "Saya yang cakap. " jawabnya sambil tunduk lalu ke bawah lengan itu.

Dalam sekelip mata lengan Adriena di cengkam sebelum tubuhnya di paksa berpusing lantas bersandar ke dinding tepi tangga itu. Buatkan dia terkebil-kebil mengedipkan mata menahan nafas terkejut.

"What the hell?"dongak Adriena dengan cemas bila lelaki di hadapannya mula memagari dirinya kanan dan kiri dengan tangan. "Awak ni dah kenapa?"

"Minta maaf dekat aku sekarang."

"Dah kenapa saya kena mintak maaf pulak?"

"Kau langgar aku.."

"Bila masanya, saya sentuh pun tidak. Kita hampir je bertembung tadi."

FLIK!

Satu jentikan hinggap di dahi Adriena.

Tertunduk terus dia. Dahinya yang sakit itu di pegang lalu digosok lekas. "Hei!Apa ni!Macam ni ke budak-budak akademi ni perlakukan pelajar baru ke tempat mereka?"cemberut Adriena dengan kening berkerut tidak puas hati.

"Budak baru ya?"sengih lelaki itu dengan meleret.

Buat seketika Adriena diam membisu tidak berkata apa-apa. Bila wajah itu dekat dan mata itu semakin jelas di pandangan matanya, baru la dia menyedari sesuatu. Air muka marahnya berubah menjadi tergamam sesaat selepas itu. Keningnya terangkat tinggi perlahan-lahan.

Takkan la!

"Awak yang leher terkehel tu kan?"tanya Adriena lepas perasan dari dua mata di depannya itu. Keciknya dunia ni!Pusing-pusing jumpa orang yang sama jugak!

Jadi ini lah rupa sebenar lelaki berlagak bagus hari tu.

Tak sangka ya!

Samseng jugak rupanya mamat syok bagus ni.

Tidak terkejut mahupun terkutik, lelaki itu malah sondongkan mukanya merapat ke Adriena lalu tersenyum sinis. Cepat pulak mereka berdua bertemu!"Hai Adriena Brooke. Kita jumpa lagi akhirnya."ucapnya dengan nada menggoda.

Nafasnya tersekat di kerongkong kerana tidak mahu dihembus ke wajah itu. Risau pulak dia kalau nafas dia berbau ke apa kan. Pengsan pula nanti. Adriena merapatkan kepalanya ke dinding hendak jarakkan diri. "Boleh tak ke tepi!Kalau ya pun tak payah rapat sangat macam ni."

"Kenapa?"malah dirapatkan lagi jarak mereka. "Takut?"ejeknya cuba mengapi-apikan Adriena.

Mata Adriena naik turun dari memandang mata ke bibir, mata ke bibir berulang kali untuk seketika. Dia dah cakap elok-elok eh!Jangan salahkan dia pulak! "Fine!Awak yang mintak."tanpa berlengah tangannya di angkat lalu di bidik ke halkum tersebut.

Sepantas kilat tangan Adriena mahu memengkes, sepantas kilat itu juga lelaki tersebut menepis tangan Adriena. Dia pulas tangan Adriena ke belakang dan pusingkan badan gadis itu supaya menghadap ke depan.

Tidak terhenti setakat itu, Adriena hantukkan kepalanya ke belakang hingga buatkan dagu itu di langgarnya dengan kuat.

"Auw!"lelaki itu mengaduh kesakitan lantas melepaskan Adriena sebab nak pegang dagunya yang sakit.

"Ahah!Got you!Padan muka situ!"sorak Adriena semasa pandang lelaki lampai itu sebelum berpaling cepat-cepat larikan diri menuruni tangga. Sempat juga dia pegang rel besi tangga untuk elakkan diri dari terjatuh.

"Hoi!"panggil lelaki itu sambil menahan sakitnya. Dia nak kejar tapi rasa sakit tu buatkan dia tertunduk di situ memegang dagu. Kepala ke batu?Bapak sakit gila!Macam suit je!Tunggu la sampai dia jumpa lagi. Memang masak dia kerjakan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience