The Lost Crown

Fantasy Completed 10714

Perjalanan mereka berakhir apabila Tristan tiba di pintu kayu hujung koridor tersebut. Dan bila dia buka, sebuah laluan menuju ke kawasan berlaman yang redup dan permai dengan pemandangan tumbuh-tumbuhan menyapa mereka berdua.

Ternganga Adriena sejurus melihat pemandangan tersebut. Sampaikan tangan dia dilepaskan oleh Tristan pun tak sedar. Seperti dipanah dengan keindahan tempat itu, kakinya di atur perlahan-lahan memijak lantai yang berhampar dengan rumput hijau itu. Sambil tu kepalanya dongak ke atas.

Pandang saja ke atas, melopong terus Adriena. Bukan pemandangan langit biru tetapi hamparan tumbuhan menjalar memayungi kawasan itu. Tumbuhan menjalar itu seakan langsir lelangit di situ.

"Cantiknya.."gumam Adriena dengan kagum.

Waktu itu Tristan yang memerhati Adriena diam tidak berkata apa-apa. Dia sekadar berdiri melihat reaksi kagum Adriena dengan senyuman di bibir. Menengok Adriena tersenyum dia pun tanpa sedar ikut tersenyum. Namun senyumannya jatuh bila Nampak kesan darah yang kering di bibir Adriena.

Secara automatik, dia dekati Adriena lalu angkat tangan untuk menyentuh dagu tu.

Tersentak dengan sentuhan tersebut, Adriena tundukkan kepalanya ke bawah lalu bertemu muka dengan Tristan. "Kenapa?"tanya dia sambil mengedipkan mata beberapa kali.

"Sakit ke?"tanya Tristan saat melalukan ibu jari di bawah bibir Adriena berdekatan dengan luka gigitannya tadi. Renungan serba salah terpancar dari dua pasang mata itu.

Mata Adriena pula yang turun memandang jari Tristan. Saat itu la reality menyentak dia. Baru dia sedar situasi apa yang dia sedang hadapi. Terlupa sekejap akan ketengangan antara mereka berdua gara-gara tempat itu. Tanpa berlengah terus dia undur ke belakang cepat-cepat.

"Boleh tak berhenti sentuh saya. Apa masalah awak ni?"

"Sini la biar aku tengok luka tu.."

"Ah...tak ada-tak ada."geleng Adriena sambil menepis tangan Tristan jauh dari mukanya. "Ni...awak ni...nak apa dari saya?Sampai siap culik Ruby dan Kirana kemudian bawa saya ke sini?"

Tristan mengetap gigi bila diberi layanan dingin dari Adriena. Dia buat muka terasa. "Yang kau tu kenapa?Larikan diri dari aku?"

Mata Adriena menjegil bulat kerana terkejut.

"Eh...kita tanya dia, dia tanya kita balik pulak."Adriena mencebik jengkel. "Ya salah siapa yang rahsiakan semuanya dari saya. Kalau awak beritahu saya dari awal siapa awak yang sebenarnya dan awak adalah punca sebenar kenapa saya di sini. Tak adanya saya sembunyikan diri."

Kening Tristan mencerlung tajam.

"Sebab aku tahu kau akan bagi reaksi ni la aku rahsiakan dulu sementara waktu.Lagipun aku ada alasan aku sendiri kenapa aku bawak kau ke sini.."balasnya.

"Dah tu apa alasannya"

Riak mesra Tristan terus berubah menjadi serius bila Adriena jauhkan diri darinya. "Ya mesti la sebab aku nak sesuatu dari kau."

"Apa bendanya tu?Kalau nak duit saya miskin...kalau nak benda lain...bunuh je saya."kata Adriena dengan muka grumpy sambil menyilangkan tangan ke dada.

Tristan melepaskan dengusan kecil kerana lucu dengan kata-kata Adriena. "Aku tak perlukan duit kau la..memangnya muka aku ni muka mata duitan ke?"balasnya.

"Dah tu?"kening Adriena berkerut tak suka.

Tristan turut menyilang tangan ke dada tanpa dia sedar lepas tengok Adriena berbuat begitu.

"Menurut rekod kurikulum pendidikan kau, aku dapati kau adalah seorang pelajar cemerlang di dalam negeri ni. Rangkin teratas dan juara bertahan untuk pertanding chess lima tahu berturut-turut. Bukan setakat tu kau juga sebahagian dari ahli MENSA. "jelas Tristan dengan panjang lebar sekali.

Kembang setaman Adriena bila Tristan dengan teliti sekali menyenaraikan semua kelebihannya itu. "So?"soalnya dengan nada tidak kisah.

"So...memandangkan aku perlukan kebijaksanaan seseorang untuk selesaikan masalah aku. Maka dengan itu aku rekrut kau untuk masuk ke akademi ni secara paksa." beritahu Tristan. "Macam yang kau sedia tahu siapa aku yang sebenarnya...aku nak kau tolong aku dapatkan balik Mahkota Diraja yang hilang tu."

"Hah?Mahkota yang hilang?"soal Adriena semula.

"Yes...the lost crown."angguk Tristan.

"Memangnya masalah awak akan selesai ke kalau mahkota tu dijumpai?"tanya Adriena lagi.

"Maybe yes...maybe no."jawab lelaki itu acuh tak acuh.

Adriena tengok pun naik meluat. "Ya ke tak ni?Cuba serius sikit?"nak mintak tolong. Tapi tengok macam main-main tak serius. Tak faham betul. "Jadi sebab nak cari benda hilang je awak menyusahkan hidup saya dan orang sekeliling saya?"

"Aku tak susahkan siapa eh...cakap tu biar baik sikit. Aku dah pelawa kau elok-elok beberapa bulan yang lepas tapi kau buat tak tahu dan paling teruk kau hantar adik tiri terlebih hormone kau tu ke sini pulak."getus Tristan yang menurunkan tangan ke bawah kerana jengkel dengan komen itu.

Malas hendak membalas kata Tristan, dia tunduk memandang jam di pergelangan tangan. Lihat sekiranya dia sudah terlepas kelas Mr. Winter dia atau tidak. Yalah dah la kelas lelaki itu hanya dua kali dalam seminggu saja. Nak jumpa pun susah! Kalau dia duduk luar boleh la tengok hari-hari dekat kedai buku. Ini dah duduk dekat dalam akademi bukan muka Mr.Winter yang dia tengok tapi muka perangai si meluat depannya ini pula.

"Fine. Kalau saya setuju untuk tolong awak. Awak akan lepaskan saya dan berhenti ganggu hidup saya kan?"pandangnya selepas lihat sudah 5 minit berlalu kelas Mr.Winter berlangsung. Kalau dia sempat habiskan perbualan mereka ini mungkin dia hanya akan lewat 10 minit untuk ke kelas Mr. Winter nanti.

Hujung bibir Tristan terjungkit. Dia dekati Adriena. "So kau setuju untuk tolong aku?"

"Dah tu apa gunanya saya dekat sini...kalau tak tolong awak. Awak tetap akan menganggu ketenteraman saya dan paksa saya untuk berada di sini jugak kan?"kata Adriena dengan jelingan menyampahnya.

Senang mendengarnya, Tristan terus pegang kedua-dua belah kepala Adriena dan mengucup laju-laju setiap inci di wajah itu dengan senyuman lebar di bibir. "Thank you....thank you...thank you!"ucapnya sambil tu.

"Eew!What the f*ck!Hey!Stop it!"tepis Adriena yang mengangkat tangannya mahu menolak kepala Tristan jauh dari dia.

"Kau memang penyelamat aku.."setelah puas, Tristan sembamkan muka Adriena ke dadanya secara paksa lalu memeluk kepala itu seeratnya. Pipinya disandarkan ke kepala itu bersama senyuman lebar di bibir.

Mengalah kerana tidak kuasa hendak menegah tindakan lelaki itu, tangan Adriena jatuh ke sisi kerana letih menghalang dan menepis perbuatan Tristan yang tidak habis-habis hendak buat skinship dengan dia. Sedangkan mereka baru sahaja bertemu. Tapi perasaan yang dia rasai seakan dia sudah kenal lama akan Tristan.

Yang peliknya dia sikit pun tidak ingat apa-apa mengenai Tristan atau nama lelaki itu di dalam memorinya. Apa yang ada hanya la kisah lama yang ayah dia ceritakan kepada dia mengenai raja dan permaisuri raja negeri ini yang mangkat pada waktu yang sama kerana kemalangan. Dan putera mahkota yang digulingkan taktah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience